Girls’ Generation sebagai pekerja pembinaan yang seksi di dalam video muzik terbaru mereka iaitu ‘Catch Me If You Can’ yang bakal dilancarkan sepenuhnya pada 10 April ini.
Jom layan teaser video muzik ‘Catch Me If You Can’ yang berdurasi 35 saat.
AirAsia, pengendali penerbangan tambah rendah akan mengekalkan langkah pemansuhan surcaj bahan api bagi semua syarikat penerbangan dalam kumpulan itu walaupun harga minyak global meningkat ketika ini.
Pengerusi Eksekutif yang juga Pengasas Bersama, Datuk Kamarudin Meranun, berkata pemansuhan yang bermula 26 Januari lalu akan terus dikekalkan, jika tiada sebarang kenaikan mendadak yang berterusan sepanjang tahun ini.
Pemansuhan surcaj bahan api sejajar dengan hasrat AirAsia menawarkan tambang rendah untuk semua penerbangan milik syarikat itu.
“Ketika ini, kami tidak bercadang mengenakan semula surcaj bahan api melainkan ada kenaikan besar dan berterusan pada masa depan. Buat masa ini, kami kekal dengan langkah yang ditawarkan kepada pelanggan AirAsia,” katanya selepas melancarkan AirAsia BIG Fixed Points, di sini hari ini.
Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia BIG, Alice Goh.
Januari lalu, AirAsia mengumumkan pelupusan surcaj bahan api untuk penerbangan domestik dan jarak jauh termasuk AirAsia X, Thai AirAsia X dan Indonesia AirAsia X, selaras penurunan harga minyak global.
Sementara itu, AirAsia memperkenalkan BIG Fixed Points atau mata tetap AirAsia BIG bagi membolehkan 12 juta ahlinya menebus penerbangan syarikat itu.
BIG Fixed Points membolehkan pelanggannya mengetahui berapa jauh penerbangan yang boleh ditebus dengan mata BIG yang diterima berdasarkan durasi penerbangan.
BIG Fixed Points bermula daripada 4,500 mata BIG untuk penerbangan kurang dari satu jam hingga 30,000 mata BIG bagi penerbangan lebih enam jam.
Dengan pengenalan BIG Fixed Points, AirAsia menyasar untuk mengumpul keseluruhan 13 juta ahli kad BIG menjelang akhir tahun ini, meningkat dari 12 juta ahli ketika ini.
“Daripada 12 juta ahli yang direkodkan, sekitar dua hingga tiga juta adalah ahli aktif. Namun untuk menggalakkan lebih ramai pelanggan menggunakan kad BIG dan perkhidmatan penerbangan AirAsia, kami akan menggiatkan publisiti dan pendedahan kepada pelanggan mengenai manfaat kad ini,” katanya.
Sementara itu, Alice berkata, penebusan penerbangan AirAsia dengan BIG Fixed Points memberikan pelanggannya lebih banyak kemudahan dan nilai tambah apabila menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan syarikat itu.
“Program AirAsia BIG Loyalty membolehkan BIG Shots mendapatkan mata BIG bagi semua entiti di bawah syarikat Kumpulan Tune seperti AirAsia, Tune Hotels dan Tune Talk.
“Selain itu, terdapat lebih 100 BIG Loyalty Partners di seluruh rantau ini termasuk PETRONAS, Maybank, CIMB Niaga, Citibank, WCT Holdings Bhd (Paradigm Mall & gateway@klia2), Agoda, Hilton Worldwide, Bank of the Philippines Islands (BPI), Starhub, DBS Bank, dan Bangkok Bank,” katanya.
Sempena pelancaran baharu itu, AirAsia BIG menganjurkan penebusan istimewa di mana BIG Shots yang menebus penerbangan BIG Fixed Points akan diberi ganjaran penerbangan percuma sehala mulai esok hingga 10 April.
Sumber : Berita Harian
Tottenham Hotspur dengan sukacitanya mengumumkan akan berkunjung ke Kuala Lumpur bulan depan untuk menentang Malaysia XI dalam Piala AIA.
Perlawanan akan berlangsung di Stadium Shah Alam pada Rabu 27 Mei, jam 8.45 malam waktu tempatan (12.45 tengah hari waktu UK) sebelum pasukan berlepas ke Sydney untuk aksi persahabatan menentang Sydney FC di Stadium ANZ pada Sabtu berikutnya.Ini akan menjadi kunjungan pertama Tottenham Hotspur ke Malaysia sejak 1979 dan membekalkan peluang kepada Kelab itu untuk melibatkan diri dengan lebih dekat bersama kumpulan penyokong setianya yang cukup terkemuka di rantau ini.
Kelab Penyokong Rasmi Tottenham Hotspur di Malaysia ditubuhkan pada 2010 dan ianya merupakan satu daripada lebih 100 kelab penyokong dimiliki Kelab ini di seluruh dunia. Kelab ini mempunyai anggaran peminat lebih dari 170 juta di rantau Asia.Pemain skuad utama dan legenda Kelab akan mengambil bahagian dalam sesi bertemu peminat sebagai sebahagian dari aturcara kunjungan, dengan skuad turut dijadual menyertai aktiviti komuniti di Kuala Lumpur bersama-sama rakan utama Kelab, AIA.
Ketua Jurulatih Tottenham Hotspur, Mauricio Pochettino, berkata: “Kami gembira untuk bertandang ke Malaysia dan berharap dapat memberikan peminat kami di sana peluang untuk melihat kami beraksi secara dekat menentang pemain terbaik dari negara mereka.“Kami sedar akan jumlah pengikut setia yang kami punyai di seluruh Asia dan Kelab Penyokong yang cukup terkemuka yang kami ada di Malaysia, dan kami berharap dapat menampilkan aksi hebat kepada mereka pada malam tersebut sebagai tanda terima kasih di atas sokongan berterusan yang mereka berikan setiap minggu.
Tiket terbuka dijual pada harga RM58 dengan tiket VIP terhad boleh didapati pada harga RM428 dan RM328. Kesemua tiket sudah boleh dibeli di Ticketpro, sama ada secara online via www.ticketpro.com.my dan hotline, +603-7880-7999. Tiket boleh didapati di cawangan Ticketpro pada tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
IME Productions is the lead promoter of 2015 BTS LIVE TRILOGY IN MALAYSIA “EPISODE II. THE RED BULLET”. The show will drop on Jun 2015, 6p.m. at Mega Star Arena, KL. Before IME announce the concert date, we’re held the “GUESS THE CONCERT DATE” concert and it’s open to all ARMY’s to participate! Leave your message on IME Productions Malaysia Facebook and write your comment below contest box. The grand prize will be official bomb light stick + autograph poster, consolation prize : BTS autograph poster. Contest due date for contest: 10 April 2015.
Ticket launch will be held on April 12 (Sunday) at KWC Fashion Mall, LG centre court stage area from 11a.m. till 3p.m. First 1000 purchasers come together with an exclusive giant concert poster, first come first serve. VIP ticket purchasers will be entitled to participate in a lucky draw to win an exclusive BTS “hello session passes”. Details of the autograph session event will be posted on a later date. 1 person can purchase 8 tickets during ticket launch day.
For those people who can’t make it to ticket launch, they can purchase ticket via TicketCharge (www.ticketcharge.com.my) starting from April 12 (Sunday) at 3p.m. Ticket outlet sales will begin on April 13 (Monday), please visit to TicketCharge office, Speedy music store, Rock Corner music store, Victoria music center, Neway Karaoke outlet and Celcom blue cube outlet or may call TicketCharge hotline (603)92228811 or IME Productions hotline at (603)21666166 for ticket purchase.
Ticket prices for 2015 BTS LIVE TRILOGY IN MALAYSIA “EPISODE II. THE RED BULLET” as below:-
** All ticket price shown inclusive of 6% GST but exclusive RM4 ticket processing fee
For further information, please log on to IME Productions official Facebook (www.facebook.com/imepmy ) .
AC Music Entertainment proudly presents “DEMI LOVATO: DEMI WORLD TOUR LIVE IN KUALA LUMPUR 2015” on 4th May 2015, 7 PM at KL Live.
Since her first appearance in Malaysia in 2013, Demi Lovato, a multi-talented, and platinum-selling record artiste, is finally returning to Malaysia with her fourth headlining concert tour, “DEMI LOVATO: DEMI WORLD TOUR LIVE IN KUALA LUMPUR 2015”. Malaysia will be the second stop in Asia for Demi’s world tour after Singapore.
With numerous mega hits such as, “Let It Go”, “Skyscraper”, “Heart Attack”, “Give Your Heart A Break”, “Neon Lights”, and her current single, “Nightingale” under her belt, Demi will be putting up an exciting performance line-up for her first full-scale concert in Malaysia.
Join Demi for a night of stellar performance at her “DEMI LOVATO: DEMI WORLD TOUR LIVE IN KUALA LUMPUR 2015” this May 4th.
DEMI LOVATO: DEMI WORLD TOUR LIVE IN KUALA LUMPUR 2015
Date : 4th MAY 2015 (Public Holiday)
Time : 7 PM
Venue : KL LIVE @ Life Centre
Ticket Prices : VIP – RM 388 , CAT 1 – RM188 , CAT 2 – RM138
(All ticket tiers are free standing)
Ticket Presale Date : 1st April (from 10:00am) to 7th April 2015,
(TICKETPRO website and all TICKETPRO agents)
Presale Promotion : 10% Discount for all ticket tiers
Official Ticket Opening: 8th April 2015 onwards
For ticketing enquiries, please email us at acme.malaysia@gmail.com.
For more information, please proceed to http://www.ACMusicEntertainment.com or http://www.facebook.com/ACME.MY
Bagi kebanyakan gadis, saat yang menyeronokkan dan penuh keyakinan selalunya dirakam dengan selfie. Tiada lagi cara yang terbaik untuk mengambil gambar selain dengan rambut yang cantik dan sedia selfie. Dalam usaha untuk merakamkan saat-saat selfie terbaik, Sunsilk buat pertama kalinya melancarkan Sunsilk Selfie Movie dengan tema ‘Selfie Ready Hair, Anytime, Anywhere’, menjemput para gadis untuk menjadi sebahagian daripada kempen yang riang dan menyeronokkan bagi mendapatkan rambut yang cantik dan sedia selfie.
“Sunsilk sedar bahawa gadis zaman sekarang melalui kehidupan dengan sepenuhnya dan mahu menentukan masa depan mereka sendiri. Kami tahu bukan mudah untuk memiliki rambut yang lembut dan mudah diurus, terutama ketika berhadapan dengan jadual yang sibuk, ataupun cuaca yang tidak menentu. Sebagai jenama yang sentiasa berbicara dengan pengguna, kami menyedari bahawa trend selfie kini semakin popular di kalangan gadis-gadis Sunsilk. Oleh itu, kami melancarkan kempen Sunsilk Selfie Movie untuk memberi keyakinan kepada para gadis dan membantu mereka tampil cantik dan ceria pada bila-bila masa dan di mana jua. Rangkaian penjagaan rambut Sunsilk Smooth & Manageable akan membantu gadis-gadis ini mendapatkan rambut yang lembut dan mudah diurus, manakala Sunsilk Selfie Movie adalah cara kami merakamkan saat-saat rambut terbaik bersama dengan para gadis Sunsilk kami,” menurut Ashlee Ng, Pengarah Penjagaan Peribadi, Unilever (Malaysia) Holdings Sdn. Bhd.
Kempen ini diterajui oleh rangkaian Sunsilk Smooth & Manageable, yang dicipta bersama dengan pakar penjagaan rambut terkemuka di dunia, Yuko Yamashita. Rangkaian penjagaan rambut ini terdiri daripada syampu, perapi, krim rawatan dan krim tanpa bilas. Rangkaian Sunsilk Smooth & Manageable mengandungi Keratin Yoghurt Nutri ComplexTM yang direka untuk menjadikan rambut lebih terurus dan mengurangkan geseran antara helaian rambut bagi menambahkan lagi kelembutan. Berbanding menggunakan format minyak mono biasa, yang cuma ada satu jenis minyak sahaja, rangkaian penjagaan rambut ini mempunyai gabungan unik lima jenis minyak semula jadi. Satu daripadanya adalah minyak Argan, juga dikenali sebagai cecair emas, yang berasal dari Morocco.
Dengan menggunakan hanya 100% minyak Argan organik bersijil dari Morocco, produk ini menghasilkan lapisan perlindungan ultra ringan yang membantu menyuburkan rambut. Minyak Argan digunakan dalam Sunsilk Smooth & Manageable untuk membantu melembapkan rambut dengan meresap ke dalam serat rambut untuk meningkatkan kelembutan dan membaiki kerosakan rambut dari dalam. Minyak Argan juga secara tidak langsung bermanfaat untuk menyuburkan kulit kepala kerana ia mengandungi Vitamin E, iaitu antioksidan semula jadi yang membantu menguatkan serat rambut dan mencegah kerosakan rambut.
Selain minyak Argan, Sunsilk Smooth & Manageable juga mengandungi minyak kelapa, minyak badam, minyak Jojoba dan minyak zaitun, dengan setiap satu daripadanya menjadi pelengkap kepada keberkesanan minyak Argan. Minyak kelapa membantu menyuburkan rambut, menjadikannya lebih lembut dan mudah diuruskan, manakala minyak badam untuk keanjalan rambut. Minyak Jojoba pula membantu mengekalkan bentuk rambut dan minyak zaitun menambah kelembutan dan kelicinan rambut yang tidak terurus.
Untuk menyertai peraduan dan menjadi sebahagian daripada Sunsilk Selfie Movie, para gadis dijemput melayari www.sunsilkmalaysia.my/selfiemovie dan memuat naik selfie mereka. Mereka akan diberikan satu peluang untuk memuat naik selfie mereka sebagai permulaan. Sekiranya mereka ingin memiliki lebih peluang untuk memuat naik selfie, mereka perlu membeli produk Sunsilk bernilai sehingga RM15, termasuk Sunsilk Smooth & Manageable, di Watsons atau Tesco. Dengan menggunakan bukti pembelian ini, mereka boleh memuat naik empat selfie atau wefie mereka sendiri. Sepuluh (10) orang pemenang bertuah akan menerima hadiah kamera selfie bernilai RM3,000.00. Peraduan ini akan berlangsung dari 3 Mac 2015 sehingga 3 Mei 2015 . Untuk maklumat lanjut, sila layari www.sunsilkmalaysia.my/selfiemovie.
Setelah dua musim bersiaran, program keagamaan yang ingin memartabatkan status pendakwah Da’i- Pendakwah Milenia kini kembali bagi musim ke-3. Program yang ingin memberi pendedahan kepada masyarakat tentang tanggungjawab sebenar yang dipikul oleh seorang Da’i di zaman yang penuh cabaran ini akan memulakan pencarian pendakwah muda dalam uji bakat Da’i musim ketiga yang akan bermula pada 28 Mac hingga 24 April 2015 ini. Da’i musim ke-3 akan menjelajah ke 8 buah lokasi terpilih di Semenanjung Malaysia. Oleh itu, orang awam yang berminat untuk menjadi peserta Da’i musim ke-3 ini, bolehlah menghadirkan diri ke sesi uji bakat yang akan diadakan di lokasi berikut pada jam 9.00 pagi – 5.00 petang:
| Tarikh | Lokasi |
| 28 & 29 Mac 2015 | Sri Pentas
Persiaran Bandar Utama |
| 5 & 6 April 2015 | Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA)
Gong Badak, Kuala Terengganu |
| 8 & 9 April 2015 | Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra
Nilam Puri, Kota Bharu, Kelantan |
| 11 & 12 April 2015 | Kolej Universiti INSANIAH
Kuala Ketil, Kedah |
| 14 & 15 April 2015 | Masjid Sultan Idris Syah II
Ipoh, Perak |
| 17 & 18 April 2015 | Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor |
| 20 & 21 April 2015 | Universiti Sains Islam Malaysia
Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan |
| 23 & 24 April 2015 | Kompleks Islam
Johor Bahru, Johor |
Syarat-syarat penyertaan adalah seperti berikut:
Para peserta mestilah fasih berbahasa Melayu dan mereka yang berkebolehan bertutur dalam pelbagai bahasa adalah satu bonus. Serlahkan bakat dan kongsikan Ilmu yang anda miliki kerana Islam amat mengambil berat tentang keperluan menuntut ilmu, mengamalkan ilmu yang dipelajari, dan menyampaikan pula ilmu tersebut untuk dimaanfaatkan oleh orang lain.
Telekom Malaysia Berhad (TM) menerusi perkhidmatan IPTVnya, HyppTV dengan kolaborasi bersama Enjoy TV Holding Sdn Bhd hari ini secara rasminya melancarkan Hao Xiang Shopping TV – saluran TV beli-belah berbahasa Mandarin PERTAMA seumpamanya di Malaysia yang bersiaran selama 24 jam. Hao Xiang Shopping TV akan bersiaran menerusi Saluran 122 di HyppTV dengan sari kata Bahasa Inggeris dan ditayangkan dalam bentuk Definisi Tinggi (HD). Bagi keselesaan para penonton, saluran ini boleh didapati sebagai saluran percuma HyppTV termasuklah menerusi aplikasi mudah alih HyppTV Everywhere bermula 1 April 2015.
Saluran terbaru ini telah dilancarkan secara rasminya oleh Jeremy Kung, Naib Presiden Eksekutif, New Media, TM dan Sam Yap, Pengerusi, Enjoy TV Holding Sdn Bhd dalam satu acara yang berlangsung meriah di Berjaya Times Square Hotel. Turut hadir pada majlis tersebut adalah Chen Jian, Pengarah Saluran Antarabangsa bagi Chiang Jiang Su Broadcasting Corporation Group, Regine, Penasihat bagi saluran Hao Xiang Shopping, yang turut merupakan Asian No. 1 Shopping Queen, serta penilik nasib terkenal, Master Chiang Bo-Le.
Bercakap pada majlis pelancaran tersebut, Jeremy berkata, “Kami amat berbesar hati untuk melancarkan Hao Xiang Shopping TV sebagai saluran beli-belah 24 jam berbahasa Mandarin pertama di Malaysia. Saluran terbaru ini turut melengkapkan saluran TV beli-belah berbahasa Inggeris sedia ada kami, Direct Showcase, dan turut memberikan para pelanggan kami yang kian bertambah bilangannya dengan pengalaman beli-belah yang dipertingkatkan menerusi HyppTV. Dengan pelbagai produk yang ditawarkan di Hao Xiang Shopping TV, bukan sahaja memberi keselesaan kepada penonton kami untuk membeli-belah ketika berada di rumah malah juga ketika berada di luar rumah dengan aplikasi mudah alih kami HyppTV Everywhere.”
“Hao Xiang Shopping TV juga boleh ditonton dalam bentuk HD dengan sari kata Bahasa Inggeris, membolehkan penonton yang bukan berbangsa Cina untuk menikmati pengalaman beli-belah menerusi TV yang dipertingkatkan. Dengan adanya pasukan khidmat pelanggan yang khusus menerusi talian bebas tol, penghantaran yang pantas dan transaksi pembayaran yang lancar membolehkan pelanggan membeli sebarang produk pilihan mereka dengan hanya satu panggilan,” tambah beliau.
Sementara itu Sam Yap, dalam ucapannya berkata, “Kami merupakan saluran beli-belah berbahasa Mandarin pertama di Malaysia. Kami percaya bahawa penjenamaan saluran yang baik dengan operasi yang sistematik dan juga reputasi adalah amat penting untuk mendapatkan kepercayaan para pelanggan kami. Selain itu, pembekal dan pilihan produk terbaik turut memainkan peranan penting dalam menentukan kejayaan sesebuah saluran beli-belah dalam talian.”
Hao Xiang Shopping TV menawarkan lebih daripada 300 produk termasuklah produk gaya hidup, fesyen dan pakaian, perkakas rumah dan banyak lagi. Saluran ini turut menawarkan pusat panggilannya dan perkhidmatan penghantaran, menawarkan jenamanya yang tersendiri dengan kualiti perkhidmatan terbaik kepada pelanggan seperti transaksi pembayaran yang lancar dengan penghantaran yang cepat tanpa perlu risau. Hao Xiang Shopping TV memberi keselesaan kepada pelanggannya dengan pengalaman khidmat pelanggan khusus dan mudah berkomunikasi bagi memastikan barangan yang dihantar berada dalam keadaan terbaik dan jaminan pulangan 7 hari untuk setiap pembelian.
Suasana di majlis pelancaran itu dimeriahkan lagi dengan persembahan khas oleh hos Hao Xiang Shopping TV seperti supermodel, Amber Chia dan Wilson Tan, pelakon tempatan Johnson Low, penyampai Radio – Jing Loong, Pei Ying dan Ryan Yong serta penampilan istimewa oleh Charlene Ong, finalis pertandingan The Beauty Champion.
Untuk meraikan pelancaran tersebut, Hao Xiang Shopping TV menawarkan keahlian VIP secara eksklusif dan baucar diskaun bernilai RM500 untuk 1,000 pelanggan HyppTV pertama yang membeli produk dari Hao Xiang Shopping TV sebelum akhir bulan Mei 2015. Pelanggan-pelanggan terawal juga layak untuk menyertai cabutan bertuah Hao Xiang Shopping TV yang akan bermula pada 23 Mei 2015. Untuk maklumat lanjut mengenai Hao Xiang Shopping TV, layari www.enjoytv.com.my atau pelanggan boleh menghubungi 1800-888-122 untuk sebarang pertanyaan.
HyppTV kini menawarkan kepada para pelanggannya sebanyak 120 saluran dengan 44 saluran dalam Definisi Tinggi (HD) – yang terdiri daripada 56 saluran premium, 23 saluran percuma, 5 saluran Radio, 16 saluran Video-On-Demand dan 20 saluran interaktif dalam pelbagai pakej nilai dan pilihan secara ala-carte. HyppTV dikuasakan oleh perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi TM, UniFi dan Streamyx 4Mbps dan 8Mbps yang tersedia untuk penonton tanpa mengira cuaca melalui pakej kediaman dan perniagaan bagi UniFi dan Streamyx. Pelanggan HyppTV juga boleh menikmati hiburan bertaraf dunia menerusi HyppTV Everywhere. Setakat ini, HyppTV mempunyai hampir 800,000 pelanggan.
Untuk maklumat lanjut mengenai HyppTV, layari www.tm.com.my/hypptv dan lawati laman media sosial HyppTV di www.facebook.com/hyppworld (Facebook), www.twitter.com/hyppworld (Twitter), www.instagram.com/hyppworld (Instagram) dan www.youtube.com/tmofficialtube (Youtube).
Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam (PEKA), salah satu badan NGO di Malaysia yang aktif dalam menkonservasikan hutan simpan, telah mengadakan acara “Save Our Rainforest Race” (SORR) yang ketiga di Hutan Lipur Kuala Woh, Tapah, Perak yang menyaksikan penyertaan kira-kira 2700 peserta.
Aktif dengan menjalankan program penanaman semula di hutan-hutan terosot sekitar Semenanjung Malaysia dan pelbagai program kesedaran alam sekitar, PEKA telah mencipta acara “Save Our Rainforest Race” atau lebih dikenali dengan nama “SORR” tiga tahun lepas sebagai simbol untuk berlumba menyelamatkan hutan kita yang semakin berkurangan. Tujuan acara ini diadakan adalah untuk meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai kepentingan memelihara hutan untuk membantu mengekalkan persekitaran yang mampan untuk generasi semasa dan akan datang serta memupuk rasa sayang kepada alam semulajadi.
Kekal dengan konsep menarik seperti acara SORR sebelum ini, peserta program telah menjejaki lintasan 10 km yang merangkumi pelbagai landskap seperti hiking di dalam hutan, lintasan sungai (river crossing), dan penempatan Orang Asli serta perlu menempuh pelbagai cabaran checkpoints yang berunsurkan alam sekitar. Acara ini juga turut menyaksikan sumbangan barangan dapur dari orang ramai kepada 42 keluarga yang menetap di perkampungan Orang Asli disitu.
Acara ini disertai oleh peserta dari pelbagai universiti, syarikat swasta dan orang ramai termasuk beberapa nama terkenal seperti Amy Search dan Nabila Huda,Keith Foo, Hatta Dolmat, Imelda Harris, Kharleez Jaafar dan Thanuja yang turut serta menjayakan kempen kesedaran alam sekitar ini.
Dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Perak dan Angkatan Tentera Malaysia, program eko ini telah mendapat anjuran daripada syarikat terkemuka seperti Tenaga Nasional Berhad (Penaja pokok dan peserta) WOW Mobile, Concorde Hotel dan Resorts & Saloma Theatre Restaurant, Prolintas, Perbadanan Nasional Berhad, Waz Lian Group, Gloria Jeans Coffee Malaysia, Elemental Kreatif Sdn Bhd, Tanah Aina, Proviton – CCM Berhad serta sumbangan-sumbangan daripada pelbagai individu dan syarikat yang lain.
Sejak pertama kali dianjurkan pada 2013 di Hutan Simpan Bukit Tinggi, Bentong, Pahang, dan seterusnya pada tahun 2014 di Hutan Simpan Sungai Besi, Kuala Lumpur telah berkembang dan menjadi satu acara yang ditunggu-tunggu setiap tahun.
“Kami mendapat inspirasi untuk menganjurkan acara sebegini kerana kami merasakan program penanaman hutan yang telah kami adakan sebelum ini adalah terhad dari segi bilangan peserta yang terlibat. Oleh itu, kami mengadakan acara SORR ini dengan tujuan mewujudkan satu program penanaman semula yang berskala lebih besar dan boleh menarik lebih ramai orang untuk terlibat dengan alam sekitar. Ini merupakan tahun ketiga acara ini diadakan dan kami gembira melihat penyertaan dan kesedaran yang semakin meningkat” ujar Puan Sri To’ Puan Datuk Shariffa Sabrina, Presiden dan Pengasas PEKA.
“Kami berharap melalui program kami, kesedaran tentang kemusnahan hutan-hutan dapat ditingkatkan sejurusnya tindakan dalam melindungi khazanah negara kita dapat diambil. Pada masa yang sama kami berharap ianya dapat menyumbang kepada usaha pencegahan bencana alam sekitar seperti banjir yang berlaku baru-baru ini” kata Beliau.
Program ini telah bermula dengan aktiviti warm-up dan menyaksikan acara flag-off oleh penaja-penaja majlis pada pukul 8 pagi. Program ini bersurai pada jam 2.30 petang selepas majlis penyampaian hadiah dan pingat.
Untuk pmaklumat lanjut tentang SORR 2015 dan PEKA, sila layari www.pekamalaysia.org ataupun ‘follow’ PEKA di http:/www.facebook.com/pekamalaysia .
Save the date and start planning your trip to Manila because it is the place to have more fun – come May! MTV, a unit of Viacom Inc. (NASDAQ: VIAB, VIA), has officially announced today that MTV Music Evolution 2015 marks its first edition in the Philippines on Sunday, 17 May 2015 at the historic Quirino Grandstand, Rizal Park in Manila. MTV Asia revealed the first wave of artists to grace the MTV stage in the Philippines for the first time at a press briefing in Manila today – iconic and Grammy Award-winning hip hop act, Naughty by Nature, the Philippines’ most celebrated rapper, Gloc-9 and Philippines’ hottest hip hop act, Abra.
MTV Music Evolution is a live music concert that brings to life the evolution of a music genre and enables young people to experience and discover how music styles and sounds have evolved over the years. MTV Music Evolution marks its inauguration 2015 edition with a feature on hip hop, showcasing iconic and contemporary hip hop acts from both international and local music scenes on a single stage, while featuring the best of Philippine music and culture to international youth audiences.

All three acts will share the stage and not only perform before fans in the Philippines at Quirino Grandstand, Rizal Park, but will reach an international audience of more than three-quarters of a billion households in over 160 countries as the hotly-anticipated show will be recorded live for global telecast under the MTV World Stage global series. More acts are expected to be announced at a later date. MTV Asia VJs Alan Wong and Hanli Hoefer will be hosting the concert.
MTV Music Evolution 2015 is sponsored by the Tourism Promotions Board (TPB) of the Philippine Department of Tourism (DOT), and supported by audio partner, Dolby.

“The Philippines has such a strong music influence and has become a popular entertainment destination. With a successful history of partnering with Tourism Boards around the world, we are naturally thrilled to be collaborating with the Tourism Promotions Board of the Philippine Department of Tourism to bring MTV Music Evolution to our fans in the Philippines and around Asia,” said Mark Whitehead, Executive Vice President and Managing Director, Viacom International Media Networks Asia. “MTV produces the most talked about live performances and events, so fans can anticipate engaging youth experiences in the coming weeks to discover the evolution of the hip hop music genre, while celebrating all that Philippines has to present to the world. We can’t wait to share one of the biggest music events in Manila with the world on May 17th!”

“We Filipinos like to entertain and perform for people. MTV Music Evolution will not only put the Philippines on the map of international music, but it will also serve as a global stage for the world to witness what Filipinos do best. The Philippines is a musically passionate country. And through our partnership with MTV, young people from around the world will now have the opportunity to share this passion and experience why and how the music culture is even more fun in the Philippines. This is, indeed, one of the exciting events to look forward to during our Visit the Philippines Year (VPY) 2015,” said Secretary Ramon R. Jimenez Jr. of the Philippine Department of Tourism.
2Morrow Fashion Blast Fiesta 2015 merupakan satu acara fesyen yang bakal diadakan di Avenue K pada 9 dan 10 Mei 2015. Ia dianjurkan buat pertama kali oleh Roistz Labels yang berkolaborasi dengan ML Models dan ATIYA.my.
Acara ini turut mendapat sokongan dari Malaysia Book Of Records dan Tourism Malaysia.Runway sepanjang 405m pada acara ini bakal mendapat pengiktirafan dari Malaysia Book Of Records sebagai runway terpanjang di Malaysia.
Objektif acara ini adalah untuk menyokong pereka tempatan dan usahawan dalam talian untuk berani mempamerkan koleksi mereka kepada orang ramai serta menggalakkan rakyat Malaysia untuk menjadi lebih berani dan tidak takut untuk melibatkan diri di dalam bidang fesyen ini.
Selain menjalankan aktiviti komersial,acara ini juga akan menjalankan aktiviti CSR dengan MAKNA. Sebahagian daripada wang hasil jualan booth bakal diserahkan kepada MAKNA.Sebanyak 70 booth boleh disewa selama dua hari ketika acara ini berlangsung.
Details untuk sewaan adalah seperti dibawah :
1. Slot Pertunjukan Fesyen RTW (Sabtu 9 Mei)/Muslimah (Ahad 10 Mei) untuk 10 persalinan ke bawah dan 2 Hari Booth Perniagaan “Konsep Terbuka” (Sabtu 9 & Ahad 10 Mei)
YURAN: RM2500 (termasuk 10 peragawati dan servis solekan wajah)
2. Slot Pertunjukan Fesyen RTW (Sabtu 9 Mei) ATAU Pertunjukan Fesyen Muslimah (Ahad 10 Mei) untuk 10 persalinan ke bawah
YURAN: RM1500
3. 2 Hari Booth Perniagaan “Konsep Terbuka” (Sabtu 9 & Ahad 10 Mei)
YURAN: RM1500
2Morrow juga sedang menjalankan pertandingan model search iaitu Faces Of 2morrow. Bagi sesiapa yang berminat boleh layari http://www.2morrow.com.my/facesof2morrow/ untuk keterangan lebih lanjut.Ia terbahagi kepada 3 kategori iaitu Male,Female (Freehair) dan Female (Muslimah).
10 finalist akan dipilih oleh ke peringkat akhir.Casting bakal diadakan pada 19 April ini di Avenue K. Juara setiap kategori bakal membawa pulang hadiah bernilai RM5K berserta kontrak modelling dengan ML Models.
KFC Malaysia kini memberi pelbagai pilihan kepada pelanggan bagi memulakan pagi mereka yang ceria dengan penambahan hidangan baru yang lazat dalam menu sarapan pagi KFC.
Antara menu terbaru untuk sarapan pagi termasuk set hidangan Classic Rice – iaitu nasi Colonel dengan ayam goreng Original Recipe, telur mata kerbau, serta sambal pedas yang lazat. Set Classic Rice juga boleh didapati dengan pilihan hidangan dua ketul ayam bagi mereka yang berselera besar. Bagi pelanggan yang menggemari sarapan ringkas dan pantas mereka boleh memilih pelbagai hidangan ‘Grab N Go’ seperti Egg Riser, Zinger Riser, dan Twister Lite. Tidak ketinggalan juga hidangan sarapan yang paling popular di KFC iaitu Bubur Zinger.
“Di KFC, kami ingin memudahkan pelanggan dalam menikmati hidangan sarapan yang lengkap dengan rasa yang sungguh lazat, berbaloi serta memberi lebih nilai untuk wang anda,” kata Ling Mee Jiuan, Naib Presiden Kanan, KFC Malaysia.
“Set Classic Rice diilhamkan daripada citarasa rakyat Malaysia yang gemarkan rasa pedas dalam sarapan mereka. Seperti juga hidangan tengahari dan makan malam, rakyat Malaysia turut menginginkan rasa pedas dalam sarapan pagi seperti yang mereka nikmati dalam hidangan Nasi Lemak, Roti Canai dan juga Dim Sum ala Kantonis. Produk sarapan Grab N Go pula disasarkan kepada golongan muda yang bekerja di pejabat yang inginkan sarapan yang ringkas dan cepat,” katanya.
Hidangan-hidangan sarapan KFC boleh didapati dari harga serendah RM4.00, dan pelanggan boleh menikmati minuman kopi secara percuma dengan setiap pembelian hidangan pada hari biasa. 2
Dengan sejumlah 247 restoran KFC di Malaysia yang menghidangkan menu sarapan pagi yang lazat pada setiap hari, anda pasti tidak mahu melepaskan peluang untuk ‘Sarapan pagi di KFC, Rasa Pedas Menjilat Jari!’ Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.kfc.com.my