BANDAR SERI PUTRA, 10 Oktober 2025 — Dari meja rundingan ke dapur restoran, seorang bekas peguam korporat ternama kini menukar haluan hidupnya untuk membina legasi baharu melalui pelancaran MyBaik, jenama fastfood Muslim pertama buatan Malaysia.
Di sebalik nama MyBaik berdiri Dato’ Hifdzi Hamzah, bekas peguam dengan pengalaman lebih 20 tahun dalam dunia undang-undang dan pelaburan. Kini, beliau melangkah ke dunia keusahawanan makanan demi merealisasikan impian melahirkan jenama lokal Muslim yang boleh dibanggakan seluruh rakyat Malaysia.
DARI GUAMAN KE USAHAWAN FASTFOOD
“Dua puluh tahun saya hidup dalam dunia serius — urus klien, ke mahkamah, semua penuh tekanan. Sampai satu tahap saya nak buat sesuatu yang beri lebih makna dan manfaat kepada masyarakat,”
— Dato’ Hifdzi Hamzah, Pengasas MyBaik
Dato’ Hifdzi Hamzah, Pengasas MyBaik
Menurut beliau, pengalaman korporatnya membuka mata terhadap peluang besar dalam pasaran makanan segera tempatan. Ramai usahawan kecil sekadar mampu buka kedai makan tanpa sistem atau strategi untuk berkembang. MyBaik hadir mengisi ruang ini — membina sistem fastfood Muslim yang boleh “scale up” ke seluruh negara, tanpa bergantung kepada tenaga chef berkemahiran tinggi.
RESEPI TEMPATAN, JIWA NASIONAL
Nama MyBaik sendiri diilhamkan daripada perkataan “baik” yang membawa tiga makna besar — rasa yang baik, layanan yang baik dan niat yang baik untuk membangunkan ekonomi ummah.
Resipi MyBaik dikembangkan oleh pasukan chef dan anak muda Malaysia, berpaksikan cita rasa lokal: pedasnya seimbang, rangupnya puas, dan sosnya “kena di tekak” rakyat Malaysia.
“MyBaik bukan tiruan mana-mana francais luar. Ia 100% lokal, 100% Muslim dan 100% Malaysia,”
jelas Dato’ Hifdzi.
Menariknya, MyBaik menjadi jenama fastfood pertama yang menggabungkan tiga sajian utama — ayam goreng, burger dan pizza — dalam satu restoran, memudahkan seisi keluarga menikmati pelbagai hidangan dalam satu meja.
Menu Family Platter MyBaik menjadi simbol konsep kekeluargaan jenama ini: berkongsi rasa, mengeratkan hubungan dan menjadikan waktu makan sebagai momen bersama.
MODEL PERKONGSIAN PATUH SYARIAH
Selain operasi restoran, MyBaik turut memperkenalkan model License-Partnership berasaskan Musyarakah (perkongsian patuh syariah). Rakyat Malaysia boleh menjadi Rakan Niaga MyBaik dengan modal serendah RM50,000, tanpa perlu terlibat dalam operasi harian.
HQ akan menguruskan operasi, latihan dan pemasaran melalui Akademi MyBaik, menjadikannya peluang pelaburan yang mudah, selamat dan berpotensi besar.
“Kita nak ramai rakyat biasa jadi luar biasa. MyBaik bukan sekadar restoran — ia satu platform ekonomi umat Islam,” tegas beliau.
HALAL & PEMBANGUNAN BERTERUSAN
Untuk sijil halal, MyBaik kini menggunakan pembekal halal berdaftar seperti Ayam Kinah. Proses pensijilan rasmi dijangka siap selepas 3–6 bulan operasi, sejajar dengan garis panduan JAKIM.
MyBaik turut menubuhkan pasukan pembangunan produk (R&D) bagi menambah menu baharu berdasarkan trend semasa. 80% menu kekal (seperti ayam goreng, burger dan pizza), manakala 20% lagi adalah menu “viral” bermusim seperti Nasi Ayam Hainan, Bubur MyBaik, dan Nasi Lemak Pagi MyBaik.
“Kami nak diterima bukan sebab boikot, tapi sebab rasa. Bila orang makan, dia tahu ini rasa Malaysia,”
— Dato’ Hifdzi Hamzah
STRATEGI PENGEMBANGAN & SASARAN 2026
Dalam tempoh tiga bulan pertama, MyBaik Bandar Seri Putra menarik ribuan pelanggan dari Bangi, Kajang dan Nilai. Berikutan sambutan luar biasa itu, outlet kedua bakal dibuka di Presint 15, Putrajaya, menjelang akhir 2025.
Dengan model partnership dan francais hibrid, MyBaik menyasarkan pembukaan 20 outlet menjelang 2026, sebelum mencapai 50 outlet dalam masa tiga tahun. Setiap negeri dirancang memiliki sekurang-kurangnya satu hingga dua cawangan sebagai pusat operasi mini dan logistik penghantaran makanan.
“Kami belajar daripada kelemahan sistem francais biasa — MyBaik dibina untuk menyokong operasi dari bawah sampai atas,” jelas beliau.
HARAPAN: MYBAIK SEBAGAI LAMBANG KEYAKINAN UMMAH
Dato’ Hifdzi menegaskan MyBaik bukan hanya alternatif kepada jenama luar, tetapi simbol kebangkitan jenama Muslim Malaysia yang berdiri atas kekuatan sendiri.
“Kalau orang Arab boleh bangga dengan Al-Baik, kenapa tidak kita dengan MyBaik? Saya nak rakyat Malaysia rasa bangga bila sebut jenama tempatan ini — kerana rasa, servis, dan niatnya semuanya baik.”
📍
INFO LANJUT
Restoran MyBaik Bandar Seri Putra
No. 18-G & 18-2, Jalan Seri Putra 1/2, Bandar Seri Putra, 43000 Kajang, Selangor.