Samsung Galaxy Golden Disk Award (GDA) ke-27 bakal berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang pada 15 dan 16 Januari 2013 dan menyaksikan lebih 20 buah kumpulan Pop Korea akan turun ke Malaysia untuk membuat persembahan juga penampilan khas.
“Berdasarkan sambutan hangat konsert Bigbang lalu juga fenomena K-Pop yang melanda Malaysia kini, kami membuat keputusan untuk memilih Malaysia untuk merealisasikan anugerah ini. Malaysia merupakan negara kedua selepas GDA diadakan di Jepun, tahun lalu”, kata Pengarah Editor Hiburan Ilgan Sports, Kim Sora.
Sementara mengulas lanjut mengenai pemilihan venue, Pengarah Mediaartncomm Co. Ltd, Min Yoonki berkata,
“Pemilihan litar antarabangsa Sepang (SIC) sebagai venue pula adalah disebabkan sebelum ini sudah banyak acara dan konsert KPop diadakan di ibu kota Kuala Lumpur, jadi kami yakin SIC tempat yang paling sesuai dan pasti dapat menghimpunkan ramai pengunjung”.
Antara artis K-Pop yang bakal turun adalah BigBang, Super Junior, Girls’ Generation -TTS, BEAST, 2NE1, KARA, PSY, 4 Minute, Epik High, T-ara, CNBlue, FT Island, Infinite, B.A.P, EXO, Beast, 4 Minute, Sistar, Secret, B1A4, Busker Busker, Miss A, Shinee, K-Will, Ailee dan MBlaq.
Dimulakan pada tahun 1986, penghargaan melalui Golden Disk Awards merupakan satu taraf yang didambakan oleh penggiat muzik Korea. Anugerah ini akan dibahagikan kepada 2 klasifikasi iaitu Album dan Lagu yang terdiri daripada kategori Utama iaitu Disk Album, Disk Album of The Year. Manakala kategori Utama untuk Lagu ialah The Song of The Year, The Most Popular K-POP Star, MSN Southeast Asia Award, MSN International Award, New Rising K-Pop Star Award, Best Hip Hop Award, Single Album of The Year.
Harga tiket-tiket seperti berikut:
Samsung Galaxy Zone: RM898 (early bird), RM999
Rockpit : RM620 (early bird), RM688
Maklumat lanjut layari info@ticketpro.com.my atau talian hotline 03-78807999 atau www.goldendiskawards.asia.