SO Staff

Nadhira Bakal Lancarkan Muzik Video “Closer” Pada 1 September 2012 ini…

Nadhira yang sebelum nie popular dengan lagu “Tear Us Apart” bakal melancarkan muzik video terbarunya iaitu “Closer” di The Square,Publika jam 7 petang. Manakala konsert mini akan diadakan pada 10 malam di tempat yang sama.

Muzik video ini di produce oleh 100 Monkeys dan merupakan single kedua didalam album “12 Shades”. Jom saksikan sedikit trailer lagu “Closer”

“Sepultura Asia Relenteless Tour 2012” Pada 2 November 2012

Tarikah baru ‘Sepultura Asia Relenteless Tour 2012’ akan berlansung pada 2 November di Chin Woo Auditorium.Ia dibawa khas oleh Netzah Productions sdn bhd.

Harga tiket akan menjadi seperti berikut:

Early Bird: RM128
Harga Normal: RM158
Pintu harga: RM188

Peminat yang masih mempunyai tiket menunjukkan sebelumnya akan dikembalikan dan dibalas dengan baucar RM 10 untuk membeli tiket baru.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi hotine kami di 0380808700.

“Petronas Syntium Team” Mahu Pertahankan Gelaran Pada MMER 2012

Petronas Syntium Team akan cuba mempertahankan kejuaraan mereka pada Malaysia Merdeka Endurance Race (MMER) 2012 yang akan berlansung pada 1 September 2012 mulai jam 12 tengahari selama 12 jam.

Mereka akan menggunakan kereta Mercedes-Benz SLS AMG GT3 yang pernah digunakan pada MMER 2011 yang lalu. Mereka juga bakal membariskan pelumba-pelumba yang sama pada tahun lepas iaitu Nobuteru Taniguchi,Masataka Yanagia dan Dominic Ang. Manakala satu lagi pasukan iailah Tatsuya Kataoka,Farique Hairuman dan Melvin Moh.

2NE1 Mengumumkan Malaysia, Indonesia, dan Singapura sebagai lokasi ‘New Evolution’ World Tour

2NE1 yang sekarang popular dengan lagu baru ‘I Love You’ baru-baru ini mengumumkan Malaysia, Indonesia, dan Singapura sebagai lokasi ‘New Evolution’ World Tour.

Dalam temu bual itu, CL, yang mengetuai kebanyakan perbualan mengumumkan, “Ia adalah kali pertama untuk mengatakan mengesahkan lawatan kami ke 3 negara iaitu Malaysia, Indonesia, dan Singapura.”

Tarikh,tempat dan harga ditiket akan diberitahu kelak.

“Katy Perry:Part Of Me 3D”

Tarikh Di Pawagam ~ 30 Ogos 2012

Pengarah ~ Dan Cutforth ,Jane Lipsitz

Pelakon ~ Katy Perry

Sinopsis

Filem 3D, Katy Perry: Part of Me ialah filem mengenai backstage serta  keseronokan, glamor, menyayat hati, inspirasi, gila, ajaib, bersemangat, dan diari mengenai Katy.

29 Februari ~ Filem Stereoscopic 3D Pertama Malaysia

Tarikh Di Pawagam ~ 30 Ogos 2012

Pengarah ~ Edry Abdul Halim

Pelakon ~ Remy Ishak,Jojo Goh,Izzue Islam,Fizz Fairuz,Dian P.Ramlee

Sinopsis

Mengisahkan kehidupan Budi yang dilahirkan pada tahun lompat 29 Februari 1896 dan hanya dimakan usia 4 tahun sekali. Keadaan fizikalnya yang kelihatan terbantut menyebabkan masyarakat menganggap “kecacatan” itu sebagai suatu sumpahan, sedangkan ianya suatu anugerah kepada Budi untuk melalui era transformasi Tanah Melayu, Malaya dan akhirnya Malaysia yang bebas merdeka.

Masa seolah tidak berganjak buat Budi, dan akibatnya dia sentiasa kehilangan orang yang tersayang. Beliau diasuh di sebuah rumah bakti bersama sahabat baiknya Razak, yang cacat penglihatan. Budi melalui perjalanan hidup berlatarbelakangkan detik-detik bersejarah Negara dan mula mengenali erti kebahagiaan apabila berkenalan dengan Lily.

Walaubagaimanapun, kisah percintaan Budi dan Lily melalui pelbagai cabaran dan cinta terlarang. Apakah satu-satunya cinta Budi akan kekal abadi, seiring dengan hayatnya yang tidak dimakan usia?

NK Ada Sebab Dedah Status Haq Lutfie Alexander

Cakap salah, tak cakap pun salah. Ingatkan bila sudah mengaku, orang akan berhenti bertanya. Namun selepas membuat pendedahan secara eksklusif mengenai kontroversi bayi lelaki yang dilahirkannya di sebuah akhbar baru-baru ini, dramatis terkenal Norish Karman menerima pelbagai respon dari masyarakat sekeliling.

Namun begitu, tidak sedikit pun timbul rasa menyesal dalam dirinya kerana membuka mulut mengenai isu tersebut. Sebaliknya bekas pengacara program Wanita Hari Ini (WHI) yang mesra dengan panggilan NK ni memberitahu dia langsung tidak terkesan dengan cemuhan mahupun pandangan negatif yang dilemparkan terhadapnya. Malah menganggap itu semua dugaan dari Yang Maha Esa.

“Saya tak ada masalah dengan kehidupan saya sekarang. Malah kini lebih tenang dan gembira. Tak ada kesan langsung selepas saya dedahkan mengenai kelahiran anak keempat saya. Ramai peminat menyokong serta memberi kata-kata perangsang kepada saya. Mereka sayang saya juga sayangkan anak saya. Ada juga yang mahu jadi ibu angkat, ayah angkat kepadanya dan ibu bapa saya juga sayangkan anak saya itu. Anak-anak saya yang lain juga sayangkan adik mereka,” ujar NK ketika ditemui pada majlis rumah terbuka WHI TV3 di Sri Pentas, Bandar Utama, semalam. 

Ditanya apakah yang membuatkan beliau berani untuk membuka mulut sekarang di mana sebelum ini beliau lebih selesa mendiamkan diri, Nk berkata, “Ini bukan soal buka mulut atau tutup mulut. Saya memang nak beritahu kepada semua. Sebab saya merancang untuk mengadakan majlis hari jadi sempena umurnya genap setahun, tak lama lagi. Saya memang nak jemput semua. Cuma mungkin ada sesetengah pihak sengaja mengeruhkan lagi keadaan. Apa sekalipun, saya tak pernah kesal selepas membuat pendedahan ini.

“Bagi saya, kalau ini ketentuan Allah, saya terima. Apa yang berlaku kepada saya, saya anggap ini dugaan dari-NYA. Saya tak perlu takut atau khuatir dengan benda lain kerana ini semua datang dari Allah. Bila kita rancang plan A, tapi plan B yang pula yang datang, maka kita terima sajalah ” ujarnya sekaligus memberitahu dia tidak kisah dengan cemuhan masyarakat.

“Bagi saya, mereka tidak ada hak untuk mengata tentang orang lain. Jika tak tahu apa-apa cerita jangan sesekali buka mulut. Jagalah diri sendiri dan keluarga sebab takut nanti berlaku kepada diri dan juga anak sendiri pula. Jadi kalau tak nak kebaikan berlaku dalam kehidupan kita jangan ganggu hal orang.

“Apa-apapun, saya percaya hidup ini banyak dugaan. Terpulang pada individu nak pandang negatif kepada saya. Saya tak kisah kerana banyak lagi kerja yang saya nak buat dari melayan perangai orang sebegini,” ujarnya yang turut memberitahu dia tidak berminat untuk mengambil tindakan undang-udang terhadap pihak yang menfitnahnya.

Dalam pada itu, NK dengan riak wajah gembira turut Berkongsi mengenai pengalaman membesarkan anak keempatnya yang diberi nama Muhammad Haq Lutfie Alexander yang dilahirkan melalui pembedahan pada 24 September tahun lalu.

“Alhamdulillah, kehidupan saya kini sangat menakjubkan. Haq seorang anak yang tak pernah memberi masalah dan semua orang sayang dengannya. Sekarang saya menjadi seorang ibu yang paling gembira”, katanya yang kini sibuk dengan lakonan, perancangan mempromosikan album terbarunya dan satu lagi bidang baru yang diceburi iaitu memberi ceramah motivasi kepada masyarakat.

*credit to mD

“SHE SO MEAN” Single Terbaru MATCHBOX TWENTY

Sebut sahaja Matchbox Twenty siapa yang tidak kenal kan. Baru-baru ini mereka telah melancarkan single terbaru yang diberi nama “She So Mean” dari album terbaru mereka yang berjudul “NORTH”.

Ia akan mula berada di pasaran pada 4 September 2012 ini.

95 para ibu Jelitawan Malaysia di pentas peragaan 2 September 2012 ini!

95 orang ibu telah disenarai pendek untuk pertandingan Glowing Youthful Mother Contest 2012. Sebuah Pertandingan ratu cantik buat para ibu yang mengenengahkan mesej kesihatan luaran dan dalaman buat para ibu dari 30an -50an.

Glowing Youthful Mother 2012 Mini Pageant Sebuah majlis ringkas bagi memperkenalkan 95 finalis serta dapatkan pemeriksaan kesihatan dan biological percuma, tip-tips kesihatan tentang sendi,jantung,hati dan kulit oleh doktor pakar jemputan. Temui para juri selebriti pertandingan ini seperti pereka fesyen terkenal tempatan Bon Zainal Harun, serta Miss Malaysia World 2010/2011 Nadia Heng.

 Berikut adalah butiran acara ini:

Acara: Glowing Youthful Mother Contest 2012 Mini Pageant

Tarikh: 2 September 2012 (Ahad)

Masa: 7 petang – 9 malam

Tempat: Publika, Solaris Dutamas

Anda semua dijemput hadir bagi memeriahkan acara ini…. 🙂

Kuasa Wanita Menandingi Lelaki Didalam ‘Bini-Bini Perkasa’

Menyusuli “Indera Joned”, saksikan sebuah drama bersiri aksi komedi, “Bini-Bini Perkasa” yang diadaptasikan daripada filem Bini-Biniku Gangster mulai 3 September 2012, setiap hari Isnin jam 9.00 malam menerusi slot Aksi TV3. Drama bersiri 13 episod ini diterbitkan oleh MIG Production dan diarahkan oleh Ismail Bob Hashim masih mengekalkan pelakon asal filem iaitu Yana Samsudin dan Intan Ladyana serta menampilkan pelakon-pelakon popular seperti Fezrul Khan, Fadzil Zahari, Nizam Zaidi, Alex Yanz, Epy, Along Ezendy, Zul Suphian, Ruzaidi Abd Rahman, Zaidi Omar dan Afira Liyana.

Mengisahkan tentang Manja (Yana Samsudin) yang terpaksa menolak lamaran Hairi (Fezrul Khan) kerana berasal dari keluarga gangster. Berkat usaha adik Manja, Eddie (Nizam Zaidi), akhirnya Manja dan Hairi berbaik semula dan berkahwin. Rumah tangga mereka mula bergolak apabila Din Unta (Fadzil Zahari) cuba membunuh ayah Manja untuk merampas kuasa. Manja terpaksa campur tangan.

Dari dulu Manja tidak suka dengan pekerjaan serta cara hidup ayahnya. Dia telah meninggalkan keluarganya dan membuka kedai bunga. Namun, atas amanat arwah ibunya, Manja bersetuju untuk kembali ke pangkuan keluarga demi menjaga ayah dan adik lelakinya, Eddie. Manja sering menyerahkan semua tugas kepada adiknya tetapi Eddie merupakan seorang lelaki yang berjiwa sensitif dan mudah tersentuh hatinya. Oleh itu, Manja terpaksa bertindak sebagai ketua dan bersiap sedia menentang musuh ayah dan adiknya. Selepas ayah Manja diserang oleh Din Unta sehingga mengakibatkan dia koma, Manja bukan sahaja perlu berdepan dengan pelbagai masalah yang dicetuskan oleh Din Unta tetapi juga kemelut rumah tangganya apabila Hairi tidak memahami keadaannya. Hairi bersikap dingin terhadap Manja kerana kecewa dengan penglibatan Manja dalam kegiatan gangster dan juga kemungkinan yang Manja mandul.

Demi cintanya pada Hairi, Manja telah melamar Riana (Intan Ladyana) untuk menjadi isteri kedua kepada suaminya. Manja berharap Riana mampu memberi zuriat kepada Hairi, sekaligus menyelamatkan kemelut perkahwinan mereka.

Riana yang berperwatakan lembut merupakan seorang feminis yang selalu mahu membuktikan kemampuan dirinya yang boleh bersaing dengan abangnya, Ringgo. Riana menganggap ayahnya lebih menyayangi anak lelaki dan tidak mempercayai kebolehannya. Apa yang Riana tidak tahu adalah sebenarnya ayahnya terlibat dalam kegiatan gangster dan merupakan musuh ketat kepada ayah Manja. Riana yang pada mulanya menurut arahan ayahnya untuk mendekati Hairi akhirnya jatuh hati dengan sikap penyayang Hairi.

Din Unta mula goyah dengan pengaruh Manja dan semakin terdesak untuk menghapuskannya. Akhirnya, Din Unta bersubahat dengan Ringgo untuk menculik Hairi. Apakah yang akan berlaku seterusnya? Jangan ketinggalan untuk menyaksikan “Bini-Bini Perkasa” menerusi slot Aksi, bermula 3 September 2012 setiap hari Isnin jam 9.00 malam bagi mengetahui kesudahannya.