Anak-anak Muda Pamerkan Kreativiti Dalam Rekativiti!

Astro bangga memperkenalkan Rekativiti, rancangan terbaru yang akan muncul di Astro TVIQ (Channel 610), bertujuan membangkitkan kreativiti dalam golongan muda Malaysia. Sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan Astro untuk membantu memperkayakan kehidupan melalui kandungan pembelajaran yang berpendidikan dan menyeronokkan, Rekativiti bertujuan menggalakkan kanak-kanak untuk meneroka potensi kreatif mereka dengan melibatkan diri dalam cabaran kesenian yang menyeronokkan.

“Rekativiti mengambil satu pendekatan unik untuk menekankan kepentingan seni dalam pembangunan kognitif anak-anak kita, yang meningkatkan kemahiran dalam penyelesaian masalah, pemikiran kritikal, dan komunikasi,” kata Ravi Gopal, Ketua Pendidikan di Astro. “Kami harap rancangan ini akan memberi inspirasi kepada generasi muda untuk melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti kreatif di rumah dan di sekolah, untuk meningkatkan kemahiran pembangunan mereka dan untuk menggalakkan pembelajaran menyeronokkan melalui penemuan Seni.”

Elfira Loy & Zoey Rahman

Rekativiti adalah rancangan 8-episod pertandingan seni untuk kanak-kanak berumur 7 hingga 12 tahun. Setiap minggu, peserta muda kami akan mengambil bahagian dalam cabaran yang melibatkan kraf, mewarna, melukis, hiasan dan lukisan dengan menggunakan barangan biasa sehari-hari. Setiap episod melibatkan tugasan mini dan satu cabaran besar dengan tema yang digabungkan termasuk makanan & minuman, barang kitar semula, dan 1Malaysia.

Dibintangi hos muda ceria Elfira Loy dan Zoey Rahman, Rekativiti akan mula siaran dengan episod pertama pada hari Ahad 23 September pada jam 10 pagi di Astro TVIQ, yang akan menampilkan ujibakat peserta muda yang mengambil bahagian dalam pelbagai cabaran untuk menunjukkan kebolehan kreatif mereka.

Berikutan peringkat uji bakat, dua belas [12] pasukan peserta yang disenarai pendek akan menceburi tugasan mini serta cabaran besar dan karya seni mereka akan dinilai oleh pakar hakim Imuda dan Azhar Sulaiman serta seorang hakim selebriti khas. Terdapat juga pusingan penyingkiran di akhir setiap episod, yang mana hakim akan menentukan sama ada atau tidak setiap pasukan akan kekal untuk satu minggu lagi cabaran yang menarik berdasarkan karya seni terkini mereka. Akhirnya, hanya akan ada satu pasukan yang dinobatkan sebagai juara dalam acara kemuncak rancangan Rekativiti pada November ini!

Check Also

ROSSA KEMBALI DENGAN KONSERT “HERE I AM” DI AXIATA ARENA

Penyanyi tersohor Indonesia, Rossa, bakal mengadakan konsert solo bertajuk “Here I Am” di Axiata Arena, …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *