AirAsia & AirAsia X Perkenal Hidangan Dalam Pesawat Terbaru

DSC00146

AirAsia akan memperkenalkan Kamal’s Mee Goreng Mamak bagi penerbangan AK AirAsia yang boleh didapati didalam pesawat dan semasa proses pra-tempahan. Selain Kamal’s Mee Goreng Mamak, AirAsia juga memperkenalkan dua hidangan baru bagi menu bulan November dan Disember iaitu Spicy Tuna Wrap dan menu istimesa krismas Roast Chicken with Cream Sauce .

DSC00150

Untuk penerbangan AirAsia X pula, AirAsia memperkenalkan hidangan-hindangan premium seperti Big Breakfast, Japanese Bento dan Roast Chicken with Special Stuffing and Cranberry Sauce.Setiap set hidangan premium ini akan dihidangkan dengan minuman,pembuka selera dan pencuci mulut. Ia hanya boleh didapati melalui pra-tempahan secara atas talian sahaja mulai 1 Disember 2013.

DSC00154

Nikmati layanan Xtra bersempena musim perayaan,kesemua penumpang yang memilih untuk MaXimise hidangan mereka akan menerima baucer bernilai RM50 yang boleh digunakan bagi penerbangan seterusnya bersama AirAsia X. MaXimise adalah pilihan tambahan di mana para penumpang boleh melengkapkan hidangan pra tempahan mereka dengan tambahan minuman (Dimes 100% apple Juice) dan pencuci mulut (moist chocolate cake) untuk RM7  sahaja. Baucer istimewa ini adalah sah untuk para penumpang yang terbang bersama AirAsia X dari Disember 2013 ke Februari 2014 sahaja.

Selain daripada itu, Pak Nasser’s Nasi Lemak kini dijual pada harga RM10 sahaja bagi masa terhad.Terus ikuti AirAsia dengan promosi terkini dan aktiviti dan banyak lagi melalui Facebook (facebook.com/AirAsia) dan Twitter (twitter.com/AirAsia).

 

[nggallery id=190]

Check Also

Pertunjukan Cahaya dan Bunyi di JBL Rewind Revolution

JBL®, jenama audio gaya hidup terkenal di bawah Harman International, memperkenalkan “JBL Rewind Revolution Roadshow” …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *