AIN EDRUCE Dan HAZIQ HUSSNI Hos Baru Melodi

Program infotainment paling sensasi di Malaysia, Melodi terus menemani hari Ahad semua penonton setia TV3. Melodi yang sememangnya dinanti-nantikan oleh para penggemar dunia hiburan tanah air dan antarabangsa sentiasa memberikan maklumat terkini artis-artis kegemaran dan tak lupa juga berita-berita sensasi buat penonton setia.

Selepas 34 tahun bersiaran, Melodi telah menampilkan pengacara-pengacara hebat seperti Ogy Ahmad Daud, Awal Ashaari, Fara Fauzana, Wahid dan Nabila Huda. Kini giliran bagi Ain Edruce untuk meneruskan legasi sebagai pengacara Melodi. Ain telah memulakan pengacaraan dengan Melodi pada 3 Julai lalu bersama-sama pengacara jemputan seperti Sharnaaz Ahmad, Shalma Ainaa dan Izzue Islam sepanjang bulan Julai. Rata-rata penonton telah memberi maklum balas yang baik di atas pembawaan Ain sebagai pengacara yang sempoi dan menyeloroh, membuatkan penonton tidak kering gusi.

Bermula Ogos ini, Melodi akan menggandingkan Ain Edruce bersama Haziq Hussni sebagai pengacara tetap untuk musim terbaharu. Sidang media untuk memperkenalkan pengacara tetap Melodi telah diadakan di Studio 3, Glenmarie, Shah Alam sejurus tamat siaran langsung program tersebut pada hari ini.

Haziq Hussni telah dilamar sebagai pengacara program ini atas pembawaannya yang dinamik, serba boleh serta mudah menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi. Sudah tentu Haziq akan menunjukkan sisi berbeza yang belum pernah ditayangkan kepada penonton sebelum ini. Nantikan gabungan hebat Ain Edruce dan Haziq Hussni untuk menyemarakkan hari minggu anda di Melodi.

Teruskan menonton Melodi yang dihoskan oleh gandingan hebat Ain Edruce dan Haziq Hussni, bersiaran secara langsung pada setiap hari Ahad, pukul 12.30 tengah hari di TV3 dan strim langsung secara HD di www.tonton.com.my

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia.

Check Also

“Mereka Yang Tertewas: Kisah Perjuangan Dakwah Lebai Pa”

“Mereka Yang Tertewas” adalah sebuah adaptasi novel karya Hasanuddin MD Isa yang diadaptasi untuk filem.Filem …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *