Acong & Nadia Bakal Tawan Warga Utara

Mira+Acong+Nadia

Lebih kurang 2 minggu Acong keudara berseorangan, Pagi di Pi Mai akan lebih ceria dengan kehadiran sekuntum bunga yang bakal menyerikan keluarga Pi Mai FM. Perwatakan yang ceria bukan sahaja akan memeriahkan konti, malah turut mencuit hati warga Pulau Pinang yang sedang menjalankan rutin pagi dengan celoteh mereka berdua.

Perjalanan seni beliau bermula melalui program realiti Akademi Fantasia musim ke 6, Nadia Haswani binti Hasnan pernah dikenali dengan nama Nadia AF6 suatu ketika dahulu. Tetapi kemunculan semula beliau kali ini dengan penampilan dan nama yang baru iaitu Nadia Hasnan. Menonjolkan bakat beliau melalui program realiti itu, Nadia terus mengorak langkah sebagai anak seni dengan menjadi pengacara untuk beberapa program tv seperti Rancangan Idea, Over The Top,Voice Out dan Sayang Mama. Bakatnya bukan di bidang nyanyian dan pengacaraan sahaja, Nadia juga pernah terlibat dalam beberapa buah rancangan sitcom seperti Angguk-Angguk Geleng-Geleng dan Coret-Coret Hari Raya.

Dengan karakter mereka yang ceria dan gila-gila,  suasana pagi pendengar Pi  Mai FM akan dipenuhi dengan gelak tawa dan celoteh dari  mereka. Gandingan lama dan baru  juga dapat memberi sesuatu yang berbeza untuk disajikan pada pendengar utara.

 

Check Also

ANUGERAH BOH CAMERONIAN KE-20 MERAIKAN LEGASI SENI PERSEMBAHAN TANAH AIR

Petaling Jaya, Mei 2025 – Menyambut dua dekad kecemerlangan kreatif, Anugerah BOH Cameronian Arts Awards …

KONSERT DR ALBAN ‘LIVE IN MALAYSIA’ KEMBALI DENGAN PERSEMBAHAN DI ZEPP KUALA LUMPUR

Kuala Lumpur, 4 Mei 2025 – Mojo Projects dan Tuff Loud dengan bangganya mengumumkan konsert …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *