“AIA Generasi Malaysia Concert” Meraikan Identiti Unik Malaysia

AIA Bhd. Sekali lagi memilih muzik untuk menyatukan Malaysia dengan menganjurkan “AIA Generasi Malaysia Concert”. Acara meriah ini akan berlangsung di Stadium Tertutup Putra (Putra Indoor Stadium), Bukit Jalil, pada hari Jumaat, 12 Jun, 2015. Konsert tersebut akan mempersembahkan tiga artis Malaysia yang terkenal di persada antarabangsa untuk meraikan identiti ini yang begitu unik.

Buat julungkalinya persembahan gabungan bersama Juara Asia Wave Musim 1 Shila Amzah; penyanyi, penulis lirik dan pemenang pelbagai anugerah muzik Reshmonu, yang terkenal dengan persembahan reggae pop serta tarian bertenaganya; dan Gary Chaw atau lebih dikenali sebagai Cao Ge, yang terkenal dengan persembahan vokal berkuasa dan gelaran sebagai salah satu penyanyi lelaki terbaik Asia.

Ketiga-tiga artis ini akan membawa gaya serta persembahan tersendiri dalam menyampaikan lagu- lagu terkenal mereka dalam pelbagai bahasa, untuk menjayakan sebuah pengalaman muzik yang unik di Malaysia. Para penonton juga akan berpeluang untuk menikmati duet serta persembahan berkumpulan dari ketiga-tiganya buat pertama kali!

Print

Konsert ini memberi peluang bagi AIA menyatukan rakyat Malaysia dalam meraikan identiti uniknya. “Kami di AIA percaya bahawa muzik menyatukan semua. Melalui “AIA Generasi Malaysia Concert”, kami berharap rakyat Malaysia dari semua golongan akan bersama meraikan bakat pemuzik Malaysia yang telah mengharumkan nama negara ini di pentas dunia,” kata Ketua Pegawai Eksekutif AIA Bhd. Bill Lisle.

“Kepelbagaian kaum adalah kekuatan Malaysia dan pengalaman muzik daripada artis-artis Malaysia dari berbilang kaum sememangnya dapat memaparkan semangat sejati Generasi Malaysia,” kata Lisle.

“AIA Generasi Malaysia Concert” merupakan lanjutan kejayaan AIA menerusi persembahan Red Tour Taylor Swift di Kuala Lumpur pada tahun 2014 dan Konsert K-POP AIA pada tahun 2013.

AIA juga akan menganjurkan rangkaian pertandingan gambar dan video #GenerasiMalaysia di halaman Facebook www.facebook.com/AIAMalaysia mulai 20 April 2015, dan akan berganding bahu bersama stesen radio dan penerbitan terpilih untuk memberi orang ramai peluang memenangi tiket konsert, barangan eksklusif serta peluang bertemu artis-artis tersebut.

Selaras dengan tema Generasi Malaysia, AIA Bhd. Juga akan bekerjasama dengan Akademi Seni Dasein (Dasein Academy of Art) untuk mempamerkan karya seni yang menggambarkan semangat Malaysia serta identitinya yang unik. Karya-karya seni ini adalah hasil kerja pelajar dari akademi tersebut.

Check Also

“Mereka Yang Tertewas: Kisah Perjuangan Dakwah Lebai Pa”

“Mereka Yang Tertewas” adalah sebuah adaptasi novel karya Hasanuddin MD Isa yang diadaptasi untuk filem.Filem …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *