SO Staff

Jabra Elite Sport Menawarkan Kebebasan Sebenar Tanpa Gangguan

Berikutan kejayaan global Jabra Elite Sport, produk terkini daripada Jabra ini kini tiba di Malaysia dan bakal menaikkan taraf senaman anda ke tahap yang lebih tinggi. Jabra Elite Sport merupakan produk pertama dalam generasi baharu rangkaian set alat pendengaran Jabra tanpa tali tercanggih.

Sebagai penanda aras terkini dalam aspek teknologi dan menawarkan pengalaman baharu bagi pengguna, Jabra Elite Sport merupakan teman setia sebenar bagi golongan peminat sukan. Ia menawarkan kebebasan pergerakan sebenar dan analisa kecergasan bina dalam tercanggih serta membolehkan anda bersenam sambil menikmati muzik. Antara ciri-ciri menarik produk ini termasuk

  • Prestasi audio terbaik menerusi empat mikrofon untuk pertukaran pintar ketika menerima panggilan
  • Gaya pemakaian tanpa tali dan selamat baik dengan satu ataupun dua penggunaan alat pendengaran
  • Analisa kecergasan peribadi canggih menerusi pemantau kadar degupan jantung bina dalam
  • Jaminan perlindungan tambahan bertaraf IP67 selama tiga tahun. Kalis peluh dan air*. Diuji masih berfungsi sekurang-kurangnya 30 minit ketika direndam dalam air setinggi satu meter.
  • Aplikasi kadar degupan jantung dengan 90 peratus ketepatan bacaan
  • Tempoh berbual dan menikmati muzik sehingga tiga jam termasuk enam jam tambahan jika dicas menerusi bekas bimbit

Sesuai untuk semua golongan pengguna, Jabra Elite Sport yang hadir dengan Sport Life App adalah teman terbaik anda ketika bersenam. Pengguna boleh menilai tahap kecergasan mereka menerusi ukuran VO2 Max, selain memperbaiki tempoh larian melalui peramal tempoh larian. Malah, anda juga boleh merancang jadual senaman demi menikmati keberkesanan maksimum melalui penasihat pemulihan. Perkembangan terkini akan dihantar pada masa nyata menerusi bimbingan khusus pintar terus dari alat pendengaran bagi memastikan kelancaran senaman anda tanpa sebarang gangguan.

Aplikasi Jabra Sport Life juga merekod dan menjejaki kadar perkembangan kecergasan anda dari semasa ke semasa dan menyediakan maklumat menyeluruh bagi membantu anda memperbaiki tahap kecergasan anda di masa hadapan. Ini merangkumi jarak larian, kelajuan, perjalanan, jumlah kalori yang dibakar dan hasil daripada latihan anda.

Setakat hari ini, sambutan global terhadap Jabra Elite Sport sangat menakjubkan dan kebanyakan peminat sukan dan kecergasan memilih produk ini sebagai teman setia terbaik ketika bersenam di luar atau di gimnasium. Berikutan sambutan global yang memberangsangkan, gajet ini turut mendapat respons serupa di pasaran Malaysia.

Jabra Elite Sport telah direka khusus untuk 77 peratus** pengguna yang gemar bersenam tanpa gangguan gajet bertali dan 69 peratus** pengguna yang kerap menikmati muzik sambil bersenam.

Fungsi panggilan dan muzik pada Jabra Elite Sport ini berupaya menyokong semua system operasi telefon pintar utama menerusi bantuan Bluetooth. Aplikasi kecergasan dan penjejak prestasinya pula boleh didapati dalam kedua-dua telefon berplatform Android dan iOS. Ketahui lebih lanjut tentang Jabra Elite Sport di laman web : http://www.apac.jabra.com/elitesport

Tanpa Wayar, Tanpa Gangguan – Kebebasan Sepenuhnya

Sebagai alat pendengaran sukan sebenar tanpa tali, Jabra Elite Sport menawarkan pengguna pengalaman audio tanpa sebarang gangguan bertali. Selain itu, produk ini juga menjanjikan prestasi audio terbaik ketika menjawab/membuat panggilan atau mendengar muzik serta menawarkan segala fungsi menyeluruh ketika anda bersenam. Terdapat tiga pilihan ear gel, tiga saiz span alat pendengaran dan tiga pilihan hujung sayap untuk keselesaan serta kesesuaian terbaik mengikut lengkuk dan bentuk telinga anda. Tiada lagi masalah alat pendengaran tercabut atau terjatuh ketika menjalani senaman intensif.

Kualiti Audio Terbaik dengan Fungsi Penyingkiran Bunyi Bising 

Alat pendengaran (earbud) yang canggih ini menawarkan prestasi audio terbaik ketika menikmati muzik atau membuat/menerima panggilan tanpa tali. Hadir dengan dua mikrofon, setiap earbud direka khas untuk ‘menangkap’ suara anda melalui mikrofon pertama, manakala mikrofon kedua pula mengangkat bunyi-bunyi bising luaran. Jabra Elite Sport berupaya bertukar-tukar earbud bagi mengesan bunyi yang kurang bising. Produk ini juga mampu menyingkirkan bunyi bising latar dengan membezakan bahan berasingan yang diterima di setiap alat pendengaran, sekali gus membolehkan anda mendengar dengan jelas dalam apa jua keadaan.

Fungsi panggilan suara dan audio pula membantu anda menguruskan panggilan terus tanpa perlu menyentuh telefon ketika panggilan masuk semasa anda berlari.

Rasai Persekitaran Anda Ketika Berlari

Teknologi HearThrough Elite Sport membolehkan pembesar suara bina dalam menghasilkan semula bunyi-bunyi persekitaran semula jadi selepas diaktifkan. Ini bagi memastikan pengguna sentiasa peka terhadap persekitaran mereka termasuk kehadiran kenderaan atau ancaman bahaya lain yang tidak dijangka ketika menggunakan alat pendengaran.

Mono dan Stereo

Elite Sport hadir dengan dua alat pendengaran (earbud) tunggal. Ini membolehkan pengguna memilih untuk menggunakan satu alat pendengaran (mendengar semula secara mono) dan membuat panggilan melalui earbud utama (kanan) yang berkomunikasi terus kepada telefon pintar pengguna menerusi bantuan Bluetooth. Alat pendengaran sekunder (kiri) pula berhubung dengan alat pendengaran utama melalui teknologi Near Field Communication (NFC) yang boleh digunakan dengan sebarang pengimbas kad jalur magnet akan terus menghubungkan kedua-dua alat pendengaran secara automatik jika diletakkan dalam lingkungan jarak 25cm. Ini sekali gus membolehkan peralihan tak berkelium antara perbualan dan muzik stereo.

Kredibiliti Bertaraf Perubatan

Sebagai peneraju dalam pengeluaran produk audio khususnya alat pendengaran sukan dan bantuan pendengaran, Jabra yang merupakan sebahagian daripada Kumpulan GN telah memahami kepentingan kualiti audio terbaik ketika mereka dan menghasilkan Jabra Elite Sport. Produk ini telah direka dengan kerjasama barisan jurutera dari ReSound yang memiliki kepakaran dalam penghasilan solusi produk audio bertaraf perubatan dan peneraju Smart Hearing Aids. Jabra Elite Sport terhasil daripada kepakaran melebihi 145 tahun dalam bidang pengeluaran produk pendengaran.

Menerajui Produk Jabra Generasi Baharu

Jabra Elite Sport dilancarkan selepas dua gajet audio sukan pertama di dunia diperkenalkan.

Produk terkini ini dikhususkan untuk mengoptimumkan tahap kecergasan pelari, Jabra Sport Pulse Edisi Khas (alat pendengaran sukan pertama di dunia yang menawarkan penilaian kecergasan VO2 Max secara automatik dan berterusan). Jabra Sport Coach Edisi Khas yang dikhaskan untuk mengoptimumkan tahap kecergasan pengunjung gymnasium pula merupakan alat pendengaran sukan pertama di dunia yang menawarkan pengiraan berulang secara automatik melalui pengesan pergerakan TrackFitÔ. 

Menerusi semua peranti ini, Jabra menawarkan satu rangkaian pilihan menyeluruh set alat pendengaran tanpa tali bagi sesiapa saja yang ingin aktif bersenam. Seperti Jabra Elite Sport, kedua-dua peranti ini memberi jaminan perlindungan tambahan selama tiga tahun terhadap peluh. Rangkaian produk ini turut mengukuhkan kedudukan Jabra sebagai peneraju dalam bidang pengeluaran solusi audio pintar khususnya bagi golongan yang mengamalkan gaya hidup aktif.

Pengedar Jabra Terkini di Malaysia

Sementara itu, GN Netcom baru-baru ini telah melantik AMT PC Distributors Sdn Bhd sebagai pengedar tunggal bagi semua produk Jabra di Malaysia. Langkah ini merupakan sebahagian daripada strategi pengagihan dan penjenamaan bagi mengangkat jenama Jabra dan mendekatkan pengguna dengan produk Jabra, khususnya bagi segmen gajet sukan dan kecergasan yang sentiasa pesat berkembang.

Harga Elite Sport di Pasaran

Jabra Elite Sport kini boleh didapati pada harga RM1,259 di semua kedai dan pengedar sah produk Jabra terpilih seperti All IT Hypermarket, ViewNet Computer, Thundermatch Technologies, Mobile Arena, NOP Cellular, HLK Superstore dan Lazada.

WATSONS MALAYSIA APOLOGY STATEMENT – WATSONS ‘LEGENDA CUN RAYA’ VIDEO

We deeply and sincerely apologize for our recent “Legenda Cun Raya” video which was released on social media in Malaysia. The 15 minute video was inspired by the Malay legend Dayang Senandong made popular in the 1965 movie “Dayang Senandong’. It was our intention to convey concepts of inner and outer beauty, unfortunately the video instead offended many.

Regretfully, we acknowledge that the “Legenda Cun Raya” video is not in-line with the values that we hold dearly in Malaysia. Watsons Malaysia takes responsibility for the video and its content and is truly sorry that some elements have offended the general public.

Watsons Malaysia following the feedback from the general public, immediately removed the video and we appreciate your honest feedback especially leading into an important celebration like Hari Raya.

Moving forward we will continue to listen to the general public and our loyal customers. On behalf of Watsons Malaysia we humbly seek your forgiveness and deeply regret any harm that we have caused.

honor Malaysia to set the stage with its new smartphone

The wait is finally over, honor, a global smartphone manufacturer will be introducing its best smartphone yet in Malaysia – an energetic smartphone that is purpose-built to suit millennials and the adventurous consumer.

The smartphone line for affordable versus high-end phones are blurring and the much-anticipated new honor smartphone is set to deepen that divide. The new honor smartphone is a result of various strategic partnerships in the areas of gaming, photography and virtual reality. This move by honor is said to bring much more than just a phone that offers great user experience, but a smartphone that has performance that exceeds.

“In Malaysia, honor has experienced extraordinary growth by focusing on the online market and giving digital natives devices that fit their lifestyle, and we are committed to take that a step further. In anticipation of our new honor smartphone, we have been working hard to make the latest smartphone a standout product which represents the evolution of the honor brand. We are very excited to announce that the new smartphone will be making its way to Malaysia real soon,” said a representative from honor Malaysia.

The new honor smartphone will feature next-generation technology, improved speed, and an inspired design.  It is placed to be a surprise and promises to be a stand out from other smartphones in the same category. For a sneak preview of the new honor smartphone, visit our Facebook page at www.facebook.com/HuaweiHonorMY/. Stay tuned!

Good Vibes Festival 2017

Good Vibes Festival this year is going to be held on 12 & 13 August 2017 at the Ranch at Gohtong Jaya, Genting Highlands. It’s a rain or shine event so make sure you bring your raincoats (just in case!). Expect good music, good company, good food, and most importantly, good vibes!

Free Genting Skyway cable car trips to the festival grounds will be provided to all festival ticket holders. Just register for the Genting Card at the Genting Skyway station and show your festival tickets or wristband to redeem your complimentary ride.

The event is strictly for 18 years old and above only!


Catch Phoenix, G-Eazy, Kodaline, The Kooks and many many more at #GVF2017!

Tickets go on sale at www.goodvibesfestival.com  & http://www.myticket.asia/#event|good-vibes-festival-2017|330 on Friday, 5th May 2017.

Farisha Irish Pertaruhkan Single Sulung ‘Tak Malu’

Penyanyi cilik berbakat besar yang pernah menjadi naib juara serta memenangi tempat ke-3 pertandingan nyanyian realiti ‘Idola Kecil’ musim ke-4 terbitan TV9 dan ‘Ceria Popstar’ musim pertama terbitan Astro, Farisha Irish muncul dengan single pertama berjudul ‘Tak Malu’ ciptaan komposer disegani Mike Chan dan penulis lirik popular Omar K. and

Selain dikurniakan bakat semulajadi dalam bidang nyanyian, mantan pengacara rancangan kanak-kanak berbentuk edutainment ‘Teng Teng’ dan ‘ChiChi & ChaCha’ berusia 17 tahun ini juga mahir dalam bidang lakonan menerusi drama bersiri ‘Nujum Kenit’ dan telemovie ‘Tiba Masanya’ serta pakar bermain piano.

‘Tak Malu’ merupakan sebuah lagu bergenre pop santai sesuai dengan imej dan usia Farisha yang sedang meningkat remaja. Melodinya kedengaran bersahaja sealiran dengan selera pendengar masa kini.

Bait-bait liriknya menceritakan tentang perasaan seorang gadis remaja yang sering memerhatikan lelaki idamannya dan ‘Tak Malu’ untuk meluahkannya walaupun mungkin hanya bertepuk sebelah tangan.

Single ini bukanlah menceritakan tentang seorang gadis remaja yang terkejar-kejar atau terhegeh-hegeh dengan lelaki idamannya (ketawa kecil), tetapi lebih kepada meluahkan perasaan sebenar kerana pada pendapat Farisha, wanita sekarang semakin berani untuk berkata-kata dan saya rasa itu tidak salah jikalau kena dengan tempat dan waktunya,” ujar beliau.

Dengan adunan lirik dan melodi yang segar dan muda, pihak Sony Music Entertainment Malaysia percaya bahawa single ini mampu menarik perhatian ramai pendengar terutamanya golongan muda sekarang.

Menurut Farisha, dia sangat teruja dengan pembikinan single terbaru ini.

“Saya sangat bersyukur dan amat berterima kasih kepada pihak Sony Music Entertainment Malaysia kerana mempelawa saya untuk menjadi sebahagian daripada keluarga besar mereka. Farisha berharap dengan single pertama ini, ia dapat memperkenalkan diri Farisha sebagai penyanyi baru di persada muzik tanahair,” jelasnya.

Tak Malu’ boleh dimuat-turun di iTunes dan stream menerusi portal muzik terpilih antaranya Apple Music, Deezer, JOOX Music, KKBox, Raku, Spotify dan Yonder Music.

Dengarkan single pengenalan Farisha Irish ‘Tak Malu’ ilham oleh Mike Chan dan Omar K di saluran radio tempatan anda!

Vivo Jadi Penaja Rasmi FIFA World Cup™ 2018 dan 2022

Bola sepak merupakan sukan yang cukup memikat hati penonton, dan Piala Dunia FIFA, sebagai sebuah kejohanan sukan terkemuka dunia, semestinya mampu menarik perhatian ramai. Jenama telefon pintar global Vivo telah mengumumkan kerjasama dengan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) untuk menaja Piala Dunia FIFA untuk tempoh enam tahun, melibatkan dua liga perlawanan bola sepak. Ini bermakna Vivo bakal menjadi penaja rasmi Piala Dunia FIFA 2018 dan 2022.

Penajaan Dua Tahun berturut-turut Piala Dunia FIFA

Sebagai jenama telefon pintar yang menjadi penaja rasmi FIFA World Cup, Vivo akan menaja Piala Konfederasi FIFA 2017, Piala Dunia FIFA di Rusia, Piala Konfederasi FIFA 2021 dan juga Piala Dunia FIFA 2022 di Qatar. Melalui pengaruh global yang cukup besar, kerjasama selama enam tahun ini bakal membawa Vivo ke tahap yang lebih tinggi khususnya melibatkan pendedahan jenama telefon pintar ini di peringkat antarabangsa. Logo Vivo akan dipamerkan dalam setiap perlawanan yang diadakan termasuklah di papan iklan yang terdapat di padang bola, tiket perlawanan, siaran media, backdrop dan lain-lain lokasi promosi utama. Hak yang diberikan oleh FIFA termasuklah program pemasaran khusus seperti menjemput jurugambar Vivo untuk mengambil gambar pemain semasa sesi memanaskan badan. Tidak lama lagi, Vivo juga akan memperkenalkan FIFA World Cupphone yang menawarkan pengalaman lain dari yang lain untuk pengguna Vivo dan para peminat bola sepak. Selain daripada itu, kakitangan FIFA juga akan menggunakan telefon pintar Vivo sepanjang perlawanan dan Piala Konfederasi FIFA 2017 yang bermula pada 17 Jun ini bakal menandakan permulaan kerjasama di antara Vivo dan FIFA.

Sebagai acara sukan terbesar Dunia, FIFA World Cup memiliki pengaruh yang besar dan liputan meluas di seluruh dunia. Bagi mana-mana jenama dalam industri telefon pintar, termasuklah Vivo, penajaan ini merupakan satu pencapaian yang amat penting. Naib Presiden Kanan Vivo, En Nl Xudong berkata: “Bola sepak merupakan sukan yang penuh dengan keterujaan dan cukup mengagumkan, tidak hairanlah ia mampu mewujudkan kegembiraan untuk jutaan peminat bola sepak di seluruh dunia. Semangat bola sepak ini manampilkan nilai disiplin yang ketat dan pentingnya kemajuan yang berterusan. Sebagai penaja Piala Dunia, Vivo berhasrat untuk melibatkan diri dalam semangat bola sepak sebegini dan menunjukkan kepada pengguna kami di seluruh dunia tentang imej Vivo yang bertaraf antarabangsa, kreatif dan menyeronokkan. Pada masa yang sama, Vivo juga akan terus membawakan sesuatu yang bersifat peribadi, bertenaga dan berjiwa muda ke dalam Piala Dunia dan sukan bola sepak secara keseluruhan.”

Dalam kebanyakan jenama dalam industri telefon pintar global, fokus Vivo kearah kemajuan berterusan telah menarik minat pihak penganjur Piala Dunia FIFA. Ketua Setiausaha FIFA, Fatma Samoura berkata: “Semakin hari, bola sepak dan teknologi semakin tidak dapat dipisahkan, bukan sahaja melibatkan para pemain malah peminat bola sepak dan ini merupakan masa yang tepat dalam memulakan kerjasama dengan jenama telefon pintar terkemuka dunia ini. Kami amat berbesar hati dapat bekerjasama dengan Vivo dan berhasrat untuk terus melihat penglibatan mereka dalam edisi Piala Dunia FIFA dan Piala Konfederasi FIFA yang seterusnya.”

Pemasaran Sukan sebagai Alat untuk ke Peringkat Antarabangsa

Sejak tahun 2014, Vivo telah mengembangkan pasarannya ke Asia Tenggara dan rantau-rantau lain. Dalam usaha meletakkan Vivo sebagai produk yang bersesuaian dengan citarasa tempatan dan pelaksanaan strategi pemasaran yang berkesan, Vivo memiliki pertumbuhan yang pesat, dan mempunyai peminatnya tersendiri dalam kalangan pengguna tempatan. Vivo meneruskan pelaburannya dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D), dan telah berjaya menubuhkan tujuh pusat penyelidikan utama di China dan Amerika Syarikat. Vivo juga telah menggunakan pemasaran sukan untuk meningkatkan kesedaran jenama ini di pasaran antarabangsa.

Pada tahun 2015, Vivo telah menjadi penaja dalam Liga Perdana India (IPL), sebuah persatuan sukan yang amat berpengaruh dalam negara-negara Komanwel British dan India. Pada tahun 2016, Vivo memulakan kerjasama strategik dengan NBA China sebagai Penaja Rasmi Telefon Mudah Alih, dan menjemput bintang terkenal Stephen Curry untuk menjadi duta produk untuk telefon pintar terbaharu Vivo Xplay6. Sebagai penaja Piala Dunia FIFA, Vivo berhasrat untuk mendapatkan lebih banyak perhatian di persada antarabangsa.

Dengan kemajuan teknologi dan usaha penjenamaan yang berterusan, Vivo komited untuk mewujudkan lebih banyak kejayaan cemerlang pada masa hadapan. Penajaan Piala Dunia FIFA menunjukkan perkembangan progresif Vivo dalam menembusi pasaran antarabangsa.

TELEFON PINTAR SWAFOTO SEMPURNA GENERASI BARU DENGAN AUDIO BERKUALITI – vivo V5S

Dengan hashtag #PerfectSelfie, vivo V5s tersohor dengan fungsi kamera hadapannya. Kamera swafoto ini dilengkapi dengan sensor IMX376 20-megapiksel dengan apatur f/2.0, dan ciri Selfie Spotlight terkini yang menghasilkan efek cahaya studio fotografi, yang membolehkan pengguna untuk merakam kecantikkan diri mereka di dalam apa jua keadaan. Kamera ini telah direka bersama dengan Sony dan menjanjikan gambar yang diambil jelas, terang dan menyerlah dengan setiap imej.

Tambahan pula, vivo V5s hadir dengan mod Face Beauty 6.0. Mod ini telah direka berdasarkan kaji selidik daripada 1000 pengguna. Ianya boleh secara automatik mengubah ketetapan mengikut situasi. Mata anda boleh menjadi lebih berkilau dan kulit muka anda akan menjadi lebih cerah. Swafoto yang menawan ini akan menyerlahkan kecantikkan anda di khalayak ramai. Tiga fungsi baru telah ditambah – mengilap, memutih dan tona kulit – Face Beauty 6.0 boleh memenuhi keperluan pengguna yang lebih khusus dalam pelbagai situasi berlainan.

vivo V5s juga menambahkan mod Group Selfie. Fungsi ini membolehkan anda mengambil swafoto berkumpulan dalam mod portret, dan juga efek panning landskap panorama boleh digunakan pada masa yang sama. Tangkap kesemua rakan anda dalam swafoto – tanpa perlu meninggalkan sesiapa pun.

Cip AK4376 Digital Analog Converter (DAC) gred audiophile terbina di dalam  vivo V5s adalah permulaan perjalanan  vivo ke dunia audio berkualiti tinggi. Bukan sahaja cip audio ini memberikan pengalaman audio yang terbaik, tetapi ianya juga memberikan pengalaman seakan DAC kompak beserta amplifier fon kepala digunakan secara serentak. . Ia juga mampu menghasilkan semula prestasi akustik asal dengan keupayaan menghasilkan prestasi yang lebih baik dalam semua jalur boleh didengar di dalam lingkungan -100bB dari bunyi yang asal.

Married By Mom & Dad

When all else fails, four singles seeking soul mates turn to people who know them best — their parents — in this series that features a contemporary take on voluntary arranged marriages. Unable to find long-term partners in a modern dating world, the participants allow mom and dad to vet potential future spouses before their kids meet them for the first time. The real work then begins as each single gets to know the partner’s likes, dislikes, and everything in between.

Premiere Date: 9 June 2017, Friday (TLC, Astro Channel 707) 

Premiere Time: 10.50pm (MY)
Episodes: 10 x 60’

 

Tricks of the Restaurant Trade

In the Tricks of the Restaurant Trade, Kate Quilton & chef Simon Rimmer, set out to find out how customers can ensure they get the best quality food at the best price and reveal some of the techniques restaurants use to make you spend more.

Premiere Date: 6 June 2017, Tuesday (TLC, Astro Channel 707)

Premiere Time: 9pm (MY)
Episode: 4 x 30’

 

Indulge In Indonesian And Local Favourites This Ramadan With Viu

It’s the holy month of Ramadan and one of the things that everyone looks forward to during Ramadan is the iftar time. During this time, Muslims usually pray and break fast together as a family. Here at Viu Malaysia, we would like to share with you a list of shows that can accompany your quality time with your family this Ramadan.

24 Karat

Viu has just announced an Indonesian Original series entitled “24 Karat”. 24 Karat is a six-episode Indonesian romantic comedy available exclusively on Viu every Friday beginning May 26th 2017.

The series chronicles the journey of J and Puspa, two customer service employees who are put through a test of character during Ramadan. They must deal with many guests with diverse personalities. On one particular day, a guests visits and mysteriously disappears moments after, leaving behind something that will forever change J’s perspective of her job and even her life.

The 24 Karat series is directed by Alyandra Pandjipoera, a young director who has produced more than 50 leading works including several Indonesian movies such as London Love Story, My Idiot Brother, Lagu Untuk Tuhan, Satu Hati Sejuta Cinta and Potong Bebek Angsa. London Love Story was recently nominated in the 2017 Indonesian Box Office Movie Awards for the Best Director category.

This series features several Indonesian millennials favorite selebgrams as cast members, including:

Apart from 24 Karat, Malaysians are also able to enjoy more Indonesian and local content this Ramadan with Viu.

Ali Jamesbon

Ali is a guard of a mosque and also a gardener. Ali was previously born in a rich family but due to several challenges, he didn’t have it easy and had to make ends meet. He then met Ustadz Restu who gave him advice on how to face these challenges. Watch Ali rise to these obstacles and grow into a strong, young man. Catch all 14 episodes of Ali Jamesbon on 5 June.

Benar Benar Cinta

Adapted from the Taiwanese drama ‘Devil Beside You’, Benar Benar Cinta is a romantic comedy about the love interest and friendship of a girl named Ghea. Find out what happens when Ghea’s love letter to Wisnu is photocopied and shared in public. All 7 episodes are available on Viu.

Keliwon

Keliwon is a series featuring a selection of Malaysian horror stories with each episode telling a different story. Malaysians get to watch popular actors and actresses like Zul Huzaimy, Fezrul Khan, Fazura, Nadia Mustafa and others. Don’t miss these 13 local horror stories in Keliwon on Viu.

Cinta Balqis

The plot for Cinta Balqis is about a love triangle story which ends up in a tragic drama. The story depicts the struggle of Ezani and Balqis from the time of their engagement, to marriage and starting a family after their parents disapproved of their relationship. Check out all 44 episodes of Cinta Balqis now on Viu.

Viewers can access both Malaysian and Indonesian content on www.viu.com or by downloading the app available on the Apple App Store and Google Play Store. More updates about this series can be found on Viu’s social media pages on Facebook and Instagram.

Nokia 3310 at 11street

The new Nokia 3310 is hitting Malaysia shelves. With this, we would like to inform you that this mobile phone is now available for pre-order at 11street online marketplace!

The dual SIM Nokia 3310 takes the iconic silhouette of the original and reimagines it for 2017. The custom designed user interface brings a fresh look to a classic, whilst the 2.4” polarized and curved screen window makes for better readability in sunlight. Equipped with long-lasting battery which can standby for up to a month, Nokia 3310 comes with four colours – Warm Red and Yellow, both with a gloss finish, and Dark Blue and Grey, both with a matte finish.

This mobile phone will be retailed at RM239 which you can find it at 11street’s Nokia 3310 product page. (http://www.11street.my/productdetail/pre-order-nokia-3310-2017-2-4-curved-window-16gb-34890649)

Lifebuoy galak rakyat Malaysia tingkat amalan kebersihan di bulan Ramadan

Sempena meraikan ketibaan bulan Ramadan tahun ini, jenama cecair sabun mandian terkemuka keluaran Unilever Malaysia iaitu Lifebuoy telah melancarkan kempen di seluruh negara untuk menekankan kepentingan menjaga kebersihan dalam kalangan warga Malaysia sempena menyambut bulan yang mulai ini.

Kempen ‘Sucikan Diri dan Hati, Ramadan Ini’ terdiri daripada beberapa aktiviti bagi memupuk kesedaran dan amalan penjagaan kebersihan. Kempen selama sebulan ini turut melibatkan perkongsian strategik dengan Rangkaian Televisyen Media Prima, rangkaian media bersepadu yang terbesar di Malaysia, bagi memaksimumkan usaha Lifebuoy.

Bersama dengan Rangkaian Televisyen Media Prima, Lifebuoy mempersembahkan iklan merentasi platform, menampilkan pelakon Farid Kamil yang terkenal dengan watak beliau dalam filem ‘Mistik’ dan ‘J Revolusi’. Iklan istimewa yang bertujuan mengukuhkan lagi mesej ‘Sucikan Diri dan Hati, Ramadan Ini’ turut disertai oleh Muhammad, anak lelaki kepada pelakon popular ini.

Vincent Chong, Pengarah Pemasaran Unilever Malaysia berkata, “Sebagai jenama No.1 di Malaysia bagi cecair sabun mandian yang memberi perlindungan daripada kuman, Lifebuoy mahu membawa perubahan dengan meneruskan komitmen kami untuk meningkatkan amalan kebersihan di kalangan rakyat Malaysia. Kempen ‘Sucikan Diri dan Hati, Ramadan Ini’ bukan sekadar memperkenalkan produk yang berkesan, malah turut membawa misi kami dengan lebih jauh ke seluruh negara menerusi mesej kebersihan dalam format yang menarik. Di samping itu, kami juga akan berinteraksi dengan orang ramai supaya dapat menerapkan amalan penjagaan kebersihan diri.”

Selain daripada iklan televisyen, Lifebuoy juga akan mengunjungi bandar-bandar terpilih di seluruh Malaysia bagi mengukuhkan lagi usaha pendidikan amalan kebersihan. Bagi memanfaatkan sepenuhnya kempen tahunan sempena bulan Ramadan dan hari Raya anjuran Rangkaian Televisyen Media Prima, Lifebuoy turut menggabungkan inisiatifnya dalam acara ‘Skuad Terima Kasih’, ‘Bazar Terima Kasih’ dan ‘Jom Masjid’ yang akan diadakan di Johor, Terengganu, Pahang dan Kedah. Pelbagai aktiviti akan dijalankan termasuk demonstrasi membasuh tangan dan pengagihan lebih 3,000 pek penjagaan Lifebuoy.

Mengulas tentang perkongsian ini, Puan Nini Yusof, Pengarah Pemasaran dan Strategi bagi Kumpulan Perkhidmatan Pelanggan, Rangkaian Televisyen Media Prima berkata, “Kerjasama dengan Lifebuoy bermula daripada hubungan yang sudah lama terjalin dengan Unilever Malaysia serta beberapa jenamanya yang terkenal. Peranan besar yang dimainkan dalam inisiatif ini turut membuktikan keupayaan rangkaian ini untuk menyokong Lifebuoy dengan menyampaikan kandungan yang bermakna serta platform yang tersedia untuk mendekati jutaan rakyat Malaysia.”

Kebersihan kunci perlindungan daripada kuman

Amalan kebersihan adalah penting untuk mencegah jangkitan kuman, terutamanya menerusi pendedahan berterusan di tempat yang sesak. Pengutamaan kebersihan pada bulan Ramadan membantu masyarakat Islam untuk mengekalkan kesihatan bagi memenuhi kewajipan mereka sepanjang bulan mulia ini dan juga persiapan untuk sambutan Hari Raya.

“Kebersihan diri merupakan asas kepada penjagaan kesihatan dan pencegahan pelbagai jenis penyakit yang disebabkan oleh kuman. Mandian sempurna adalah rutin kebersihan yang penting agar badan kekal berasa selesa,” jelas Chong.

Rangkaian produk Lifebuoy mengandungi rumusan perlindungan kuman yang mampu membasmi 99.9% kuman. Mandian buih berkrim yang dihasilkan oleh produk Lifebuoy menjadikan kulit terasa lebih bersih dan segar serta berbau wangi. Disediakan dalam bentuk cecair sabun mandian badan, sabun tangan, sanitiser dan sabun buku, Lifebuoy merupakan keperluan harian yang penting bagi setiap isi rumah untuk membantu rakyat Malaysia mengekalkan tahap kebersihan mereka sepanjang bulan Ramadan.

Lifebuoy juga turut menjalinkan kerjasama eksklusif bersama Watsons untuk menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia mengambil tindakan dan melakukan amal kebajikan sepanjang bulan ini. Bagi setiap pembelian sebanyak RM15 di mana-mana cawangan Watsons, sebanyak RM1 akan didermakan kepada Tabung TV3 Bersamamu, sebuah tabung amal yang dimulakan oleh TV3 dan masih berjalan sehingga kini. Para pelanggan turut berpeluang memenangi hadiah daripada Habib Jewels melalui peraduan Lifebuoy yang diadakan di seluruh negara.

3,000 Pengunjung Mengimarahkan Masjid Baru Daerah Temerloh, Pahang

Hari kedua bulan Ramadan pengunjung Masjid Baru Daerah Temerloh, Pahang menjadi lebih bermakna apabila mereka berjaya mengimarahkan masjid serta bertemu dan bermesra dengan barisan artis tanah air termasuklah para pendakwah. Acara Jom Masjid ini telah menerima kunjungan seramai 3,000 orang sepanjang program itu berlangsung pada Ahad lepas.

Masjid Baru Daerah Temerloh, Pahang merupakan lokasi pertama siri penjelajahan Jom Masjid tahun ini. Selain bertujuan untuk mendekatkan TV3 dan TV9 dengan para penonton, acara ini juga memberi peluang kepada para pengunjung untuk menyertai tadarus Al-Quran, berkongsi maklumat dan mendalami ilmu agama dengan mengambil bahagian dalam sesi rakaman program Al-Kulliyyah bersama Ustaz Wadi Anuar selaku pendakwah jemputan.

Suasana Masjid Baru Daerah Temerloh telah diserikan lagi dengan kehadiran pengacara Dayah Bakar dan Da’i Tajdid Hadhari serta duta-duta Terima Kasih iaitu Elfira Loy, Redza Rosli, Faizal Tahir, Aizat Amdan, Zainal Ariffin, Fiza Sabjahan dan Fakhrul Radhi Khamaruddin. Turut hadir memeriahkan Jom Masjid ini adalah barisan selebriti dan personaliti TV3 dan TV9 seperti Da’i Azrin, Da’i Aini, Chef Naem, Shah Sulaiman, Anis Al-Idrus, Sabhi Saddi dan Afzan.

Menurut Pengurus Besar, Kumpulan Pengurusan Jenama dan Rancangan, TV3 & TV9, Rangkaian Televisyen, Puan Siti Nurlisia Mohd. Nadzri, “Ini merupakan tahun kedua acara Jom Masjid diadakan di mana kami menyediakan pelbagai pengisian yang berunsur Islamik untuk aktiviti riadah seisi keluarga. Alhamdulillah, acara ini berjaya mendapat impak dan respon yang positif oleh para pengunjung dari daerah Temerloh. Jutaan terima kasih kepada 3,000 orang pengunjung yang telah mengimarahkan Masjid Baru Daerah Temerloh, Pahang pada hari Ahad lalu kerana sokongan mereka semua amat bermakna buat kami.”

Rakaman Program Moreh – artis jemputan – Luqman Hafidz

“Kami juga ingin berterima kasih kepada pihak berkuasa dan ahli jawatankuasa Masjid Baru Daerah Temerloh yang membantu kami untuk menjayakan acara ini. Insya Allah acara Jom Masjid ini bukan sahaja berjaya mengeratkan ukhwah sesama masyarakat setempat, malahan turut dapat menarik minat anak-anak muda untuk menyertai aktviti yang diadakan di masjid sempena bulan yang mulia ini.” ujar beliau lagi.

Dibawakan khas oleh Lazada, Lifebuoy dan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) selaku penaja, program Jom Masjid telah bermula seawal pukul 9.00 pagi dengan rakaman program Moreh yang dihoskan oleh Haziq Hot FM dan Chiwan Chilok bersama tetamu undangan, Luqman Hafidz. Acara diteruskan dengan aktiviti bergotong-royong memasak dan membungkus Bubur Lambuk oleh ahli jawatankuasa di Masjid Baru Daerah Temerloh, Pahang. Di sekitar pukul 3.00 petang pula, sesi rakaman Al-Kulliyyah yang membincangkan topik ‘Ibrah Hudaibiyyah’ bersama Ustaz Wadi Anuar selaku pendakwah jemputan telah berlangsung di dalam Masjid Baru.

Setelah mendirikan solat Asar, sesi pengagihan bubur lambuk di pekarangan Masjid Baru Daerah Temerloh oleh para duta, barisan selebriti jemputan dan kru Jom Masjid telah dilakukan. Aktiviti kemudiannya diteruskan dengan sesi ramah mesra bersama barisan pendakwah dan selebriti. Sementara menunggu waktu untuk berbuka puasa, wakil Media Prima Berhad, Pengurus Besar, Kumpulan Pengurusan Jenama dan Rancangan, TV3 & TV9, Rangkaian Televisyen, Puan Siti Nurlisia Mohd. Nadzri, bersama-sama Pegawai Daerah Temerloh, YH Dato’ Mohd Fadzli Bin Mohd. Kenali & Yang Dipertua Majlis Perbandaran Temerloh, YBhg. Encik Azlan Bin Mohd. Yaman, telah menyampaikan sumbangan daripada TV3 & TV9 kepada anak-anak yatim jemputan sekitar daerah Temerloh. Para pengunjung juga bertuah kerana berpeluang untuk mendengar ceramah khas daripada Ustaz Fakhrul Radhi Khamaruddin, yang juga merupakan Duta Skuad Terima Kasih sebelum masuknya waktu solat Isya’. Acara ini telah diakhiri dengan sesi moreh bersama-sama jemaah masjid selepas selesainya solat tarawih.

Inginkan akses mudah kepada video eksklusif daripada program popular Raudhah seperti Al-Kulliyyah, Tanyalah Ustaz dan Halaqah? Jangan lupa untuk memuat turun aplikasi Raudhah yang membolehkan pengguna untuk mengetahui waktu solat atau waktu berbuka yang tepat berdasarkan lokasi, notifikasi azan, dan senarai masjid dan restoran halal berdekatan mereka. Buat penggemar aktiviti rohaniah dan insaniah pula, anda masih berpeluang untuk mengikuti acara Jom Masjid yang seterusnya di Masjid Al-Muttaqin Taman Ria, Sungai Petani, Kedah pada hari Sabtu, 17 Jun 2017.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.tv3.com.my, www.tv9.com.my dan juga www.tonton.com.my. Ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter, Instagram dan YouTube @TV3Malaysia dan @TV9Malaysia untuk berita dan informasi terkini mengenai kempen Terima Kasih. Hangatkan perbualan di laman sosial dengan menggunakan hashtag #TerimaKasih.