Astro Kasih Ola Bola_GSC One Utama 20 Feb 7 Para Pelakon dan Pengarah Ola Bola, Chui bergambar bersama penonton

ASTRO KASIH Pupuk Semangat Anak-Anak Remaja Melalui Tayangan Filem OLABOLA

Filem OlaBola yang memulakan tayangannya di pawagam seluruh Malaysia dan Brunei bermula 28 Januari 2016 lalu telah mendapat sambutan positif dari setiap lapisan masyarakat. Malah, apa yang lebih mengagumkan apabila filem ini meskipun sudah berada di pawagam melebihi 3 minggu, namun sokongan penonton masih kukuh dan terus rancak dengan terbuktinya kunjungan mereka di pawagam tanah air.

Astro Kasih Ola Bola_GSC One Utama_20 Feb 5 bersama para pelakon Ola Bola dan Pengarah, Chui

Jika mendengar tajuk OlaBola pasti ramai yang dapat menyangka bahawa filem fiksyen ini akan memaparkan sukan bola sepak. Namun, istimewanya filem arahan pengarah Chiu Keng Guan ini, ia turut menonjolkan nilai persahabatan, kemahiran sukan, keluarga dan keharmonian berbilang bangsa sebagai inti pati utama. Dengan meletakkan nilai-nilai ini, OlaBola diharap mampu memupuk penonton dengan semangat dan sikap berani untuk melakukan apa sahaja demi orang tersayang serta negara.

Astro Kasih Ola Bola_GSC One Utama_20 Feb 2 (Datuk David Yap, Director of Community Affairs, Astro)

Bersesuaian dengan nilai-nilai tersebut, Astro menerusi cabang tanggungjawab sosial korporatnya iaitu Astro Kasih mengambil langkah inisiatifnya dengan mengadakan program tayangan amal filem OlaBola bersama lebih 1000 orang anak-anak dari 14 rumah kebajikan serta para peserta dari Kem Badminton Astro dan Kem Bola Astro.Tujuan mengadakan program tayangan amal ini adalah untuk mendedahkan nilai-nilai yang dipaparkan di dalam filem OlaBola bersama anak-anak yang kurang bernasib baik serta memupuk semangat kesukanan dan memberi inspirasi kepada peserta-peserta Kem Badminton dan Kem Bola Astro.

Astro Kasih Ola Bola_GSC One Utama_20 Feb 1

Usaha di bawah Projek Astro Kasih ini berlangsung selama dua (2) hari di tiga (3) buah negeri bermula 19 Februari 2016. Tayangan amal ini agak bergerak di lokasi dan pada tarikh berikut:

Tarikh Waktu Lokasi
19 Februari 2016 3.00 petang Cathay Cineplexes, Johor Bahru
20 Februari 2016 3.00 petang GSC 1Utama, Petaling Jaya
3.00 petang GSC Gurney Plaza, Pulau Pinang

Filem OlaBola yang diilhamkan dari peristiwa sebenar ini adalah sebuah filem yang melambangkan budaya di Malaysia dan lebih menarik lagi ianya memaparkan semangat cintakan negara dalam semangat setiakawan tanpa mengenal latar belakang. Elemen-elemen positif yang diterapkan dalam filem ini diharap dapat menyuntik jiwa anak-anak muda agar mereka lebih menghargai dan membina persefahaman dalam menjadi pemacu kepada kemajuan negara.

Astro Kasih Ola Bola_GSC One Utama_20 Feb 3 with Datuk David Yap, Director of Community Affairs Astro 3

Berlatarbelakangkan era 1980-an, Ola Bola merupakan kisah kejayaan tentang keberanian dan semangat bersatu yang memberi inspirasi kepada barisan pemain bola sepak Malaysia untuk bangkit dari kekecewaan dan muncul menjadi wira negara. Kisah yang diilhamkan dari peristiwa sebenar ini bukan sahaja memaparkan semangat juang dan maruah pasukan bola sepak negara, tetapi juga menyaksikan kepayahan dan kesungguhan barisan pemain mengatasi masalah peribadi dan juga yang berkaitan dengan pasukan. Kisah ini juga mendalami kehidupan seharian dan memaparkan semangat waja yang tidak kenal erti putus asa walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran. Filem yang diarahkan oleh pengarah hebat Chiu Keng Guan ini merupakan satu perjalanan inspirasi yang dijangka akan menambat hati para penonton Malaysia.

Untuk mengikuti info terkini tentang Astro Kasih, sila layari www.facebook.com/astrokasihmalaysia.

Check Also

PERSEMBAHAN BALET SENSASI LONDON MENAMPILKAN PENARI CILIK CEMERLANG, SOPHIA ONG DARI SELANGOR, DALAM BALLET NIGHTS KUALA LUMPUR!

Debaran semakin terasa apabila Ballet Nights mengumumkan bahawa Duta Muda Malaysia mereka, Sophia Ong, 14 …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *