Hajat Ramadan

Astro Lancar Kempen Khas ‘Kosong Kosong,Buka Lembaran Baru’ Sempena Ramadan & Syawal

Sharnaz Ahmad & Keith Foo (Perempuan Lindungan Kaabah)
Sharnaz Ahmad & Keith Foo (Perempuan Lindungan Kaabah)

Tahun demi tahun, Astro menyambut ketibaan Ramadan dan Syawal dengan tema serta barisan program serta aktiviti istimewa untuk dinikmati bersama oleh rakyat Malaysia. Tahun ini tiada berbeza, apabila Astro sekali lagi membawakan sebuah kempen yang malah lebih besar ertinya, bertemakan ‘Kosong Kosong, Buka Lembaran Baru’.

Hadirnya setiap Ramadan Al Mubarak mengajak umat Islam menginsafi serta bermuhasabah diri. Amal ibadat dipertingkatkan demi benar-benar menghayati bulan yang mulia ini. Keampunan dipohon serta diberi setibanya Syawal dengan penuh keikhlasan tanda bermulanya episod baru dalam sesebuah perhubungan dan persahabatan. Seiring dengan semangat inilah, Astro melancarkan ‘Kosong Kosong, Buka Lembaran Baru’, suatu kempen yang diinspirasikan daripada kesucian dan ketulusan hati melupakan sengketa lampau apabila menyusun sepuluh jari.

Ya Ustaz
Ya Ustaz

Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh berkata, “Melalui platform Tonton, Dengar & Baca yang tersedia di bawah payung Astro – termasuklah Televisyen, Radio, Penerbitan dan Digital – kami mengajak rakyat Malaysia untuk menghayati erti sebuah kemaafan. 4. Program dan aktiviti telah diatur dengan teliti untuk memastikan sajian program yang bukan sahaja bermutu malah mengikut selera semasa, sambil kita juga tidak lupa memenuhi tuntutan kerohanian.
Harapan kami, agar pengisian sepanjang Ramadan ini sedikit sebanyak dapat membantu penonton beragama Islam dalam mendalami ibadah dalam bulan ini.”

Sebanyak lebih 30 program istimewa bakal menemani hari-hari penonton di sepanjang bulan puasa menerusi saluran-saluran televisyen Astro. Ini didahului dengan barisan rancangan di Astro Oasis dengan siri drama bersiri 30 Hari Puasa dan Tanah Kubur Istimewa Ramadan serta filem televisyen Syurga Untuk Lelaki. Dunia Pencetus Ummah, Anta Tanya Ana Jawab, Musykil Muslimah serta Kalau Dah Jodoh Ustaz Kazim Elias turut diteruskan dengan suntikan elemen Ramadan. Manakala Astro Prima menawarkan Primadona Ramadan, Hajat Ramadan 2014 dan sebuah filem televisyen khas bertajuk Masihkah Ada Ramadan.

Jehan (left, host of Resepi Memikat Suami) with guests Nana Mahazan
Jehan (left, host of Resepi Memikat Suami) with guests Nana Mahazan

Sebuah lagi filem televisyen juga bakal disiarkan di Astro Ria, iaitu Taubatan Nasuha di samping rancangan Resepi Memikat Suami, Gaya Raya dan 1001 IDea serta Romantika yang kali ini menampilkan Mizz Nina dan Noh Salleh, Imam Muda Asyraf dan isteri serta Ashraff Muslim dan isteri-isterinya.

Istimewa di Astro Citra, Sinema Sahur di bulan Ramadan akan mempersembahkan tema istimewa iaitu Minggu Istimewa Lisa Surihani, Minggu Istimewa Aaron Aziz, Minggu Istimewa Nora Danish dan Minggu Istimewa Shaheizy Sam yang akan menyiarkan filem-filem lakonan keempat-empat pelakon popular ini.

Astro Radio melalui ERA fm, SINAR fm, THR Gegar dan hitz.fm menyampaikan mesej ‘Kosong Kosong, Buka Lembaran Baru’ secara berterusan dalam segmen-segmennya. Para penyampai dan selebriti turut mengajak pendengar mengambil bahagian dengan berinteraksi tentang kempen ini di ruang udara.

Mizz Nina in Always a Traveller
Mizz Nina in Always a Traveller

Saluran TV, stesen radio Astro, Astro Digital dan Astro Shaw juga akan melawat ke pelbagai Bazaar Ramadan dan tempat awam lain sebagai sebahagian aktiviti lapangan di bulan Ramadan ini, terutama dengan persinggahan harian Skuad ERA Bazaar Ramadan ke lokasi-lokasi terpilih. Ini ditambah pula dengan program-program berbuka puasa, serta acara Yok Sahur anjuran portal Murai, kali ini dengan kerjasama Astro Shaw dan Astro Gempak untuk memperluas lagi mesej ‘Kosong Kosong, Buka Lembaran Baru’ dan merapatkan lagi silaturrahim Astro dengan rakyat Malaysia.

Astro mengalu-alukan orang ramai ke laman sesawang www.kosongkosong.com.my untuk terlibat secara langsung dengan berkongsi pesanan atau bingkisan peribadi.

Hajat Ramadan
Hajat Ramadan

Ujar Khairul lagi, “Hantarlah pesanan anda, dalam bentuk cerita, imej, video atau audio sambil menggunakan #kosongkosong di laman sosial seperti Facebook, Twitter atau Instagram untuk dikongsi bersama. Perlukan bantuan kami untuk menyatakan kemaafan? Hubungi kami melalui saluran-saluran ini. Mana tahu, kami dapat membantu.”

Ternyata, selain mempersembahkan program berunsur hiburan, Astro mengambil inisiatif 360 darjah untuk memberikan pengalaman Ramadan yang lebih menyeluruh menerusi pelbagai landasan media kami. Kami percaya pelancaran ‘Kosong Kosong, Buka Lembaran Baru’ kali ini menepati suasana bersalam-salaman dan bermaaf-maafan di Ramadan dan Syawal. Semoga ia dapat mengukuhkan lagi ikatan persaudaraan antara kita.”

Check Also

The Rock Emperor Penang Chapter Sukses Hiburkan 8,000 Penonton, Wings Bakal Bawa Konsert Ke Pantai Timur

Spice Arena, Bayan Baru, Pulau Pinang menjadi saksi 8,000 peminat rock pulang dengan senyuman selepas …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *