AirAsia Kini Terbang Ke Luang Prabang Dari Kuala Lumpur

AirAsia terus menunjukkan komitmen terhadap pasaran Asean dengan penerbangan sulung terbaru yang menghubungkan Kuala Lumpur terus ke bandar UNESCO Warisan Dunia Luang Prabang di Laos hari ini, dan seterusnya menjadi syarikat penerbangan pertama dan satu-satunya mengoperasikan penerbangan terus diantara kedua-dua bandar.

Penerbangan sulung, AK562 mendarat dengan kapasiti yang mengalakan sebanyak 80% peratus muatan penumpang, dan tetamu dalam penerbangan itu termasuk Cik Aireen Omar, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad; Haji Zainuddin Abdul Wahab, Pengarah, Bahagian Pengeluaran, Pelancongan Malaysia dan Spencer Lee, Ketua Komersial AirAsia Berhad serta para media dari Malaysia.

Para penumpang serta tetamu khas yang hadir dalam penerbangan tersebut disambut dengan pancutan air diikuti dengan persembahan tradisional Laos sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Luang Prabang. Dato’ Tai Hing, Duta Malaysia ke Republik Demokratik Rakyat Laos, Dr. Bouakhong Namavong, Naib Gabenor Luang Prabang mewakili Gabenor Luang Prabang, Puan Khamphao Ernthavanh, Naib Menteri Kementerian Luar Negeri Republik Demokratik Rakyat Laos, Encik Ounethouang Kaophanh, Naib Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Pelancongan Republik Demokratik Rakyat Laos dan juga Encik Inthanousorn Sisanonh, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Republik Demokratik Rakyat Laos juga turut hadir untuk menyambut tetamu dari penerbangan sulung AirAsia ini.

Penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Luang Prabang merupakan laluan intra-Asean ke 70 bagi kumpulan syarikat penerbangan itu yang menghubungkan sepuluh negara-negara Asean, dan juga merupakan laluan keempat syarikat penerbangan itu ke Laos selepas Kuala Lumpur – Vientiane, Bangkok – Vientiane dan Bangkok – Luang Prabang.

photo-1

Majlis sambutan penerbangan sulung dan sidang akhbar diadakan di Hotel Sofitel, Luang Prabang, yang telah memenangi anugerah dan merupakan sebuah hotel warisan kolonial Perancis dan gaya Laos. Di majlis tersebut, syarikat penerbangan AirAsia juga mengumumkan promosi tambang termasuk semua dari RM99* sehala, yang kini boleh ditempah melalui online di www.airasia.com dan juga Aplikasi mudah Alih AirAsia dari sekarang hingga 27 November 2016, bagi tempoh perjalanan dari sekarang hingga 30 April 2017.

Sebuah Bandar Warisan Dunia UNESCO, Luang Prabang adalah salah satu lokasi di Asia Tenggara yang dikenali dengan kuil beratapkan emas (Golden-roofed Wats), sami berpakaian saffron, vila-vila Indo-Cina lama dan sajian masakan Gallic dan keindahan Padang Golf 18 Lubang sepanjang Sungai Mekong. Bekas ibu negeri ini terletak di Utara pusat bandar Laos, kira-kira 300km ke utara Vientiane di kuala Sungai Mekong dan Sungai Khan Nam.

Tetamu boleh menikmati pemandangan menakjubkan mozek ‘Tree of Life’ di Wat Xieng Thong, berenang di kawasan air terjun Kuang Si dan menikmati Khao Soi – hidangan mi sup tempatan popular yang boleh didapati di gerai-gerai makanan di sepanjang jalan di Luang Prabang.

*Tambang termasuk semua adalah untuk perjalanan sehala termasuk cukai dan fi. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Jadual Penerbangan bagi Kuala Lumpur, Malaysia (KUL) – Luang Prabang, Laos (LPQ) No. Penerbangan

Dari

Ke

Berlepas

Tiba

Jadual

AK 562

KUL

LPQ

0645 hrs

0840 hrs

Mon, Wed, Fri, Sun

AK 563

LPQ

KUL

0925 hrs

1330 hrs

Mon, Wed, Fri, Sun

Check Also

AirAsia bakal menjadi syarikat penerbangan pertama yang menghubungkan Kuala Lumpur ke Kertajati, Indonesia

AirAsia Malaysia (AK) bakal menjadi syarikat penerbangan pertama yang menghubungkan Kuala Lumpur ke Kertajati, Indonesia …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *