Vuclip, a PCCW Media Company, and the leading premium video-on-demand service provider for emerging markets, today announced the star studded cast of its upcoming original, a romantic drama series titled The Publicist.
“We are thrilled to bring to Viu fans The Publicist as a refreshing, compelling new original. Working with Nia Dinata on Switch and now with Monty Tiwa on The Publicist has been fun and a great pleasure. We are excited to see the young talent and creativity in Indonesia and are committed to building a robust opportunity for these artists. Viu Originals across all our markets have been extremely popular and this encourages us to create many more. Thanks to our fans for the avid support,” said Arun Prakash, President and COO of Vuclip.
Adipati Dolken as Rey
The Publicist, conceptualized by Monty Tiwa, is a story that focuses on the relationship between a troubled actor, Reynaldi, whose career is in jeopardy following a scandal and a publicist, Julia, who is brought in to help restore his tarnished image. Adipati Dolken and Prisia Nasution play the roles of Actor and Publicist respectively in this romantic drama.
“I’m excited to play a complex and original character like Julia, an image maker who provides a second chance to Reynaldi to rebuild his life and career after a scandal. In this era of strong gender biases in Indonesia, playing a character who is confident and outspoken and yet has a past that she doesn’t want to reveal is a rare and compelling opportunity,” said Prisia Nasution.
Prisia Nasution as Julia
“Working with Viu Indonesia allowed me as a filmmaker to work more creatively than ever before. It was a delight to create a series with big screen treatments, explore story ideation and develop the script. We have worked with the best crew and cast in the movie industry for The Publicist. The digital format allowed me to explore the story and characters in an uninhibited manner, which is why I believe the story will resonate strongly with millennials,” said Monty Tiwa, Director of The Publicist.
Baim Wong as Robert
The Publicist, will be a 13-part series exclusively on Viu starting on November 16, 2017. It can be accessed from https://www.viu.com/ or by downloading the Android app from Google Play or the iOS app from the Apple App Store.
Rampage bukanlah kumpulan baru, malah jenama ini sudah mula diinspirasikan oleh Yazit sejak 17 tahun dahulu. Ianya kembali bernyawa setelah pelbagai kemelut melanda ‘Sang Gendang’ malah Rampage ibarat nyawa baru serta meneruskan kelangsungan bakat muziknya.
Bukan berniat untuk menandingi kumpulan rock sedia ada, namun kehadiran Rampage sekadar memeriahkan kembali persada seni khususnya muzik rock. Setelah sekian lama, akhirnya album pertama Rampage yang berjudul Rempuh kini telah di riliskan. ‘Rempuh’ di garap dengan elemen rock yang pelbagai atau lebih mudah ianya diresapi nuansa universal rock.
Kumpulan yang turut dianggotai Zham (bes), Jemboo (gitar), Rithan (gitar) dan Moq (vokalis) ini bakal mengadakan persembahan di House@G Tower, Jalan Tun Razak pada 4 November nanti. Persembahan akan bermula pada jam 10 malam. Selain Rampage peminat akan dihiburkan oleh Search tribute band sebagai ‘opening band’.
Peminat yang ingin menyaksikan persembahan Rampage boleh membeli tiket yang berharga RM50 (termasuk minuman ringan) di lokasi atau dengan menghubungi 019-6888739 atau 012-6502352 .
Pentas Hard Rock Café Melaka sekali lagi bakal bergegar dengan pelbagai genre muzik arus bawah tanah, dan apa yang pasti ianya satu penanda aras yang baik buat peminat serta penggiat muzik sedemikian kerana di beri ruang dan peluang untuk beraksi di pentas yang cukup eksklusif ini.
Sebanyak 6 buah kumpulan yang berpaksikan nuansa muzik masing-masing akan mempamerkan kehebatan di atas satu pentas. Colourful Bullet, Hayagriva, The Dirty Dxxx, Inhuman, Hidden Silence dan Puakerysm adalah kumpulan yang akan memeriahkan siri “Live Music” yang akan di adakan pada 11 November ini. Persembahan akan bermula sekitar jam 3 petang dan berakhir pada jam 7 malam ini pastinya akan meninggalkan momen indah buat peminat serta pemuzik itu sendiri.
Peminat-peminat tegar muzik underdround pada lewat tahun 80an, pastinya masih ingat lagi dengan sebuah nama kumpulan Colorful Bullet yang berpusat di Butterworth, Pulau Pinang. Justeru itu, kepada peminat muzik keras yang baru serta muda remaja mungkin berpeluang kembali menikmati hidangan muzik keras dari Colorful Bullet. Dan kini, setelah lebih 30 tahun menyepikan diri, Colorful Bullet bakal beraksi di Hard Rock Café Melaka pada 11 November ini.
Colourful Bullet
Nama Colorful Bullet seakan sudah sebati buat penggemar yang pernah membaca hirarki penubuhan mereka di fanzine mahupun melihat mereka secara live di gigs yang pernah mereka sertai. Colorful Bullet secara seriusnya telah di abadikan pada tahun 1986 dan ditubuhkan oleh Jeff (bassis), Faizal aka Ordil Jay Sven (gitaris), Zaiful (drum) dan Am (vokalis). Malah kewujudan mereka lebih akronim dengan pergerakan underground ‘Empayar Meriam Timbol’ yang menjadi medan perantara diantara kumpulan-kumpulan muzik keras yang lain seperti, ZAF, Look Luck, EMT, Black Smith, The Missionary dan banyak lagi.
“Kehadiran kami adalah sebagai penyeri untuk persembahan di HRC Melaka nanti, kembalinya kami adalah sekadar memberi informasi kepada peminat muzik tempatan bahawa Colorful Bullet juga merupakan sebahagian daripada lipatan sejarah muzik bawah tanah yang berkembang di Malaysia sejak tahun 1988 lagi” ujar Ordil Jay Sven yang juga merupakan gitaris kumpulan ini.
“Memang benar kami tidak pernah menghasilkan sebarang demo namun Colorful Bullet berjaya memahat memori di ruang hati rakan-rakan di Kuala Lumpur. Colorful Bullet beraksi di Metallica Lounge, Pertama Complex, Kuala Lumpur pada lewat tahun 80an dan terus terpahat menjadi sebutan dan memori didalam lipatan sejarah era muzik bawah tanah Malaysia”, ujarnya lagi.
Hidden Silence
Namun seperti resam kumpulan muzik yang lain, angota kumpulan juga turut silih berganti kerana komitemen dan kehendak masing-masing. Panji-panji Colorful Bullet kemudiannya di kibarkan oleh Sham (gitar), Rahim Rahman (bass) dan Lan Dinggo (drum) dan masih setia genre crossover/hardcore punk seterusnya menjadikan mereka antara kumpulan yang cukup disegani ketika itu.
InHuman juga tidak harus diperlekehkan kewibawaan serta kehebatan mereka. Apa yang pasti mereka bukanlah sebuah kumpulan yang baru ditubuhkan, malah jentera yang memperjuangkan wirama ekstrim metal ini telah ditubuhkan sekitar tahun 1991 serta pernah beraksi bersama jentera-jentera hebat di awal kemunculan mereka.
The Dirty Dogs
InHuman pernah beraksi di Ipoh sewaktu siri konsert “The Gathering..” bersama-sama kumpulan Infectious Maggots, Langsuyr, Social Infection dan Parasite yang mana konsert ini telah di adakan pada tahun 1993. Setelah itu mereka terus mendapat undangan untuk beraksi di Warp Disco (KL Live) pada penghujung tahun yang sama bersama-sama kumpulan Modar, Rator, Parasite, Langsuyr dan beberapa kumpulan lagi.
Inhuman juga pernah mendapat tawaran untuk merakamkan album serta menyertai sebuah kompilasi terbitan Dark Journey Records, namun semuanya terpaksa di tolak kerana atas sebab-sebab tertentu. InHuman akhirnya terpaksa di bubarkan pada tahun 1995 kerana anggotanya memilih untuk berdikari dan memberi komitmen yang jitu kepada keluarga.
Inhuman
“Tahun 2017 seakan menyedarkan kami dari lena yang panjang apatah lagi ketika ini terlalu banyak band yang ditubuhkan, namun kehadiran kami sekadar memberi warna kepada arus muzik bawah tanah”, ujar Ehsan Yusoff selaku gitaris.
“Demi membuktikan kewujudan semula InHuman, kami telah meriliskan sebuah EP yang berjudul ‘Awakend At World’s End’, dimana EP ini telah menemui peminat pada tahun 2015”, ujarnya lagi
“untuk persembahan di HRC Melaka nanti InHuman masih lagi mengekalkan 2 anggota asal iaitu saya dan Fendi serta di bantu oleh 2 tenaga baru yang cukup untuk memberi tamparan hebat pada hari tersebut. Kami juga merasa bertuah kerana pemain dram asal iaitu Ad akan turut serta”, tambah Ehsan.
Puakerysm yang ditubuhkan sekitar tahun 1998 juga tidak kurang hebatnya, biarpun di awal kemunculan mereka lebih gemar membawakan irama rock sebagai batu loncatan untuk aktif bermain muzik. Malah lagu-lagu saduran daripada kumpulan SYJ, Rusty Blade, Wings dan XPDC menjadi taruhan.
Puakerysm
Namun segalanya berubah apabila mereka menerima vokalis baru yang lebih terarah kepada muzik metal, lantaran itu konsep rock yang ditunjangi beralih kepada metal yang di rasakan lebih bersesuaian maka lahirlah Demo yang berjudul “Bad Time Tales”. Demo yang mengandungi 2 buah lagu “Curse Of Dragon” dan “Kill The Machine”. Atas kelahiran demo ini mereka menukarkan nama kepada “Puakerysm” dan terus merangka beberapa aktiviti selepas itu.
Gig pertama Puakerysm adalah pada tahun 2004 bertempat di Kelab Mawar Biru, KL bersama-sama kumpulan Antacid, Samartary, Kilatus & Beast Petrify.
Menjelang 2012 Ejai kembali ke posisi lead guitar, R’man (bass), Adhy (drum) manakala di posisi vocalist diisi oleh rakan R’man iaitu Zan. Beberapa siri gig disertai oleh mereka dan Ep pertama mereka yang berjudul “Conspiracy Of Madness” diterbitkan pada 2013. Pada 2016 terdapat sedikit perubahan lineup di mana Rani kembali ke posisi bass, R’man rhythm guitar manakala yang lain tiada perubahan line up ini kekal sehingga kini. Seterusnya Ep kedua Puakerysm diterbitkan pada April lalu yang berjudul “Deprived Of Tranquillity”.
Hayagriva jentera yang tidak perlu di perkenalkan kepada umum, nama mereka sentiasa menjadi perhatian para peminat muzik ekstrim metal. Malah sejak kewujudan mereka sekitar tahun 1993 sentiasa menjadi ikutan peminat apatah lagi mereka tampil dengan imej, lirik serta melodi yang di hasilkan cukup sesuai bagi mereka yang meminati nuansa muzik sedemikian.
Kelahiran Ep pertama ‘Silverian Art” pada tahun 1997 membuktikan bahawa Hayagriva begitu serius dengan karier muzik mereka. Berita kehebatan Hayagriva juga turut tersebar ke Singapura yang mana ianya membawa kepada sebuah kerjasama di antara As Sahar dan Hayagriva, maka terhasillah sebuah EP berkembar berjudul “Beyond Firmament” yang telah diriliskan oleh Memories Records.
Hayagriva juga terlibat dalam kompilasi “Ipoh Metal Militant” sebuah album kompilasi yang diterbitkan oleh Ultra Hingax Production pada tahun 1999. Setelah itu banyak juga studio album yang telah mereka hasilkan. Setelah beberapa tahun mereka menghilangkan diri kini Hayargiva tampil secara eksklusif di Hard Rock Café Melaka buat pertama kalinya.
Selain Hayagriva, Colorful Bullet, InHuman dan Puakerysm, anda juga boleh menyaksikan kehebatan kumpulan Hidden Silence dan The Dirty Dxxx. Peminat boleh mendapatkan tiket masuk berharga RM40 (termasuk minuman ringan) di pintu masuk Hard Rock Café Melaka atau hubungi 06-2925188.
Detik 12 Malam kini kembali dengan musim ketiga yang telah mula bersiaran pada 10 Oktober 2017. Musim ini adalah kesinambungan kepada musim yang lepas di mana pihak produksi Detik 12 Malam terus mencari dan merungkai beberapa pekerjaan dan juga aktiviti yang dilakukan pada waktu malam.
Bersiaran pada setiap Selasa jam 11 malam di TV3, program berdurasi 30 minit ini menyajikan variasi aktiviti dan pekerjaan yang dilakukan terutamanya melewati jam 12 malam
Menurut Penerbit Detik 12 Malam, Abdul Ghani Mokhtar, “Objektif program ini bukanlah untuk mencari makhluk halus atau hantu semata-mata, tetapi lebih kepada memberi pendedahan kepada orang ramai tentang cabaran dan dugaan pekerjaan yang dilakukan pada waktu malam dari sudut mistik dan misteri disamping merasai sendiri pengalaman mereka melalui pengacara, Azmi Jamsari. Konsep dan idea asal program ini masih dikekalkan cuma terdapat beberapa segmen diberikan sentuhan baharu yang pastinya memukau sanubari penonton.”
Pada episod pertama, pihak produksi membawa penonton menyelongkar upacara Pati Geni permainan Kuda Kepang. Di majlis-majlis keramaian, tarian Kuda Kepang dipersembahkan bagi memeriahkan acara. Sebagai budaya dan warisan adat melayu, tarian Kuda Kepang diwariskan dari satu generasi ke generasi seterusnya agar tidak hilang ditelan arus kemodenan.
Namun disebalik 1001 kisah dari mana asalnya tarian unik ini, pihak produksi membawa anda menulusuri ritual unik ini. Kebiasaannya, mereka yang berhajat untuk menuntut ilmu kuda kepang perlu melepasi peringkat ini kerana ritual ini akan menjadi penentu sama ada pemain kuda kepang tersebut akan diberi ‘semangat’ haiwan yang mereka hajatkan seperti kuda, monyet, harimau mahupun gajah. Tiga orang jurulatih telah ditemui bagi berkongsi pengalaman misteri sepanjang mereka berkecimpung dalam aktiviti ini. Azmi selaku pengacara turut mencabar diri melalui proses pati geni untuk merasai sendiri pengalaman sebagai seorang pemain kuda kepang.
Umumnya aktiviti paranormal bukanlah menjadi pilihan orang ramai, namun segelintir peminat aktiviti mistik tetap berani melakukannya kerana mahukan sesuatu yang mencabar adrenalin. Episod Dua Detik 12 Malam menampilkan kisah disebalik kegiatan sebuah kumpulan paranormal yang masih aktif menjejaki tempat-tempat yang menyeramkan dan misteri. Kumpulan-kumpulan paranormal yang semakin bertambah dari masa ke semasa membuatkan aktiviti “mencari hantu” semakin popular disamping kemajuan teknologi dan media sosial memudahkan mereka berkongsi pengalaman kepada masyarakat.
Aktiviti mendaki gunung dilihat semakin popular dalam kalangan peminat sukan lasak di Malaysia akhir-akhir ini. Pelbagai lapisan bangsa menjadikan aktiviti riadah ini sebagai pengisi masa lapang. Alam semulajadi yang masih terpelihara di Malaysia membuatkan setiap pendaki mengimpikan untuk menawan gunung-gunung yang ada di Malaysia. Pihak produksi telah mendapatkan beberapa orang yang berpengalaman untuk bercerita mengenai pantang-larang dan pengalaman misteri mereka semasa berada di dalam hutan. Dalam episod tiga: Pendaki Gunung, ilmu hutan yang berguna akan turut dikongsikan bersama penonton untuk dijadikan panduan semasa pendakian.
Episod Empat, Pemikat Burung Wak-Wak. Jika dilihat secara kasar, burung wak-wak atau nama saintifiknya Amaurornis Phoenicurus tidak ubah dari burung-burung lain. Namun, terdapat pelbagai kisah misteri di kalangan pemikat burung wak-wak mengaitkan burung yang dilindungi Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972 ini. Fokus episod ini adalah teknik menangkap burung wak-wak itu sendiri. Difahamkan cara tradisional iaitu meniup seruling khas hanya dilakukan oleh mereka yang pakar kerana tiupan yang sumbang oleh mereka yang kurang pakar boleh memanggil makhluk halus. Ini menjadikan aktiviti memikat burung wak-wak sebagai satu misteri dan menyeramkan.
Diharapkan dengan musim baru ini, penonton akan lebih mengetahui dan serba sedikit beroleh ilmu dimana segala apa yang dipaparkan ini berkait rapat dengan ilmu alam. Segala cerita dan pengalaman yang dikongsikan adalah berdasarkan kisah sebenar dan dilakonkan semula bagi memberikan gambaran sebenar situasi dan kejadian yang berlaku.
Pecahan episod adalah seperti berikut:
Episod 1: Kuda Kepang (Upacara Pati Geni)
Episod 2: Aktiviti Paranormal
Episod 3: Pendaki Gunung
Episod 4: Pemikat Burung Wak-Wak
Episod 5: Pencari Madu Tualang
Episod 6: Kaki Pancing
Episod 7: Penjaga Stadium
Episod 8: Penjaga Pencawang
Ikuti pelbagai lagi kisah-kisah menarik menerusi DETIK 12 MALAM bersama Saiful Azmi Jamsari bermula 10 Oktober, setiap hari Selasa jam 11.00 malam di TV3. Jika anda terlepas menyaksikannya di kaca televisyen, anda boleh menonton melalui saluran alternatif iaitu di www.tonton.com.my.
Idospa Sdn. Bhd. has launched an online spa booking platform in Malaysia which aims to connect spa merchants and customers on a specialised platform. With a merchant base of over 1,000 and counting, the application is essentially a one-stop-platform which grants customers easy access to a wide range of spas available in the market.
Aptly named idospa, the application is a play on the terms “I do spa” which reconciles well with its business nature of spa and wellness. The platform aims to bridge the gap between more than 3,000 spas in Malaysia with its potential customers.
The launch is officiated by YBhg Datuk Seri Mirza Mohammad Taiyab, Director General of Tourism Malaysia. Also in attendance is Award Winning Malaysia songstress Dayang Nurfaizah, and Jojo Struys, regional TV Host and Yoga Instructor.
Ben Chua, Chief Executive Officer of Idospa said, “Idospa offers users the unprecedented opportunity and platform to not only locate spa services, either in their vicinity or any other location, but also book them at the touch of a button and pay via hassle-free methods. Indeed, today is history in the making, and we’re glad to have you as part of this significant milestone, not only for us, but the Malaysian market as a whole.”
The tourism and hospitality industry in Malaysia is one of the main contributors towards the country’s Gross National Income (GNI) and is recognised as one of the National Key Economic Areas (NKEA) in the government’s vision to make Malaysia a high income nation by the year 2020. As one of the Entry Point Projects (EPP) under the Economic Transformation Plan (ETP), the Ministry of Tourism and Culture has also established a National Spa Council to regulate and address issues pertaining to the spa industry. This year, the tourism and hospitality sector is expected to remain the third largest contributor to the Malaysian economy. The idospa platform will also enable tourists to locate neighbouring spa and wellness centres.
“The wellness segment in Malaysia grew 10% in 2014, and the government hopes to develop the spa industry further to attract visitors with money to spend on these experiences. Malaysia’s wellness and fitness industry has the potential to become a big revenue earner for the tourism sector and I believe this is a fair statement. Having an application such as idospa will help tourists when they arrive is something that would definitely boost up the Malaysian Tourism industry even more.” Datuk Mirza said.
With a simple and clean User Interface, the idospa application makes it easy and user friendly to operate. Consumers can make their bookings on the go with the app, enjoy the appointment made, and exit once they are finished. Merchants, on the other hand, will be able to better manage their business in various areas, including monitoring databases, customer segmentations, managing multiple centres and have a faster reach marketing platform. Users can download the application on the App Store and Google Play Store by searching for idospa Malaysia.
Released just three days ago in Germany, Huawei new flagship Mate 10 is now available for pre-order at 11street online marketplace!
Featuring a Kirin 970 CPU, a 4,000mAh battery, 5.9″ HUAWEI FullView Display and dual cameras with f/1.6 lenses, Mate 10 comes with 4GB RAM and 64GB storage, expandable with Micro SD memory slot up to 256GB too!
Mate 10 is priced at RM2699 with freebies worth RM999 and free shipping. You can find it at Huawei Mate 10 page on 11street. Customers can download Big Savings coupon to enjoy an additional RM100 discount. To make the deal sweeter, instalments are available up to 36 months.
https://www.youtube.com/watch?v=0Js4X_et70w
The pre-order date begins today until 22 October 2017 on a first come first serve basis, and the purchased item will be delivered starting from 28 October 2017.
In accordance with the international month of breast cancer awareness, XIXILI hosted its annual Stand Up For Pink Campaign, which convened public education initiatives, an empowering paint project and an on-ground event entailing fundraising activities to help raise awareness, support and monetary contributions to Breast Cancer Welfare Association (BCWA).
XIXILI is honored for the continued partnership with Breast Cancer Welfare Association (BCWA) – a leading community-funded nonprofit organization supporting and promoting awareness for the prevention and education on breast health.
We are pleased to play a role in supporting the incredible work providing care, support and information to help women to find a way to be aware of, live with, through and beyond breast cancer. The 4-days event saw an influx of positive engagement from shoppers of all ages as they showed their support for PINK, participated in clinical breast check with the BCWA Nurses and took part in the interactive on-ground activities.
This year, XIXILI proudly worked in collaboration with notable partners – IOI City Mall Putrajaya, Number76, Saito College, Aforadio, Monte Bianco Malaysia, Dunkin’ Donuts and Juice Works for the focal event.
To kick-start the Breast Cancer Awareness Month, the Stand Up For Pink campaign was launched at IOI City Mall Putrajaya from 28th September to 1st October 2017 with a 4-days event at the Centre Court, Ground Floor. With the commitment of all partners, XIXILI Stand Up For Pink campaign was a full force fundraising activity with charitable contributions to Breast Cancer Welfare Association (BCWA). Along with XIXILI, our on-ground partners – Saito College, Number76 and Aforadio initiated sales and services to raise funds for the good cause; while our supporting partners – Monte Bianco Malaysia, Dunkin’ Donuts and Juice Works generously sponsored gift vouchers to support the on-ground activities. The family-friendly event brought together education and fun-shopping activities with prizes giveaway to encourage public’s participation.
Sophisticated and innocent, everywoman succumbs to the enchanting sweetness offemininity with this exquisitelingerie pairing.A truly poised collection in silver grey & golden brown, Rosanais the epitomeof sultry innocence –sexy, yet classy!
This seductive collection accentuates a stunning blend of sexuality and innocence.An intricate galloon lace pattern weaves magic across the stretchy smooth microfiber fabric of the brassiere.This piece reconnects the wearer with the tiny temptress in every woman and unleashes the spark of the inner confidence.
Deep-V Push Up Bra Silver Grey / Golden Brown B/C 70-80, D 70-75
ROSANA DEEP-V PUSH UP BRA
A drop of elegance and an abundance of sexy, the Rosana Deep-V Push Up infuses a feminine charm onto every woman. Innocent and yet so decadent at the same time, You will feel empowered during the day; and sensual at night.
Mid-Waist BoylegPanty Silver Grey / Golden Brown M-L-LL-EL
Structured with push up molded cups anda low front centre V design, Rosana enhances bust cleavage andsculpts a naturally contoured shape. Delicately crafted with a U-back piece design for optimum support, this bra also offers flexibility and easy fit for all breasts shapes and sizes –keeping them perky and proud! Aside from feeling like a second skin, this bra has convertibleshoulder straps for an adjustable fit.
Demi Contouring Bra Silver Grey / Golden Brown C 70-85, D/E/F/G 70-90
ROSANA DEMI CONTOUR BRA
RosanaDemi Contour will be your secret arsenal to achieve the perfect shade of sexiness with a hint of ‘je ne sais quoi’ youthfulinnocence.
With its fiberfill liningand a 3-piece layered cut, the Rosana demi contour bra offers terrific fit and support beneath the trickiest of gowns. Dipping into a low ‘U’ shape at the back closure, Rosana offers support to your breasts without digging in, or any discomfort –sexy with no boundaries!
Mid-Waist BoylegPanty Silver Grey / Golden Brown M-L-LL-EL
A home-grown Malaysian label, XIXILI was founded by a group of ladies who were pleasantly surprised by the improvements of their bust-lines through the right choice of brassieres.They passionately and dedicatedly seek out to offer women of all ages and lifestyles a truly upliftingexperience through apersonalized fitting and an exquisite lingerie range.
Today, XIXILI proudly offers beautifully designed A -I cup and 65-100 band size lingerie through the advice of XIXILI’s professionally trained Perfect Fitters.With an adamant approach towards fit, XIXILI bras are tailored to a high quality: comfortable yet functional, and beautifully fashionable.
XIXILI Boutiques
1 UtamaShopping Centre
•AEON TebrauCity Johor
•BangsarVillage II
•Centro Mall Klang
•East Coast Mall, Pahang
•Genting Premium Outlets
•Gurney Plaza, Penang
•Imago Shopping Mall, Sabah
•IOI City Mall
•Johor Premium Outlets
•MahkotaParade, Malacca
•Mid Valley Megamall
•MyTownShopping Centre
•Pavilion KL
•Paradigm Mall, Johor
•QueensbayMall, Penang
•Quill City Mall
•SetiaCity Mall
•Sky Avenue Mall, Genting
•Sunway Pyramid
•Sunway Velocity Mall
•The Mines Shopping Mall
•Vivacity Megamall, Sarawak
And, available at all leading departmental stores or shop online at www.xixili-intimates.com.
Pada 22 September 2017 Ella telah kembali dengan karya terbaru beliau setelah 10 tahun semenjak album terakhir beliau pada 2007. Album Peace.Love.Rindu telah dilancarkan dengan kerjasama pihak Universal Music Malaysia dan kini tiba masanya untuk jelajah promosi album ini dimana Ella akan turun padang sendiri ke tujuh lokasi di seluruh Malaysia.
Ella menghadiahkan album Peace.Love.Rindu kepada peminat-peminatnya yang sentiasa memberikan sokongan sepanjang kariernya sebagai penyanyi, sehubungan dengan itu, Ella mahu meletakkan kuasa ditangan peminat beliau untuk memilih sendiri lokasi jelajah kali ini melalui undian atas talian. 30 pengundi bertuah juga berpeluang untuk sesi beramah mesra bersama Ella sendiri di lokasi-lokasi jelajah itu nanti.
Ella yang terkenal dengan persembahan beliau yang bertenaga, begitulah sesi jelajah ini kerana Ella akan mempersembahkan sendiri lagu-lagu baru dan juga lama. Antara lokasi-lokasi yang mungkin dilawati ELLA :
SACC Mall Shah Alam , Selangor Waterfront Kuching , Sarawak
Teluk Cempedak Kuantan , Pahang Danga Bay Johor Bharu , Johor
Tesco Ampang , Kuala Lumpur Alor Setar Mall , Kedah
Penang Autocity , Pulau Pinang Padang Besar , Perlis
Penang Time Square , Pulau Pinang Sutera Mall , Johor
Pantai Batu Buruk , Terengganu Setia Alam Mall , Selangor
Ella yg terkenal dgn persembahan bertenaga akan membuat persembahan diatas trak sambil mendendangkan rangkaian lagu lagu lama dan baru.Siri jelajah Ella ini akan bermula dari 24/10/2017 ini di Teluk Cempedak Kuantan.
Pihak polis akan menyiasat dakwaan bahawa seorang pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) cuba memikat isteri orang, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.
“Kita akan siasat, macam biasa kalau ada laporan kita akan ambil tindakan lanjut,” katanya pada sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut mengenai laporan itu.
Semalam satu laporan polis dibuat berhubung dakwaan bahawa seorang pegawai kanan SPRM cuba memikat isteri orang yang merupakan satu kesalahan jenayah.
Menurut laporan yang dibuat ahli perniagaan berusia 37 tahun itu, beliau menyedari perkara itu apabila menonton sebuah rakaman video di YouTube.
Pengadu mendakwa bahawa wanita itu mempunyai dua orang anak dan pasangan itu bercerai September lalu berikutan pembabitan orang ketiga dalam perkahwinan tersebut.
Kes berkenaan boleh disiasat mengikut Seksyen 498 Kanun Keseksaan atas tuduhan “memikat atau membawa pergi atau menahan seseorang perempuan yang bersuami dengan tujuan untuk mengadakan hubungan seks .”
Pesalah boleh dipenjara sehingga dua tahun, dikenakan denda atau kedua-duanya sekali.
Gandingan Malaysia Autoshow 2017 bersama Festival SoundValley dijangka akan memberi nafas baru bagi peminat muzik dan permotoran apabila ia di gabungkan di bawah satu bumbung. Malah ianya melakar sejarah tersendiri apabila sebuah festival muzik yang luar biasa akan berlangsung selari dengan Pameran Permotoran Terbesar di Malaysia.
11 kumpulan muzik tempatan dan antarabangsa dari Malaysia, Indonesia, Jepun dan England bakal membuat persembahan di Festival SoundValley 2017. Festival yang akan berlangsung selama dua hari ini menawarkan kepelbagaian genre muzik kepada semua pengunjung.
Festival SoundValley ini dianjurkan oleh Malaysia Automotive Institute (MAI) dengan kerjasama RSVP Media Sdn Bhd, akan berlangsung pada 11 dan 12 November 2017, dari 2.30 petang. hingga 11:30 malam bertempat di Malaysia Agro Exposition Park, Serdang (MAEPS) bersempena Malaysia Autoshow 2017.
Pengunjung Festival SoundValley akan menerima tiket percuma ke Malayia Autoshow 2017, sekaligus mendapat peluang untuk mengunjungi pameran automotif yang dianjurkan.
Pada hari pertama, peminat indie khususnya tidak harus melepaskan peluang untuk menyaksikan persembahan hebat daripada Bloc Party (UK) , kumpulan indie tempatan iaitu Hujan , Bunkface juga tidak ketinggalan memeriahkan suasana festival muzik ini . Kumpulan daripada Indonesia, Barasuara dan juga elektro rock , The Otherside Orchestra akan beraksi pada 11 November.
Manakala pada 12 November peminat genre rock pastinya akan memenuhi pentas apabila gergasi Heavy Metal daripada Asia iaitu Loudness akan beraksi buat kali ke dua di Malaysia. Tidak ketinggalan jentera rock yang sentiasa menjadi ikon di sanubari fanatika rock tempatan Wings dan May. Metalasia yang bertunjangkan genre Progresif Metal pastinya akan memberikan kelainan dalam konsert ini. Cassandra dan kumpulan FiftyOne50 juga turut diberi ruang untuk beraksi di acara yang pastinya memberi impak kepada muzik dambaan mereka.
Persembahan artis tempatan dan antarabangsa ini adalah sempena Malaysia Autoshow 2017 yang akan berlangsung 9 November hingga 12 November , para peminat yang datang bukan sahaja dapat menikmati festival muzik yang diadakan tetapi turut menikmati pameran kereta dan pelbagai aktiviti menarik yang diadakan pada hari tersebut .
TICKETS PRICE
PRICE CATEGORY
Day 1
11th Nov 2017
Day 2
12th Nov 2017
2 Day
Passes
Remarks
VVIP
RM 588
RM 288
RM 836
– Chill Out Zone with Rooftop
– Light Refreshments & Finger Food
– Festival T-shirt
– Poster
– Free Autoshow Ticket
– Express Entry Lane
VIP
RM 348
RM 188
RM 496
– Rock Zone
– Festival T-shirt
– Poster
– Free Autoshow Ticket
– Express Entry Lane
Normal
RM 288
RM 128
RM 386
– Free Autoshow Ticket
Early Bird
RM 248
RM 98
–
– Free Autoshow Ticket
Pembeli tiket Festival SoundValley akan menikmati harga istimewa bermula 10 Okt sehingga 18 Okt 2017. Peminat juga boleh mendapatkan tiket-tiket yang berharga RM98 hingga RM836. Untuk maklumat lanjut mengenai Festival SoundValley Festival 2017, layari www.airasiaredtix.com
Arrianshah Akid bin Shah Indrawan (Arrian), 5 tahun, anak kepada penyanyi lelaki popular, Tomok, mula menjadi perhatian pengguna media sosial selepas beberapa video yang memaparkan nyanyian dan kepetahannya bertutur dalam Bahasa Inggeris dimuat naik di laman Instagram milik bapanya. Kini, peminat Arrian dapat menyaksikan lebih banyak lagi gelagat beliau yang menambat hati bersama adiknya, Andrashah Iman bin Shah Indrawan (Andra), 2 tahun, dengan durasi yang lebih lama di paparan skrin yang lebih besar menerusi rancangan terbaharu, ‘Rockstar Junior’.
Rancangan terbaharu di slot eBu ini akan bersiaran selama 30 minit pada setiap Rabu jam 9.00 malam mulai 11 Oktober 2017 di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123). Rancangan lapan episod ini juga boleh ditonton menerusi aplikasi Astro GO dan ‘on demand’.
‘Rockstar Junior’ akan memaparkan kisah kehidupan harian keluarga kecil Shah Indrawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Tomok, dan isterinya Rahayu Abas (Ayu) ketika membesarkan dan mendidik dua orang anak teruna mereka, Arrian dan Andra. Sejajar dengan objektif utama program di bawah slot eBu, ‘Rockstar Junior’ akan turut memperlihatkan Tomok dan isterinya berkongsi tips keibubapaan dalam pelbagai situasi berbeza yang sering diamalkan oleh mereka berdua dalam menjalankan tanggungjawab sebagai ibu dan bapa kepada Arrian serta Andra.
Keistimewaan rancangan ‘Rockstar Junior’ ini ialah Tomok turut menghasilkan sepenuhnya sebuah lagu berjudul ‘Rockstar Junior’ nyanyiannya sendiri yang diinspirasikan oleh kedua-dua anaknya lelakinya itu. Perjalanan sepanjang penghasilan lagu tersebut seperti penulisan lirik, gubahan lagu dan proses rakaman akan diselitkan dalam setiap episod sebelum mempersembahkan hasilnya dalam episod terakhir. Bukan setakat itu, Arrian dan Andra turut menyumbang dalam pembikinan lagu yang berentak pop-rock tersebut.
Beberapa rakan selebriti Tomok seperti Black, Shuib, Zahid, Atu Zero dan ramai lagi turut membuat penampilan istimewa dalam rancangan ini.
Ayuh! Mari kita berhibur dengan menonton gelagat mencuit hati Arrian dan Andra sambil mengetahui tips keibubapaan dalam rancangan ‘Rockstar Junior’ pada setiap hari Rabu mulai 11 Oktober 2017 pada jam 9.00 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123). Rancangan ini juga boleh ditonton secara percuma pada bila-bila masa menerusi aplikasi Astro GO dan ‘on demand’. Selamat menonton!