Akma AF3 Bakal Bertunang Pada 6 Mei 2012

Penyanyi dan juga pelakon yang dicungkil bakatnya menerusi program realiti Akademi Fantasia 3, Akma Abdullah, 27, mengesahkan dia bakal bertunang pada 6 Mei depan dengan seorang eksekutif, Petronas, Farih Hamshi, 28.

Menurut kenyataan Akma di laman portal murai.com, dia mula mengenali bakal tunangnya itu selepas program realiti tersebut. Kata Akma, seorang teman telah memperkenalkan Farih kepadanya.

Namun selepas perkenalan tersebut mereka tidak lagi bertemu lebih lima tahun kerana masing-masing sibuk komitmen sehinggalah dipertemukan semula pada awal tahun 2011 lalu. Dan kemudian mereka mengambil keputusan untuk bertunang.Akma juga memberitahu, pada 3 Mac lalu Farih telah menghantar rombongan merisik dan majlis tersebut diadakan di rumah Akma di Jalan Klang Lama.

Tahniah pada Akma….

 

Check Also

Poster filem Rangga & Cinta versi muzikal penuh warna dan romantik

RANGGA & CINTA VERSI MUZIKAL — CINTA LAMA KINI BERLAGU SEMULA

KUALA LUMPUR, 26 Oktober 2025 — Puisi, lagu dan cinta bersatu di layar perak menerusi …

Puteri Zarith tampil elegan dengan beg tangan minimalis simbol kekuatan wanita moden

KOLEKSI PUTERI ZARITH: KEANGGUNAN DENGAN JIWA YANG KUAT

Bangkit Dengan Nilai dan Gaya Di sebalik wajah lembut dan senyuman menenangkan Puteri Zarith, tersimpan …

Leave a Reply