Drama Satu Hari lakonan Remy Ishak dan Sara Ali telah pun berakhir pada 28 Januari lalu. Cinta Sabrina dan Isfahan akhirnya bersatu. Sarajevo menjadi saksi cinta mereka dan kini slot Ratu bakal dihiasi dengan drama menyayat hati Nasuha bermula 10 Februari ini. Drama Nasuha ini diarahkan oleh Suhaimi Lua dan diterbitkan oleh Zeel Production Sdn. Bhd.
Drama Nasuha mengisahkan mengenai gadis manis, Nasuha lakonan Tasha Shilla dibesarkan dalam sebuah keluarga yang daif. Dia dibesarkan oleh kedua ibu-bapa, Salima (Amyza Aznan) dan Nasrun (Azhan Rani). Nasrun merupakan seorang nelayan tetapi membuat keputusan untuk bekerja di darat dengan menjual sayur-sayuran di pasar kerana tidak mahu berjauhan dengan isteri dan anaknya. Nasuha bersahabat baik dengan Zahid lakonan Shah Iskandar. Mereka sangat rapat dan Zahid juga sering membela Nasuha jika dia diejek oleh kanak-kanak yang lain. Zahid juga sanggup mencuri untuk menggembirakan hati Nasuha. Malangnya perbuatan Zahid telah diketahui oleh ayahnya Imran (Roy Azman) lalu bertindak memukul Zahid dan kerana itu juga Nasuha telah dilanggar ketika ingin memulangkan pensel warna yang dicuri Zahid. Nasuha mengalami kecederaan serius di bahagian mata dan membuatkannya tidak lagi dapat melihat.
Pada mulanya, Nasuha yang masih kecil tidak dapat menerima keadaanya yang buta. Nasrun seringkali mengingatkan Nasuha, bahawa ini adalah ujian dan takdir yang harus dia terima. Malang sekali lagi menimpa, apabila Nasrun telah hilang dilaut dan mayatnya tidak dijumpai. Persahabatan Zahid dan Nasuha masih kekal erat. Semakin dewasa, Zahid mula mencintai Nasuha. Namun, takdir sekali lagi menduga Nasuha, apabila Zahid pula hilang di laut ketika mahu menyelamatkan Nasuha yang tergelincir daripada bot dinaiki mereka. Nasuha bersedih dengan kehilangan Zahid kerana dalam diam dia juga rupanya mencintai Zahid.
Setahun kemudian, muncul pula Irfan (Fattah Amin), anak orang kaya di kawasan perkampungan Nasuha. Irfan tertarik melihat Nasuha tanpa dia ketahui Nasuha sebenarnya buta. Setelah mengetahui kekurangan Nasuha itu, Irfan merasa simpati dan mula jatuh cinta pada Nasuha dan telah menimbulkan kemarahan Marina (Miera Liyana), tunang kepada Irfan. Marina yang sememangnya mahu memiliki Irfan membuat rencana untuk membunuh Nasuha dengan bantuan Zack tanpa diketahui Zack sebenarnya adalah Zahid. Adakah Zack atau Zahid akan membunuh seorang yang paling disayangi dalam hidupnya? Ikuti perjalanan penuh cabaran Nasuha menerusi slot Ratu, pada setiap hari Selasa dan Rabu, jam 8.30 malam di TV9. Untuk maklumat lanjut sila layari www.tv9.com.my dan ikuti juga laman sosial TV9 iaitu facebook/TV9DiHatiku, twitter dan instagram tv9Malaysia.
Kristen Stewart menjadi pelakon Amerika yang pertama memenangi Anugerah Cesar di Perancis.Kristen memenangi Pelakon Pembantu Terbaik menerusi peranannya didalam filem “Cloud of Sils Maria ”.Ia diarahkan oleh Olivier Assayas dan juga dibintangi oleh Juliette Binoche dan Chloë Grace Moretz.
Penyanyi lagu ‘Selembut Sutera’ yang pernah popular sekitar awal tahun 2000 kini kembali dengan single terbaru bertajuk ‘Mawar’ setelah sekian lama menyepi daripada industri muzik tanahair.
“Nur rindu untuk menyanyi semula,” katanya ringkas.
Single ‘Mawar’ yang baru sahaja dilancarkan menyajikan alunan irama balada yang merupakan kekuatan NurFatima selama ini. Liriknya ditulis sendiri oleh beliau dan mendapat sentuhan magis komposer terkenal, Azlan Abu Hassan. Lagu ini bukan seperti lagu kisah percintaan yang biasa didengari tetapi mempunyai mesej yang lebih mendalam. ‘Mawar’ mewakili para wanita masakini yang sering berhadapan dengan pelbagai cabaran hidup, jika tabah serta sabar menghadapi ujian dan memohon keampunan dari-Nya, Insya-Allah semua kesulitan dapat diselesaikan.
“Isu-isu semasa berkaitan wanita sering diperkatakan, rata-rata menceritakan masalah sosial yang semakin berleluasa. ‘Mawar’ merupakan mesej kesedaran yang cuba Nur sampaikan dalam lagu,” tambahnya lagi.
Setelah mendirikan rumahtangga bersama jejaka warga Australia, Geoffrey Wainright pada Mei 2013, Nur mengambil keputusan untuk menetap di Canberra, ibu kota Australia di mana suaminya bekerja sebagai kakitangan kerajaan.
“Sebulan sebelum menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Produksi Audio di School of Audio Engineering (SAE) Institute, Sydney, Nur telah bertemu dengan Jeff dan 6 bulan kemudian kami bercadang untuk mengikat tali pertunangan and the rest as they say is history. Suami yang banyak mendorong Nur untuk terus aktif dalam bidang nyanyian selain peminat yang sering bertanyakan bila agaknya Nur akan mucul dengan single terbaru dan mungkin sudah tiba masanya,” seloroh beliau.
“My Music Festival 2015 [MMF2015] – The Largest Malaysian Live Band Music Festival” featuring international British Rock Legends “Smokie” who will be performing in Malaysia as part of their 40th Anniversary World Tour.
This event is supported by Malaysia Major Events (MME), a division of Malaysia Convention & Exhibition Bureau (MyCEB), an agency under the Ministry of Tourism and Culture, Malaysia. In conjunction with the Malaysia Year of Festivals 2015 (MyFEST 2015) celebrations, MMF2015 is pleased to showcase the best in Malaysian Live Band entertainment. Discover new bands and relive the sweet memories of the great retro years with veteran live bands such as Alleycats, Blues Gang, Heavy Machine & Strollers.
MMF2015 features Twenty (20) Top Malaysian live bands with different genres of music varying from Indie, jazz, pop rock, fusion, funk ,R&B, & reggae. There will also be a special International Artist Performance by the legendary “Smokie” who captivated music lovers around the world with their smash hits “Living Next Door To Alice”, “Needles & Pins”, “Don’t’Play Your Rock ‘n’ Roll To Me” and “If You Think You Know How To Love Me”.
MMF2015 is all about being connected through music – A Festival for ALL Malaysians & Tourists who seek good Fun & enjoy great Music!
International Line Up
Smokie
Local Line Up:
Joe Flizzow
Alleycats
Kyoto Protocol
Blues Gang
Heavy Machine
The Union
Hydra
JunkOFunc
Enterprise
Fazz
Back2Basixx
Coca D Monday
JaggFuzzBeats
Jumero
Froya
9 Lives
Paperplane Pursuit
Dotters’ Division
A.P.U (Aseana Percussion Unit)
The Strollers 2 ft Vijay David
Admission: FREE (Max Capacity 15,000)
Organiser: OX Entertainment, a division of Memories
International tourists are required to register at the venue entrance
Drinking Zones however are open to those aged 18 and above only and limited to only non Muslims
KUCHING, 21 Februari: Menteri Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat, Dato Sri Rohani Abdul Karim menziarahi Rumah Sri Kenangan, Kuching serta berkesempatan melawat penghuni warga emas sambil menghulurkan bantuan.
Kehadiran beliau disambut ceria oleh penghuni Rumah Sri Kenangan yang mana sedikit sebanyak menambah keceriaan dan kegembiaraan kepada mereka. Di kesempatan itu, Rohani turut memberi sumbangan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat kepada mereka.
Are you ready for the BIGGEST concert in Istana Budaya, a hybrid multimedia concert never been done on this scale before in Malaysia…
Specially for fans of Puteri Gunung Ledang. Re-experience the iconic and memorable scenes from both the movie and musical.Refreshed, reconstructed, reimagined.
For the first time, your favorite Dream Cast from the movie and musical reunite in a MEGA concert with spectacular choreography, high-energy rich music arrangements, stunning sets and costumes!
Get up close and personal with Gusti Putri, Hang Tuah, Sultan Mahmud and more! Re-live the most magical moments, sing along to your favorite songs, say aloud all your favorite lines from the movie and musical.
Puteri Gunung Ledang In Concert – Rebirth Of The Legend
Note on the Rock zone ~ the RM 176 tickets. For the first time in Istana Budaya, Puteri Gunung Ledang Reunion Concert will introduce a free STANDING AREA. Take note that tickets in the ROCK-ZONE does not provide any seats. It will be a free standing area right in front of the stage, where audiences can sing, scream and dance along with the performers onstage!
Pencarian Bintang Popular untuk setiap 15 kategori yang dipertandingkan dan Bintang Paling Popular bermula dari 18 Februari hingga 25 Mac 2015. Borang undian pusingan kedua akan disiarkan di akhbar BH dan BH Ahad untuk pembaca memilih artis kesukaan mereka bagi setiap kategori.
Pemenang Bintang Popular dan Bintang Paling Popular dipilih berdasarkan kiraan undi tertinggi yang diterima oleh BH. Mekanisme yang sama juga digunakan untuk pemilihan pemenang kategori online yang turut bermula dari tarikh yang disebut tadi.
Undian boleh dibuat menerusi laman web ABPBH; www.abpbh.com.my. Selain dari siri jelajah yang diadakan di lokasi seperti Village Mall, Sungai Petani Kedah (6 & 7 Mac), Kompleks Pasir Gudang Johor (13 & 14 Mac) dan lokasi terakhir Berjaya Mega Mall, Kuantan Pahang (20 & 21 Mac), ABPBH tidak ketinggalan meneruskan Program Tanggungjawab Sosial pada tahun ini.
Beliau turut mengumumkan peraduan #abpbhcinta di laman sosial instagramnya bermula 2 Februari hingga 25 Mac depan.
Peraduan yang berlangsung selama empat minggu ini membawa empat tema yang berlainan iaitu minggu pertama, adalah ‘Cinta Alam’ yang bermula pada 2 hingga 11 Februari, minggu kedua ‘Cinta Fauna’ pada 16 hingga 25 Februari, seterusnya ‘Hubungan Akrab’ pada 2 hingga 11 Mac dan yang terakhir adalah ‘Gaya Hidup’ pada 16 hingga 25 Mac.
UMW Toyota Motor Sdn Bhd pula menaja kereta Toyota Camry dan Vios bagi pemenang utama. Stesen Televisyen Malaysia Berhad (TV3) sebagai penyiar televisyen rasmi, HotFM sebagai radio rasmi dan TonTon sebagai platform digital rasmi.
Rakan penaja lain seperti Resorts World Genting yang menaja lokasi rasmi ABPBH 2014 dan Hotel The Royale Chulan Kuala Lumpur yang menaja lokasi sidang media rasmi serta HTC Malaysia Sdn Bhd dan The Swatch Group (Malaysia) Sdn Bhd.
Anugerah ‘People’s Choice’ terunggul ini yang sudah memasuki edisi ke-28 akan bersiaran secara langsung dari Arena of Stars, Kota Keriangan Genting Highlands dan disiarkan secara langsung di stesen televisyen TV3 dan radio HotFM pada jam 9 malam, 5 April 2015.
Berikut ialah senarai pencalonan top 5 ABPBH 2014:
1 – Artis Baharu Lelaki Popular
Hafreez Adam
Hisyam Hamid
Nazrief Nazri
Shukri Yahaya
Syarul Ridzwan
2 – Artis Baharu Wanita Popular
Aisyah Aziz
Amyra Rosli
Ayda Jebat
Indah Ruhaila
Puteri Balqis
3 – Pengacara TV Lelaki Popular
AG
Awal Ashaari
Datuk AC Mizal
Datuk Aznil Nawawi
Zizan Razak
4 – Pengacara TV Wanita Popular
Fara Fauzana
Heliza Helmi
Jihan Muse
Neelofa
Scha Alyahya
5 – Penyanyi Lelaki Popular
Aizat Amdan
Akim
Asfan
Hafiz
Hazama
6 – Penyanyi Wanita Popular
Adira
Alyah
Dayang Nurfaizah
Fynn Jamal
Stacy
7 – Artis Duo/Berkumpulan Popular
6ixth Sense
Akim & The Magistrate
Azhael
Black & RJ
Hijjaz
8 – Pelakon TV Lelaki Popular
Aaron Aziz
Adi Putra
Amar Baharin
Shah Iskandar
Sharnaaz Ahmad
9 – Pelakon TV Wanita Popular
Atikah Suhaime
Ayda Jebat
Emma Maembong
Nad Zainal
Siti Saleha
10 – Pelakon Filem Lelaki Popular
Aaron Aziz
Adi Putra
Shaheizy Sam
Zizan Razak
Zul Ariffin
11 – Pelakon Filem Wanita Popular
Atikah Suhaime
Cristina Suzanne
Neelofa
Sara Ali
Siti Saleha
12 – Artis Komedi Lelaki Popular
Abam
Achey
Jep Sepahtu
Shuib Sepahtu
Zizan Razak
13 – Artis Komedi Wanita Popular
Didie Alias
Dottie
Enot
Ifa Raziah
Jihan Muse
14 – Penyampai Radio Lelaki Popular
AG (Hot)
Deen (Hot)
Ebby Halim (Klasik)
Johan (Era)
Salih Yaccob (Sinar)
15 – Penyampai Radio Wanita Popular
Abby Fana (Sinar)
Adibah Noor (Suria)
Anisma Azwati Ahmad (Klasik)
Dina Nadzir (Era)
Fara Fauzana (Hot)
KUCHING, 19 Februari: Menteri Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat, Dato Seri Rohani Abdul Karim bersama mantan TYT Sarawak, Yang Berbahagia Tun Datuk Patinggi Abang Haji Mohammad Salahuddin Bin Abang Barieng menziarahi Datuk Patinggi Tan Sri George Chan Hong Nam serta melakukan Yee Sang sempena meraikan Tahun Baru Cina.
Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia akan menganjurkan program Showcase An Evening With Anuar Zain @ MaTiC 2015 di Dewan Tunku Abdul Rahman (TAR), MaTiC pada 6 dan 7 Mac 2015. Program ini adalah salah satu acara mega yang telah dirancang di MaTiC bersempena Malaysia Year of Festival 2015 (MyFest 2015).
Selaras dengan peranan MaTiC sebagai pusat sehenti utama kepada para pelancong, MaTiC memacu visi negara untuk meletakkan Malaysia sebagai destinasi pelancongan utama di mata dunia. MaTiC juga berperanan menyediakan pelbagai perkhidmatan dan kemudahan bagi membantu para pelancong merancang lawatan mereka di Malaysia. MaTiC turut memberi peluang kepada para pelancong untuk menikmati aspek budaya Malaysia melalui pementasan kebudayaan dan demonstrasi seni tarian yang diadakan hampir setiap hari. Untuk makluman, dewan-dewan MaTiC juga sering menjadi venue pilihan oleh pihak Kerajaan, swasta mahupun pihak kedutaan di Kuala Lumpur bagi penganjuran acara-acara berbentuk kebudayaan musikal dan pendidikan. Oleh demikian, acara ‘Showcase An Evening With Anuar Zain @ MaTiC 2015’ diharap dapat menjadi sebuah program karya seni yang boleh membantu mempertingkatkan lagi imej MaTiC sebagai sebuah pusat persembahan berprestij di ibu negara.
‘Showcase An Evening With Anuar Zain @ MaTiC 2015’ akan diadakan pada 6 dan 7 Mac 2015 ini, iaitu bermula pada 6 Mac 2015 dengan persembahan terhad kepada rakan media serta rakan strategik Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia. Pada 7 Mac 2015, persembahan tersebut akan dibuka kepada orang ramai melalui jualan tiket sebanyak 388 tempat duduk. Persembahan akan dimulakan pada 9.00 malam dan akan berlangsung selama satu jam.
Mereka yang berminat untuk menghadiri ‘Showcase An Evening with Anuar Zain @ MaTiC 2015’ boleh membeli tiket persembahan ini terus di MaTiC, Jalan Ampang, Kuala Lumpur atau menghubungi Encik Hame Azhar di talian 03-9235 4814 atau Puan Nazita di talian 03-9235 4830. Tiket-tiket akan dijual pada harga RM750, RM600, RM450, RM300 dan RM250. Tiket-tiket VIP juga boleh didapati dengan menghubungi Puan Rusliza di talian 03-9235 4802.
Maklumat lanjut sila hubungi Cik Farizatol Huda di talian 03-9235 4827 atau laman sesawang www.matic.gov.my
Kajian baharu yang dikeluarkan hari ini mendedahkan usaha yang sanggup diambil oleh rakyat Malaysia untuk menjimatkan bahan api dan mengurangkan kos pemanduan mereka. Laporan Shell FuelSave Fakta atau Fiksyen, yang telah menganalisis tingkah laku 1,000 orang pemandu Malaysia yang berusia antara 18 hingga 40, menunjukkan bahawa walaupun 90%[1] melihat kecekapan bahan api sebagai sesuatu yang penting, 81% mengakui bahawa mereka tidak tahu bagaimana.
Sebagai contoh, 68% daripada pemandu percaya bahawa memanaskan enjin sebelum memulakan perjalanan akan menjadikan penggunaan bahan api kenderaan mereka lebih cekap, manakala 64% berpendapat mengisi minyak pada waktu malam yang lebih sejuk suhunya boleh menjimatkan bahan api. Ramai juga pemandu yang berpendapat mereka boleh menjimatkan bahan api jika mereka membiarkan enjin beroperasi bagi mengelakkan enjin dihidupkan dengan kerap (53%), sentiasa meninggikan dan merendahkan gear (53%), dan memandu secara perlahan sepanjang masa (42%). Lebih menghairankan, lebih satu pertiga (35%) percaya bahawa usaha mengenjutkan kereta boleh membantu melepaskan poket-poket udara di dalam tangki bagi menjimatkan bahan api.
Mengulas tentang penemuan penyelidikan, Tuan Haji Azman Ismail, Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd dan Shell Timur Sdn Bhd, berkata: “Laporan Shell FuelSave Fakta atau Fiksyen, sebagai sebahagian daripada program mobiliti pintar kami, menunjukkan betapa pentingnya penjimatan bahan api bagi para pemandu, selain pelbagai cara yang mereka cuba untuk meningkatkan kecekapan bahan api. Sesetengah kepercayaan yang didedahkan oleh kajian sebenarnya membazirkan bahan api dan bukannya membantu untuk berjimat, dan di sinilah Shell boleh membantu rakyat Malaysia.”
Bagi membantu membezakan fakta daripada fiksyen, Shell mengorak langkah untuk mengubah para pengikut mitos yang salah kepada pakar kecekapan bahan api – iaitu melalui penggunaan bahan api seperti Shell FuelSave yang direka secara saintifik untuk tahan lebih lama dan dengan menunjukkan cara yang lebih berkesan bagi memandu secara bijak. Mereka juga digalakkan untuk menggunakan Shell FuelSave 95 dan Diesel, bahan api yang direka untuk tahan lebih lama – pilihan yang sesuai bagi mereka yang mementingkan penggunaan bahan api berekonomi. Bahan api ini guna diiringi dengan Shell V-Power 97 dan Shell V-Power Racing, yang direka untuk memberi prestasi lebih baik.
Para Profesional Kecekapan Bahan Api Generasi Baru Malaysia Menerajui Langkah
Laporan seterusnya mendedahkan bahawa para pemandu bergantung kepada para saintis (76%) dan jurutera (72%) untuk membantu mereka menjimatkan bahan api dan tenaga di masa akan datang. “Sehubungan dengan penemuan laporan, komitmen berterusan Shell ke arah mobiliti pintar melalui inisiatif utama seperti Shell Eco-marathon Asia merupakan salah satu cara untuk memupuk bakat sains dan kejuruteraan generasi akan datang Malaysia bagi menerajui langkah,” kata Azman.
Mulai 26 Februari – 1 Mac 2015, 14 pasukan daripada institusi pengajian tinggi Malaysia akan ke Manila, Filipina untuk menyertai acara Shell Eco-marathon Asia 2015, yang mencabar pasukan-pasukan pelajar untuk mereka bentuk, membina dan menguji kenderaan ultra cekap bahan api masa hadapan. Mereka akan bersaing dengan lebih 130 buah pasukan dari Asia, Timur Tengah dan Australia dalam peraduan kecekapan bahan api yang terbesar di dunia.
Sebagai sebahagian daripada persediaan menghadapi Shell Eco-marathon, para pelajar baru-baru ini telah menemui Fahrin Ahmad, duta Shell FuelSave, untuk menjadi yang pertama mengetahui tentang keputusan Laporan Shell FuelSave Fakta atau Fiksyen. Para pelajar akan menggunakan penemuan laporan, serta pengetahuan yang diperoleh melalui Shell Eco-marathon Asia, untuk membantu mendidik orang ramai mengenai kecekapan bahan api, bermula dengan keluarga, rakan dan teman universiti mereka.
Menurut Fahrin, “Kini tiba masanya untuk rakyat Malaysia membezakan yang mana fakta dan yang mana fiksyen – dan saya bangga dapat memainkan peranan untuk membantu kita semua menjadi pengguna bahan api yang cekap!” Sebagai duta Shell FuelSave, Fahrin akan bekerjasama dengan Saintis Bahan Api Shell dan pasukan pelajar di Shell Eco-marathon Asia 2015, Manila, untuk menguji beberapa mitos penjimatan bahan api yang paling diketahui umum dan mendedahkan kebenaran tentang kecekapan bahan api. Beliau kemudian akan menguji pengetahuan ini apabila mengambil bahagian dalam Cabaran Memandu Selebriti Shell FuelSave, dan menyertai para bintang terkemuka lain di rantau ini untuk memandu jauh dengan menggunakan jumlah tenaga yang paling kurang.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Shell Eco-marathon serta petua menjadikan bahan api lebih menjimatkan dan tahan lebih lama, sila layari www.shell.com/my.
Gabungan tiga nama hebat, tiga vokal tersendiri dan tiga ratu yang sentiasa dekat di hati peminat. Kali ini mereka disatukan dalam satu pentas yang diberi judul Diva Malaysia Live, Queen of The City. Dan pastinya kolaborasi julung-julung kali ini perlu diberi perhatian buat para peminat yang sentiasa ingin melihat artis kesayangan mereka beraksi di pentas yang lebih bersifat intimasi.
Noryn Aziz, Ning Baizura dan Ziana Zain, tiga nama dengan kelas tersendiri ini disatukan dalam pentas Minggu Setiausaha yang dibawakan oleh Switch On Entertainment Sdn Bhd. Bukan satu, malah dua lokasi akan menyaksikan bintang ini beraksi khas buat para peminat di bulan raikan Setiausaha.
Hotel Shangri La Kuala Lumpur dan Persada International Convention Centre Johor Bahru dipilih kerana dilihat sebagai lokasi yang berpotensi dalam meraikan majlis ini. Malah Johor Bahru juga menjadi salah satu lokasi kerana dilihat mampu menarik perhatian para peminat serta golongan Setiausaha dari Singapura.
Shahriz Taher yang merupakan Pengarah Urusan Switch On Entertainment Sdn Bhd memanjatkan rasa syukur kerana dapat mengadakan acara tahunan ini buat kali pertamanya dibawah anjuran syarikat beliau. Mewakili Switch On Entertainment Sdn Bhd, Shahriz menyatakan hasrat beliau untuk menaikkan nama artis-artis Malaysia yang sewajarnya menjadi pilihan untuk meraikan minggu setiausaha kali ini.
“Ini merupakan kali pertama syarikat kami mengadakan Minggu Setiausaha. Bertemakan Diva Malaysia Live: Queen Of The City dipilih kerana kami melihat kriteria tersendiri yang terdapat pada artis yang menjadi pilihan kami serta peminat. Ning Baizura, Ziana Zain dan Noryn Aziz, nama yang cukup besar sebagai penyanyi tanah air dan mempunyai gaya auntentik dan tersendiri. Melihatkan mereka mempunyai peminat yang cukup setia sepanjang perjalanan karier mereka, kami rasa mereka memang ratu di hati peminat-peminat,” ujar Shahriz yang menubuhkan Switch On Entertainment Sdn Bhd bersama 4 orang rakan baiknya pada awal tahun ini.
Malahan menurut Shahriz lagi, jika dilihat kepada portfolio ketiga-tiga artis ini, kejayaan karier mereka bukan sahaja tercatat megah dalam negara malah mereka membentuk kegemilangan tersendiri di luar negara dengan anugerah yang mereka perolehi.
Selain tiga artis ternama tersebut dilihat berpotensi besar dalam meraikan Minggu Setiausaha kali ini, Switch On Entertainment Sdn Bhd juga mengketengahkan dua hos utama iaitu Ifa Raziah dan Syarifah Shahira sebagai pengemudi majlis. Manakala Roslan Shah, kumbang dalam kuntuman-kuntuman bunga Queen Of The City dilihat sebagai individu yang mampu meraih kemeriahan dalam majlis tersebut kelak.
“Ifa Raziah dan Syarifah Shahira dipilih berdasarkan kepetahan mereka dan kami mahu mengangkat wajah-wajah baru dalam Minggu Setiausaha. Mereka juga dipilih kerana mempunyai unsur-unsur Diva dalam karakter mereka,” ujar Shahriz
Acara pementasan Minggu Setiausaha kali ini turut digahkan dengan kemunculan Aylwin Santiago sebagai Pengarah Muzik. Dengan muzik yang dibawakan secara ‘live band’, pastinya acara selama lebih kurang tiga jam ini dirasakan lebih segar dan gah.
Hosts:
Ifa Raziah
Sharifah Shahira
Roslan Shah
Organized By: Switch On Entertainment Sdn Bhd
Ticketing Information:
Ticket Prices:
Platinum – RM 750+ per person / RM 7,500+ per table for 10 person.
Gold – RM 650+ / RM 6,500+
Silver – RM 550+ / RM 5,500+
Bronze – RM 450+ / RM 4,500+
Potongan 5% diberikan untuk pembelian awal
Pembeli PLATINUM akan berpeluang untuk sesi Meet & Greet bersama artis-artis
Terdapat cabutan bertuah eksklusif serta hadiah Best Dress yang berharga RM 25,000.00