Astro Tampilkan Barisan Chef Profesional Sebagai Juri

[media-credit name=”MasterChef Malaysia” align=”aligncenter” width=”600″][/media-credit]

Astro ternyata terus mengotakan janjinya dalam memberikan pengalaman menonton yang berbeza dengan membawakan sebuah program realiti masakan popular berjudul MasterChef Malaysia. Terbaru, Astro mengumumkan barisan juri yang akan mengemudi program ini dan senarai 40 peserta yang berjaya menempatkan diri dalam MasterChef Malaysia. Rancangan yang sudah lama dinantikan oleh penonton di Malaysia ini bakal bersiaran bermula 22 Oktober ini di Astro Ria (saluran 104) dan MasterClass (Kuliah Master) di STAR World (saluran 711) bermula 27 Oktober 2011.

Lima orang juri yang diumumkan bukan sahaja akan menilai keupayaan dan perkembangan para peserta, malah akan bertindak mengemudi rancangan ini. Mereka adalah Mohd Nadzri Redzuawan, 29 (Chef Riz), Moh Johari Edrus, 55 (Chef Jo), Zubir Bin Md.Zain, 45 (Chef Zubir), Yahaya bin Hassan, 49 (Chef Yahaya) dan Priya Menon.

Naib Presiden Perniagaan Melayu Astro, Encik Khairul Anwar Salleh berkata, “Sebagai sebuah saluran hiburan Melayu unggul yang menawarkan hanya program-program menarik, Astro Ria amat berbangga kerana bakal menayangkan sebuah program yang lama dinantikan oleh rakyat Malaysia ini. Kehadiran barisan juri yang disegani serta mempunyai latar belakang dan pengalaman yang luas dalam bidang masakan ini pastinya akan memberikan impak yang terbaik kepada program ini dan para peserta seharusnya mengambil peluang ini untuk mencedok segala ilmu dan teknik yang dikongsi mereka.

[media-credit name=”MasterChef Malaysia” align=”aligncenter” width=”600″][/media-credit]

Sementara itu, 40 orang peserta yang terpilih rata-rata mempunyai kualiti yang baik dan berpotensi untuk pergi jauh. Mereka datang daripada pelbagai latarbelakang seperti pelakon, doktor pergigian, pereka fesyen, penoreh getah dan pelajar universiti. Sewaktu di Bootcamp, kesemua peserta terpaksa mengharungi beberapa siri rintangan dan penyingkiran sebelum 24 peserta terbaik berjaya meneruskan perjalanan mereka dalam MasterChef Malaysia. Pada penghujung rancangan ini, hanya seorang akan dinobatkan sebagai juara MasterChef Malaysia.

Pada majlis ini juga turut diumumkan koloborasi Astro Ria dan Fox International Channels dalam menyiarkan MasterChef Malaysia. Sebagai salah sebuah saluran hiburan utama di Astro, STAR World telah menyiarkan MasterChef dan MasterClass selama dua tahun berturut-turut. Justeru itu, Fox International Channels dan STAR World amat berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan Astro Ria buat pertama kalinya dengan menerbitkan rancangan ini dalam versi Malaysia untuk mengukuhkan jenama MasterChef dan berusaha menarik minat para penonton di negara ini dengan menyuntik pelbagai elemen tempatan.

Jangan lupa untuk menyaksikan MasterChef Malaysia dengan episod Peti Saji Misteri dan Ujian Cipta Rasa di Astro Ria (saluran 104) bermula 22 Oktober 2011 dan Kuliah Master di Star World (saluran 711) bermula 27 Oktober 2011 manakala Kuliah Master di Astro Ria (saluran 104) akan bermula minggu berikutnya pada 4 November 2011. Selamat menonton!

Siaran Akhbar Oleh Astro.

Check Also

Astro Persembahkan Drama ‘Berbahagi Suami’ – Menyingkap Realiti Poligami Dari Kaca Mata Isteri Kedua

Astro, peneraju utama hiburan di Malaysia, kembali dengan drama terbaharu berkisarkan konflik rumahtangga bertajuk ‘Berbahagi …