Hitman Solutions dan Happymoon dengan sukacitanya mengumumkan konsert pertama tahun 2025 dengan kemasukan Malaysia dalam siri jelajah Asia Nick Carter dari Backstreet Boys menerusi jelajah dunia “Who I Am” yang dinanti-nantikan. Konsert ini bakal berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 26 Februari 2025, menjanjikan malam yang tidak dapat dilupakan dengan nostalgia dan lagu-lagu pop yang hits.
Kembali ke Malaysia selepas sedekad, Nick Carter akan tampil di pentas buat kali pertama sejak persembahannya di Stadium Negara pada 2015 semasa jelajah Backstreet Boys “In A World Like This”. Selepas mengakhiri jelajah dunia bersama rakan sekumpulannya tahun lepas, Nick Carter membuat kemunculan solo yang mengejutkan pada 2023. Jelajah dunia “Who I Am” ini meraikan pencapaian tersebut dengan tiga single baharu, iaitu “Superman,” “Made For Us,” dan “Never Break My Heart (Not Again).”
Peminat boleh menjangkakan senarai lagu yang ekstensif menggabungkan lagu-lagu dari album solonya, klasik Backstreet Boys, dan lagu-lagu kegemaran peribadi penyanyi-penulis lagu ini.
Rohit Rampal, CEO & Pengasas Hitman Group dan Kesavan Purusotman (KC), Pengarah Urusan Happymoon berkongsi, “Sepanjang 2024, kami telah meneroka pelbagai genre bersama artis antarabangsa—dan tahun ini, kami mahu mempelbagaikan portfolio kami dengan ikon pop yang bukan sahaja mendefinisikan sebuah genre, malah satu era. Perjalanan luar biasa Nick Carter telah mencapai kejayaan besar dengan jelajah kumpulannya, dan jelajah dunia solonya kini menimbulkan fenomena global, menjadikannya pilihan yang sempurna. Kami sangat gembira dapat membawa pengalaman ini kepada peminat Malaysia, terutamanya generasi milenial yang telah menunggu sejak 2015 untuk kepulangannya.”
Kerjaya Nick Carter merangkumi lebih tiga dekad yang dipenuhi dengan konsert stadium yang terjual habis, termasuk projek dalam televisyen, filem, kerja amal, dan penerbitan. Bersama Backstreet Boys, Carter memegang gelaran sebagai sebahagian daripada kumpulan boy band paling laris dalam sejarah.
“Konsert ini lebih daripada sekadar muzik; ia adalah peluang untuk peminat menghidupkan kembali impian zaman kanak-kanak mereka dengan menyanyikan lagu-lagu ikonik seperti “Everybody”, “I Want It That Way”, “As Long As You Love Me”, dan banyak lagi. Perhentian “Who I Am” ini akan menjadi showcase individualiti dan kemuzikan beliau sambil meraikan lagu-lagu yang membentuk satu generasi,” tambah Rohit Rampal dan KC.
Setelah mengadakan jelajah di Amerika Syarikat, Kanada, Amerika Selatan, dan Amerika Utara, Nick Carter kini bersedia untuk memikat penonton Asia. Mengakhiri kenyataan mereka, penganjur bersama berkongsi, “Kami berbesar hati dapat mencipta malam nostalgia boy band, menyediakan pentas untuk persembahan menggegarkan Nick Carter.”
Bagi yang tidak sabar untuk mendapatkan tempat di konsert Nick Carter: “Who I Am”, jualan tiket Pra-Jualan Kelab Peminat Nick Carter akan bermula pada 10 Disember 2024 dari jam 12 tengah hari, dan Jualan Umum akan bermula pada 12 Disember 2024 dari jam 12 tengah hari melalui laman web rasmi www.hitmanlive.com. Berikut adalah kategori utama: CAT 1 (TEMPAT DUDUK PREMIUM) – RM448, CAT 2 (TEMPAT DUDUK BIASA) – RM348, dan ROCKZONE (BERDIRI) – RM288. Tingkatkan pengalaman konsert anda dengan VIP BOX (RM8,888); setiap kotak memuatkan sehingga 10 orang dan boleh ditempah dengan menghubungi +6012-265 5783.
Untuk sebarang pertanyaan mengenai jelajah dunia NICK CARTER: “WHO I AM” 2025 untuk Malaysia, sila hubungi kami di +6012-265 5783.