ALIFE AGAIN Mencipta Industri Acara Langsung Di Masa Depan

DISEBABKAN pandemik Covid 19 terus- terusan mengancam industri acara langsung (live events) yang belum pernah terjadi selama ini, Persatuan Penggiat Festival Antarabangsa (ALIFE) mengharapkan agar tahun baru ini akan memberi pencerahan menuju pemulihan. Sebahagian besar inisiatif ALIFE 2020 ialah untuk melibatkan kerjasama pihak berkuasa yang relevan dalam usaha membenarkan acara secara langsung ini dapat dilaksanakan dengan selamat bersama pelaksanaan protokal kesihatan yang ketat.

“Tahun 2020 merupakan tahun yang sangat sulit buat industri kami dan jalan penyelesaiannya sangat lambat dan tidak konsisten. Pihak ALIFE berkomitmen untuk terus berusaha untuk mengjangkau semua pihak yang berkepentingan dalam sektor swasta dan agensi kerajaan bagi mencari penyelesaian jangka panjang dan kelanjutan untuk menuju pemulihan industri acara langsung melalui Forum ALIFE AGAIN,” tegas Para R. yang merupakan Pengerusi ALIFE.

ALIFE AGAIN: Mencipta Masa Depan Baru Untuk Industri Acara Langsung dijadualkan berlangsung pada 21 Januari 2021 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dan akan dipersembahkan dalam bentuk acara hibrid dengan sebilangan kecil peserta langsung serta penyertaan dalam talian. Forum yang akan menampilkan sekumpulan ahli panel yang berpengalaman dalam pelbagai bidang berkaitan ekosistem siaran langsung akan menangani topik-topik seperti menghidupkan kembali industri hiburan tempatan, perubahan landskap persembahan secara langsung di seluruh dunia dan teknologi dalam transmisi migitati, dana kerajaan & bantuan kewangan serta prosedur standard operasi dan kelulusan acara.

Antara ahli panel yang bakal menyertai forum ini adalah legenda muzik Malaysia, Datuk M.Nasir, Encik Rajasingham yang merupakan Pengarah Urusan BAC Education Group, Ilya Kravtsov Ketua Pegawai Eksekutif Pouch Nation yang merupakan sebuah syarikat teknologi acara terkemuka, Kim Lim yang merupakan Pengarah Kanan Celebrity 360, Universal Music,wakil dari agensi kerajaan termasuk Cendana dan MyCreative dan ramai lagi. Sesi ini juga menampilkan ahli panel dari industri hiburan langsung dari seluruh rantau ini.

Dengan kumpulan penggerak dan nama-nama besar industri berkongsi pengalaman dan pengetahuan mereka, forum ini akan menyediakan platform yang hebat untuk para peserta untuk belajar, adaptasi dan melaksanakan strategi untuk kesinambungan semula acara secara langsung selepas wabak.

Sebagai infomasi dua bulan lalu, industri secara langsung melalui ALIFE telah mengirimkan SOS kepada Kementerian dan agensi kerajaan berkenaan usaha menyelamatkan industri selepas semakin banyak pengendali, pembekal, kru dan pekerja dipaksa berhenti dan keluar dari sektor ini.

Dua bulan kemudian, walaupun terdapat banyak sektor ekonomi yang dibenarkan memulakan operasi beserta pematuhan ketat terhadap prosedur operasi standard yang diluluskan oleh Majlis Keselamatan Nasional, industri siaran langsung berada dalam Aktiviti Terhad Majlis Keselamatan Nasional (Senarai Aktiviti Dilarang). ALIFE terus menuntut kepimpinan proaktif dari Kerajaan dalam membantu industri secara langsung.

Pendaftaran FORUM ALIFE AGAIN adalah percuma dan dibuka kepada semua pengamal acara langsung yang berminat dengan dasar ‘first come first serve’. Pendaftaran dibuka pada hari Khamis, 6 Januari 2021 melalui www.alife.my.

Untuk maklumat lanjut atau butiran forum, sila emel alifecouncil@gmail.com

Check Also

PERSEMBAHAN BALET SENSASI LONDON MENAMPILKAN PENARI CILIK CEMERLANG, SOPHIA ONG DARI SELANGOR, DALAM BALLET NIGHTS KUALA LUMPUR!

Debaran semakin terasa apabila Ballet Nights mengumumkan bahawa Duta Muda Malaysia mereka, Sophia Ong, 14 …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *