Anuar Zain Bakal Adakan Konsert 3 Dekad Muzik, Cinta dan Sanubari

Anuar Zain bakal meraikan ulangtahunnya yang kini memasuki tiga dekad dalam industri muzik Malaysia melalui konsert mega pertama beliau Anuar Zain 3 Dekad Muzik, Cinta dan Sanubari di Stadium Putra. Konsert ini bakal diadakan pada 16 Februari 2013.

Pihak Anuar Zain Network juga mengumumkan satu kerjasama dengan agensi pelancongan di mana satu pakej perjalanan eksklusif ditawarkan buat peminat-peminat Anuar dari Kota Bharu, Jerteh, Kuala Terengganu, Johor Bahru dan Singapura. Pakej ini dinamakan ‘3 Dekad 1 Destinasi’. Untuk maklumat lanjut, layari www.facebook.com/3Dekad1Destinasi.

Tiket konsert ‘Anuar Zain 3 Dekad Muzik, Cinta dan Sanubari’ berharga RM698 (platinum), RM598 (Gold), RM398 (Silver), RM298 (Bronze), RM138 (Palladium A) dan RM88 (Palladium B).

Bagi jualan tiket pukal, hubungi Anuar Zain Network di 012-4642030.

Check Also

MASDO KEJUTKAN PEMINAT DENGAN PENGUMUMAN KONSERT ULANG TAHUN KE-10 SECARA EKSKLUSIF

KUALA LUMPUR, 1 MEI 2025 – Kugiran MASDO, yang terkenal dengan irama pop yeh yeh …

JACKSON WANG UMUMKAN SINGLE TERBAHARU “BUCK” DARIPADA ALBUM MAGIC MAN 2 KETIKA KONSERT GOT7 DI THAILAND

Bangkok, 2 Mei 2025 – Jackson Wang tampil bersama GOT7 di Stadium Nasional Rajamangala, Bangkok, …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *