Arina Clever Girl Selangor Juara Minggu KE-5

Dari minggu ke minggu, meskipun soalan-soalan yang dikemukakan semakin mencabar, setiap peserta Clever Girl tetap menunjukkan peningkatan prestasi yang baik. Namun, apa yang lebih membanggakan adalah apabila Arina (Clever Girl Selangor), berjaya menewaskan Sarah Adiba (Clever Girl Sabah) yang telah memegang gelaran Juara Mingguan selama dua minggu berturut-turut.

Arina telah menjadi perbualan hangat netizen di laman media sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter pada minggu pertama Clever Girl kerana gagal untuk menjawab soalan yang dikatakan mudah. Namun, bak kata pepatah, usaha tangga kejayaan, usaha Arina untuk menjadi juara mingguan tidak sia-sia apabila dia telah berjaya membuktikan kepada orang ramai apabila berjaya menjadi juara mingguan dan meraih imuniti buat kali pertama.

Para peserta Clever Girl Malaysia

Namun begitu, ramai yang tidak menjangkakan bahawa Fatin (Clever Girl Kelantan) akan mengucapkan selamat tinggal kepada pentas Clever Girl pada minggu lepas. Ini kerana, dia merupakan salah satu peserta terbaik dan telah menunjukkan prestasi yang amat bagus sehingga dikatakan pesaing terdekat Sarah Adibah (Sabah). Mary (Clever Girl Pahang) juga telah menduduki tangga tercorot buat kali kedua apabila dia gagal menandingi peserta-peserta lain. Walau bagaimanapun, Mary tetap tidak berputus asa untuk menewaskan pesaingnya, Fatin, dalam pusingan penyingkiran Clever Girl Malaysia minggu lalu.

Seperti minggu-minggu sebelum ini, dua peserta yang berjaya meraih markah tertinggi akan bertarung antara satu sama lain untuk meraih gelaran juara mingguan dan mendapat imuniti penyingkiran pada episod seterusnya. Manakala, dua peserta yang mempunyai markah terendah pula akan bertarung agar dapat mengekalkan kedudukan mereka dalam Clever Girl Malaysia. Secara automatik, peserta yang gagal dalam pusingan penyingkiran akan terkeluar.

Fatin (Kelantan) mengucapkan selamat tinggal kepada pentas Clever Girl Malaysia
Fatin (Kelantan) mengucapkan selamat tinggal kepada pentas Clever Girl Malaysia

Permainan Clever Girl Malaysia ini merangkumi empat segmen utama, iaitu Clever Girl Bersamamu, Clever Girl Malaysia Pusingan Pertama, Clever Girl Malaysia Pusingan Kedua, dan Clever Girl Malaysia Pusingan Akhir. Dalam segmen Clever Girl Bersamamu, penonton akan dapat menyaksikan rakaman khidmat masyarakat para peserta Clever Girl Malaysia menjalankan aktiviti khidmat sosial masyarakat.

Dalam segmen Clever Girl Malaysia Pusingan Pertama dan Pusingan Kedua pula, para peserta akan dikemukakan 10 soalan dalam setiap segmen. Markah dalam pusingan pertama dan kedua adalah berbeza di mana markah bagi setiap soalan adalah bernilai 5 markah. Sementara itu, markah bagi pusingan kedua pula adalah antara 10 hingga 100 markah, dan ianya berbeza mengikut soalan-soalan yang telah ditentukan.

Mary (Pahang) mendahului Fatin (Kelantan) di peringkat akhir

Program Clever Girl Malaysia juga menyediakan bantuan โ€œTanya Malaysiaโ€, di mana penonton boleh membantu para peserta menjawab soalan-soalan yang sukar di pusingan akhir melalui dua cara iaitu menerusi laman web www.tv3.com.my/clevergirl atau menggunakan Hashtag Twitter.

Dengan melayari www.tv3.com.my/clevergirl para penonton akan dibawa ke skrin yang memaparkan soalan tersebut dan para penonton boleh memilih antara jawapan objektif A,B,C atau D. Di platform Twitter, para penonton hanya perlu menggunakan hashtag #clevergirlmy dan memberikan hashtag pilihan jawapan #A, #B, #C atau #D. Sebagai contoh, #clevergirlmy<jarak>#C.

 

Check Also

Dapatkan Tandatangan & Sesi Foto Eksklusif Ziana Zain Semarakkan Keterujaan Ziana Zain Concert 2024

Menikmati persembahan atau nyanyian bintang pujaan tidak akan pernah lengkap tanpa tanda dagang seperti memiliki …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *