AirAsia bakal menjadi syarikat penerbangan pertama yang menghubungkan Kuala Lumpur ke Kertajati, Indonesia

AirAsia Malaysia (AK) bakal menjadi syarikat penerbangan pertama yang menghubungkan Kuala Lumpur ke Kertajati, Indonesia bermula 17 Mei 2023.

Sebagai syarikat penerbangan yang menawarkan satu-satunya sambungan antarabangsa dari Kertajati, AirAsia akan menghubungkan kawasan Bandung Raya dan Cirebon, serta sebahagian wilayah Jawa Barat dan Jawa Tengah, lebih dekat dengan Kuala Lumpur, seterusnya merangsang ekonomi dan pertumbuhan pelancongan kedua-dua buah negara.

Dua penerbangan mingguan tersebut akan mendarat dan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kertajati terletak di Kabupaten Majalengka di wilayah Jawa Barat, yang juga merupakan lapangan terbang kedua terbesar di Indonesia.

Sebagai laluan ke-12 AirAsia Malaysia ke Indonesia, Kertajati mengukuhkan komitmen berterusan syarikat penerbangan itu kepada Indonesia sebagai pasaran terasnya dan mengukuhkan misinya untuk mendemokrasikan perjalanan udara dengan menghubungkan destinasi yang kurang mendapat perkhidmatan di rantau ini.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia Riad Asmat berkata: “Kami teruja untuk menjadi syarikat penerbangan pertama yang menghubungkan Kuala Lumpur ke Kertajati bermula pada bulan depan. Laluan ini bukan sahaja akan meningkatkan sektor pelancongan dan ekonomi di negara masing-masing, malah mengeratkan hubungan antara kedua-dua buah negara.

“Menghubungkan destinasi yang kurang mendapat perkhidmatan adalah teras jenama kami. Sebagai sebuah kumpulan syarikat penerbangan yang mempunyai rangkaian yang meluas di Asean dan Asia Pasifik, bersama-sama Indonesia AirAsia (QZ), kami akan menghubungkan pengembara secara terus ke lebih banyak bandar unik dan kurang mendapat perkhidmatan di Indonesia dan Malaysia serta lain-lain.

“Sama seperti kami memperkenalkan rangkaian ke Bandung pada tahun 2004, kami tidak sabar untuk membawa lebih ramai orang melawat ke Jawa Barat untuk menikmati kekayaan budaya dan keajaiban alam semula jadinya yang luar biasa. Kami juga tidak sabar untuk menerbangkan lebih ramai pengembara ke Kuala Lumpur dan menghubungkan mereka ke seluruh Asean dengan rangkaian kami yang luas.”

Sempena sambutan pelancaran laluan baharu ini, AirAsia menawarkan tambang promosi termasuk semua* sehala daripada RM149 bermula hari ini hingga 16 April 2023 untuk tempoh perjalanan antara 17 Mei dan 23 Oktober 2023 di airasia Super App atau airasia.com.

Dari Kertajati, para pengembara boleh menerokai tarikan terbaik di wilayah Majalengka termasuk air terjun Muara Jaya, pemandangan yang menakjubkan di Terasen Panyaweuyan, tasik berwarna biru di Situ Cipanten, taman teh lereng bukit di Ladang Teh Cipasung dan banyak lagi, atau terus ke bandar tanah tinggi Bandung.

Para tetamu juga boleh bertanya, berhubung dan berkongsi pengalaman dengan pengembara lain yang akan menuju ke Kertajati melalui ciri komuniti airasia Super App dengan menekan ikon “Chat”.

AirAsia Malaysia (AK) kini terbang ke 11 laluan di Indonesia dari Kuala Lumpur ke Banda Aceh, Jakarta, Bali (Denpasar), Medan, Padang, Pekanbaru, Makassar, Yogyakarta dan Balikpapan, serta dari Pulau Pinang ke Jakarta dan Medan.

Jadual Penerbangan antara Kuala Lumpur (KUL) dan Kertajati (KTJ):

*Tambang promosi termasuk semua termasuk cukai lapangan terbang, fi MAVCOM, surcaj bahan api dan sebarang caj lain yang berkenaan. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Check Also

Pertunjukan Cahaya dan Bunyi di JBL Rewind Revolution

JBL®, jenama audio gaya hidup terkenal di bawah Harman International, memperkenalkan “JBL Rewind Revolution Roadshow” …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *