AIFFA 2013 Bakal Diadakan Di Kuching,Sarawak Pada 28 – 30 Mac 2013

ANUGERAH DAN FESTIVAL FILEM ANTARABANGSA ASEAN 2013 (AIFFA 2013) adalah acara berprestij selama tiga hari yang akan diadakan di ibukota Kuching, Sarawak pada Mac 28 hingga 30, 2013. Festival ini melibatkan kehadiran penggiat filem dari negara ASEAN, Bollywood dan Hollywood berkumpul untuk berkongsi kemahiran mereka di dalam industri perfileman.

Festival ini bertujuan untuk mempromosikan industri pelancongan serta mewujudkan ruang untuk semua penggiat filem ASEAN serta rakan-rakan Hollywood dan Bollywood untuk bertemu dan mengeratkan rangkaian dengan satu sama lain. Acara itu akan mengetengahkan Sarawak dan Malaysia sebagai destinasi unik untuk penggiat filem bagi lokasi penggambaran filem mereka.

Selain itu, AIFFA 2013 menyediakan platform yang kukuh bagi menjana ekonomi dan ini boleh dilihat dari usaha kesedaran dan promosi agresif di kalangan penggiat filem tempatan dan antarabangsa untuk memilih Sarawak sebagai lokasi penggambaran filem mereka.

Menurut Livan Tajang, Pengarah Festival AIFFA 2013, acara itu bukan sahaja mewujudkan kerjasama dan kolaborasi antara penggiat filem, tetapi memberi pengiktirafan kepada filem-filem dengan pencapaian cemerlang di peringkat ASEAN.

“Kami berharap mereka yang terlibat di dalam industri perfileman akan mendapat manfaat daripada festival ini melalui acara – acara yang telah diaturkan sepanjang festival. Oleh itu, acara tiga hari termasuk rentetan aktiviti yang akan membolehkan peminat filem tempatan kita untuk mempelajari seni perfileman melalui penyertaan dan interaksi dengan penggiat filem dari pelbagai peringkat” katanya.

AIFFA 2013 diendors oleh Kementerian Pelancongan Sarawak dan disokong sepenuhnya oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan Malaysia, Kementerian Luar Negeri Malaysia (Sekretariat Kebangsaan ASEAN-Malaysia), serta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

“Bukan sahaja negara-negara ASEAN, tetapi penggiat seni tempatan juga disyorkan untuk mengamati keunikan negeri Sarawak itu sendiri. Walaupun Sarawak kekurangan pendedahan dalam industri filem, namun ia mempunyai begitu banyak lokasi dan budaya yang boleh diketengahkan. Kami berhasrat untuk membuat AIFFA 2013 sebagai platform pelancongan dan diiktiraf sebagai hab bagi industri perfileman untuk berkembang maju ke hadapan. Oleh itu, kita bekerja rapat dengan penggiat  industry filem  termasuk FINAS untuk memartabatkan acara itu ke tahap yang lebih tinggi, “kata Livan.

Selain dari FINAS dan organisasi filem ASEAN yang lain, Steven Bernard, seorang  perunding  berpengalaman dari Hollywood akan bekerjasama  dengan AIFFA 2013 untuk membantu dalam memastikan acara ini setanding dengan festival filem antarabangsa yang lain.

AIFFA 2013 melibatkan seminar dan pameran untuk penggiat filem yang mempunyai  latar belakang yang luas dalam industri filem. Antara yang dijemput untuk memberi taklimat  tentang pembuatan filem adalah seperti produser terkenal Greg Levinsohn, yang telah dicalonkan untuk anugerah Oscar bagi  kerja-kerja beliau seperti Saving Private Ryan. Antara karya beliau yang lain adalah The Patriot, Snakes on a Plane dan banyak lagi.

Produser Hollywood seperti Kymber Lim yang telah menghasilkan filem-filem terkemuka  seperti Tron: Legacy, 2012, Spider-Man2 dan juga Christopher Chen, produser  untuk Iron Man-2, Harry Potter dan Deathly Hollows akan hadir untuk berkongsi kemahiran mereka semasa AIFFA 2013 .

FINAS serta penganjur AIFFA 2013 menggalakkan penglibatan penggiat filem tempatan dengan melancarkan AIFFA 2013 semasa pelancaran media. Feature films yang telah dihasilkan dan siap antara 1 Januari, 2012 dan 1 Februari, 2013 layak untuk dicalonkan.

Selain dari pencalonan filem, AIFFA 2013 juga telah melancarkan pertandingan filem pendek pada bulan Julai 2012 dan maklumat lanjut  mengenai AIFFA 2013 boleh didapati di laman web : www.aseanfilmfest.com. Pertandingan filem pendek dibahagikan kepada dua kategori, iaitu pertandingan filem pendek disediakan khusus kepada pelajar dan terbuka kepada orang awam. Bertemakan ‘Naturally Beautiful ASEAN’, pertandingan untuk Feature film dan filem pendek hendaklah menggabungkan elemen yang berkaitan dengan ASEAN.

Acara 3-hari merangkumi pelbagai aktiviti, salah satu adalah tayangan filem “Movies in the Rainforest” pada 28 Mac 2013. Majlis itu akan diadakan di Kampung Budaya Sarawak dan peminat akan mendapat pengalaman yang berlainan dimana penayangan filem tersebut yang terletak di tengah-tengah hutan hujan yang menawan. Selain daripada itu, pengunjung akan berpeluang bertemu dan beramah mesra dengan penggiat industri filem dari segenap rantau Asia.

Hari kedua (29 Mac, 2013) akan melihat rentetan peristiwa seperti seminar dan pameran di mana gabungan usahasama dari pihak studio, produser, pengarah, pengurus lokasi dan ramai lagi akan hadir untuk berkongsi pandangan mengenai pembuatan dan pengeluaran filem. Seminar ini terbuka kepada para perwakilan dan pameran dibuka kepada orang awam.

Kemuncak acara akan berlangsung di ‘Gala Nite’ pada 30 Mac, 2013 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching. Bertemakan ‘Black & White Borneo’, ianya merupakan majlis karpet merah yang berprestij dan penuh glamor.  Penyampaian anugerah akan berlangsung pada malam tersebut  dan banyak acara gilang gemilang dan penuh dengan debaran bagi filem-filem yang tercalon.

Aktiviti-aktiviti yang diketengahkan daripada AIFFA 2013 termasuk:

March 28, 2013 : Welcoming Dinner and ‘Movies in the Rainforest’ at Sarawak Cultural Village

March 29 & 30, 2013 : Karnival Rakyat at Kuching Waterfront

March 29 & 30, 2013 : Film Exhibition & Seminar at Pullman Hotel, Kuching

March 30, 2013 : Golfing with the Stars in Borneo at Kelab Golf Sarawak

March 30, 2013 : Gala Night at Borneo Convention Centre Kuching

Check Also

Astro Persembahkan Drama ‘Berbahagi Suami’ – Menyingkap Realiti Poligami Dari Kaca Mata Isteri Kedua

Astro, peneraju utama hiburan di Malaysia, kembali dengan drama terbaharu berkisarkan konflik rumahtangga bertajuk ‘Berbahagi …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *