Aplikasi UPLIVE Buat ‘Streamer’ Malaysia Raih RM10K Hingga RM20K

Aplikasi video sosial penstriman langsung pertama di Malaysia, Uplive merupakan aplikasi hebat yang bukan sahaja menghiburkan dan menghubungkan orang ramai dari seluruh dunia, malah bertindak sebagai platform kepada para penggunanya meraih pendapatan tetap. Hos-hos Uplive – Elaine Pang, Alice Tan dan Giselle Low berkongsi tentang strategi penstriman langsung yang berjaya dan tips bagaimana rakyat Malaysia boleh manfaatkan dari Uplive.

Sebagai sebuah aplikasi berteraskan video sosial bebas yang terbesar di dunia, Uplive dimiliki oleh Asia Innovations Group dan diasaskan pada 2013. Ianya merupakan salah sebuah dari beberapa platform yang diiktiraf oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)

Dengan lebih dari 260 juta pengguna dari 150 buah negara, Uplive mempunyai bilangan pengguna yang berbahasa Mandarin terbesar di dunia. Platform Uplive yang meluas membolehkan bermulanya era baharu, di mana orang ramai boleh berkongsi tentang kemahiran, bakat dan minat mereka dengan pengguna dari seluruh dunia, sambil menjana pendapatan di internet selain bergantung sepenuhnya dengan perkhidmatan penghantaran makanan dan ’e-hailing’ sebagai sumber pendapatan.

Dengan wajah selebriti Malaysia, Datuk Hj Aznil Hj Nawawi yang tampil di dalam iklan TV Uplive ke udara melalui beberapa saluran TV Astro sejak Oktober 2021, Uplive menjangkakan lebih ramai pengguna dan hos yang akan menyertainya. Dengan itu, Uplive telah mengumpul segala maklumat dan tips daripada ketiga-tiga hos mereka yang berjaya untuk membantu pengguna baru meraih kejayaan.

Elaine Pang dan Alice Tan telah menjadikan penstriman langsung sebagai kerjaya sepenuh masa mereka setelah diberhentikan kerja akibat pandemik, bersiaran secara langsung selama 5-8 jam sehari. Setiap hari, mereka menyanyi, bermain permainan mini dan berinteraktif bersama para penonton mereka. Manakala Giselle Low pula, bekerja sebagai setiausaha pada siang hari, dan akan bersiaran dengan menyanyi pada waktu malam. Menurut mereka, penstriman langsung tidaklah serumit yang disangka. Kebanyakan orang akan terkejut jika mengetahui rahsia untuk menjadi ’streamer’ yang berjaya adalah benar.

Ini menimbulkan persoalan apakah yang diperlukan untuk menjadi hos Uplive. Elaine Pang berkata, ”Mempunyai wajah yang cantik atau kacak bukanlah faktor utama untuk

mendapatkan tontonan yang tinggi. Kini, orang ramai lebih tertarik dengan hos yang mempunyai kemahiran berkomunikasi dan berinteraksi dengan baik.” Alice Tan pula menambah semua orang mampu menjadi ’streamer’ yang berjaya, yang diperlukan ialah keazaman untuk mencuba, sebuah peranti mudah alih dan sistem pencahayaan yang baik. Giselle Low juga memberi kenyataan bahawa sikap yang positif, kemahiran pembelajaran yang aktif dan ketabahan merupakan kunci kejayaan dalam industri ini.

Elaine Pang

Hos Uplive mampu untuk hidup selesa, meraih pendapatan purata sekitar RM5,000 sebulan. Alice Tan sendiri mampu menjana sehingga RM10,000 hingga RM20,000 dalam bulan yang baik. Selain itu, platform tersebut juga membantu ramai ’streamer’ menarik minat para penaja dan urus janji jenama ke akaun sosial media mereka. Dengan itu, terdapat pelbagai cara untuk meraih pendapatan melalui Uplive selain dari sumbangan dari para penonton

Berikut merupakan tips-tips yang dikongsikan oleh Elaine Pang, Alice Tan dan Giselle Low untuk menjadi hos Uplive:

  1. Kepentingan Tanggapan Pertama – Serlahkan persona unik anda. Ramai orang mampu membezakan keaslian seseorang. Jadi, keaslian adalah penting. Selain itu, nama pengguna (username) adalah penting kerana itu merupakan maklumat pertama yang dilihat semasa penonton menonton penstriman langsung anda. Pastikan nama pengguna anda mudah untuk diingat, keratif dan mudah untuk disebut.
  2. Menepati Jadual Secara Konsisten – Sentiasa merancang, menetapkan jadual dan menepatinya. Para penonton dan peminat akan menantikan siaran anda dalam sekitar waktu yang sama.
  3. Memilih Topik-topik Yang Menarik & Barkaitan – Menyentuh topik-topik yang berkaitan mendapat penglibatan penonton yang tinggi. Menjadikan penstriman langsung anda lebih hidup dan menarik.
  4. Berkenalan Dengan Hos-hos Lain – Ini membolehkan hos-hos meluaskan capaian mereka dan mendapatkan tontonan dari penonton ’streamer’ lain. Para penonton juga menyukai sekiranya hos-hos ini bekerjasama di antara satu sama lain.
  5. Sentiasa Berhubung Dengan Penonton – Para penonton amat menghargai sekiranya hoshos memberi perhatian terhadap komen dan respon mereka. Pastikan untuk berinteraksi dan memulakan perbualan yang menarik, berkongsi minat dan memberi peluang kepada penonton untuk berinteraksi dan bermain permainan bersama anda.
  6. Meneroka dan Berkembang – Menjadi kebiasaan untuk para penonton berkongsi hobi mereka dan membuat permintaan untuk anda mencubanya. Meluangkan masa untuk belajar dan meneroka permintaan-permintaan mereka dalam kamera bukan sahaja menghasilkan kandungan yang menarik, ianya juga membuatkan para penonton lebih menghargai anda.

Elaine Pang berkata, “Nasihat saya kepada mereka yang berminat tetapi teragak-agak untuk mencuba Uplive, cabar diri anda untuk keluar dari zon selesa dan cuba sesuatu yang baru. Uplive menyediakan ruang untuk anda untuk menemui diri anda dan berkenalan dengan rakan-rakan baru. Saya pasti anda akan mendapat pengalaman yang hebat dalam perjalanan anda sebagai ’streamer’.”

Giselle Low

Alice Tan menambah, “Untuk menjadi hos yang hebat, anda harus hebat memasarkan diri anda. Serlahkan bakat-bakat anda, yakin dan anda akan menjadi hos yang baik. Kehidupan adalah untuk mengambil peluang, jadi ambil telefon anda dan cubalah Uplive.”

“Untuk berjaya dalam industri ini, ’streamer’ perlu berdedikasi untuk mencapai garisan penamat dan melihat pencapaian. Nasihat saya kepada mereka yang berminat dalam penstriman langsung, mulalah segera. Masa tidak menunggu anda. Lebih cepat anda bermula, lebih dekat anda ke garisan penamat,” tambah Giselle Low.

Elaine Pang Uplive ID: _elaine_pang

Alice Tan Uplive ID: 5252anrou

Giselle Low Uplive ID: giselle0515

Uplive official FB: https://www.facebook.com/UpliveMalaysia

Check Also

Pertunjukan Cahaya dan Bunyi di JBL Rewind Revolution

JBL®, jenama audio gaya hidup terkenal di bawah Harman International, memperkenalkan “JBL Rewind Revolution Roadshow” …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *