SO Staff

Golden Awards 2012

Saksikan malam kemuncak Golden Awards 2012 yang akan bersiaran secara langsung pada hari Sabtu, 22 September ini dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) serta bersedialah menantikan kemunculan pelbagai persembahan dan penampilan istimewa daripada lebih seratus artis, selebriti, personaliti dan orang-orang kuat industri hiburan tempatan dan antarabangsa yang akan muncul untuk menanti detik ‘emas’ mereka.

Antara yang bakal memeriahkan lagi gemerlapan acara malam itu adalah barisan persembahan hebat serta penyampai anugerah oleh bintang-bintang terkenal. Selain artis tempatan seperti Michael Wong, artis antarabangsa dari Taiwan, Jiro Wang juga bakal membuat persembahan. Turut sama dari negara yang sama adalah pelakon Tony Yang. Bagi peminat drama Hong Kong, kehadiran pelakon dan pengarah terkenal, Gordon Lam yang bakal tampil sebagai salah seorang penyampai anugerah pastinya dinanti-nantikan dan menambahkan lagi seri pada malam itu. Selain itu, penulis skrip Hong Kong, Susan Chan juga akan bersama pada cara anugerah gilang gemilang itu. Susan yang terkenal dengan karya berkualiti dan mempunyai pencapaiannya tersendiri juga merupakan salah seorang juri bagi Golden Awards 2012.

Sementara itu, acara karpet merah pula akan bermula seawal 6.30 petang di lokasi dan siaran langsung acara karpet merah itu pula akan bermula pada pukul 7.30 malam sehingga pukul 8 malam. Manakala acara anugerah itu pula akan berlangsung tepat jam 8.30 malam sejurus selepas edisi berita. Peminat bakal melihat artis-artis kesayangan mereka mengenakan pakaian indah dengan sentuhan glamor.

Bagi mereka yang ingin menontonnya secara dalam talian, layari laman sesawang rasmi di www.ntv7.com.my/goldenawards untuk menyaksikan sendiri keputusan yang dinanti-nantikan dalam acara penganugerahan itu.

Kategori Drama

Drama TV Terbaik
Pelakon Lelaki Terbaik
Pelakon Wanita Terbaik
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik
Pelakon Baru Terbaik
Lagu Tema Drama Terbaik
Pengarah Terbaik – baru
Lakon-layar Asal Terbaik – baru

Kategori Bukan Drama
Rancangan Variasi & Hiburan Terbaik
Pengacara Rancangan Variasi & Hiburan Terbaik
Rancangan Berita & Hal Ehwal Semasa Terbaik
Pembaca Berita Terbaik
Rancangan Majalah Terbaik
Pengacara Rancangan Majalah Terbaik
Rancangan Perayaan Terbaik – baru

Pilihan Penonton
Pelakon Lelaki Paling Popular
Pelakon Wanita Paling Popular
Drama TV Paling Popular
Pengacara TV Paling Popular
Pembaca Berita TV Paling Popular – baru

 

Shila Amzah Juarai Asian Wave 2012

 

Tahniah kepada Shila Amzah kerana telah mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa, Shila Amzah telah menjuarai pertandingan Asian Wave 2012 yang berlangsung di Shanghai, China malam tadi.. Dengan kemenangan itu, Shila Amzah telah berjaya menewaskan 5 finalis daripada negara China, Korea Selatan, Singapura, Thailand dan India.

Shila Amzah telah berjaya memukau juri dan penonton dengan 3 buah lagu iaitu Gemilang (Jaclyn Victor), Grenade (Bruno Mars) dan sebuah lagu Mandarin.

MasterChef Malaysia Musim Kedua Bermula

MasterChef Malaysia ternyata telah mencetuskan fenomenanya yang tersendiri. Bertitik tolak daripada kejayaan dan sambutan musim lalu, Astro membawakan kembali MasterChef Malaysia untuk musim kedua.

Sesi ujibakat telahpun bersiaran di Astro Ria (Saluran 104) sejak 8 September lalu. Seramai 24 orang peserta yang akan meneruskan perjuangan MasterChef musim ini rata-rata mempunyai kualiti yang baik dan berpotensi untuk pergi jauh. Mereka hadir daripada pelbagai latarbelakang seperti doktor, arkitek, penasihat kecantikan dan peninju tomoi. Sewaktu di Boot Camp, kesemua peserta terpaksa mengharungi beberapa siri rintangan dan penyingkiran sebelum berjaya meneruskan perjalanan mereka dalam MasterChef Malaysia musim kedua ini. Pada penghujung rancangan ini, hanya seorang akan dinobatkan sebagai juara.

Sementara itu, gabungan tiga juri daripada MasterChef Selebriti yang lalu dikekalkan untuk MasterChef Malaysia musim kedua. Mereka adalah Chef Johari Edrus atau lebih dikenali sebagai Papa Joe, Chef Zubir Md Zain dan Chef Adu Amran. Tiga orang chef yang berpengalaman dalam penyedian makanan di peringkat tempatan dan antarabangsa ini bakal menilai masakan para peserta sepanjang musim ini.

Bertemakan ‘Dapur’ Malaysia ke Persada Dunia, MasterChef Malaysia musim kedua bakal memfokuskan kepada penyediaan masakan tempatan dan memartabatkan makanan Malaysia ke peringkat antarabangsa. Pada masa yang sama, program realiti masakan ini masih memberikan inspirasi dan peluang kepada para peserta mencungkil bakat mereka dalam bidang masakan dan dilatih oleh mereka yang berpengalaman dalam dunia masakan.

Sebanyak enam program akan ditayangkan selama seminggu iaitu Peti Saji Misteri & Ujian Cipta Rasa (Sabtu), Ujian Sajian Pantas dan Penyingkiran (Ahad), Cabaran Chef Undangan (Isnin), Cabaran Sajian Luar (Selasa), Ujian Rasa dan Penyingkiran (Rabu) dan Kuliah Master (Khamis).

Jadi jangan lupa saksikan 24 peserta bersaing dalam MasterChef Malaysia musim kedua. Siapakah yang bakal memenangi wang tunai RM100,000?

Anak-anak Muda Pamerkan Kreativiti Dalam Rekativiti!

Astro bangga memperkenalkan Rekativiti, rancangan terbaru yang akan muncul di Astro TVIQ (Channel 610), bertujuan membangkitkan kreativiti dalam golongan muda Malaysia. Sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan Astro untuk membantu memperkayakan kehidupan melalui kandungan pembelajaran yang berpendidikan dan menyeronokkan, Rekativiti bertujuan menggalakkan kanak-kanak untuk meneroka potensi kreatif mereka dengan melibatkan diri dalam cabaran kesenian yang menyeronokkan.

“Rekativiti mengambil satu pendekatan unik untuk menekankan kepentingan seni dalam pembangunan kognitif anak-anak kita, yang meningkatkan kemahiran dalam penyelesaian masalah, pemikiran kritikal, dan komunikasi,” kata Ravi Gopal, Ketua Pendidikan di Astro. “Kami harap rancangan ini akan memberi inspirasi kepada generasi muda untuk melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti kreatif di rumah dan di sekolah, untuk meningkatkan kemahiran pembangunan mereka dan untuk menggalakkan pembelajaran menyeronokkan melalui penemuan Seni.”

Elfira Loy & Zoey Rahman

Rekativiti adalah rancangan 8-episod pertandingan seni untuk kanak-kanak berumur 7 hingga 12 tahun. Setiap minggu, peserta muda kami akan mengambil bahagian dalam cabaran yang melibatkan kraf, mewarna, melukis, hiasan dan lukisan dengan menggunakan barangan biasa sehari-hari. Setiap episod melibatkan tugasan mini dan satu cabaran besar dengan tema yang digabungkan termasuk makanan & minuman, barang kitar semula, dan 1Malaysia.

Dibintangi hos muda ceria Elfira Loy dan Zoey Rahman, Rekativiti akan mula siaran dengan episod pertama pada hari Ahad 23 September pada jam 10 pagi di Astro TVIQ, yang akan menampilkan ujibakat peserta muda yang mengambil bahagian dalam pelbagai cabaran untuk menunjukkan kebolehan kreatif mereka.

Berikutan peringkat uji bakat, dua belas [12] pasukan peserta yang disenarai pendek akan menceburi tugasan mini serta cabaran besar dan karya seni mereka akan dinilai oleh pakar hakim Imuda dan Azhar Sulaiman serta seorang hakim selebriti khas. Terdapat juga pusingan penyingkiran di akhir setiap episod, yang mana hakim akan menentukan sama ada atau tidak setiap pasukan akan kekal untuk satu minggu lagi cabaran yang menarik berdasarkan karya seni terkini mereka. Akhirnya, hanya akan ada satu pasukan yang dinobatkan sebagai juara dalam acara kemuncak rancangan Rekativiti pada November ini!

Monodrama Cinta Julia

’Cinta Julia’ merupakan hasil naskah STEFANI Events yang buat julung kalinya menampilkan persembahan solo Fauziah Nawi dimana akan memperlihatkan bakat beliau yang versiti sebagai seorang primadona yang disegani.

Pertama kali dipersembahkan pada tahun 2008, naskah ini telah mendapat  sambutan yang begitu positif dikalangan penonton dan pihak media dan masih mendapat banyak permintaan dari peminat seluruh negara agar ia dipersembahkan sekali lagi bukan sahaja di Kuala Lumpur bahkan di negeri-negeri seluruh Malaysia. Diatas sambutan yang menggalakkan Cinta Julia telah diundang untuk dipersembahkan di  Esplanade, Singapura pada Oktober 2010. Gabungan ini merupakan salah satu usaha STEFANI untuk mengeratkan hubungan Malaysia dan Singapura melalui teater disamping memartabatkan dan memperkayakan kesusasteraan Melayu.

Persembahan ’Cinta Julia telah berjaya menyentuh perasaan setiap penonton bukan sahaja melalui mesej yang kuat dan penulisan naskahnya yang bagus tetapi juga melalui persembahan solo primadona Malaysia, Fauziah Nawi yang begitu mantap, bertenaga dan versitile.

Cinta Julia merupakan sebuah teater yang memaparkan epilog seorang primadona dalam mempertahankan cinta, kasih, kepercayaan dan maruah.

Pementasan akan diadakan pada 15 dan 16 September 2012 di Lambang Sari,Istana Budaya jam 8.30 malam. Tiket-tiket berharga RM50,RM30 dan RM20 (Pelajar) dengan hubungi 03-40265558.

SINOPSIS

Ayah kerja di kilang arak..pangkat tinggi..dapat anak dari hasil duit arak..Ibu tak tau baca .. buta huruf..tapi mengerti nilai hidup.. dari keterasingan ini, Julia berjuang  meneruskan keberlangsungan hidup walau dibayangi kehinaan dari sebahagian masyarakat ..  dari keterasingan ini juga ,Julia mencari nilai sebenar cinta seperti apa yang dipamerkan oleh ayah dan ibunya..terutama sekali sang Ibu yang hingga keakhir hayat teguh memeluk cinta sang suami … dari keterasingan ini juga Julia akhirnya menyerahkan diri kepada cinta hakiki…dari yang dikasihi untuk yang Maha kasih.

‘The Best Of Rossa’ Buat Tangan Untuk Peminat

Rossa melancarkan album terbarunya yang berjudul ‘The Best Of Rossa’  baru-baru ini di The Venue, Pavilion. Terdapat 15 buah lagu terbaik didalam album ini diantaranya Ku Pinang Dengan Bismillah,Aku Bersahaja,Pudar, Tegar, Ayat-Ayat Cinta,One Night Lover ( Feat Joe Flizzow) dan Jangan Ada Dusta Antara Kita ( Duet Broery Marantika).

Album ini telah mula dipasarkan pada Mac 2012 yang lepas dan diedarkan oleh Suria Records. Bagi peminat-peminat Rossa, jangan lepaskan peluang memiliki album ini…

[nggallery id=95]

 

 

Serlahkan Pesona Bintangmu Dengan MAY Diamond Dazzle

Jenama penjagaan badan dan kecantikan terkemuka Malaysia, MAY memperkenalkan rangkaian sabun dan krim mandian terbaru mereka,  MAY Diamond Dazzle.Dilancarkan dalam bungkusan baru yang menarik, MAY Diamond Dazzle bukan sahaja akan mempesonakan pengguna setia malah ia akan memberi keserian, kesegaran  dan mengekalkan kelembapan kulit melalui formulasi terbaru iaitu “Nutrimoist Complex.”

Ujar beliau lagi, krim mandian MAY Diamond Dazzle memiliki elemen mewah yang diadun dengan garam laut dan mempunyai efek berkilau. MAY Diamond Dazzle memberikan aura mewah, eksklusif dan pesona glamor seakan seorang bintang selepas setiap sesi mandian. Penggunaan berterusan produk ini menjadikan kulit kelihatan lebih halus, ayu dan berseri sekaligus memberikan keyakinan kepada setiap pengguna.

Kemunculan May dengan variasi sabun dan krim mandian terbaru ini turut mencuri perhatian bakat besar layar perak dan televisyen tempatan, Tiz Zaqyah yang telah dilantik sebagai wajah eksklusif jenama ini.MAY Diamond Dazzle bakal akan menarik perhatian golongan wanita muda dan golongan eksekutif yang sering mencari produk dengan manfaat tambahan bagi kulit mereka.

Sementara itu Tiz Zaqyah turut merasa teruja apabila dilantik menjadi duta MAY Diamond Dazzle. “ Saya berasa amat bangga dilantik menjadi wajah eksklusif bagi sebuah produk yang menakjubkan seperti MAY Diamond Dazzle ini. Saya adalah orang pertama yang mencuba produk ini sebelum dipasarkan dan ianya memberikan­_manfaat yang amat menakjubkan”.

“Sebagai seorang artis, saya amat menghargai manfaat tambahan yang hadir di dalam produk MAY Diamond Dazzle yang bukan sahaja melembutkan kulit malah menjadikan kulit saya berseri dan bermaya. Saya yakin bahawa ramai gadis seusia saya pasti akan menggemari MAY Diamond Dazzle_kerana manfaat hebat ini”, ujar Tiz Zaqyah.

Rangkaian sabun dan krim mandian MAY Diamond Dazzle boleh didapati di kebanyakan kedai dan pasar raya di seluruh Malaysia. Ia dijual pada harga RM2.85 bagi satu pek yang mengandungi tiga buku sabun 85gm, RM5.90 untuk botol 220ml, RM8.10 bagi 600ml pek isi semula (refill) dan RM13.90 bagi botol 700ml.

[nggallery id=94]

 

Jom Bergelak Ketawa Di ‘Rush Hour Comedy’ KL Live

KL Live dengan bangganya mempersembahkan ‘Rush Hour Comedy’ pada 12 September 2012 di KL Live.Ia akan berlangsung setiap hari rabu pada minggu ketiga setiap bulan mulai 12 September 2012 jam 7.30 malam.

Barisan artis komedi ini terdiri daripada Alfred Loh, Papi Zak,Kavin Jay, Rizal van Geyzel dan Phoon Ho Chi.

Harga tiket adalah RM30 dengan termasuk minuman percuma. Sila hubungi 03-2162 2570 untuk urusan pembelian tiket.

Sila layari www.kl-live.com.my dan www.facebook.com/kl-live untuk keterangan lanjut.

 

Terokai Syurga Berbelanja Bersama Hanis Zalikha Dalam Mad Markets

Siapa yang tak suka melawati tempat menarik dan berbelanja? Apatah lagi kalau barangan yang dicari itu murah, cantik dan berkualiti. Kalau nak tahu tempat menarik atau syurga membeli-belah di kawasan yang menjadi tumpuan ramai, ikuti perjalanan si cantik manis Hanis Zalikha dalam mencari tempat paling popular dalam Mad Markets, menerusi slot 9X terbitan TV9 (saluran 119) pada setiap Rabu, jam 10.30 malam, bermula 12 September 2012 ini.

Pengembaraan Hanis tidak hanya terhad di Malaysia sahaja, malahan turut merentasi sempadan negara sehingga ke Singapura, Indonesia, Bangkok, Hong Kong dan beberapa lagi negara Asia yang terpilih. Bukan hanya lokasi strategik untuk berbelanja akan dapat anda ketahui, malahan Hanis akan turut membawa anda mengunjungi lokasi popular bagi orang tempatan untuk menjamu selera dengan pelbagai menu menarik yang akan membuatkan anda terliur melihatnya.

Apa yang unik tentang rancangan Mad Markets ini ialah hubungan yang terjalin antara Hanis dan para blogger yang datang dari pelbagai negara.  Antara blogger terkenal yang akan menemani Hanis dalam misinya untuk mencari barangan terbaik dan tawaran harga menarik di setiap lokasi yang akan dilawati ialah Maria Elena dari Malaysia dan Xiaxue dari Singapura.  Jalinan kemesraan antara mereka tidak akan hanya terhenti disitu sahaja.  Pembaca setia laman blog mereka akan turut dapat merasai keseronokkan perjalanan yang menggamit memori antara Hanis dan blogger yang menjadi tetamu Mad Markets.  Setiap daripada mereka akan membuat catatan istimewa di laman blog mereka menceritakan pengalaman mereka bersama Mad Markets.

Buat anda yang inginkan ketenangan dan mahu lari dari kesibukan kota, Hanis akan turut membawa anda mengunjungi tempat istirehat menarik seperti spa, refleksilogi yang tentunya akan disukai anda dengan harga berpatutan. Selain daripada berkongsi pelbagai tip dan panduan untuk berfesyen dan berbelanja, Hanis akan turut berkongsi rahsia kecantikannya dengan kerjasama Clean & Clear.

Jadi anda tidak perlu runsing lagi untuk memilih barangan tertentu atau pening untuk memilih tempat menarik untuk dilawati kerana semuanya akan dikongsikan bersama anda di dalam Mad Markets. Untuk maklumat lanjut layari www.tv9.com.my/madmarkets.

‘Runtun Qalbu’ ~ Sebuah Lagi Karya Ahmad Idham Penuhi Slot Zehra

Drama bersiri 13 episod terbitan Excellent Pictures, bakal membuka tirainya pada 21 September 2012, setiap hari Jumaat pada jam 9.00 malam. Drama yang diarahkan oleh pengarah baru yang berbakat besar iaitu adik kepada Ahmad Idham, Khalid Nazri dan skrip yang ditulis oleh Siti Jasmina membariskan pelakon hebat tanahair seperti Kamal Adli, Shah Iskandar, Fasha Sandha, Fida Ibrahim, Shukri Yahaya, Reen Rahim, Kaza, Razak Ahmad, Rosnah Johari dan Juhara Ayob. 

RUNTUN QALBU berkisar tentang Qalbu yang dianggap sebagai seorang lelaki baik, punya ilmu agama, rajin bekerja namun sangat misteri orangnya. Qalbu yang tinggal seorang diri di pangsapurinya sentiasa menjadi pilihan jirannya, Idayu (Fasha Sandha) yang menyimpan perasaan terhadapnya. Tanpa memikirkan soal kerja Qalbu yang bertugas sebagai penjaga bilik mayat dan personalitinya yang pelik dan lebih suka menyendiri, Idayu yang juga anak kepada pemandu teksi itu tetap menyukai jejaka pendiam itu.

Qalbu sentiasa meluangkan masanya di sebuah masjid yang akhirnya menemukannya dengan seorang gadis yang bertugas mengajar kanak-kanak mengaji, Ustazah Fatihah (Fida Ibrahim). Qalbu mula menyukai Ustazah Fatihah namun mereka tidak pernah bercakap antara satu sama lain sehinggalah takdir menemukan Qalbu kepada Kelabu (Shah Iskandar) yang terbabit dalam kemalangan jalan raya yang menyebabkan beliau hilang ingatan. Simpati dengan nasib malang Kelabu, Qalbu mengambil keputusan untuk menjaga Kelabu seperti keluarganya sendiri.

Kronologi perkenalan Qalbu dan Ustazah Fatihah bermula di situ apabila Kelabu sering menjadi orang perantara yang ingin membantu Qalbu sebagai balasan di atas kebaikannya selama ini. Sayangnya, Fatihah tidak menaruh cinta terhadap Qalbu tetapi mula menyukai Kelabu dan ini membuatkan keadaan sangat janggal di antara mereka bertiga.

Walaubagaimanapun hubungan Qalbu dan Kelabu semakin akrab. Namun begitu Qalbu tidak pernah bercerita tentang kisah hidupnya kepada Kelabu dan itu menambahkan kemusykilan terhadap dirinya tambahan pula Qalbu sering meracau semasa tidur dan menangis di dalam bilik.

Semasa Qalbu dan Kelabu keluar ke pekan, mereka bertemu dengan salah seorang sahabat Qalbu yang bernama Meng. Namun apabila Meng ternampak kelibat Kelabu, dia menjadi cemas dan terus melarikan diri. Perbuatan Meng itu menimbulkan tanda tanya buat Kelabu dan Qalbu.

Tanpa disedari Kelabu telah ditarik oleh sekumpulan gangster. Akan tetapi Kelabu berjaya melepaskan diri dan tiba di rumah Qalbu. Kelabu menjadi semakin bingung dan tertanya sendiri siapakah dirinya sebelum dia hilang ingatan. Sejak kejadian itu, Kelabu sentiasa diserang sakit kepala dan muntah-muntah.

Qalbulah yang membantu dan menjaga Kelabu siang dan malam. Apabila Kelabu sedar dari tidur, ingatannya sudah kembali pulih. Dia mula mengingati kisah silamnya lantas meninggalkan Qalbu dan kembali ke kancah lamanya sebagai seorang gangster.

Apabila Kelabu diarah oleh ketuanya untuk mencari pembunuh kepala gangster, Kelabu terkejut apabila mendapati pembunuh yang bakal dicarinya itu ialah Qalbu. Adakah benar orang yang harus dicari oleh Kelabu adalah Qalbu? Jika benar, siapakah sebenarnya Qalbu? Dan persoalannya sekarang ini, apakah yang diselindungi oleh Qalbu selama ini?

“Mystery Jets Radlands Live” Di The Stage Pada 15 September 2012

Kumpulan yang berasak dari Uk dan terkenal dengan lagu ‘Two Doors Down’, ‘Half in Love with Elizabeth’, ‘Young Love’ bakal mengadakan persembahan di The Stage, Avenue K pada 15 September 2012. Ia dibawa khas oleh Ben Sherman dan Livescape.

Info:

Masa : 8.00pm – Midnight
Tiket :
RM70

*Tiket boleh dibeli dengan melayari airasiaredtix.com dan di tiket outlet.