“Sulalatus Salatin” Bukti Keampuhan Farasu

Farasu kembali mendepani masa dengan kemunculan album terbaru, *SULALATUS SALATIN* yang menampilkan kelainan bentuk muzikal berbanding karya-karya terdahulu.

Sulalatus Salatin juga menjadi cetusan penjenamaan baru bagi muzik metal Malaysia dan dunia iaitu Nusantara Metal, sub-genre yang bersulam-kait  elemen-elemen muzikal Nusantara bersama muzik teras deathmetal.

Jika di peringkat antarabangsa, Black Sabbath dikenang sebagai ‘dewata metal’ yang mencetuskan kepelbagaian sub-genre metal, Sweden pula melahirkan ‘Swedish Metal’, Finland dengan ‘Viking Metal’ dan Taiwan melalui Chithonic memunculkan ‘Oriental Metal’, negara ini tidak ketinggalan melalui cetusan Nusantara Metal oleh Farasu.

Imbasan Sejarah

Sejak diasaskan pada 12 Disember 2002, Farasu telah tampil dengan sebuah demo dan mini cd serta tiga buah album penuh. Karya-karya tersebut adalah;

  1. Demo ‘A Millennium of Madness’, 2002
  2. MCD ‘The Blackmoon Eclipse’, 2006
  3. Album ‘Menongkah Arus’, 2010
  4. Album ‘Against Tyranny’, 2015
  5. Album ‘Sulalatus Salatin’, 2018

Persembahan pertama Farasu bermula di Nilai pada 9 Mac 2003 dalam gig ‘Eastern Loudness’ yang turut menampilkan Sil-Khannaz. Sepanjang tahun 2003 hingga 2005, Farasu aktif mengadakan persembahan gig sekitar Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Seremban dan Nilai selain turut menganjurkan gig di Nilai dan Seremban.

Selepas tahun 2005, Farasu bergiat aktif dalam persembahan di Singapura, Sarawak, Sabah dan Indonesia. Persembahan pertama Farasu di pentas antarabangsa pada tahun 2006 dalam sebuah gig di Substation, Singapura. Kemudian pertengahan tahun 2007, Farasu berpeluang mengadakan persembahan di Surabaya dan Jogjakarta, Indonesia.

Langkah jauh Farasu di peringkat antarabangsa berkesinambungan setelah kemunculan album ‘Against Tyranny’ pada tahun 2015. Sepanjang tahun 2015 hingga 2017, Farasu tanpa henti meneruskan gerakan aktif persembahan di Indonesia, Taiwan, China, Nepal dan Australia.

Antara jenama-jenama persembahan pentas yang pernah disertai Farasu adalah Dumai Tektonik, Melayu Mengaghok (Bengkalis), Batam Undersickness IV & V, Jogja Brebeg 2015, Daimonius Open Air Bali, A Fest China, Taiwan Deathmetal Fest 2016 & 2017 serta Tour Pre-Album Sulalatus Salatin 2017 bersama kuasa metal Indonesia, Siksakubur.

Farasu juga tidak ketinggalan dalam aksi-aksi pentas besar di tanahair seperti Rock The World 15 & 17, A Fest, persembahan khas di Hard Rock Cafe KL & Melaka.

Karya Terbaru

Sulalatus Salatin merupakan ‘pro-release’ ketiga yang dihasilkan oleh Farasu selepas album Menongkah Arus dan Against Tyranny.

Proses penghasilan album ini bermula pada penghujung tahun 2017 hingga Mac 2018. Kerja-kerja rakaman, adunan dan mastering dijalankan  dengan lebih teliti kerana bentuk muzikal Farasu sangat berbeza berbanding karya-karya terdahulu. Ia melibatkan gabungan alatan muzik moden dan tradisional yang membentuk garapan muzik metal dan tradisional Nusantara. Ini percubaan berani Farasu bagi mencetuskan sebuah kelainan baru dalam evolusi muzik metal. Kerja-kerja rakaman peralatan muzik tradisional ini ditunjangi kumpulan *Dewangga Sakti* yang dimainkan secara langsung dan spontan. Suatu cabaran yang menarik buat Dewangga Sakti bagi percubaan ‘menjahit & menyulam’ muzikal tradisional bercantum rasa dengan muzik deathmetal!

Album Sulalatus Salatin menampilkan lapan (8) buah lagu yang disusun, digarap dan dimainkan sendiri oleh semua anggota Farasu. Album ini bakal mendepani masa dan zaman bagi scene muzik Malaysia

Ini merupakan karya ‘pro-release’ ketiga Farasu yang menampilkan bentuk muzikal dalam garapan baru iaitu Nusantara Metal.  Album Sulalatus Salatin bakal menjadi suatu anjakan baru dalam evolusi muzik metal Malaysia dan dunia.

Jika Sweden boleh berbangga dengan Swedish Metal, Taiwan dengan Oriental Metal, kemunculan album Sulalatus Salatin ini mampu menjadi cetusan baru dalam evolusi metal dunia melalui sub-genre Nusantara Metal.

Sulalatus Salatin mempersembahkan lapan buah lagu baru yang menggabungkan elemen-elemen muzikal Nusantara seperti ghazal, joget, irama dan melodi Melayu disusun bersama muzikal asas death metal. Album ini didatangkan dalam bentuk digipek.

Farasu juga akan mengadakan ‘launching party’ pada 1 Julai 2018 di The Bee, Solaris Dutamas Kuala Lumpur. Acara ini turut menampilkan lima band metal baru.

Selain daripada itu, Farasu turut merangka jelajah khas album Sulalatus Salatin seluruh negara meliputi lokasi-lokasi pilihan. Jelajah yang sama bagi peringkat serantau iaitu di bandar-bandar utama seluruh Indonesia juga akan dimulakan selepas Aidilfitri 2018 nanti

Check Also

“Mereka Yang Tertewas: Kisah Perjuangan Dakwah Lebai Pa”

“Mereka Yang Tertewas” adalah sebuah adaptasi novel karya Hasanuddin MD Isa yang diadaptasi untuk filem.Filem …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *