AMY NURTINIE dinobat “IKON WANITA MELAYU” Pencarian Wanita Melayu Plaza Shah Alam

Jawapan kepada persoalan siapa Ikon Wanita Melayu tahun ini terjawab apabila pengacara majlis Karl Shafek mengumumkan nama Amy Nurtinie Abdul Aziz sebagai Ikon Wanita Melayu 2018. Amy Nurtinie yang senang dipanggil Tinie mencuri tumpuan juri-juri jemputan Encik Faizal Hamid (Pensyarah Fesyen UiTM), Puan Rosie Haslinda (Editor Pengurusan Majalah InTrend), Ashraf Dasley (Model) dan Puan Azura Mokhtar (Senior Centre Manager) dengan peratusan markah tertinggi pada hari finale berlangsung.

Tinie membawa pulang hadiah keseluruhan bernilai RM16,898.00 termasuk wang tunai bernilai RM5000, barang kemas Habib Jewels, Gold Chain with Pendant bernilai RM5000, jam tangan Ice-Watch bernilai RM2048.00 serta hadiah-hadiah lain daripada penaja. Merapati Tinie sebagai saingan, Nur Fatihah Sazali bergelar Naib Juara Pencarian Wanita Melayu yang membawa pulang hadiah keseluruhan bernilai RM11,758.00 dan Alya Abdul pulang sebagai pemenang tempat ketiga dengan hadiah keseluruhan bernilai RM9818.00.

Amy Nurtinie (Tengah) bersama Nurfatihah (Kiri) dan Alya Abdul (Kanan)

Pendaftaran Pencarian Wanita Melayu musim kelima bersama penaja utama Habib Jewels dan Ice-Watch bermula Januari lalu mendapat lebih 200 penyertaan online yang rata-ratanya dating daripada wanita Melayu pelbagai latar bidang kerja dan pengalaman. Sebanyak 3 peringkat uji bakat diadakan dan hanya 30 peserta dipilih ke peringkat separuh akhir yang berlangsung pada 21 April lalu. Tahun ini 12 peserta dipilih ke peringkat akhir berlangsung cukup meriah dengan kehadiran para penaja, bekas pemenang Pencarian Wanita Melayu dan penyokong peserta finalis yang turut dihiburkan dengan persembahan selingan oleh Ismail Izzani.

Dari kiri Nur Ezzeyanti (Miss Social Media), Huda Saber (Miss Personality), Nurfatihah (Naib Juara), Amy Nurtinie (Ikon Wanita Melayu 2018), Alya Abdul (Tempat ketiga) dan Siti Raihana (Miss Photogenic)

Antara penaja lain yang menyumbang dalam PWM2018 adalah Elianto Makeup, Butik D’Qapas, Parca Apparel, Anytime Fitness, Arco.MY, OC (Original Classics), NR Cosmetic, Ashira Kasih Exclusive, Ani Catering & Wedding Planner, Satay Station, Shaiful Azli Affaley, Loreal by Naluri dan Chriszen Official.

Pemenang bersama VIP serta para juri jemputan

Berikut senarai pemenang Pencarian Wanita Melayu 2018

Ikon Wanita Melayu 2018

Amy Nurtinie Abdul Aziz

Naib Juara

Nur Fatihah Sazali

Tempat Ketiga

Alya Iman Abdul

Miss Personality

Huda Saber

Miss Photogenic

Siti Raihana Rahamat

Miss Social Media

Nur Ezzeyanti Natasha Norazman

 

Check Also

BAZAR RAMADAN HABIB Bermula 22 Sehingga 24 Mac 2024

Sebagai persediaan hari lebaran yang bakal menjelma tidak lama lagi, HABIB berkongsi keterujaan untuk menyambut …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *