AOA Bakal Sajikan Persembahan Terbaik Di 2013 Asia Super Showcase in Malaysia

AOA ( Ace Of Angels) yang dianggotai oleh Choa, Jimin, Yuna, Youkyoung, Mina dan Youkyoung bakal mengadakan persembahan luar korea mereka yang pertama di ‘2013 Asia Super Showcase in Malaysia’. Ia dijadual bakal berlangsung pada 12 Mei  2013 di Stadium Merdeka.

Dalam pada itu, AoA turut mendedahkan bahawa konsert ini adalah konsert pertama mereka di luar negara.“Ini kali pertama kami buat konsert diluar negara, jadi kami bangga dan suka apabila dapat beraksi di Malaysia.Ini juga merupakan kali pertama kali kami ke Malaysia dan berharap peminat akan menyanyi bersama dalam konsert, barulah akan rasa gembira,” kata mereka.

“Kami juga akan cuba beri persembahan terbaik pada konsert tersebut kerana akan beraksi bersama Girls’ Generation,” tambah mereka lagi

Mereka mempunyai kelebihan bermain alat muzik serta kelebihan sebagai penari dan penyanyi.

 

[nggallery id=151]

 

 

 

 

Check Also

MASDO KEJUTKAN PEMINAT DENGAN PENGUMUMAN KONSERT ULANG TAHUN KE-10 SECARA EKSKLUSIF

KUALA LUMPUR, 1 MEI 2025 – Kugiran MASDO, yang terkenal dengan irama pop yeh yeh …

JACKSON WANG UMUMKAN SINGLE TERBAHARU “BUCK” DARIPADA ALBUM MAGIC MAN 2 KETIKA KONSERT GOT7 DI THAILAND

Bangkok, 2 Mei 2025 – Jackson Wang tampil bersama GOT7 di Stadium Nasional Rajamangala, Bangkok, …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *