Suasana Enak Sdn Bhd dengan kerjasama Winning Matters Sdn Bhd akan menganjurkan sebuah konsert dinamakan Konsert Nova yang mengabungkan penyanyi-penyanyi popular dari Malaysia dan Indonesia pada 5 Ogos 2017. Konsert Nova ini juga diadakan sempena sambutan Ulang Tahun yang ke 60 hubungan di antara Malaysia dengan Indonesia. Hubungan dua hala yang akrab dan mesra di antara kedua buah negara telah terjalin semenjak kemerdekaan negara kita pada 31 Ogos 1957.
Konsert yang akan berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam ini bakal membariskan penyanyi-penyanyi popular Indonesia seperti Judika dan Cakra Khan bersama penyanyi-penyanyi popular tempatan, Azlan Typewriter dan Dayang Nurfaizah yang tampil selaku penyanyi jemputan. Konsert Nova 2017 menampilkan penyanyi-penyanyi yang mempunyai vokal „power‟ akan menarik penonton-penonton terutamanya peminat-peminat mereka untuk menikmati persembahan yang luar biasa. Selain dari Azlan dan Dayang, pihak penganjur akan mengundang penyanyi-penyanyi popular Malaysia dan Indonesia yang lain yang akan diumumkan kemudian.
Bagi menjanjikan persembahan muzik berkualiti dan bertaraf tinggi, pihak penganjur akan menampilkan Aubrey Suwito selaku pengarah muzik. Selain itu, konsert ini turut diperkuatkan oleh Ardiyilla selaku pengarah teknikal dan jurutera bunyi Zoul dari Singapura yang berpengalaman mengendalikan konsert artis Antarabangsa. Azlan Typewriter sendiri juga akan menyertai barisan produksi Konsert Nova ini.
Suasana Enak telah merancangkan pelbagai promosi dan pemasaran sepanjang bulan ini sehingga hari konsert nanti. Di antaranya “digital platform” seperti Facebook, Instagram & laman web yang dilancarkan pada hari ini. Kepada penggemar muzik atau yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang perkembangan Konsert Nova 2017 boleh ikuti Facebook & Instagram : KONSERT NOVA; website : www.konsertnova.com dan juga #konsertnova & #mykonsertnova.
University students can now enjoy a RM20 discount on Firefly Airlines flight tickets when they register and purchase via UNISAVE, a student discount website available to all local university students.
The voucher code received via the UNISAVE website can be used to purchase flight tickets via www.fireflyz.com.my or at any Firefly ticketing counter. All students will be eligible to enjoy 1 discounted ticket per month. Having said so, the first batch of vouchers will expire on the 9th of June 2017.
Firefly believes in providing convenience and reducing the pinch in students’ pocket when they travel, be it for visiting family members or for a fun-filled vacation with friends.
Log in to www.unisave.com.my today to enjoy the ultimate saving experience.
Mengangkat inspirasi warna-warni dunia fesyen Islamik dan sebagai usaha mengembangkan lagi industri tersebut, AIFW Event dengan segala hormatnya membawakan kepada anda acara kegemilangan fesyen Islamik Asia yang pertama di Malaysia – Asia Islamic Fashion Week 2017 (#AIFW2017).Ia merupakan acara dagangan yang direka khusus untuk mempersembahkan gabungan kesantunan fesyen dengan gaya terkini yang tidak lari daripada konteks Islamik.
Malaysia bersedia menjadi tuan rumah buat acara yang julung-julung kali diadakan ini bermula 30 Mac – 2 April 2017. Industri runcit ini akan berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) yang berprestij selama (4) empat hari dari jam 10 pagi hingga 8 malam setiap hari, untuk semua pihak mendekati dan memiliki trend mutakhir dalam persalinan busana, aksesori, kosmetik dan sumber yang berinspirasi Islam.
Mizz Nina
Bertemakan ‘Memperkenalkan Asia Sebagai Pusat Global Fesyen Islamik’, #AIFW2017 bercita-cita untuk menjadi ruang pasaran bagi fesyen dan gaya hidup Islamik berpengaruh di Asia, dengan menyediakan medan bagi komuniti bisnes fesyen Islamik bertukar-tukar pengalaman dan pengetahuan.Lebih daripada 10,000 pengunjung, 180 peserta pameran, 100 pereka, 200 pembeli dagangan antarabangsa, pencetus pengaruh fesyen, eksekutif bisnes, jurugambar fesyen dan keseluruhan pengamal media dari lebih 20 negara dijangkakan mengambil bahagian dalam #AIFW2017.
Tiga elemen utama #AIFW2017 adalah:
Pertunjukan Dagangan Fesyen
Sebuah platform untuk rangkaian perniagaan fesyen dan gaya hidup Islamik yang mapan serta berkeuntungan. Daripada jenama mewah, hingga ke trend terkini dalam fesyen yang santun, #AIFW2017 membawakan peserta pameran dari seluruh dunia yang menjadi nadi bisnes fesyen Islamik. Masuk adalah PERCUMA.
Pertunjukan Fesyen
Memperkenalkan trend terkini fesyen Islamik daripada pereka terkenal, peruncit terunggul, butik dan pereka fesyen bebas dari Malaysia, Brunei, Perancis, Netherlands, Amerika Syarikat,Jepun dan Arab Saudi. Persembahan di runway atau pentas peragaan adalah sesuatu yang wajib disaksikan.
Antara pereka fesyen dan jenama yang terlibat adalah DIAN PELANGI, COSRY, KARINA NG, EJA SHAHRIL, ADILA LONG, ANA ABU, SAWDAA BLACK LABEL, MUMU SCARVES, ASH &ANAS, PADUSI COUTURE, KHALIF BY EIRMA FATIMA, GENERAL PRODUCT OLEH AMY SEARCH, GAYA BY ADANIA, LA DIORA, NAFYANA OLEH LIANA GHAUS, CALACARA, V HIJRAH, DAANYA, RUMI, MARINAH YAZID, BLACK SWAN COUTURE (DUBAI), BARJIS (LONDON), CHENILLE DAN AMJADD (PARIS) DAN RAMAI LAGI.
Interaksi Fesyen
Memperkayakan orang Islam dengan pengetahuan tentang fesyen Islamik berasaskan nilai-nilai Islamik, menerusi sesi perbincangan interaktif oleh panel dari pelbagai bidang dalam industri fesyen dan perdagangan Islamik.
Dian Pelangi
AIFW 2017 dengan bangganya mengumumkan Penaung Kehormat kami iaitu YANG AMAT BERBAHAGIA TUN ABDULLAB AHMAD BADAWI manakala Penasihat Antarabangsa kami adalah ALIA KHAN, PENGERUSI ISLAMIC FASHION & DESIGNER COUNCIL.
Kami juga turut berbesar hati dengan penglibatan ‘fashion influencer’ kami iaitu:
Dian Pelangi – pereka fesyen serba boleh dari Indonesia,
pemenang anugerah, entrepreneur berjaya dan
merupakan salah seorang ikon fesyen berpengaruh
dalam komuniti Islamic Global dengan memilki 4.4
juta pengikut di laman Instagram.
Mizz Nina – salah seorang ikon Malaysia yang dipandang tinggi
dan dihormati kerana usahanya dalam
dakwah,fesyen dan kerja-kerja kemanusiaan.
Melanie Elturk – salah seorang pakar dalam industri fesyen, penyumbang tetap
untuk majalah ELLE.Com dan merupakan Ketua Pegawai
Eksekutif salah sebuah jenama terbesar di Amerika Syarikat
untuk fesyen modest dengan misi untuk memperkasakan
pemakaian hijab di dunia.
Dalam penyataannya, Mizz Nina berkata, “Alhamdulillah, saya sangat bersyukur dan berasa dihargai kerana menjadi sebahagian dari #AIFW2017. Ini merupakan sebuah platform yang menarik untuk pereka fesyen modest, mereka yang mempunyai bakat dan juga jurucakap dari serata dunia. Lebih penting lagi kerana ia menggabungkan fesyen, kepercayaan dan kecantikan untuk diperlihatkan kepada dunia.”
Ujar Fuza Umar selaku pengasas AIFW 2017,”Buat perdana kalinya diadakan di Malaysia, kami tidak akan mampu melakukannya tanpa sokongan dan bantuan dari agensi kerajaan, organisasi antarabangsa, penaja korporat dan juga pereka fesyen dan jenama yang terlibat. Alhamdulillah.”
AIFW 2017 dibantu dan disokong oleh Kementerian Wilayah Persekutuan Malaysia, MATRADE, SME CORPORATION MALAYSIA. Turut berkerjasama ialah ISLAMIC FASHION & DESIGN COUNCIL (IFDC) serta:
YAYASAN AL BUKHARY- PENAJA BERSAMA
ZALORA- RAKAN E-DAGANG RASMI
WARDAH- SOLEKAN RASMI
MINI INGRESS AUTO- KERETA RASMI
HOTEL IMPIANA KUALA LUMPUR- HOTEL RASMI
INSTITUT PENGURUSAN HALA DAN SAINS, FAKULTI PERNIAGAAN DAN PENGURUSAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
H LIVE- MEDIA RASMI
MAJALAH W/M- MEDIA RASMI
Ujar Fuza lagi, “Kami dengan besar hatinya ingin mengumumkan kerjasama kami dengan destinasi fesyen Online Asia, Zalora, selaku rakan E-dagang (E-commerce Partner). Dengan kehadiran di Singapura,Indonesia, Malaysia serta Brunei,Filipina, Hong Kong dan Taiwan, kami percaya bahawa ZALORA merupakan platform online terbaik untuk mempromosikan industri fesyen Islamik di seluruh Asia.”
Melanie Elturk
“Sebagai destinasi online fesyen Asia, ZALORA komited untuk memberikan yang terbaik buat pelanggan fesyen. Kerjasama dengan Asia Islamic Fashion Week 2017 ini membuka pintu serta peluang yang lebih besar kepada label seterusnya mengukuhkan kedudukan kami sebagai peneraju dalam fesyen Islam bagi rantau Asia,” ujar Giulio Xiloyannis, Pengarah Urusan ZALORA.
Mengenai Industri Fesyen Islamik
Menurut Laporan Kedudukan Ekonomi Islamik Global 2015/16 yang dikeluarkan secara bersama oleh Reuters, konsumer Muslim sedunia membelanjakan sejumlah AS$230 bilion untuk pakaian pada 2014, menjadikan pasaran pakaian Muslim membentuk 11 peratus daripada perbelanjaan global, dengan kadar pertumbuhan sebanyak 3.8 peratus berbanding tahun lalu. Angka tersebut dijangka mencecah AS$484 bilion menjelang 2019.
Saiz pasaran yang ketara ini memerlukan perhatian dan pelaburan dari seluruh dunia. Pemain fesyen arus perdana utama daripada Uniqlo dan Mango hinggalah kepada pereka fesyen aras tinggi seperti Dolce & Gabbana dan Tommy Hillfiger telahpun mengikut jejak langkah DKNY yang melabur dalam sektor ini.
Semua ini berlaku seiring perkembangan syarikat-syarikat fesyen Muslim yang kini meneroka pasaran. Platform e-dagang seperti Hijup (Indonesia) dan Modanisa (Turki) juga menerima kemasukan pelaburan yang besar untuk memperkembangkan asas pengguna masing-masing.
Laporan berkenaan turut menggariskan bahawa Malaysia mendahului majoriti kategori industri Halal dalam Petunjuk Ekonomi Islamik Global. Sebagai negara Islam yang moden dan progresif, Malaysia telah lama membawa aspirasi Hab Halal Global, dengan merintis banyak inisiatif Halal serta menjadi tuan rumah kepada inisiatif yang berkaitan seperti #AIFW2017 demi mencetus kesedaran lebih luas tentang pasaran Halal.
Hari Pengasas KO kembali untuk tahun kedua. Bermula dari 24 Mac sehingga 30 April 2017, Klinik Pakar Kulit Dr Ko akan menyambut Hari Pengasas KO bersama golongan kurang bernasib baik dan pada masa yang sama memberi ganjaran kepada pelanggan setia dengan pelbagai tawaran hebat.
Dengan setiap transaksi di Klinik Pakar Kulit Dr Ko, Dr Ko akan menyumbang RM1 kepada badan kebajikan yang terpilih. Promosi khas turut ditawarkan kepada pelanggan yang menyumbang kepada kejayaan Dato Dr Ko Chung Beng selama ini.
“Hidup kita akan lebih bermakna apabila kita membawa perubahan positif kepada masyarakat dan kehidupan seseorang. Tugas sebagai doktor adalah merawat pesakitnya dan juga mengembalikan keyakinan diri mereka. Saya percaya, setiap orang mampu mengubah hidupnya, namun masih terdapat kumpulan yang kurang bernasib baik yang memerlukan bantuan masyarakat dan rawatan. Marilah kita sama-sama menyumbang demi kesejahteraan dunia,” kata Dato Dr. Ko Chung Beng hari ini.
Sepanjang 19 tahun sumbangan beliau dalam industri kulit dan estetik di Malaysia, Dato Dr. Ko telah menawarkan rawatan percuma kepada mangsa kebakaran kurang kemampuan yang dirujuk oleh doktor hospital kerajaan. Beliau bermurah hati mengetepikan bayaran bil dan juga menampung kos pengangkutan mereka.
Maka, Hari Pengasas KO diperkenalkan sebagai aktiviti tahunan dengan tujuan murni dan bantuan disalurkan kepada badan kebajikan yang berlainan setiap tahun.
“Kami ingin memupuk semangat tanggungjawab social dan memberi inspirasi kepada orang ramai untuk membantu masyarakat tempatan,” kata Dato Dr. Ko.
Pada tahun lepas, Dato Dr. Ko telah menyumbang RM27,000 kepada Yayasan Beautiful Gate untuk kumpulan kurang upaya. Beliau menyasar untuk menyumbang RM50,000 kepada Persatuan Ibu Bapa dan Anak-Anak Sakit Kanser Malaysia pada tahun ini.
Hari Pengasas KO tahun ini dianjur bersama dengan Make A Wish Creations – sebuah organisasi yang merealisasikan impian kanak-kanak yang menghidap penyakit yang boleh mengancam nyawa – dan Le Midi, sebuah restoran yang menyajikan makanan Perancis dan Italia.
“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada dua organisasi ini. Pada masa akan datang, kami merancang untuk bekerjasama dengan lebih banyak badan kebajikan dan badan bukan kerajaan (NGO),” tambah beliau.
Setelah berada di United Kingdom selama 17 tahun untuk memperolehi kelayakan akademik dan bekerja sebagai seorang pakar dermatologi, Dato Dr. Ko kembali ke Malaysia pada tahun 1994. Beliau kemudiannya mengetuai Jabatan Dermatologi di Hospital Seremban sehingga 1997.
Pada tahun 1997, Klinik Pakar Kulit Dr. Ko ditubuhkan di tingkat satu sebuah rumah kedai di Klang, Selangor. Kini, klinik kecil ini berubah wajah menjadi Ibu Pejabat bagi 30 cawangan Klinik Pakar Kulit Dr. Ko di seluruh negara. Selain produk penjagaan kulit sendiri, Klinik Pakar Kulit Dr. Ko juga dilengkapi dengan peralatan terapi laser yang paling lengkap di Asia.
Anda semua dijemput untuk meraikan hari yang bermakna ini bersama kami di Klinik Pakar Kulit Dr Ko. Memiliki wajah yang cantik dengan tujuan murni sekarang. Kunjungilah klinik kami hari ini.
Dengan setiap transaksi di Klinik Pakar Kulit Dr. Ko bermula dari 24 Mac sehingga 30 April, 2017, Dr Ko akan menderma RM1 kepada Persatuan Ibu Bapa dan Anak-Anak Sakit Kanser Malaysia.
Artis tempatan Idris Khan dan Dynas Mokhtar turut hadir memeriahkan majlis pelancaran Hari Pengasas KO.
Untuk maklumat lanjut mengenai Hari Pengasas KO, sila layari www.foundersday.koskinspecialist.com.
JIMC II 2017 ini adalah salah satu kejohanan yang berprestij yang bakal dijalankan tidak lama lagi di negeri Johor ini kerana ianya memberi impak yang tersangat besar kepada penonton, peminat-peminat sukan muaythai di seluruh tanah air terutamanya di Negeri Johor ini. PMNJ menampilkan 16 peninju-peninju antarabangsa dan temnpatan beraksi bagi menunjukkan kehandalah, kepantasan, keberanian dan kekuatan mental serta fizikal. Peninju yang sudah berlawan dengan dari 20 kali perlawanan sehingga 220 kali perlawan mereka bertarung untuk merebut gelaran juara.
Mereka datang dari pelbagai negeri seperti Canada, costarica, Thailand, Algeri, Syria, Thailand, Singapura, Sarawak, Selangor dan paling istemewa sekali adalah atlet sukan sea Malaysia akan bertanding bagi menguji kekuatan sebelum bertanding kesukan sea kuala lumpur akan datang ini. Atlet-atlet Malaysia yang tidak asing dengan nama dan gelaran diatas gelanggang akan menunjukkan aksi yang sangat luar biasa.
Bermulanya era perjalanan persatuan didaftarkan pada tahun 2012 dengan PEJABAT PESURUHJAYA SUKAN MALAYSIA. – Pada 2012 hanya 3 kelab muaythai sahaja dalam negeri johor ini. – Pada sukan sukma ke 16 2013 kontigen sukma Johor acara sukan muaythai telah mendapat 1 emas, 1 perak, 4 gangsa dibawah kelolaan saya sebagai ketua jurulatih. Hanya menjalankan 2 buah kejohanan yang telah dianjurkan ketika itu. – 2014 pula sebanyak 3 kejohanan juga yang dapat dianjurkan oleh PMNJ dan telah melibatkan diri menjadi pengadil antarabangsa semasa kejohanan muaythaidunia di Langkawi.
Sekitar 2015 PMNJ telah menganjurkan kursus asas kejurulatihan peringkat negeri Johor dan jursus pengadilan amatur peringkat negeri Johor. Sebanyak 3 kejohanan juga telah di anjurkan dengan merebut kejuaraan talipinggang menteri besar Johor dan exco belia sukan negeri Johor kali ke 2 dengan bilangan penonton seramai 3,400 orang. Penglibatan saya di kejohanan muaythai royal world cup Bangkok Thailand telah membawa pulang 2 perak, 4 ganggsa remaj bawah 17 tahun. – Tahun 2016 adalah tahun yang sangat meriah kerana sukan muaythai sudah pun dikenali ramai oleh bangsa Johor sendiri dengan tertubuhnya 30 kelab di sekitar negeri Johor ini. Sebanyak 6 kejohanan yang telah di anjurkan PMNJ 1 kejohanan berprestij tinggi seperti JIMC 2016 dengan kehadiran penonton seramai 3 ribu orang. Beberapa bengkel asas muaythai di jalankan sekitar Johor Bahru. Rekod peribadi saya sendiri telah membawa pulang pingat emas negara pada kejohanan muaythai ifma remaja dunia di Bangkok Thailand dengan 1 emas, 2 perak, 3 ganggsa. – Tahun 2017 ini adalah tahun untuk kebangkitan semua pegerakkan muaythai atau perjalanan sukan muaythai di negeri Johor ini. Pada awal tahun PMNJ telah menjalankan kursus asas kejurulatihan muaythai peringkat negeri Johor siri ke II. Kejohanan yang ke 15 kali ini adalah kejohanan yang tersangat besar pada PMNJ dan saya sendiri kerana ianya memang mencabar dari yang sebelumnya kerana kejohanan ini adalah kejohanan yang melambangkan kemajuan sukan muaythai negeri Johor selama mana saya mentadbir sukan ini di Johor.
Selama PMNJ menjalankan program, kursus mahupun kejohanan segala dana atau bantuan kewangan semuanya banyak dibantu oleh MAJLIS SUKAN NEGERI JOHOR ( MSNJ ). Saya dan PMNJ seharusnya banyak berterima kasih kepada MSNJ kerana selalu membantu dan tak lupa juga kepada JABATAN BELIA SUKAN NEGERI ( JBSNJ, JOYDEC, JBSD DAN RAKAN2 SEPERJUAGAN PMNJ )
PMNJ menyeru kepada semua bangsa Johor harus menonton secara lansung kejohanan muaythai ini kerana peserta dari Negeri Johor akan berentap habis-habisan bagi menjulang nama Johor kepersada antarabangsa.
Bali is a favourite destination for both adventurers and those in need of a little relaxation. The waters off the coast of Bali’s white beaches are an ideal spot for diving, while the dense jungles, teeming with monkeys and hidden caves, call out for exploration. The island is also famous for its blend of art and culture, taking much pride in its traditional markets, sumptuous cuisines and lashings of Balinese history and socio-culture that offers a rich experience unlike any other.
While Bali may be famous for its spectacular sites, we doubt many have had the chance to explore beyond the popular spots. Ever wondered about Bali’s hidden gems? Here are five spots you may want to consider exploring the next time you’re in Bali.
Pictures speak a thousand words of Bali’s best kept secrets, but nothing quite compares to exploring and experiencing the beauty ourselves. Tempting? Well, you might just be the lucky one to win holiday tickets to beautiful Bali, courtesy of Samsung Malaysia Electronics! From now until 23rd March 2017, take on the first round of Samsung’s challenge in the #A2017LiveUnplanned Instagram Contest and get ready to relax and bask in the feel-good Bali vibes. The contest runs until 4th May with bi-weekly winner announcements for grand prize holiday tickets to Bali, Seoul, Phuket and Gold Coast.
Simply purchase a Samsung Galaxy A7 (2017) or A5 (2017), post up either a photo or video of your most YOLO moment on Instagram, and insert a creative caption with the hashtags #A2017LiveUnplanned and #myGalaxyA2017, and tag @samsungmobilemy to be in the running. The most creative submissions will be chosen and winners get to indulge in an unforgettable trip with flight and accommodation sponsored by Samsung!
For an unforgettable adventure in the Indonesian island of Bali, whip out your Galaxy A (2017) and start exploring. With much rich culture to soak up and breath-taking views to capture, your mobile companion, the Galaxy A, promises to power you through the day, helping you capture and playback rich moments on its Full HD AMOLED screen. It is even rated IP68 for dust and water resistance so you don’t have to worry about a little water or mud splash!
So what are you waiting for? Upload your winning YOLO moments now and start living life unplanned!
Penyanyi kegemaran rakyat Malaysia, Ila Damiaa yang terkenal dengan rentak Kontemporari R&B kini kembali lagi dengan lagu terbaru berjudul “Cuma Kamu”.
Ila yang baru sahaja mendirikan rumah tangga pada penghujung tahun lalu berkongsi perasaannya melalui lagu ini di mana ianya mengisahkan tentang cinta dan kesetiaan hubungan sepasang kekasih. “Saya telah bekerja keras untuk lagu ini dan saya amat teruja untuk berkongsi ‘Cuma Kamu’ dengan peminat saya”, kata penyanyi yang mempunyai suara serak-serak basah ini ketika ditanyakan tentang perasaannya mengenai perkara ini.
“Cuma Kamu” adalah hasil kerjasama antara Malaysia dan Indonesia di mana Ila telah berkolaborasi dengan tenaga kerja yang pernah menghasilkan banyak lagu-lagu hebat untuk salah satu penyanyi terunggul Indonesia, Raisa Andriana, seorang penyanyi, penulis lagu dan pelakon yang banyak memenangi anugerah. Penerbit dan Pengadun Muzik bagi lagu ini iaitu Ari Aru Renaldi merupakan penerbit muzik yang tersohor di Indonesia. Ari telah memenangi beberapa anugerah berprestij dari Anugerah Musik Indonesia (AMI) dan Anugerah Planet Muzik dan dia juga pernah bekerjasama dengan nama-nama besar seperti Dato’ Rossa, Ungu, Mocca, Tulus, Afgan dan ramai lagi. Selain daripada itu, susunan lagu itu juga telah digubah oleh salah seorang komposer terkenal di Indonesia iaitu Sindhu Bharata yang telah banyak menulis lirik lagu bagi nama-nama besar seperti Afgan, Vidi Aldiano, Petra Sihombing dan XO-IX.
Peminat boleh mendapatkan lagu “Cuma Kamu” menerusi iTunes dan juga semua aplikasi streaming muzik bermula 31 Mac 2017 dan ia dijangka akan membuatkan semua peminat jatuh cinta pada rentak dan iramanya.
Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Kelab Rakan Malaysia bersama-sama portal membeli-belah atas talian, Roopawan (www.roopawan.com) dan kelab Bolasepak Pantai Timur FC hari ini menganjurkan Program Bersama Gelandangan di Pusat Transit Gelandangan, Kuala Lumpur.
Program khidmat masyarakat yang julung kali menggabungkan penganjur berbilang industri ini turut mendapat sokongan Pertubuhan Penyayang Islam Malaysia (Muslim Care Malaysia Society), Program Power of Sedekah (NGO), SME PESAT (Persatuan SME Anak-Anak Terengganu Di Selangor dan Wilayah Persekutuan), Shortea Barbershop dan MZ Patin berjaya menarik hampir 200 gelandangan dari sekitar Kuala Lumpur.
Pelbagai bantuan ditawarkan termasuk pemeriksaan kesihatan percuma oleh pakar perubatan, khidmat gunting rambut percuma, pengagihan makanan tengahari dan pek makanan kering, pengagihan pakaian terpakai (free market) serta kemudahan bekalan asas seperti berus gigi, sabun mandi dan lain-lain lagi. Program Bersama Gelandangan ini turut disertai kira-kira 30 sukarelawan daripada gabungan agensi yang terlibat.
“Program ini akan terus diadakan secara berkala setiap 3 bulan sepanjang tahun ini. Kelab Rakan Malaysia mahu mengungguli dalam tawaran bantuan terhadap mereka yang memerlukan selaras dengan misi pertubuhan ini diwujudkan,” menurut Dato’ Mohamed Zain Bin Abdul Malek, Presiden Kelab Rakan Malaysia.
“Roopawan tampil sebagai hub untuk produk fesyen dan kecantikan buat pasaran global Muslim, justeru pembabitan dalam khidmat sosial masyarakat ini dilihat sebagai cara terbaik dalam menabur bakti balas buat masyarakat,” menurut Pengurus Besar Roopawan Marketing Sdn Bhd, Mohd Fuad Mohd Noor. Pertanyaan Media: – Roopawan Marketing Sdn Bhd, Suite 16.01 Wisma Zelan, Jalan Tasik Permaisuri 2, Bandar Sri Permaisuri, 56000 Bandar Tun Razak, Cheras Kuala Lumpur
“Pantai Timur FC tampil menganjurkan program sebegini sebagai salah satu cabang kebajikan buat ahli kami di seluruh negara terutamanya yang menetap di Kuala Lumpur. Ini salah satu cara kami dalam membalas jasa negara, selain mendekatkan ahli kami dengan masyarakat,” ujar Mohamad Fadli Ishak, Presiden Pantai Timur FC.
Program yang akan diteruskan pada setiap 3 bulan sepanjang tahun ini adalah selaras dengan hasrat kerajaan Malaysia dalam membendung gejala tidak sihat di kalangan gelandangan menerusi perhatian sewajarnya yang akan diberikan. Golongan masyarakat yang mampu boleh menghulur sumbangan peribadi ke Kelab Rakan Malaysia dengan menghubungi Cik Ezette, Ketua Biro Perhubungan Awam & Acara, Kelab Rakan Malaysia di talian +0179746520 atau emel ezette.kram@gmail.com
Semenjak sedekad lalu, industri penyiaran radio telah dilihat sebagai suatu landasan yang menyumbang ke arah mempertingkatkan mutu muzik di Malaysia. Kelebihan yang ada pada stesen radio pada masa kini adalah bergantung dengan keunikan sesebuah stesen radio. Begitu juga pedekatan yang diberikan oleh stesen- stesen bahasa Melayu Astro Radio, ERA fm, Sinar FM dan THR Gegar.
Selain menggalas tugas sebagai sebuah stesen radio yang memberikan muzik serta informasi berguna kepada pengguna, ERA fm, Sinar FM dan THR Gegar tetap bertungkus- lumus dalam menyusun strategi demi kepuasan pedengar. Maka, untuk terus bertakhta di hati pendengar mengikut fokus dan kumpulan yang disasarkan, ketiga-tiga stesen ini melaksanakan tugas mereka dengan menganjurkan beberapa program-program menarik sepanjang tahun khas buat pedengar.
Pengurus Kandungan THR Gegar, Nadira Azizan
ERA fm akan terus menambat hati pendengar Melayu! Stesen radio yang mengetengahkan ‘Muzik Hit Terbaik’ ini menyajikan hidangan muzik dan hiburan kontemporari masa kini dan menjadi peneraju radio bahasa Melayu dengan 5.8 juta pedengar setiap minggu. Bermula April nanti, buatkali keduanya pertandingan Juara JoHaRa dianjurkan. Johan, Haniff dan Ray menyeru para pedengar yang ingin mencabar diri mereka dengan menyertai pertandingan ini. Selama 2 minggu, JoHaRa akan bersiaran secara langsung di sekitar lokasi terpilih di seluruh Malaysia dan akan membawa satu cabaran baru. Cabaran-cabaran ini sangat menarik, peserta perlulah menggunakan kekuatan mental dan fizikal yang kuat dan sememangnya menguji kesabaran mereka. Inisiatif ini merupakan salah satu elemen penting bagi ERA fm untuk mengeratkan hubungan bersama pendengar. Bagi merebuat gelaran Juara JoHaRa, para peserta yang berjaya ke peringkat akhir dikehendaki beraksi dihadapan orang ramai disalah sebuah pusat membeli belah di luar kawasan Kuala Lumpur.
Stesen nombor dua negara dengan 4.7 juta pedengar seminggu, Sinar FM kembali mengembara ke seluruh Malaysia sempena acara Jalan-Jalan Sepahtu Sinar 3. Bertemakan Duet Karaoke, Jep, Shuib dan Rahim selaku pengemudi Sepahtu Sinar akan memulakan jelajah mereka bermula April nanti untuk meneruskan misi pencarian juara Duet Karaoke. Siri jelajah ini adalah bertujuan untuk memberi penghargaan kepada para pedengar Sinar FM yang setiasa menjadi tulang belakang stesen ini.
Manakala, THR Gegar yang perkasa di Pantai Timur dan menjadi radio nombor satu di Pantai Timur dengan 2.8 juta pendengar turut memberikan sajian menarik buat pedengar. Sebagai hadiah buat warga Pantai Timur, stesen ini bakal menganjurkan sebuah konsert pada 15 April 2017 nanti. Antara artis yang bakal memeriahkan konsert tersebut adalah Khalifah, Projector Band, Azharina, Khai Bahar, Lovehunters, Wani Hasrita, Sherry Ibrahim, Ismail Izzani dan persembahan khas penyampai-penyampai THR Gegar. Konsert Pantai Timur ini merupakan sebuah konsert yang sangat dinantikan oleh pendengar setia THR Gegar di kawasan Pantai Timur.
Gelombang Astro Radio ini ternyata bakal menggegarkan tanahair dengan hidangan –hidangan yang menarik demi memuaskan hati pedengar. Untuk sebarang keterangan lanjut mengenai program-program yang bakal dilaksanakan, ikuti laman sosial ERA fm, Sinar FM dan THR Gegar.
KAROK SELEBRITI
Bermula 20 Mac, penyampai radio yang bertugas akan memainkan nyanyian lagu seorang selebriti yg terdiri dari host/atlit/pelakon atau selebriti yang tidak menyanyi secara aktif. Pendengar perlulah meneka siapakah nama selebriti tersebut. Laman sosial ERA fm akan mengaburkan wajah nyanyian artis tersebut dan pembayang akan diberikan. Pemanggil pertama yang berjaya mengenal pasti siapakah selebriti tersebut, bakal memenangi wang tunai RM 400! Jika tekaan pemanggil didapati salah, gandaan wang tunai akan di gandakan untuk segmen seterusnya. Selepas jawapan diumumkan, video nyanyian oleh selebriti tersebut akan disiarkan di laman sosial ERA fm.
SUARA AME 2017
AME 2017 bakal berlangsung pada 23 April, dan kali ini ERA fm ingin mengalu-alukan penyertaan orang ramai untuk pertandingan Suara AME 2017. Apa yang perlu anda lakukan untuk memenangi wang tunai RM 400? ERA fm akan mengeluarkan suara-suara para selebriti yang juga merupakan calon-calon akhir AME dengan menyebut huruf A , M , E, 1, 7. Bagi setiap pertandingan, penyampai bertugas akan memainkan suara 3 selebriti berbeza dengan menyebut “A , M , E” dengan pelbagai gaya. Pemanggil pertama yang berjaya meneka dengan betul bakal memenangi RM 400 tunai dan tiket untuk ke AME. Jika mereka gagal untuk berbuat demikian, hadiah wang tunai akan digandakan.
DENGAR NGANGA ERA
ERA fm akan merakam video di mana penyampai radio segmen ERA Solo, Danial akan berkata sesuatu contohnya buah-buahan, kereta atau haiwan , manakala Fad Bocey akan merekodkan sebuah lagu. Apa yang kelakarnya, kedua-dua mereka perlu lakukan aktiviti ini dengan memakai pelekap mulut dan di tayangkan di Instagram dan Facebook sebagai petunjuk peraduan. Pedengar perlu meneka apakah yang dikatakan oleh Danial dan apakah lagu yang Fad sedang nyanyikan. Pemanggil pertama yang berjaya memenangi hadiah wang tunai RM 300.
SEPAHTU JAMMING
Selain itu, Sepahtu Jamming turut di hidangkan sebagai salah satu misi untuk memikat hati pendengar. Pendengar hanya perlu meneka lagu-lagu yang dinyanyikan secara akustik oleh Sepahtu Sinar bersama artis undangan di studio dan bakal membawa pulang wang tunai berjumlah RM 500.
EmoSi-NAR
Pertandingan ini hanya memerlukan pedengar meneka ikon yang akan ditayangkan di lama sosial Sinar FM. Para pedengar perlu mendapatkan petunjuk di Facebook atau Instagram untuk mengenal pasti tajuk lagu untuk memenangi wang tunai berjumlah RM 500.
JONG KITE MAKEY
Jong Kita Makey merupakan satu dialek dari Terengganu. Kita – Kita (Pahang) dan Makey – Makan (Kelantan) yang mewakili ketiga-tiga negeri di seluruh Pantai Timur. Penyampai Ceria Pagi THR Gegar, Anna dan Shah akan melawat ke rumah pendengar dan belajar untuk mengelai makanan makanan menarik Pantai Timur. Selain itu, Anna turut mempelajari budaya budaya Pantai Timur di rumah pendengar pilihan.
TIRU GAYA SHAH
THR Gegar akan mengeluarkan gambar-gambar penyampai pagi THR Gegar, Anna dan Shah di laman sosial Facebook dan Instagram. Gambar-gambar Anna dan Shah pula merupakan gambar-gambar lucu dengan gaya yang pelik. Pedengar yang ingin memenangi hadiah wang tunai perlulah meneka apakah gaya yang sedang kedua-dua penyampai ini laksanakan.
Hari ini, GOASEAN, pengeluar kandungan kreatif untuk mempromosikan sektor pelancongan ASEAN di Asia Tenggara yang pertama di dunia mengumumkan kerjasama baharu bersama tonton – portal dan aplikasi penstriman video nombor 1 di Malaysia, yang dimiliki oleh Media Prima Berhad (Media Prima) dan dimsum – perkhidmatan video-on-demand (VOD) secara langganan terbaru di Malaysia yang dikendalikan oleh SMG Entertainment Sdn Bhd (dahulunya dikenali sebagai Star Online Sdn Bhd, ahli Kumpulan Media Star). Kerjasama ini adalah sebahagian daripada pelan GOASEAN untuk meluaskan capaiannya dalam mempromosikan Asia Tenggara, seiring dengan kempen ASEAN@50 yang meraikan ulang tahun ke-50 ASEAN (Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara).
Pengeluar kandungan yang telah meraih pelbagai anugerah antarabangsa juga menawarkan 60 jam kandungan asal mereka yang mengetengahkan lokasi-lokasi menakjubkan merentasi 10 negara-negara Asia Tenggara. Semua kandungan asal GOASEAN, termasuklah The Eco Traveller yang memenangi anugerah di Amerika Syarikat akan dipaparkan dengan sarikata dalam Bahasa Mandarin di platform dimsum. Kandungan GOASEAN boleh mula diakses di tonton dan dimsum bermula April 2017.
Menurut Encik Zefny Idris, Naib Presiden Penjenamaan GOASEAN: “Dengan lebih tujuh belas rancangan yang dihasilkan oleh GOASEAN, kami merancang untuk memacu ke peringkat lebih tinggi bagi tahun 2017 – seiring dengan pelan tahun kedua GOASEAN untuk menyertai lebih banyak platform di mana lebih ramai penonton dapat menikmati kandungan yang kami sediakan. Sebagai penerbit dan pembekal kandungan, pihak kami sentiasa peka dengan cara penonton mengakses media dan menawarkan kandungan yang menepati citarasa pengguna. Sejajar dengan objektif GOASEAN untuk menyediakan ruang bagi mempamerkan kepelbagaian budaya, pemandangan dan suara Asia Tenggara, kami berharap untuk mengembangkan capaian penonton melalui rakan kongsi strategik, tonton dan dimsum bagi mempromosikan destinasi pelancongan Asia Tenggara.”
Kerjasama dengan tonton yang terjalin pada 7 Mac 2017 merupakan penanda aras penting bagi GOASEAN kerana tonton telah mencapai lebih daripada 6.6 juta pengguna, dengan penambahan 18,000 ahli baharu setiap minggu. tonton menawarkan pelbagai kandungan melebihi 26,000 jam termasuk kandungan tempatan dan sindiket, siaran langsung eksklusif serta saluran premium yang boleh diakses pada bila-bila masa di mana sahaja. Oleh itu, penambahan segmen pelancongan berkualiti tinggi yang boleh diakses pada bila-bila masa di mana sahaja bakal mengukuhkan lagi nilai platform tersebut.
Cik Airin Zainul, Pengarah tonton & Perlesenan dan Pembarangan berkata: “Setelah 11 bulan memasuki ruangan OTT sebagai perkhidmatan berdasarkan langganan, kami teruja untuk bekerjasama dengan GOASEAN bagi meluaskan lagi capaian mereka kepada para penonton melalui rancangan travelog. Kerjasama ini membuktikan bahawa pengguna tonton VIP boleh menonton rancangan terbaik pada bila-bila masa di mana sahaja.”
Tambahan pula, kerjasama bersama dimsum memastikan GOASEAN mencapai tontonan yang lebih luas kepada pengguna yang inginkan kandungan pelancongan yang menarik dan berkualiti tinggi beserta sarikata dalam Bahasa Mandarin. Di samping itu, dimsum bermatlamat untuk menyediakan kandungan terbaik Asia dengan hak siaran serentak dan eksklusif daripada China, Taiwan, Singapura, Thailand dan Jepun. Justeru, kerjasama tersebut bakal memperkayakan lagi penawaran kandungan dan mengukuhkan kelebihan daya saing perkhidmatan OTT baharu tersebut.
“Kami teruja dapat bekerjasama dengan GOASEAN bagi meneruskan tawaran kandungan kami. Pada masa akan datang, kami percaya kerjasama ini akan meningkatkan lagi segmen pelancongan dan dokumentari dimsum,” kata Cik Lam Swee Kim, Ketua Pegawai Pemasaran dimsum.
Fred Wang, Pengerusi Asia Content Business Summit (ACBS) yang menyaksikan pengumuman kerjasama tersebut berkata, “Saya percaya kerjasama di antara tiga syarikat ini adalah penting dan ianya bakal memacu peluang perniagaan baharu ke dalam pasaran Asia Tenggara dan memperkasakan industri kandungan.”
After a successful debut in 2016, the SongkRUN 5K Water Run and Music Festival presented by DAIKIN & BAC will return on 26 March 2017 with a new scenic route along MAEPS Serdang, Selangor designed specifically for everyone to dash and splash their way through this fun event.
Billed as Asia’s “biggest water fun run and music festival”, SongkRUN assures runners the ultimate feel good factor in the spirit of having fun splashing water to make wet and get wet! Participants will be dashing through a 5 kilometre course that ensures to complete splash from head to toe.
According to Mr Lawrence Song, General Manager of DAIKIN Malaysia Sales & Service Sdn Bhd – the Co-Sponsor of the SongkRUN, “SongkRUN is a running event that encompasses water elements which provides participants with a cooling comfort throughout the event. This aligns perfectly with our DAIKIN brand; providing all our customers a similar cooling sensation and experience through our high quality air conditioners”, he added.
This year the “water and music zones” have been re-vamped with various themes each combining a genre of music and fun. Look out for the “water fountain”, the “foam party”, the “rain shower”, the “icy tunnel” and the final station called the “fire brigade”. To top it off, after finishing the run the participants will arrive at the official SongkRUN music festival featuring well-known musicians and DJs such as ANRK, Chukiess & Whackboi plus many more.
The run organized by Six Foot Yellow Worldwide (SFY) and co-organized by FAC3 Entertainment is designed to offer Malaysians the chance to have outdoor bonding moment with friends, family and kids to experience a cross cultural fitness event.
“Compared to last year, SongkRUN this year is really unique. It lets you work up a sweat while taking in the unique sights and splash amidst friendly camaraderie,” shared Mr. Andrew Lee, Founder of the SongkRUN.”Look out for more exciting news as we reach out to other ASEAN countries this year. Watch this space!” he exuberantly added.
The event also sees another co-sponsor; Brickfields Asia College otherwise also known as BAC who together with DAIKIN is the collaborative partner of the event.
“BAC identified an opportunity in this collaboration as we believe in encouraging our students to embrace an energetic and healthy lifestyle as part of transforming yourself through education, said Mr. Raja Singham, Managing Director of BAC. “Health and Fitness is part of the BAC Experience thus enriching people’s lives. We would like to reach out to more people through SongkRUN to experience that and have fun too,” added Raja.
To join in what promises to be the event of the year, participants can register at www.songkrun.com, where they will get a choice of two race packs. The standard pack includes an official race T-shirt, waterproof pouch, wristband and a medal, while the shooter pack includes additional full-size water gun that can be reloaded at filling stations along the course and in the party zone. RM20 off Early-bird tickets are now available at all MYNEWS outlets in Klang Valley and Kuala Lumpur only.
Participants can also promote their attendance to their friends by liking and sharing the SongkRUN Facebook fanpage – www.facebook.com/songkrun.
Everyone can now be a hero and win cash prizes from a pool of RM1 million, simply by participating and battling it out for the top scores in the all-new Celcom Game Hero, the biggest mobile game tournament in Malaysia!
Organised by Celcom Axiata Berhad and in collaboration with its first gaming partner, Techninier Sdn Bhd, Celcom Game Hero begins its mobile-game tournament with ‘Sky Invasion 3D”, a major revamp of the wildly popular classic shoot-em-up genre. ‘Sky Invasion 3D’ is a generic aircraft shooting game that can be easily participated by casual to expert gamers. Mobile gamers just need to gain a high score and be placed in the leader boards to be in the running for cash prizes.
Supported on Celcom’s strong network coverage and with a weekly subscription of only RM3, Celcom Game Hero’s ‘Sky Invasion 3D’ can be downloaded via Google Play and iOS App Store. Celcom Game Hero enables anyone to become a hero on their mobile phones and participants can enjoy a free trial of the ‘Sky Invasion 3D’ tournament from today until 6 April 2017.
The Celcom Game Hero launch was graced by YB Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, Minister of Communication and Multimedia at Westin Hotel, Kuala Lumpur today with the attendance of Norman H’ng, Advisor of Content to the Malaysian Communications and Multimedia Commission. 2
Michael Kuehner, Chief Executive Officer of Celcom Axiata Berhad said Celcom is dedicated to deliver a cutting edge mobile gaming experience, and the Celcom Game Hero is the first of many initiatives that will further enhance and meet the digital needs of the mobile gaming community.
“As customers today love playing games on their mobile phone, there is a high demand for the best seamless network for a gaming experience without any interruptions. With customer experience as Celcom’s top priority, both casual and expert mobile gamers can look forward to many more exciting initiatives that will deliver the best mobile-gaming experience,” he said.
Dato’ Lion Peh, Chief Executive Officer of Techninier said this tournament will set the bar at an all new high, a record-breaking milestone for Techninier following the success of mobile game tournaments previously hosted.
“We are very excited to be part of history in the making by taking mobile gaming tournaments to a whole new level of prizes at stake, making this Malaysia’s biggest mobile gaming tournament of its kind. Professional gaming is already a career in several countries and we hope the concept of reward-based income from tournament prizes will drive and inspire gamers in our country,” he said. 3
Celcom Game Hero’s first tournament ‘Sky Invasion 3D’ will last for about 4 months with the winners and prizes to be announced and given out by the end of the tournament. The subsequent tournaments will be held with a different gaming genre with more attractive prizes in store.
So hurry up, grab the opportunity to become a hero with Celcom Game Hero’s ‘Sky Invasion 3D’ while leveraging on Celcom’s strong network and fight for the top scores to be in the running for cash prizes. For more information on the tournament, visit www.gamehero.my.