SO Staff

‘Saiful Nita’ Drama Terbaru Slot Samarinda

Menyusuli 7 RAMADAN, saksikan buah tangan terbaru daripada pengarah berbakat besar, Amy Maziah menerusi drama bersiri SAIFUL NITA di slot Samarinda TV3 yang akan mula bersiaran pada 4 Spetember 2012, setiap Selasa & Rabu pada jam 10.30 malam dan hari Khamis pada jam 9.30 malam.

Drama bersiri 25 episod terbitan Pena Creative yang mendapatkan sentuhan skrip daripada Sharifah Abu Salem membariskan pelakon hebat seperti Aidil Aziz, Kilafairy, Linda Hashim, Arash Mohd, Mariah Faridah, Dato’ Jalaludin Hassan, Hamidah Wahab, Fauzi Nawawi dan Syura.

Sinopsis

Kisah ‘Saiful Nita’ bermula apabila Saiful (Aidil Aiziz) disatukan oleh bapanya dengan anak perempuan Tan Sri Sulaiman, Nita (Kilafairy) yang mempunyai sikap suka memberontak dan berfoya-foya. Tujuan bapa Saiful, Datuk Mahmud menyatukan Saiful dan Nita kerana dia ingin mengambil kesempatan di atas kekayaan yang dimilik oleh keluarga Tan Sri Sulaiman.

Setelah genap sebulan bertunang, Nita mula menuntut agar Saiful memutuskan pertunangan mereka. Bagaimanapun Saiful enggan memutuskan tali pertunangan mereka sehinggalah Saiful bertemu dengan seorang wanita yang baik hati bernama Netty.

Sementara itu, Nita yang sedang menjalinkan hubungan dengan Doktor Effendi, telah mendapat satu tamparan hebat apabila dia ditinggalkan oleh kekasihnya. Nita juga mengalami gangguan jiwa dan sering bertindak di luar kawalan. Sebagai ‘tunang’, Saiful bersimpati dengan nasib Nita dan sering berada di sisi Nita. Saiful sanggup melakukan apa sahaja untuk menggembirakan Nita.

Nita mula sedar bahawa Saiful merupakan seorang lelaki yang baik dan dia tidak seharusnya melepaskan lelaki sebaik itu. Nita mula menyukai Saiful. Akan tetapi di dalam hati Saiful kini sudah ada nama wanita lain iaitu Netty. Masih wujudkah lagi perasaan sayang Saiful terhadap Nita? Siapakah menjadi pilihan hati Saiful? Adakah Nita wanita yang pernah meranapkan perasaannya atau Netty wanita yang memahaminya?

Farid Kamil dan Diana Danielle Sah Telah Bertunang

Pandai mereka simpan rahsia! Rupanya pelakon Farid Kamil dan Diana Danielle telah selamat melangsungkan majlis pertunangan secara rahsia pada hari Ahad lepas. Tahniah!

Memetik laporan akhbar Berita Harian, majlis berlangsung sekitar pukul 4 petang DI kediaman Diana yang terletak di Damansara.

Diana menerima sebentuk cincin yang disarungkan oleh ibu Farid sebagai tanda dia sudah ‘diikat’ selepas tiga tahun menjalinkan hubungan cinta.

“Alhamdulillah, segala-galanya berjalan dengan lancar. Sebagai ibu, tiada apa yang lebih menggembirakan selain melihat anaknya bahagia.

“Harap-harap pertunangan ini kekal sehingga ke jenjang pelamin dan Farid dapat menjaga Diana dengan baik,” ujar ibu Diana, Norsiah Ramli yang sudahpun merancang majlis ini sejak sebulan yang lalu.

Dalam majlis itu, Diana yang mengenakan baju kurung corak songket pancawarna dan dirias jurusolek Chot menerima tiga dulang hantaran daripada pihak lelaki berbalas lima dulang.

Difahamkan, tarikh perkahwinan Diana dan Farid masih belum ditetapkan, tetapi pertunangan mereka akan diikat selama setahun sahaja.

*credit Berita Harian & mD

 

Lil Jon “The King Of Crunk” Live In Konsert di Rootz Club

Lil Jon “The King Of Crunk” Live In Konsert di Rootz Club, Roof Top, Lot 10, Shopping Centre, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur pada 5 Sept 2012 jam 10 malam. Persembahan pembukaan akan dilakukan oleh K Town Clan.

Harga Tiket :

RM 88.00 (Pre-sale)

RM 128.00 (Door)

Adidas ‘Breathe and Stop’ 2012

Baru-baru ini Adidas telah mempromosikan Breathe & Stop Tour 2012 di The Stage Kuala Lumpur. DJ-DJ seperti Ali Shaheed dari A Tribe Called Quest, Maseo dari  De La Soul dan  Shortkut dari Beat Junkies turut hadir untuk memeriahkan lagi acara di malam itu.

Majlis tersebut di hadiri oleh para peminat adidas,personaliti serta rakan media.

*credit photo Rentak Sejuta

[nggallery id=92]

 

 

Shia LaBeouf Terpaksa Jaja Video Seks Peribadi

Tindakannya mungkin boleh mengundang kontroversi. Tapi kalaupun timbul kontroversi, apa lah sangat, sebab ia berbaloi. Sebagai bukti menunjukkan dia benar-benar mahukan watak dalam filem The Nymphomaniac, Shia LaBeouf telah mengirimkan video seks peribadi ketika sesi ujibakat filem arahan sutradara Lars von Trier itu.

Dan taruhan LaBeouf berhasil!

“Saya kirimkan kepada dia (pengarah) video seks saya dan teman wanita saya, Karolyn Pho, dan itulah cara saya dapatkan watak tersebut”, akui bintang Transfomers itu, pada Sabtu lalu.

Bagaimanpun aktor berusia 26 tahun itu belum bersedia mengulas lanjut mengenai karakter yang bakal dilakonkan sehinggalah dia menjalani pengambaran tidak lama lagi.

Namun menurut LaBeouf dia percaya menerusi garapan pengarah berprofil tinggi seperti Von Trier, filem tersebut bakal menjanjikan sesuatu yang luarbiasa.

The Nymphomaniac mengisahkan perjalanan seorang wanita bermula sejak dilahirkan sehingga usianya mencecah 50 tahun.

Selain LaBeouf, filem tersebut juga akan dibintangi Charlotte Gainsbourg, Stellan Skarsgard, Jamie Bell dan Connie Nielsen.

*credit to mD

Trilogi The Hobbit pada 2013 dan 2014

Warner Bros Pictures dan Metro-Goldwyn-Mayer Pictures bersama hari ini mengumumkan bahawa filem terakhir dalam adaptasi trilogi Peter Jackson karya popular The Hobbit oleh JRR Tolkien, kini bertajuk “The Hobbit: There and Back Again” akan akan dikeluarkan di seluruh dunia pada 18 Julai, 2014. Ketiga-tiga filem dalam trilogi produksi dari New Line Cinema dan Metro-Goldwyn-Mayer Pictures.

The Studios juga mengumumkan tajuk ansuran kedua dalam francais, “The Hobbit: The Desolation of Smaug” akan dikeluarkan pada 13 Disember, 2013. Filem pertama dalam trilogi, “The Hobbit: Satu Perjalanan Unexpected” akan menjengah di pawagam pada 14 Disember, 2012. Ia diambil di dalam bentuk  3D 48 frame sesaat, trilogi filem akan dikeluarkan dalam Kadar Bingkai Tinggi (HFR) 3D, 3D format-format lain, IMAX dan 2D.

 

ZE: A Showcase Live di Malaysia 2012

“ZE: A Showcase Live di Malaysia 2012”. Jazzy Group akan membawa ZE: A ke Malaysia,tiket-tiket mula di jual pada 3 September 2012 di Kenanga Wholesale City (KWC) mulai jam 10 pagi. Showcase pula akan diadakan pada 10 November 2012.

Berita baik untuk semua peminat, 200 peminat pertama yang membeli tiket VIP (zon Z) akan mendapat peluang untuk berada di atas pentas untuk mendapatkan autograf dari ZE: A. Satu lagi berita baik adalah bahawa akan ada “Sesi Cabutan Bertuah” untuk semua orang mempunyai peluang untuk bermain dan berinteraksi dengan ZE: A di atas pentas.

Harga tiket disenaraikan seperti di bawah:
– Zon Z (VIP): Rm 333 (Percuma 1 poster)
– Zon E (Z1): Rm 203
– Zon A (Z2): Rm 103

* Harga Tiket termasuk RM3 yuran pemprosesan

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web kami atau hubungi siasatan hotline:
TicketCharge 03-9222 8811 / JazzyGroup 03-5622 1600
(www.ticketcharge.com.my) / (www.jazzygroup.com).

“Konsert Gemilang” Kolaborasi Tiga Figura Hiburan

Salah satu konsert mega untuk tahun 2012 dengan judul Konsert Gemilang yang mengandingkan tiga figura gergasi hiburan iaitu Jamal Abdillah, Dato’ Khadijah Ibrahim dan Seniman Negara, Datuk (Dr) Ahmad Nawab.Konsert ini bakal berlangsung di tiga buah lokasi bertempat di Kuantan, Singapura dan KL dari 29 September hingga 13 Oktober 2012. Ia dibawa khas oleh AMG Networks (M) Sdn Bhd.

Dengan pengalaman yang mencangkupi nilai seabad, konsert ini bakal membawa para penonton ke dalam penjelajahan merentasi masa dan pengalaman artis-artis yang selama ini dikenali melalui hasil kerja dan kolaborasi mereka yang melebihi 30 tahun.  

Tiket untuk Konsert Gemilang boleh didapati di Ticket2U dan dijual pada harga berikut :

Kuantan: RM150, RM75, RM50

Kuala Lumpur: RM500 (seksyen VIP termasuk sesi Meet & Greet selepas konsert)

                                RM300 (depan) RM200 (pertengahan ) & RM100 (belakang) 

Sila layari http://www.ticket2u.biz untuk keterangan lanjut.

Konsert akan bermula pada 8.30 malam.

 

TV3 Kekal Pilihan N0.1 Minggu Raya

Sekali lagi stesen televisyen no.1 Negara, TV3 mencatatkan prestasi cemerlang apabila berjaya mengekalkan kedudukan kukuh dengan catatan rating tertinggi mengatasi saluran tempatan lain sepanjang sambutan Syawal bermula 18hb hingga 26hb Ogos 2012.

TV3 meneruskan tradisinya membawakan koleksi program menarik sepanjang sambutan Hari Raya merangkumi filem-filem blockbuster, telefilem, hiburan, variasi dan dramedi terbaik untuk tontonan semua yang menampilkan tagline “Terbaik Raya”. Ternyata TV3 terus menjadi saluran pilihan utama rakyat Malaysia malah berjaya menambat hati penonton apabila menguasai 98 program daripada 100 program teratas carta.

Pertama kali ditayangkan secara eksklusif di kaca televisyen pada malam Raya ke-2, filem terbitan Excellent Pictures arahan Ahmad Idham, “Mael Lambong” berada di tangga teratas senarai program popular Raya apabila berjaya mendominasi 47% syer yang merangkumi sebanyak 2.8 juta jumlah penonton. Manakala 4 filem yang turut disiarkan di TV3 pada minggu pertama Raya seperti Jangan Pandang-Pandang (siaran eksklusif di TV3), RA One (filem Hindi), Vanila Coklat Raya dan Jangan Pandang Belakang Congkak 2 juga mendapat sambutan yang hangat apabila lebih 2 juta penonton tidak melepaskan peluang mengikutinya.

Telemovie istimewa “Apa Celop Raya” yang menghiasi slot prime time malam menjelang Raya turut meninggalkan impak yang hebat apabila berjaya meraih lebih 1.8 juta kadar penontonan. Tidak ketinggalan, beberapa program terbitan dalaman (Primeworks Studios Sdn. Bhd.) seperti program muzikal Raya “Ziana, Amy & Erra” termasuklah rancangan variasi seperti Bola Pun Raya, Senario Sayang Ayah, dramedi 48 Jam dan Melodi Raya juga mencatat kadar tontonan melebihi 1 juta penonton. Malah, kemeriahan “Terbaik Raya” TV3 sudah mula dirasakan dengan pencapaian hebat drama bersiri istimewa bulan puasa, “7 Ramadan” yang menampilkan lakonan mantap Ellie Suriati, Fir Affandi, Ana Dahlia, Mustapha Kamal dan Tania Zainal yang disiarkan di slot Samarinda apabila episod kemuncak (episod 13) yang bersiaran pada 16 Ogos 2012, 2 hari menjelang Hari Raya berjaya mencatat kadar tontonan sebanyak 2.5 juta jumlah penonton (sumber: Nielsen Media Research).

Menurut Encik Ahmad Izham Omar, Ketua Pegawai Operasi, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad (MPB), “Selain daripada merebut peluang mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama keluarga dan teman, sambutan Syawal pastinya tidak lengkap tanpa ‘juadah’ istimewa di kaca televisyen. Justeru, saban tahun, TV3 terus berusaha menyajikan yang ‘terbaik’ untuk tidak menghampakan jutaan penonton setianya. Kami bersyukur kerana terbukti TV3 tetap menjadi pilihan utama rakyat malaysia walaupun kini terdapat lebih 100 saluran lain yang turut menyiarkan pelbagai program istimewa sepanjang sambutan Aidilfitri. Secara keseluruhan, TV3 terus unggul apabila mendapat sebanyak 46% syer penonton Melayu pada Hari Raya. Kami berbesar hati di atas sokongan padu yang diterima daripada jutaan penonton setia, dan berharap agar ia berterusan.”

Sekitar Majlis Resepsi Izreen Azminda & Reza

Selamat penggantin baru diucapkan kepada Izreen Azminda dan suami. Tanggal 30 Ogos (Khamis) lalu, sah bergelar isteri kepada jejaka pilihannya Muhamad Riza yang juga merupakan seorang jurukamera produksi dengan dua kali lafaz.

Pasangan ini dinikahkan sendiri oleh bapa Izreen, di sebuah majlis yang berlangsung di Country Golf Resort, Jitra Kedah dengan wang hantaran RM19,001.

Keesokan harinya, Izreen Azminda & Muhamad Riza diraikan sebagai pengantin baru dalam sebuah resepsi meriah di Dewan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), Alor Setar Kedah.

Pada majlis resepsi itu, pasangan mempelai mengenakan persalinan rekaan Azura Couture dan memori indah mereka telah dirakamkan oleh jurugambar dari Bunga Studio Motion. Berikut beberapa foto sekitar resepsi penuh meriah itu untuk tatapan anda.

*Kredit story mD

*Foto-foto dari Bunga Studio Motion

[nggallery id=91]

Wayne Rooney Menyanyi Dalam Video Klip Terbaru Nidji?

Minggu lalu, band popular Indonesia, Nidji berkesempatan berkunjung markas kelab terbesar Liga Perdana Inggeris, Manchester United, di Old Trafford. Kunjungan Giring (vokal), Rama (gitar), Ariel (gitar), Adrie (drum), Andro (bass) dan Run-D (keyboard) ke sana bagi menjalani pengambaran video klip terbaru, berjudul Liberty Victory.

Bikin klip video di luar negara mungkin perkara biasa. Tapi apa yang paling bermakna buat grup yang berasal dari Jakarta ni apabila muzik video mereka itu turut dijayakan barisan bintang pasukan Manchester United (MU). Untung lah…

Berita gembira itu dikongsi Giring bersama para peminat menerusi laman Twitternya,

“Pemain MU yang akan menjalani pengambaran dengan Nidji ialah Wayne Rooney, Shinji Kagawa, David De Gea, Antonio Valencia, Federico Macheda, Javier Hernandez (chicarito),” tulis Giring pada Khamis (23 Ogos) lalu.

Menyifatkan kolaborasi ini sebagai satu yang luarbiasa lebih-lebih semua anggota Nidji merupaka oenyokong fanatik MU. Giring turut memberitahu, saat bertentang mata dengan barisan bintang bola sepak terkenal dunia itu merupakan kenangan terindah dan tidak menyangka dapat satu frame dengan pemain pujaan mereka.

“Kami sangat teruja. Mereka semua pemain muda yang bersemangat,” ujar ayah kepada dua cahaya mata itu.

Dalam video klip itu, memvisualkan Nidji tampil dalam satu adegan bersama para pemain MU. Lebih menarik bintang-bintang Red Devil itu akan menyanyikan lagu Liberty Victory.

Nidji dan pasukan MU, terpilih menjadi duta jenama terkenal, Mr. Potato. Sementara single Liberty Victory(versi bahasa Inggeris) yang dinyanyikan mereka itu akan menjadi lagu tema buat peminat Manchester United di seluruh Asia.

“Bukan saja di Asia. Mudah-mudahan juga di peringkat global,” kata Giring yang berharap kemunculan mereka bersama MU ni dapat mengukuhkan lagi nama Nidji di persada antarabangsa.

*credit to mD

Izreen Azminda Bakal Nikah Malam Ini…

Izreen Azminda bakal bernikah dengan pasangannya iaitu Muhamad Riza Baharudin pada malam ini di Alor Setar,Kedah. “Tarikh 30 Ogos dipilih memandangkan ia ulang tahun kelahiran saya. Ia secara tidak langsung memudahkan saya mengingati ulang tahun perkahwinan selepas ini”.

Dua gambar ini adalah semasa khatam al-quran pagi tadi.

*credit photo Media Hiburan