SO Staff

Tai Jawab Isu ‘Besar Kepala’, ‘Demand’ & ‘Bermasam Muka’

Baru-baru ini di dalam akhbar Utusan melaporkan tercetusnya pertelingkahan di antara pengarah terkenal Ahmad Idham dan pelakon yang cukup popular dengan tagline ‘apa celop’, Taiyuddin Bakar @ Tai, 29. Perkara tersebut belaku apabila Tai dikatakan tidak berpuas hati dengan bayaran yang ditawarkan oleh Idham dalam menjayakan sebuah filem arahannya berjudul, Gangster Celop.

Berpeluang bertemu Tai baru-baru ini, MD mendapatkan penjelasan daripada pelakon itu berkenaan konflik yang berlaku serta komen balas mengenai dia kini betul-betul sudah ‘besar kepala’ dan dilabelkan ‘demand’.

“Saya tidak terpanggil langsung untuk bagi apa-apa komen sebenarnya. Tapi apabila difikirkan semula, artikel yang bertajuk ‘Idham, Tai Bermasam Muka?’ tertera di akhbar tersebut, yang mana situasi berita itu belum betul-betul dipastikan samada benar atau tidak, kami berdua bergaduh.

“Tapi apa yang saya baca, atikel tersebut secara terus menghentam saya mengatakan Tai ‘besar kepala’ dan ‘banyak bunyi’. Dan saya merasakan ia sebagai satu usaha yang jelas daripada pihak sebelah sana,

“Sebenarnnya harga yang saya minta itu adalah harga pasaran. Harga yang sepatutnya dibayar kepada kebanyakan pelakon di Malaysia. Tapi mungkin pihak di sebelah sana tidak dapat memenuhi permintaan saya. Dan saya tidak diberitahu pula apa sebabnya,’ kata Tai membuka bicara menjelaskan hal berkenaan.

Pemilik nama sebenar Sallehuddin Abu Bakar ni juga berkata, dia merasa ralat dilabelkan sebagai seorang yang demand kerana merasakan harga yang diminta itu cukup munasabah. Malah konflik antara dia dan pengarah drama Apa celop itu tercetus bukanlah semata kerana harga yang diperdebatkan. Tetapi berpunca kerana budi bahasa dan cara pihak Idham meminta khidmatnya disifatkan sebagai sesuatu yang melampau tahap kesabaran.

“Saya agak ralat bila dikatanya saya demand. Saya setuju kalau harga yang saya minta itu tidak masuk akal. Sebetulnya saya tidak kisah permintaan saya itu tidak dipenuhi. Tetapi apa yang saya ingin tekankan di sini, amaun bukanlah punca kepada apa yang berlaku ini. Tapi kerana budi bahasa, bagaimana cara kita berjual beli dan bagaimana cara kita meminta dan memerlukan khidmat seseorang itu, yang mana saya rasakan maruah diri dan air muka saya sebagai seorang manusia dipandang rendah,” tegasnya.

Ditanya adakah dia pernah ‘makan hati’ sepanjang berkerjasama dengan pengarah juga pemilik produksi Excellent Pictures itu, Tai menjawab,

“Saya akui kadang-kadang ada sesuatu perkara yang buat kita tak berapa senang. Ada juga perkara yang menyebabkan kehendak kita sukar dipenuhi tetapi kalau kita dilayan dengan cara sepatutnya, tak mengapa. Tapi kalau sudah mencapai tahap dan ia tidak boleh dibiarkan lagi. Dalam bahasa kasarnya, saya menolak untuk bertuhankan manusia dalam mencari rezeki”,

Mengulas dakwaan bahwa tindakannya seolah-olah dengan begitu senang melupakan jasa pengarah yang membuatkan namanya dikenali menerusi filem Hantu Bonceng dan drama Apa Celop, Tai berkata dia pernah mempersoalkan pada dirinya sendiri tentang apa yang terjadi. Malah sekiranya dia tidak mengenali siapa Taiyuddin Bakar tentu sekali dia setuju dengan label lupa diri.

Bagaimanapun pelakon lulusan Diploma Teater (Lakonan) Akademi Seni Warisan Kebangsaan (ASWARA) ni memberitahu dalam hal ini, tahap kesabarannya sudah mencapai limit. Apapun dia cukup berterima kasih kepada Ahmad Idham yang telah menempatkannya diri dalam industri lakonan tanah air hingga membuat ramai sudah mengenali siapa Taiyuddin Bakar, hari ini.

“Idham, sebagai kawan adalah seorang yang cukup saya senangi. Dari sudut profesional kerja, dia seorang yang sangat saya hormati. Tapi sebagai manusia setiap daripada kita ada tahap dan limitnya. Apa yang boleh saya katakan di sini, apa yang berlaku di antara saya dan dia, sudah mencapai tahap limit”,

“Saya pernah berbincang berdua dengan Idham mengenai hal ini. Namun hasil perbincangan itu tidak mencapai satu keputusan yang baik” tambahnya.

Tai juga tidak dapat menolak bahwa konflik yang berlaku ini adalah kerana kesalahan dirinya sendiri yang selama ini terlalu memberi dan kerap mengalah dalam banyak perkara sejak awal lagi.

“Saya rasa mungkin konflik ini tidak akan wujud kalau saya sendiri tidak meletakkan diri saya terlalu rapat dengan Idham. Mungkin juga ini salah saya, Sebenarnya saya mengenali Ahmad Idham selepas tujuh tahun saya dalam dalam dunia lakonan. Mungkin juga salah Idham yang tidak mengenali saya,”

“Daripada awal lagi iaitu dari Hantu Bonceng lagi, saya sudah berterus terang mengenai apa yang saya faham dan tahu tentang industri. Mengenai harga yang sesuai untuk seorang pelakon di Malaysia ini. Tapi pada waktu itu, mungkin saya melihat pada platform. Tapi saya tegaskan lagi sekali, daripada awal saya sudah memberitahu tentang pendirian saya,”

“Saya meletakkan sesuatu harga itu mengikut harga pasaran bukan memandang dari sudut bayaran setimpal dengan watak. Tapi harga yang saya letakkan itu ditolak tanpa sebab kenapa tidak boleh dibayar. Selama ini saya tak pernah berkira tentang bayaran. Malah saya pernah berlakon percuma baik dalam drama, teater juga filem.

“Keutamaan saya adalah mencari rezeki halak untuk adik-adik serta kedua ibu bapa saya. Tapi apabila saya disogokkan dengan populariti, tidak bermakna ia boleh membeli jiwa saya. Kesimpulannya, konflik ini tercetus kerana prinsip sifat kemanusian, tuturnya mengakhiri perbualan.

*sumber mD

Info Terkini Tiket ~ ‘BIGBANG Alive Galaxy Tour 2012 Malaysia’

Sejak pengumuman harga tiket Galaxy Tour BIGBANG Alive 2012 Malaysia konsert, peminat tidak sabar untuk mencari cara terbaik untuk mendapatkan tiket konsert yang bakal dijual pada 28 Jul 2012. Untuk memastikan tiket untuk peminat di Malaysia, penganjur konsert Running Into The Sun akan membuka 8 kaunter tiket di fahrenheit88 pada 28 Jul 2012 dari 10.30 pagi hingga 6.00 petang untuk menampung permintaan yang tinggi tiket.

Tempahan dalam talian dan hotline hanya pada 28 Jul 2012 dari 12.00 tengahari dan seterusnya untuk membantu meringankan jutaan yang dijangka untuk tiket apabila tiket yang disediakan.Peminat yang menghadiri acara pelancaran tiket juga boleh menjamin diri mereka tiket untuk konsert itu, selagi mereka dapat memasuki barisan tiket antara 10.30 pagi ke 6.00 petang di fahrenheit88. Di samping itu, semua tiket VIP (RM 688) dan 300 tiket premier rock pit (RM 588) akan boleh didapati hanya di fahrenheit88. Tiket rock pit premier ini adalah 300 terdiri daripada 150 rock pit premier A tiket dan 150 tiket rock pit premier B, tiket keutamaan hanya kepada rock pit premier. 

BIGBANG Alive Galaxy Tour 2012 Malaysia akan menjadi konsert tahun ini dengan kos RM 4 juta untuk konsert satu malam sahaja di Stadium Merdeka pada 27 Oct 2012. BIGBANG, yang terdiri daripada lima K-pop wira G-Dragon, Taeyang, TOP, Seungri dan Daesung, bakal menghiburkan peminat di Tour Galaxy BIGBANG Alive 2012 Malaysia konsert pertama mereka di Malaysia.

BIGBANG Alive Galaxy Tour 2012 Malaysia akan menjadi yang konsert 1 luar di seluruh Asia; langit yang-tinggi pengalaman sempurna untuk malam berpesta bertenaga tinggi, ciri-ciri superstar global lagu-lagu parti unik BIGBANG, hip-hop dan tarian gaya bebas dan terkenal seperti ” Fantastic Baby “dan” Tonight “.
BIGBANG dikenali dengan muzik mereka yang unik dan gaya fesyen, sering dikreditkan ke bentuk hip-hop, R & B dan dunia muzik elektronik di seluruh Asia dan kini amat mempengaruhi dunia.

BIGBANG Alive Galaxy Tour 2012 Malaysia ditaja oleh Samsung Galaxy dan disampaikan oleh  YG Entertainment dan Live Nation Entertainment, dan yang dianjurkan oleh Running Into The Sun.

Tiket boleh didapati pada RM 688, RM 588, RM 488, RM 388, RM 288, RM 198, RM 188 dan RM 98 dengan hanya 12,000 tiket disediakan.

 

‘MAFIA’ Kisah Benar Anak Jati Melaka

Mafia. Mendengar saja perkataannya pasti dalam kepala paling tidak, sudah boleh membayangkan sekumpulan penjahat dan mereka menjalankan kegiatan jenayah dan keganasan. Dan kalau sebut ketua mafia, tentu kecut perut dibuatnya dalam pada membayang seseorang bermuka bengis dikelilingi konco-konco yang ramai dan sudah pasti individu itu digeruni oleh sesiapa saja.

Itu sikit sebanyak bayangan yang bakal diterjemahkan ke skrin layar lebar menerusi filem filem sulung terbitan IMS Production & Trading berjudul Mafia. 100% idea asal dari pengarah urusannya, iaitu Dato Eddie MS ni berdasarkan 90% cerita sebenar seorang anak tempatan Melaka. Penggambaran Mafia yang akan bermula pada 22 Julai ini bakal melibatkan sepenuhnya berlokasikan di bumi bersejarah itu.

Dibawah arahan sutradara berpengalaman, Nirazmi Abdul Karim atau lebih popular disapa Mie Black, Mafia melibatkan sebahagian besar pelakon lelaki iaitu Qazeem Nor selaku teraju utama.

“Meskipun filem ni dibarisi wajah-wajah baru, saya yakin ia mampu memberi satu kelainan dan impak yang berkesan buat penonton kerana mereka ini juga cukup berbakat. Cuma mungkin selama ini belum diberi peluang. Jadi siapa tahu Mafia, mampu membuka jalan untuk mereka dikenali dan menjadi pelapis di masa hadapan.”

Sebelum ini pun ada juga beberapa karya yang telah membuktikan tidak semestinya bertunjangkan pelakon bernama besar sesebuah filem itu pasti mencapai kutipan pecah panggung. Bergantung juga pada jalan cerita sesebuah filem itu,” kata Mie Black sewaktu di sida media dan pelancaran filem Mafia yang diadakan di hotel Renaissance, Melaka, baru-baru ini.

Biarpun masih baru dalam dunia penerbitan filem, IMS Production & Trading optimis untuk sama-sama menyemarakkan idustri tempatan. Lebih berani, dengan taruhan kos pembikinan sebanyak RM3 juta, Mafia dijayakan oleh barisan artis baru seperti Melia Aimelia, Safra Aina, Chimay, Tony Tuah, luke Wong serta barisan artis undangan antaranya Awie, Zila Bakarin, DJ. Lin dan Baharuddin Omar.

Sementara itu, menurut Dato Eddie, pemilihan Melaka sebagai lokasi perfilem diharap dapat membantu mempromosikan lagi negeri hang tuah itu sebagai destinasi pelancongan yang indah dan penuh bersejarah bukan saja pada rakyat tempatan. Malah pada mata dunia apabila filem ni khabarnya akan turut di promosikan di Indonesia, Singapura, Brunei juga Kanada.

Dijangka menemui penonton sekitar Mac tahun depan, Mafia berkisar kehidupan seorang pemuda bernama Amri yang hidup miskin dan berazam mengubah hidupnya menjadi kaya walaupun terpaksa melibatkan diri dalam kencah penjenayah yang berbahaya.

Dalam mencapai azamnya itu, Amir terpaksa mengharungi pelbagai cabaran walaupun di sebalik itu dia sebenarnya seorang pemuda yang dipandang baik dan alim oleh masyarakat kampungnya. Apakah kesudahannya? Nantikan Mafia, tahun depan!

Tayangan Perdana Antarabangsa JALAN PINTAS di Festival Filem Fantastik Antarabangsa Puchon ke 16

 

Filem drama kehidupan sosial, JALAN PINTAS telah dijemput untuk mengadakan tayangan perdana antarabangsanya bersempena dengan Festival Filem Fantastik Antarabangsa Puchon (PIFAN) ke 16 yang berprestij 19 hingga 29 Julai 2012.

PIFAN yang bermula pada 1997 menjadi simbol kepada bandar Bucheon yang dikenali sebagai pusat budaya yang menggabungkan animasi, kartun, permainan dan filem.JALAN PINTAS, ditulis Ayam Fared dan diarahkan oleh Nam Ron dipaparkan di dalam seksyen Vision Express.

Nam Ron berkata, “Inilah filem yang menampilkan kehidupan sebenar berdasarkan realisme. Projek filem ini menyerlahkan bakat bintang filem tempatan yang sukar untuk mereka perolehi di filem-filem arus perdana.”Sementara itu, Faisal Mustaffa selaku penerbit berkata, “Saya bersyukur kerana filem ini diterima di peringkat antarabangsa sungguhpun ia merupakan filem pertama terbitan saya dan Rumah Anak Teater. Saya juga berharap agar filem ini dapat diterima oleh penonton tempatan sekiranya ia ditayangkan di pawagam kelak.”

JALAN PINTAS merupakan sebuah cereka yang berkisar mengenai watak Bakar – seorang pemuda lepasan ijazah dalam jurusan kejuruteraan, juga seorang anak lelaki tertua dalam keluarga (yang tidak lagi berbapa), yang datang ke Kuala Lumpur dari kampung, untuk mencuba nasib demi menjalankan tanggungjawab terhadap keluarga – ibu dan seorang adik perempuannya.

Melalui JALAN PINTAS, kita melihat watak seorang pemuda yang biasa, yang boleh kita temui di mana-mana, yang menjadi mangsa kepada janji-janji delusi Kuala Lumpur. Menelusuri perjalanan yang Bakar tempuhi dalam ruang waktu satu hari – dari pagi ke petang, hanya dengan tujuan untuk menghadiri sesi temuduga; kita sebenarnya tanpa sedar sedang melihat sebuah kehidupan seorang manusia, yang terperangkap antara harapan dan beban, hingga akhirnya, disebabkan kenyataan, angan-angan berubah menjadi dendam.

Bakar yang sentiasa membiarkan pilihan-pilihan hidup bermain di ruang ciptaan kotak fikirnya, tanpa sengaja telah menghasilkan justifikasi kebarangkalian serta risiko yang bakal dihadapinya untuk setiap pilihan yang bakal dibuat. Dan pada akhirnya, Bakar, juga kita, tetap keliru; apakah kita yang terlalu bodoh dan dungu, atau takdir hidup memang seharusnya begitu?

JALAN PINTAS dibintangi oleh Auf Razak, Sharifah Amani, Beto Kusyairy dan Bront Palarae.Filem ini juga bakal ditayangkan di Festival Filem Torino, Itali.

“Klang looks gangster!”- Namewee

Siapa Namewee? Mana mungkin anda tak kenal. Sebab sebelum ini tindakannya pernah menimbulkan kemarahan masyarakat apabila mencetuskan beberapa kontroversi. Namun pandangan negatif umum itu dilihat semakin terhakis apabila penyanyi-pembikin filem ini tampil dengan percubaan sulung menerusi filemNasi Lemak 2.0 (walaupun tercetus juga kontroversi).

Terbaru, Namewee atau nama sebenarnya Wee Meng Chee, 29, kembali dengan filem Hantu Gangster yang mana menjadi panorama Klang, Selangor sepenuhnya sebagai latar belakang untuk bikinan keduanya ini.

Bercerita lanjut, Namewee berkata meskipun dia mengguna-pakai perkataan ‘gangster’ untuk filem tersebut tetapi karyanya kali ini bukan mengangkat tema gangsterism. Sebaliknya perkataan ‘gangster’ itu hanya sebagai metafora di mana tiga kumpulan gangster yang ditonjolkan dalam filem ini adalah merujuk kepada tiga bangsa di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India.

“Saya sedar selama ini gengsterisme sinonim dengan elemen negatif dan tiada peradaban tetapi ia mempunyai sisi yang baik sebenarnya,”

“Sebenarnya konsep gengsterisme itu bertujuan melindungi kaum atau kumpulan tertentu tetapi kini ia menjadi lain kerana tujuan dan niat asal itu sudah diubahsuai kepada pergaduhan, buli dan pembunuhan,”

“Apa yang penting, dalam filem ini saya mahu paparkan mesej perpaduan antara kaum,” katanya ketika ditemui pada tayangan bersama media filem tersebut di TGV Sunway Pyramid, semalam.

Tambahnya, dia mendapat ilham untuk mengetengahkan tema berkenaan berdasarkan pengalaman sebenar kehidupan datuknya di Muar, Johor.

“Inspirasi filem ini adalah daripada kisah sebenar hidup datuk saya. Ketika muda dulu, dia menjalankan perniagaan kedai kopi yang sering dikunjungi kumpulan-kumpulan gengster.

“Menurut cerita datuk, kumpulan-kumpulan gengster ini wujud bagi melindungi kaum dan penduduk dan bukannya untuk menunjukkan kuasa atau bertindak jahat.”

Hantu Gangster mengisahkan perbalahan tiga kumpulan samseng daripada tiga kaum berbeza. Tiga kumpulan ini yang hidup harmoni dan saling menghormati pada zaman bapa mereka bertukar menjadi musuh pada era anak masing-masing kerana konflik dan kepentingan peribadi.

Selain Namewee sendiri, filem ini turut dibintangi Farid Kamil, Diana Danielle, Taiyuddin Bakar, Datuk Jalaluddin Hassan dan Datuk David Arumugam. Filem terbitan Prodigee Media Entertainment ini bakal ditayangkan pada 9 Ogos depan bersempena bulan kemerdekaan dan sambutan Hari Raya.


Lali Kontroversi

Sementara itu Namewee juga memberitahu dia punya sebab mengapa memilih Klang sebagai latar belakang filem Hantu Gangster. Ini kerana di matanya, daerah itu ‘nampak gangster’sehingga membuatkan bandar Diraja Selangor itu menjadi pilihan utamanya.

“Ketika saya menulis skrip filem ini, awal-awal lagi saya sudah membayangkan Klang. Sebagai seorang pengarah di mata saya, Klang looks gangster berdasarkan suasananya, struktur banggunan juga jalan rayanya.

“Saya bukan ahli politik. Apa yang saya cakap adalah datang dari hati. Saya tak mahu tipu tentang apa yang saya rasa. Sebelum ni saya pernah berkata sebegini dan reaksi orang Klang biasa saja, mereka okay,” ujarnya sekaligus menjelaskan dia bukan sengaja mahu menguris hati seluruh penduduk Klang mahupun mencetuskan apa-apa kontroversi tetapi luahan itu adalah pendapat yang jujur dari hatinya.

Melihatkan anak kelahiran Muar, Johor ini terlalu berterus-terus, Namewee terus diasak persoalan selama ini tidakkah dia sedar kejujuran juga keberaniannya lantang bersuara memakan diri sendiri. Bahkan namanya cukup sinonim dengan isu-isu kontroversi.

“Saya tak rasa saya berani. Saya pun tak rasa saya negatif. Ada ada orang cakap saya positif tak kurang ada yang cakap saya negatif. Pada pandangan saya, saya tak pernah buat hal yang negatif. Malah saya selalu mahu buat yang positif. Saya tak label diri saya. Tapi orang yang labelkan saya negatif,”

“Saya tak pernah cuba mempengaruhi orang untuk suka pada saya. Saya tak kisah anggapan orang terhadap saya. Sudah lima tahun kontroversi hidup dalam kontroversi. Saya sudah biasa. Saya pernah cuba untuk hentikan persepsi orang tapi tak boleh.

“saya selalu beritahu orang ramai yang saya hanyalah penyanyi dan pembikin filem bukan pencetus kontroversi. Dalam filem saya, 95% adalah cerita yang biasa. Hanya 5% menyentuh tentang isu semasa atau pandangan saya pada sesuatu isu atau masyarakat. Tapi orang ramai lebih nampak yang 5% itu. Pada hal sebenarnya saya hanya mahu berkongsi perasaan saya terhadap sesuatu”, katanya.

Sebelum ini Namewee pernah dikecam gara-gara mempersendakan lagu Negaraku. Dia juga pernah pakai bendera terbalik maki-hamun pengetua sekolah di Kulai, Johor juga orang Tenaga Nasional (TNB). Filem pertamanya Nasi Lemak 2.0 sukses mencatat kutipan sebanyak RM7 juta dan Namewee kini sedang dalam pembikinan filem ketiganya berjudul Kara King.

‘Tanda Putera’ Ditunda Kerana PRU13?

Datin Paduka Shuhaimi Baba atau lebih mesra disapa dengan panggilan Shumi tidak dapat menyembunyikan perasaan kecewa apabila diberitakan filem terbarunya, Tanda Putera terpaksa ditangguhkan sehingga diberitahu tarikh baru.

Filem patriotik itu sepatutnya dijadual berada dipawagam seluruh Malaysia pada 13 September depan. Namun tayangan filem kesembilannya itu terpaksa ditangguhkan dan didakwa atas sebab kerana pilihan raya umum (PRU13) yang kononya dijangka akan dilaksanakan dalam bulan tersebut.

Meskipun terkilan Shumi bagaiamanapun menyangkal dakwaan penangguhan tersebut berpunca kerana bahang PRU13. Sebaliknya menjelaskan beliau tiada sebarang bantahan. Malah akur dengan berita penundaan itu kerana yakin karya tersebut mampu diterima ramai tidak kiralah bila ia ditayangkan.

“Masa nak buat filem ni kita memang target nak tayangkan pada bulan September. Saya akui kecewa bila dapat tahu ia ditangguhkan kerana segala tarikh promosi yang dirancang sudah ditetapkan. Hal ini sedikit sebanyak mengganggu kerja-kerja lain.

“Tapi saya percaya, mungkin pihak Finas mempunyai strategi dan perancangan tersendiri bagi menarik perhatian semua masyarakat untuk menyaksikan filem ini,” katanya yang turut memberitahu beliau mendapat khabar tersebut kelmarin (sehari sebelum tayangan media dan sidang akhbar). Shumi ditemui di majlis berkenaan yang bertempat di Cineleisure @ Curve, petang semalam.

“Tanda Putera mengisahkan tentang bagaimana Perdana Menteri kedua negara, Tun Abdul Razak dan timbalannya Tun Dr Ismail memulihkan keadaan Negara ekoran peristiwa pergaduhan kaum pada 13 Mei 1969.

“Walaupun filem ini berkaitan dengan hal negara, namun ia tiada kena mengena dengan pilihan raya yang bakal diadakan nanti. Saya pun tak tahu bila pilihan raya akan diadakan,”

“Bukan senang untuk kita tarik semua golongan masyarakat untuk menyaksikan filem yang dianggap berat sebegini. Kami juga ingin menceritakan kejadian sebenar kepada generasi muda yang hanya mengikuti peristiwa 13 Mei itu menerusi buku sejarah di sekolah supaya mereka lebih faham betapa pentingnya perpaduan kaum itu,”

“Apabila mempunyai hasil karya filem yang bagus, takkan kita nak sia-siakannya. Justeru pelbagai acara dan aktiviti bakal diadakan sempena bulan kemerdekaan pada Ogos depan selain sambutan Hari raya Aidilfitri yang akan mengganggu promosi filem tersebut. Sebab itu kita tidak mahu tergesa-gesa untuk menayangkannya,” jelasnya dengan panjang lebar.

Menelan kos RM4.8 juta, Tanda Putera dibarisi pelakon hebat Rusdi Ramli, Zizan Nin, Faezah Elai, Linda Hashim, Norman Hakim, Kavita Sidhu dan Riezman Khuzaimi. Filem ini diterbitkan Pesona Pictures Sdn Bhd dan Finas dengan kerjasama Multimedia Development Corporation (MDeC).

‘Raikan Ramadan’ di TV3

Bersesuaian dengan bulan yang mulia untuk menyucikan hati dan meningkatkan peribadi supaya kita sebagai hamba Allah SWT sentiasa muhasabah diri serta bersyukur dengan apa yang diberikan olehNya,  kali ini TV3 tampil dengan tema “Raikan Ramadan” yang diterapkan di dalam pelbagai rancangan berbentuk ilmiah, padat dengan teladan dan keinsafan untuk dikongsi bersama menerusi program majalah, dokumentari, drama serta hiburan.

Mentua VS Mentua ( 4 episod) – Setiap Ahad, 6.00 ptg– 6.30 ptg mulai 22 Julai

Sabri dan Hana, sepasang suami isteri yang tinggal di Kuala Lumpur ingin pulang ke kampung mereka seminggu sebelum mula berpuasa untuk menyambut bulan puasa dan hari raya di rumah ibubapa mereka. Kedua-dua keluarga tinggal bersebelahan dan hubungan ibu-ibu mereka, Mak Timah dan Mak Hasnah sangat rapat sehingga mereka mencetuskan perang dingin kerana enggan mengalah dan mahu Sabri dan Hana beraya di rumah masing-masing. Sudah 2 tahun Sabri dan Hana beraya di rumah sendiri. Akhirnya, Sabri mengambil keputusan untuk pulang ke kampung mereka. Dengan bantuan ahli keluarga yang lain, berjayakah Sabri dan Hana menyelesaikan kemelut antara Mak Timah dan Mak Hasnah pada tahun ini?

Pelakon: Iqram Dinzly. Liza Abdullah, Kaza, Ebby Yus, Maimunah Talib, Tengku Anis, Mimi Haris, Zoey Rahman

Akutiska Ramadan (4 episod) – Setiap Selasa, 11.00 mlm – 12.00 tghmlm, mulai 24 Julai

Bersama hos Ustaz Zhafran Zainuldin, Akustika Ramadan menyajikan hiburan santai secara akustik lagu lagu popular tanah air serta lagu ketuhanan yang dibawakan khas oleh Hafiz, Hujan, Al-Mawlid, Rabbani, Hazama, Monoloque, Tomok dan Altimet. Tidak lupa juga segmen ilmiah bersama dengan Ustaz Kazim Elias dan Prof. Izzi Hj. Ali membincangkan topik Ramadan. Gelak ketawa bersama Datuk Aziz Satar, Imuda & Sathia dan Kumpulan Osbon. Dimeriahkan lagi dengan kehadiran selebriti tanah air Nur Fathia, Neelofa, Diana Amir serta kapten pasukan Harimau Malaya Safiq Rahim.

Slot Samarinda: “7 Ramadan”( 13 episod) – Setiap Selasa & Rabu, jam 10.30 mlm – 11.00 mlm,

Setiap Khamis, jam 9.30 mlm – 10.00 mlm, mulai 19 Julai

Sufiah tinggal di kampung seorang diri dengan mengambil upah mengurut, membuat kuih dan sebagainya demi menyara kehidupannya dan anak angkatnya, Ramadhani yang amat disayangi. Ramadhani atau Dhani kini telah dewasa dan baru saja menamatkan pengajiannya di sebuah universiti. Hari yang ditunggu-tunggu kini tiba. Hari itu merupakan 7 Ramadan, hari konvokesyen Dhani dan juga ulang tahun arwah anaknya, Iqram yang meninggal dunia ketika berumur tiga bulan dalam sebuah sejarah hitam dalam hidupnya. Sufiah tidak akan lupa tarikh 7 Ramadan itu serta peristiwa anak mati akibat dicampak oleh suaminya, Mustaza yang kini berada di penjara. Dhani menegah Sufiah hadir ke majlis konvokesyennya kerana dia tidak mahu teman wanitanya, Anna mengetahui tentang ibunya. Demi mengambil hati ibu Anna, Datin Audrey yang mementingkan darjat, Dhani telah berbohong bahawa dia sebenarnya seorang anak orang kaya yang diabaikan oleh ibu bapa yang terlalu sibuk dengan urusan kerja. Dhani yang sudah bosan hidup dalam kemiskinan nekad untuk berubah hidupnya walaupun terpaksa melukai hati ibunya, Sufiah.

Pelakon: Elly Suriati, Fir Affandi, Ana Dahlia, Tania Zainal, Mustapha Kamal, Sherry Abdullah, Nabila Huda, Roy Azman

Pengarah & Penulis Skrip: Shahrulezad Mohamedin

Penerbit: Radius One Sdn. Bhd.

Singgah Sahur (8 episod)

Sabtu & Ahad, jam 12.35tghmlm, mulai 21 Julai 

Siaran ulangan pada Sabtu & Ahad, jam 5.30ptg mulai 22 Julai

Bersesuaian dengan konsep ”Tangan yang memberi lebih mulia dari tangan yang menerima”, program Singgah Sahur meneruskan kesinambungannya dengan mendekati kumpulan atau individu yang kurang bernasib baik dengan menyampaikan sedikit sumbangan dan seterusnya mengerjakan ibadah sunnah dengan menjamah hidangan sahur bersama mereka. Seperti tahun-tahun sebelum ini, sekali lagi barisan personaliti TV3 seperti Ally Iskandar, Nor Azzura Azizul Azman, Fiza Sabjahan, Nurul Syuhada, Teh Syuhada, Noorzahan Rashid, Zakiah Anas, Irin Putri, Nadia Shahrul, Mzul, Za’im Helmy, Hazrena Kassim, Zainal Ariffin, Hazlin Hussain dan Ahmad Noor Sulaiman bakal singgah ke serata Malaysia.

Bazaar Ramadan  (4 Episod) –  Setiap Ahad, jam 5.00 ptg – 5.30 ptg mulai 22 Julai

Sebuah program santai yang mencari juadah berbuka puasa di bazaar Ramadan. Bersama Fizo Omar untuk meninjau beberapa lokasi bazaar Ramadan di Pulau Pinang, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Kelantan untuk mengetahui keunikan dan juadah istimewa.

5 Rencah 5 Rasa Ramadan (4 Episod) – Setiap Isnin, jam 11.30 pg– 12.00 tghr mulai 23 Julai

Kali ini, 5 Rencah 5 Rasa Ramadan bertemakan kesihatan akan berkongsi resipi sewaktu bersahur dan juga berbuka puasa.untuk golongan yang mengalami masalah kesihatan seperti diabetis, kolestrol tinggi, obesiti dan kanser. Menu dan resipinya juga mengamalkan diet seimbang dengan menggunakan rencah yang bersesuaian dengan penyakit tersebut. Dihoskan oleh Sherson.

Jejak Rasul (13 Episod) –  Setiap Ahad hingga Jumaat, 6.30 ptg – 7.00 mlm, mulai 21 Julai

Tidak lengkap rasanya Ramadan tanpa program Jejak Rasul yang menjadi santapan rohani setiap kali menjelangnya bulan yang mulia ini. Jejak Rasul mula diperkenalkan pada tahun 1995 di TV3 merupakan program dokumentari berbentuk ilmiah yang popular di mana ia menjejaki peninggalan para Rasul dengan memaparkan peristiwa-peristiwa yang berlaku dalamkehidupan 25 Rasul. Jejak Rasul edisi 2012 membawa para penonton mengimbau kembali paparan menarik 17 musim yang lalu dimana kru produksi telah menjejaki kaki ke serata dunia dalam menyelami resam hidup, budaya, bahasa, makanan, kesenian dan sejarah umat Islam.

Kias Ramadan Musim Ke-2 (4 Episod) – Setiap Rabu, jam 11.00 mlm – 11.30 mlm, mulai 25 Julai

Mari memupuk kesedaran dalam mengumpul amalan sepanjang bulan Ramadan dengan berkongsi 12 dosa-dosa manusia yang biasa dilakukan sepanjang bulan mulia menerusi cerita ringkas (mini drama) yang dilakonkan oleh artis-artis tanahair.

Iktibar Musim Ke-2 (4 episod) – Setiap Rabu, 11.30 mlm – 12.00 tghmlm, mulai 25 Julai

Kembali dengan musim ke-2, Iktibar fokus kepada mereka yang terpesong daripada ajaran agama telah membuka hati untuk kembali ke jalan yang sebenar dan mendekati diri dengan Allah SWT.

Solusi (4 episod) – Setiap Sabtu, 6.00 ptg – 6.30 ptg, mulai 21 Julai

Program soal jawab  mengenai persoalan ibadah dalam kehidupan seharian. Bersama Ustaz Ahmad Husni Dato’ Hj Abd Rahman yang akan menjawab kemusykilan penonton secara interaktif dan santai supaya persoalan dan kemusykilan mudah difahami dan diamalkan.

Insaf (4 episod) – Setiap Khamis, 5.30 ptg – 6.00 ptg, mulai 26 Julai

INSAF, rancangan temubual yang dihoskan oleh Ustaz Mohd Erfino Johari mengangkat kisah benar kehidupan masa lampau empat individu dimana hidup mereka jauh dari pegangan agama. Penonton akan mendengar, memahami dan mempelajari kisah hidup mereka dengan emosi yang menyentuh jiwa. Antara topik-topik yang dipaparkan ialah Pusher, Benih Beracun, Bunga Khayal dan Hero Tapi Hancur. Mereka mencari sesuatu yang hilang iaitu Agama dan Tuhan. Bagaimana kesemua mereka kembali insaf dan menemui titik perubahan dalam kehidupan?

Bayar Tunai ( 4 episod) – Setiap Jumaat, 6.00 ptg – 6.30 ptg, mulai 27 Julai

Setiap perbuatan yang anda lakukan pasti ada balasannya. Kita harus sentiasa ingat bahawa musibah juga boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja dan balasan bukannya hanya di akhirat. Ikuti program majalah dokumentari ”Bayar Tunai” menampilkan kisah benar individu yang pernah menerima balasan akibat perbuatan dan tingkah laku mereka. Antara paparan episod yang menarik ialah ’Kaki Penipu’, ’Panas Baran’, ’Gadis Cyber’ dan ’Dalam Hati Ada Noda’.

Kalamullah – versi 30 min setiap hari, jam 6.00pg mulai 21 Julai

Versi 5 minit setiap hari jam 8.55pg & Isnin – Khamis jam 2.55 ptg

Bacaan surah berserta tafsirnya oleh wakil pelajar hafazan sekolah-sekolah Tahfiz dari serata Malaysia yang membaca dengan bertarannum. Setiap episod dengan bacaan surah terpilih membawa konsep ’kisah dan tauladan’ yang boleh dijadikan pengajaran.

Madrasah (4 episod) – Setiap Selasa, 6.00 ptg – 6.30 ptg, mulai 24 Julai

Ikuti pengembaraan Ahmad Fedtri Yahya dalam mencungkil keunikan setiap Madrasah yang telah melahirkan bakat-bakat dan generasi baru yang berjasa. Madrasah di Sabah, Kedah, Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Selangor menjadi pilihan untuk dipaparkan dalam empat episod. Penonton bakal mengenali kisah seorang paderi yang kini bergelar al hafiz, kisah warga China yang mengajar Quran di Putrajaya, kisah hartawan yang mendermakan begitu banyak harta untuk menguruskan madrasah serta pelbagai lagi kisah yang menyuntik inspirasi serta mampu memberi perspektif baru kepada institusi madrasah.

Qari Junior (20 episod) – Setiap Isnin hingga Jumaat, 9.00 pg – 10.00 pg, mulai 23 Julai

Buat pertama kalinya bersempena kehadiran Ramadhan, TV3 bakal tampil dengan sebuah program realiti terbaru berbentuk keagamaan untuk kanak-kanak, iaitu ‘QARI JUNIOR’. Dihoskan oleh Ustaz Zhafran Zainuldin,program ini akan mencungkil dan menggilap bakat kanak-kanak berusia 7-12 tahun dalam mengalunkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dan sekaligus dapat menarik minat penonton untuk mendekatkan diri dengan Al-Quran.

CEREKARAMA RAMADAN: Lorong Cahaya, 21 Julai, 10.00 mlm – 12.00 tghmlm

Nuh seorang peniaga tapai yang berjaya. Walaupun kaya, hidup Nuh sunyi kerana selalu gagal dalam percintaan.  Dia ingin mencari pasangan hidup lalu pergi menemui Tok Leh seorang guru agama yang disegani ramai. Tok Leh menjadi terkenal kerana sering berjaya mengubati penyakit rohaniah yang pelik-pelik. Tok Leh mempunyai seorang cucu perempuan bernama Adawiyah. Dalam perjalanan ke rumah Tok Leh, Nuh menumpangkan Amin seorang pelukis yang sedang mencari ilham. Nuh mengajak Amin turut serta berubat di rumah Tok Leh. Adawiyah ingin mencuba caranya tersendiri dalam mencari jodoh. Dia ingin menjadi seperti ‘Siti Muslihat’ moden. Dia sengaja menyamar jadi hodoh. Bagi Adawiyah, dia mahu bakal suaminya menerimanya dalam keadaan dirinya yang tidak seberapa. Siapakah antara mereka yang berjaya harungi rintangan di kediaman Tok Leh dan terpedaya dengan muslihat Adawiyah?

Pelakon: Shah Iskandar, Aidil Aziz, Fathil Dani,Zuhairi Ibrahim, Miera Liyana

Penulis Skrip: Mahizan Hussein

Pengarah: Amy Maziah             

Penerbit: Global Station Sdn Bhd

CEREKARAMA RAMADAN: Maafkan Aku, 28 Julai, 10.00 mlm – 12.00 tghmlm

Seluruh warga Madrasah Murafah riuh rendah apabila Firdaus Hazadi ditangkap atas tuduhan menjadi pencuri. Walaupun ada kemungkinan Firdaus dianiayai rakan sebiliknya, Zarul, dia telah dihukum tanpa usul periksa. Pakaian Firdaus telah ditanggalkan, diikat dan dipukul dengan cemeti sebelum dibuang dari Madrasah Murafah. Ahli keluarganya juga tidak mempercayainya kecuali adiknya, Amani. Kecewa dengan tindakan ahli keluarganya, Firdaus bertindak meninggalkan rumah untuk mencari ketenangan. Akibat tertekan, Firdaus terjebak dengan kegiatan mencuri dompet. Satu hari, Firdaus telah mencuri beg kepunyaan Marya. Alangkah terkejutnya apabila gambar sahabatnya, Zahrul ada dalam isi dompet tersebut. Rupa-rupanya Marya Khuraisha merupakan teman wanita Zahrul sedangkan Zahrul sudah bertunang dengan Natasya. Dendamnya terhadap Zahrul belum terbalas. Akhirnya Firdaus nekad ke rumah Marya di Villa Amrila berdasarkan alamat yang terdapat dalam dompet yang dicurinya. Insiden silap nombor rumah telah membawa Firdaus berjumpa dengan Haji Habsyi yang sangkakan Firdaus ialah ustaz yang datang untuk mengajar cucunya. Apakah yang akan berlaku seterusnya?

Pelakon: Syazwan Zulkifly, Zahiril Adzim, Datuk Rahim Razali, Rosnah Johari, Nora Danish, Hisham Ahmad Tajuddin, Maisarra Syahirah

Pengarah: Raja Ahmad Alauddin

Penerbit: Primeworks Studios

CEREKARAMA RAMADAN: Jidin Puasa Lagi, 4 Ogos, 10.00 mlm – 12.00 tghmlm

Kedatangan Ramadan sering kali menerbitkan rasa gembira kepada Jidin yang berusia 10 tahun dan ahli keluarganya termasuk ibu, kakak dan abangnya. Mereka sekeluarga menganggap bulan Ramadan sebagai bulan yang penuh dengan keuntungan dan kemewahan. Bagi Jidin, dia mempunyai tiga sebab mengapa dia menantikan Ramadan. Pertama, Jidin akan mendapat upah RM 5 setiap kali dia dapat menghabiskan puasanya. Kedua, dia dapat menikmati juadah yang disukai untuk berbuka puasa. Ketiga, dia pastinya akan mendapat baju dan kasut raya. Bahkan, Jidin turut menyediakan pelan ‘B’ jika dia tidak dapat menghabiskan puasa. Satu hari, Jidin telah ditangkap oleh Pak Ali, tukang sapu sekolahnya kerana mencuri makanan di belakang stor sekolah. Jidin merayu kepada Pak Ali supaya tidak memberitahu ibunya dan sedia menjalani hukuman dimana dia akan datang awal pagi untuk membantu Pak Ali menyapu sampah sebelum kelas bermula.  Sejak itu, Jidin dan Pak Ali menjadi rapat. Jidin banyak mempelajari perkara tentang hikmah bulan Ramadan daripada Pak Ali. Jidin mula berubah dan berdakwah secara halus memujuk ahli keluarganya untuk mengejarkan solat tawarih di surau setiap malam. Berjayakah Jidin?

Pelakon: Ahmad Daniel, Fazlina Dato’ Ahmad Daud, Syera Ayob, Izzue Islam, Harun Salim Bachik

Pengarah: Azma Rizal Yusof

Penulis Skrip: Shida Zali

Penerbit: Radius One Sdn. Bhd

CEREKARAMA RAMADAN: Pengawal Hatiku, 11 Ogos, 10.00 mlm– 12.00 tghmlm

Liza teruja untuk bekerja di ibu kota apabila kawan baiknya, Nita berjaya mendapatkan pekerjaan untuknya. Bapa Liza, Pak Dollah pada awalnya berat hati ingin membenarkan Liza berjauhan dengannya. Namun setelah dipujuk oleh Liza dan kasihan terhadapnya Pak Dollah akhirnya bersetuju. Harapan Liza meleset setelah diberitahu oleh Nita yang dia akan bekerja sebagai pengawal keselamatan. Liza terpaksa bersetuju kerana malu mahu pulang ke kampung. Sebenarnya Nita mempunyai strategi kerana sudah 3 tahun dia tidak dapat pulang berhari raya. Kali ini dia akan meminta Liza bertugas supaya dia dapat bercuti. Liza terpaksa akur dan ditugaskan untuk mengawal sebuah banglo milik ahli perniagaan sehari sebelum raya sehingga raya ketiga. Malam raya itu Liza meraung kesedihan ketika berbual dengan ayahnya. Tiba-tiba Liza terdengar bunyi yang mencurigakan dan mendapati ada dua orang perompak pecah masuk. Apakah yang akan berlaku seterusnya?

Pelakon: Tasha Shilla, Noorkhiriah, Shahrizal Jaszle, Dato’ Rahim Razali, Zain Saidin, Fahrin Ahmad, Hairi Safwan

Pengarah: Murali Abdullah

Penulis Skrip: Wan Mahani Wan Hassan

Perbalahan Cinta Diantara Ibu Dan Anak Di ‘Citra Juwita’

Slot Aurora di TV9 berterusan dengan drama bersiri terbaru bertajuk Citra Juwita yang menggantikan Friday I’m In Love pada setiap hari Khamis jam 8.30 malam. Citra Juwita akan menggandingkan pelakon lama dan baru iaitu Eyka Farhana, Jasmin Hamid, Azhar Sulaiman, Addy Ashraf, Shahrol Nizam dan Azuan Mazlan untuk menghidupkan watak-wataknya.

Drama Citra Juwita akan bermula pada 26 Julai ini pada setiap hari Khamis jam 8.30 malam hanya melalui slot Aurora, eksklusif di TV9 (Saluran 119).

Sinopsis

Kisah bermula apabila Citra (Jasmin Hamid) yang datang dari keluarga kaya-raya jatuh cinta dengan Ehsan (Azhar Sulaiman), seorang pemain bola sepak negara. Ibu bapa Citra telah membuangnya dari keluarga setelah mengetahui tentang perhubungan mereka. Bermulalah hidup Citra dengan Ehsan tanpa wang yang melimpah-ruah sebagaimana dia dapati ketika hidup bersama ibu bapanya.

Walaupun disekat kemewahan, mereka tetap gembira apabila dikurniakan seorang cahaya mata yang diberi nama Juwita (Eyka Farhana). Namun, kegembiraan mereka haya seketika, apabila Citra dan Ehsan membuat keputusan untuk bercerai ketika Juwita berumur 5 tahun. Juwita yang masih kecil ketika itu menyatakan hasratnya untuk tinggal bersama bapanya dan oleh kerana kecewa dengan keputusan anaknya, Citra telah membawa diri dan tidak mahu menghubungi anak dan bekas suaminya itu lagi.

Hari berganti hari dan kini Juwita sudah pun berumur 23 tahun. Sepanjang hidup Juwita, dia amat rapat dengan Wira (Shahrol Nizam), kawan baik kepada bapanya. Wira mempunyai seorang anak lelaki, Ilham (Addy Ashraf) yang amat mengambil berat tentang hidup Juwita. Dalam diam, Ilham memang mempunyai perasaan terhadap Juwita tetapi terpaksa memendamnya kerana Juwita sudah pun mempunyai teman lelaki bernama Arjuna (Azuan Mazlan).

Tidak lama kemudian, Ehsan jatuh sakit dan sebelum nafas terakhirnya, dia meminta Juwita berjanji untuk mencari dan tinggal bersama ibunya, Citra. Walaupun berat hati, Juwita tetap nekad untuk mengotakan janjinya kepada bapa tersayang. Setelah begitu lama berjauhan, kini Citra dan Juwita disatukan semula.

Gaya hidup Citra dan Juwita telah membuatkan mereka sukar untuk hidup bersama tetapi kerana janji kepada Ehsan, mereka mencuba sedaya upaya untuk berbaik semula. Hidup menjadi semakin sukar apabila Juwita mula mempunyai perasaan terhadap Ilham, dan pada masa yang sama, Citra juga sudah jatuh cinta dengan Wira!

Suatu ketika dahulu, Citra telah melukakan hati Juwita apabila dia melangkah pergi dari hidup anaknya itu. Adakah Juwita sekali lagi akan terluka dengan perhubungan cinta di antara Citra dan Wira? Atau apakah Juwita akan mengorbankan cintanya semata-mata untuk kebahagiaan ibunya?

Shout! Awards Pada 24 November 2012 Di Surf Beach,Sunway Lagoon

Acara anugerah hiburan paling hip di Malaysia kini kembali menggegarkan anda! Memasuki tahun ketiga,Shout! Awards memberikan pengiktirafan dan menghargai bakat dan kreativiti yang telah menggegarkan industri hiburan tanah air.Bertemakan ‘Edge of Awesomeness’, menarik, anugerah cetusan saluran 8TV ni melebarkan sayap ke medium online dengan melancarkan akaun Twitter rasmi @TheShoutAwards dan hash tag rasmi #shoutawards.

Selain tidak hanya mengekalkan sebanyak 18 kategori malah telah diperkenalkan dua anugerah baru menerusi media sosial iaitu Wired Celebrity Award dan Shout! Aloud Award.Wired Celebrity Award merupakan pengiktirafan yang akan diberikan kepada artis juga selebriti tempatan yang aktif dan paling memberi impak dan inspirasi kepada peminat menerusi laman sosial Twitter.

Manakala Shout Aloud Award bakal menghargai individu yang telah menghasilkan V-long paling kreatif bukan saja bertemakan hiburan tetapi isu semasa, talkshow dan sebagainya.Seperti tahun-tahun sebelumnya selain persembahan dari barisan artis hebat tempatan, Shout! Awards turut dimeriahkan dengan persembahan artis luarnegara sepertimana Sean Kingston (2009) dan Iyaz (2010).

Ditanya siapakah artis antarabangsa yang bakal ditampilkan kali ini, Airin menjawab,”Kami menerima banyak permintaan yang mahukan artis antaranya Adele, Taylor Swift, David Gueta, Coldplay, One Direction serta tidak kurang artis Kpop yang kini menjadi trend dan kegilaan ramai. Tapi buat masa sekarang kami belum boleh putuskan siapa lagi kerana segalanya masih dalam perbincangan,” “Tapi rasanya untuk menampilkan artis yang pernah memenangi Grammy mungkin agak sukar kerana banyak faktor yang perlu diambil kira. Bagaimanapun kita akan tampilkan nama besar dan akan diumunkan pada sidang media akan datang.”

Selain itu, seperkara lagi yang menarik ialah lokasi bakal berlangsungnya acara yang dinanti-nanti ini akan diadakan di taman tema Surf Beach, Sunway Lagoon pada Sabtu 24 November 2012 jam 8.30 malam eksklusif menerusi saluran hip 8TV.

“Memandang stadium Putra Bukit Jalil sedang dalam proses baik-pulih, kita memilih Surf Beach sebagai lokasi acara. Ini kerana ia sebuah lokasi yang cantik dan tentunya akan memberikan panorama menarik untuk ditonton di dalam TV. ujar Sunil Kumar Raghupathy selaku produser eksekutif Shout Awards 2012.

“Dengan lokasi kali ini, sangat sesuai dengn konsep dan tema acara kali ini iaitu ‘Edge of Awesomeness’. Tentunya suasananya lebih santai dan pasti meriah kerana kali ini kita akan cipta sebuah acara ala ‘konsert parti’,” tambah Airin pula.

Borang penyertaan boleh dihantar dari 17 Julai hingga 7 September 2012, jam 4 petang. Panel juri akan memilih dan menyenarai pendek peserta Top 5 dalam setiap kategori anugerah. Apabila calon-calon Top 5 diumumkan kelak, penonton diberi penghargaan untuk memilih calon kegemaran mereka.

Shout! Awards 2012 mempertandingkan 18 anugerah mengikut empat kategori utama:

Music: – Rockstar Award, Popstar Award, Power Vocal Award, Flava Award, Break Out Award (Best New Act) dan Music Video Award

TV & Film: – Best On Screen Chemistry Award, Fresh TV Series Award, Breakthrough Local Feature Award, Favourite TV Program Award dan Favourite TV Personality Award

Radio: – Coolest Radio Announcer Award dan Favourite Radio Show Award

Works: – Hot Chick Award dan Hot Guy Award

Social Media: – Wired Celebrity Award dan Shout! Aloud AwardThe Ultimate Shout! Award

Aston Martin Kini Di Malaysia

Mr Andy Gawthorpe, Dr Matthew Bennett and Mr Nazrul with ASTON MARTIN DBS

Sebagai sebahagian daripada pengembangan berterusan di Asia, Aston Martin rasmi melancarkan bilik pameran pertama di Jalan 219, Petaling Jaya.Aston Martin Kuala Lumpur telah melabur lebih RM8 juta dalam bilik pameran 480 meter persegi, terletak di tengah-tengah Petaling Jaya, yang merupakan pusat jualan mewah automotif di Kuala Lumpur. Kemudahan itu akan menggabungkan semua aspek persekitaran mewah runcit Aston Martin dengan keupayaan perkhidmatan penuh, dan berkembang kereta sport akan menempatkan Aston Martin talian.

Antara tetamu yang hadir pada majlis pelancaran Mr Ray Kyles, Pemangku Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia, Encik Andy Gawthorpe, Pengarah Jualan Global Aston Martin UK, Dr Matthew Bennett, Pengarah Serantau untuk Aston Martin Asia Pasifik, Dato ‘Robin Tan, Pengerusi dan ketua Pegawai Eksekutif Berjaya Corporation Berhad, dan En. Nazrul Mohtar, Pengarah Eksekutif Jelita seleksi Sdn Bhd. Jelita seleksi Sdn Bhd adalah pengimport francais rasmi dan peniaga kereta Aston Martin di Malaysia.

Aston Martin model yang kini terdapat di Malaysia ialah:

  • DBS
  • Rapide
  • V12 Vantage
  • V8 Vantage
  • Vanquish  – available from 1Q 2013

Maroon 5 Live In Malaysia Pada 20 September 2012

Sebut sahaja lagu-lagu seperti She Will Be Loved, This Love dan Moves Like Jagger, pasti anda terbayangkan betapa seksinya vokalis Maroon 5, Adam Levine mengalunkan kesemua lagu tersebut. Bersempena promosi album terbaru mereka, Overexposed, pada September ini, atas nama Maroon 5 Live In Malaysia, band Pop Rock band dari Los Angeles, California ni kembali ke Malaysia bagi menjayakan konsert jelajah Asia mereka di sini.

Dijadualkan berlangsung pada 20 September 2012 bertempat di Stadium Shah Alam, konsert ni dibawakan secara eksklusif oleh peneraju perkhidmatan Internet mudah alih 4G paling pantas di Malaysia, YES.Vokalis Adam Levine bersama-sama pemain gitar James Valentine, pemain bass Mickey Madden, pemain drum Matt Flynn dan pemain keyboard PJ Morton bakal menghiburkan penonton dalam konsert selama 2 jam.

Persembahan juga bakal diserikan dengan kehadiran The Cab, kumpulan dari Amerika Syarikat yang turut menyertai jelajah promosi program realiti The Voice di sana .

Melihat kepada populariti serta pengaruh muzik yang dibawa Maroon 5, YES percaya yang interpretasi muzik kumpulan ini mampu menghiburkan penonton. Tiket-tiket berharga RM 198, RM 298, RM 358 dan RM 488 boleh dibeli melalui laman sesawang, www.ticketPro.com.

Selain dari itu, YES turut menghargai pelanggannya yang bertuah. Buat yang sudah melanggan pelan pascabayar dan prabayar YES RM 300, 1 tiket percuma akan diberikan. Tiket percuma di bawah YES Zone ini bernilai RM 298. YES Zone menyaksikan pemegang tiket di zon ini ditempatkan berhadapan dengan pentas utama.

Buat pelanggan baru , tiket percuma juga akan diberikan menerusi langganan pelan Zoom, Huddle dan Huddle XS. Malumat lanjut berkenaan tawaran ini boleh anda dapati dengan melayari laman sesawang YES sendiri iaitu www.YES.my ataupun www.facebook.com/yes4G.

‘BUNK NOT DEAD’ Lahir Setelah 2 Tahun Bunkface Bertapa

‘BUNK NOT DEAD’ lahir setelah 2 tahun Bunkface bertapa. Terdapat 13 buah lagu didalam album ini yang mana 5 lagu berbahasa melayu dan 8 lagu berbahasa inggeris. Album ini dihasilkan oleh Bunkface Production Sdn Bhd dan diedarkan oleh Warner Music Malaysia.

Untuk lagu Panik proses rakamannya dilakukan sepenuhnya di Jakarta,Indonesia dan menelan belanja RM16,000.00 untuk satu lagu sahaja. Untuk lagu yang selebihnya rakaman dibuat di Iseek Music Studio di Kota Damansara.

Lagu-Lagu ~

1.More

2.Bunk Not Dead

3.Hollywood Just Died!

4.Agenda Jahilliah

5.Panik

6.Jatuh

7.Kita Perang Kita Menang

8.Supernova

9.In Another Life

10.Wont Let You Go

11.The Mr. DJ Took It Away

12.Better Off This Way

13.The Insider