SO Staff

“Cuci The Musical Last Kopek” ~ Masih Mencuit Hati Walaupun Kali Ketiga Dipentaskan

“Cuci The Musical Last Kopek” masih lagi mengekal 4 pelakon untuk watak pertama iaitu Afdlin Sauki, Hans Isaac, Nabil dan Awie. Terdapat 3 pelakon baru iaitu Dina, Harun Salim Bachik serta Douglas Lim. Vanidah Imran dan Reefa masih lagi kekal dari musim pertama.

Ia dibawa khas oleh Tall Order Production.Kali ini, Cuci The Musical (CTM) akan dipentaskan buat kali yang ketiga di Istana Budaya pada 2 hingga 18 Mac 2012 kelak.

Tiket-tiket sudah mulai dijual di www.ticket2u.biz dan boleh dapatkan terus di kaunter tiket IB dengan variasi harga RM 53, RM 123, RM 163, RM 183, RM 203, dan RM 303. Anda juga boleh hubungi talian Hotline di 010-2102656. Jangan lepaskan peluang untuk menonton Cuci The Musical Last Kopek kerana ia menjanjikan sedikit kelainan dari segi watak dan lawak…

[nggallery id=47]

Waktu PERDANA ntv7 Padat Dengan Aksi

THE CAPE

Setiap Selasa, jam 8.30 malam

Drama bersiri mengenai seorang lagi adiwira ini bermula apabila seorang detektif jujur bernama Vince Faraday (lakonan David Lyons) meninggalkan jabatan polis setelah menyaksikan ketua polis baru dibunuh oleh individu misteri yang dikenali dengan nama “Chess” di sebuah bandar rekaan yang dinamakan Palm City, California. Faraday kemudiannya mendapat tawaran kerja untuk menyertai sebuah firma keselamatan swasta, ARK yang dimiliki dan diuruskan seorang usahawan kaya raya, Peter Fleming (lakonan James Frain). ARK mengemukakan petisyen di bandar itu untuk menswastakan jabatan polis dan sebarang operasi keselamatan awam.

Kehadiran sebuah emel dari seorang blogger penyiasat yang hanya dikenali sebagai “Orwell” membawa Faraday dan rakannya, Marty Voyt (lakonan Dorian Missick) ke sebuah kargo kereta api yang dimiliki firma Fleming. Mereka mendapati bahawa kargo itu menyeludup bahan letupan menggunakan alat permainan. Malangnya, Voyt mengkhianati Faraday dan telah membawanya kepada Chess, iaitu Ketua Eksekutif Operasi ARK. Fleming kemudiannya menganiaya Faraday di atas kematian seorang ketua polis dan menghantar pasukan keselamatannya untuk menangkap Faraday yang dapat dilihat melalui saluran berita yang berakhir dengan sebuah letupan tangki.

Bandar itu menganggap Faraday merupakan Chess yang musnah di dalam letupan itu. Begitu juga dengan keluarganya sendiri. Faraday sebenarnya diseksa namun kemudiannya diterima masuk oleh sebuah “Karnival Jenayah”, iaitu sebuah sarkas yang mengembara untuk merompak bank. Ketua gelanggang mereka, Max Malini (lakonan Keith David), melatih Faraday menggunakan mantel pelindung untuk menentang musuh-musuhnya. Max meyakinkan Faraday untuk tidak mendedahkan identitinya kerana ia bakal membahayakan isteri dan anaknya. Dia kemudiannya nekad untuk melawan segala individu korup dalam membersihkan semula nama baiknya dengan menggunakan identity adiwira komik kesukaan anak lelakinya, The Cape. Saksikan siri menarik dalam mencari keadilan ini di ntv7, setiap Selasa jam 8.30 malam.

MINUTE TO WIN IT

Setiap Jumaat, 8.30 malam

Hanya 60 saat di tangan anda dengan taruhan satu juta. Dapatkah anda lakukannya? Ya, anda hanya seminit untuk memenanginya!

Rancangan ini memaparkan rakyat Amerika yang akan bersaing dalam cabaran selama 60 saat menggunakan objek seisi rumah untuk hadiah lumayan bernilai satu juta. Peserta akan diperlihatkan cetakan biru buat pusingan pertama dan harus melengkapkan permainan itu dalam masa 60 saat untuk memenangi $ 1,000 untuk meneruskan ke peringkat permainan yang seterusnya. Setelah selesai menamatkan permainan itu, peserta boleh pulang dengan membawa hadiah itu sebelum diperlihatkan sekali lagi cetakan biru untuk permainan yang seterusnya.

Tahap permainan akan semakin mencabar sedikit demi sedikit sepanjang episod rancangan itu. Jika masa tamat atau syarat permainan itu tidak dapat dipenuhi, peserta akan hilang “nyawa”. Jika peserta hilang ketiga-tiga nyawa mereka maka berakhirlah permainan itu dan nilai kemenangan mereka akan jatuh kepada nilai akhir yang mereka perolehi.

Adakah anda rasa anda mampu melakukannya lebih baik daripada peserta-peserta ini nanti? Jangann lupa untuk menonton rancangan Minute To Win It setiap hari Jumaat, jam 8.30 malam hanya di ntv7. Rancangan ini dihoskan oleh seorang cef dan personaliti TV, Guy Fieri.

TOP CHEF: JUST DESSERTS

Every Saturday at 8.30 p.m.

Penuh dengan resepi dan kisah menarik, rancangan realiti sepanjang 10 episod ini memerlukan 14 orang pesertanya melalui dua buah cabaran iaitu ujian ‘Quickfire’ dan pusingan penyingkiran Dalam ujian yang diberikan, para peserta bakal diuji dalam asas masakan dan kemudiannya kreativiti dan hasil manisan mereka bakal menjadi penentu dalam pusingan penyingkiran. Apa yang menariknya ialah mereka juga terpaksa menggunakan ramuan pelik, eksotik dan adakalanya terpaksa bekerja sebagai penyedia makanan dalam sebuah acara sebenar.

Top Chef Just Desserts akan dihoskan si jelita Gail Simmons yang juga pakar kulinari dan seorang penulis berkaitan makanan yang turut dibantu oleh oleh barisan juri pakar. Dalam mencari juara chef dalam cabaran realiti ini, Johnny luzzini, seorang ketua chef pastri di restoran terkemuka Jean-Georges, Hubert Keller yang merupakan pemilik restoran dan finalis bagi Top Chef Masters dan Dannielle Kyrillos, editor di DailyCandy bakal mengadili segala usaha peserta sama ada layak atau tidak. Berlatarbelakangkan bidang masakan dan kepakaran merasa, ternyata para jurinya tidak akan memberi laluan mudah buat mereka.

Dalam setiap episod, para pesertanya akan berhadapan dengan pelbagai cabaran yang diberikan antaranya menghasilkan pencuci mulut untuk mendapatkan dana buat kelab ‘glee’, menghasilkan ciptaan fesyen yang boleh dimakan untuk minggu fesyen di Los Angeles, serta perlu menghasilkan hidangan mengikut tema yang telah ditetapkan juri.

Siapakah yang bakal dinobatkan sebagai ‘top chef’? Tonton Top Chef: Just Desserts yang bersiaran sejak awal Februari ini setiap hari Sabtu jam 8.30 malam hanya di Saluran Ceria Anda, ntv7. Nantikan resepi-resepi hidangan pencuci mulut yang pastinya membuka selera, memberi inspirasi dan penuh dengan aksi drama.

JURASSIC FIGHT CLUB

Setiap Sabtu, 8.30 malam

Penuh dengan penemuan saintifik dan hasil tinggalan pra sejarah hebat, siri Jurassic Fight Club membawa anda ke dalam dunia sejarah menarik hasil penyelidikan bertahun-tahun lamanya. Lihat sendiri makhluk gergasi setinggi bangunan tujuh tingkat namun tetap cilik dalam menangkap  mangsanya. Penonton akan teruja dengan medan pertarungan makhluk gergasi ini yang pernah mendiami bumi ini lapan juta tahun dahulu.

Faktor suhu, bentuk muka bumi, dan naluri terhadap kekuatan dan kelemahan lawan makluk iniamat memainkan peranan dalam bagaimana mereka bertindak dan memburu mangsa. Dewasa ni, pakar penyelidik akan mendedahkan apakah sebenarnya yang berlaku pada zaman terdahulu mengenai cara hidup haiwan gergasi unik ini. Setiap episod bakal mendedahkan pelbagai sisi makhluk ini dan ternyata pelbagai perkara kompleks akan dikongsi bersama.

Selangkah ke alam penuh tanda tanya setiap hari Ahad, jam 8.30 malam hanya di ntv7. Saksikan sendiri mereka menunjukkan belang mereka sebagai pemangsa.

“Adnan Sempit 2” – Lebih Mencuit Hati

Fenomena Adnan Sempit kembali menggegarkan industri perfileman tempatan 23 Februari ini. Kejayaan dan sambutan yang luar biasa pada tahun 2010 menjadikan filem ini mempunyai tarikan yang tersendiri. Adnan Sempit 2 menjadi filem pembukaan ke-2 terbesar dengan 98 salinan dikeluarkan untuk tayangan di seluruh negara termasuk Singapura dan Brunei selepas Kongsi dengan 100 salinan. Atas sokongan dari pelbagai pihak, Metrowealth (MIG) tampil untuk menerbitkan sekuel, Adnan Sempit 2. Filem ke-56 terbitan MIG ini dilihat mampu menarik lebih ramai penonton ke pawagam dan mengulangi kejayaan yang diraih Adnan Sempit.

Lakonan Shaheizy Sam, Intan Ladyana, Yana Samsudin, Along Cham dan Angah Raja Lawak dalam Adnan Sempit 2 bakal memberi kelucuan yang tidak terhingga kepada penonton. Begitu juga dengan kehadiran pelakon-pelakon berpengalaman seperti Datuk Ahmad Tamimi Siregar dan Aznah Hamid, sekuel kali ini pastinya menjanjikan yang terbaik. Buat pertama kalinya juga, watak baru diperkenalkan yang dilakonkan oleh Syuk Balas dan ini menguatkan lagi jalan cerita Adnan Sempit 2. Menjadikan Kuala Lumpur yang berlatarbelakangkan kehidupan di kota metropolitan sebagai lokasi utama untuk penggambaran filem ini.

Sinopsis

Setelah berjaya memiliki hati Nadia (Intan Ladyana), kini Adnan (Shaheizy Sam) masih belum berjaya memiliki hati ayah Nadia iaitu Datuk Ithnin (Datuk Ahmad Tamimi Siregar) kerana hubungan mereka masih tidak direstui. Adnan berhadapan dengan ujian lebih besar di mana Datuk Ithnin meletakkan syarat kepada Adnan supaya Adnan fasih bertutur dalam Bahasa Inggeris dan mengubah penampilan dirinya menjadi seorang korporat dalam masa 30 hari.

Adnan yang mengalami masalah untuk mengubah penampilannya meminta bantuan rakannya Bobby (Along Cham) untuk menjadi perunding imej dan akhirnya Bobby mengeluarkan idea-idea untuk membantu Adnan dalam mengubah imej dan bertutur dalam Bahasa Inggeris. Dalam pada masa yang sama, hubungan di antara Bobby dan Wawa (Yana Samsudin) juga mengalami kesukaran di mana Wawa mula merasa bosan kerana Bobby tidak pernah berubah dan tidak berusaha untuk berjaya demi masa hadapan.

Bagi menggagalkan usaha Adnan untuk berubah, Datuk Ithnin telah menghantar Fendi (Syuk Balas), sepupu kepada Nadia untuk menggoda Adnan dan perkara ini telah membuat Nadia merasa sangsi dengan kejantanan Adnan.

Adakah Adnan dan Nadia akan bersatu? Mampukah Wawa dan Bobby mempertahankan cinta mereka? Adakah Adnan mampu menyahut cabaran yang diberikan oleh Datuk Ithnin? Semuanya akan terjawab dalam filem Adnan Sempit 2 yang telah ditayangkan pada 23 Februari ini.

[nggallery id=46]

“Evanescene Live In KL” ~ Persembahan Bertenaga Hiburkan 3,000 Peminat

Seperti yang dijangkakan, persembahan pentas dari Evanescene memang tidak menghampakan. Ini dapat dibuktikan dengan jeritan peminat dari awal hingga akhir konsert. Pada konsert ini, hampir 3,000 peminat membanjiri KL Live. Ada yang sanggup menunggu dan beratur dari jam 4 petang lagi walaupun pintu hanya dibuka pada jam 7.00 petang.

Lagu “What You Want” menjadi pembuka tirai dan diakhiri oleh “My Immortal”. Lagu “What You What” merupakan lagu hit untuk album mereka yang terbaru berjudul “Evanescene” yang telah mula berada di pasaran pada Oktober 2011.Antara lagu-lagu yang dinyanyikan ialah “Bring Me To Life”,”Call Me When You’re Sober”, “Sick”, “Lithium” dan banyak lagi.

Konsert ini dibawa khas oleh JS Concert Productions dan Warner Music.

Berikut adalah photo semasa konsert dan sidang media petang tadi yang diadakan di KL Hilton.

* Photo credit to JS Concert Productions & Youtube to FatinChocolateCats &  nettoboy3972

[nggallery id=45]

Teater “Gerimis Mengundang” ~ ‎”Benarkah Cinta… Hingga Ke Penghujungnya…?”

Pementasan teater “Gerimis Mengundang” melakar sejarah tersendiri apabila buat julung kalinya,mengandingkan dua pelakon popular iaitu Kamal Adli dan Mikha Tambayong yang akan bermula pada 27 Mac ini di Istana Budaya. Ia adalah kolabrasi di antara Erama Creative,Excellent Pictures dan Global Networks.

Teater Gerimis Mengundang,di inspirasikan oleh sebuah filem dengan judul yang sama terbitan Erama Creative yang akan ditayangkan pada pertengahan 2012.Untuk pementasan teater juga filem, adalah berdasarkan lagu Gerimis Mengundang yang cukup popular,bukan sahaja di Malaysia,juga Indonesia, dengan dinyanyikan lebih dari 10 dialek berbeza.

Teater ini juga adalah prekuel yang mana pengakhirannya adalah filem Gerimis Mengundang. Oleh itu, wajib menonton teater dan filem supaya mengetahui keseluruhannya.Tiket-tiket berharga RM35, RM55, RM75, RM105, RM155 dan RM305 boleh didapati di laman web www.ticket2u.biz dan juga di kaunter Istana Budaya.Untuk makluman terkini dan berkaitan,peminat boleh melayari www.facebook.com/CeriteraCintaGerimisMengundang atau di twitter @ExcellentPic_My.

“THIS MEANS WAR” ~ Menangi x10 Pas Berkembar & Poster

Pengarah : McG

Pelakon : Chris Pine, Tom Hardy, Reese Whitherspoon

Bayangkan kalau James Bonds ada dua orang dan kedua-dua mereka ni sudah semestinya agen perisik yang cekap… okay susah nak bayangkan. Macam nilah, bayangkan apa akan jadi kalau ada dua lelaki ni, mereka kawan baik. Mereka jugak adalah rakan sekerja. Atau senang cakap, mereka agen CIA sebenarnya. Mereka jatuh cinta pada seorang wanita, Lauren (Reese Whitherspoon) yang sama. Apa akan jadi kalau dua-dua agen ni menggunakan kemahiran serta kepakaran mereka dan mula merisik satu sama lain. Dan agak-agaknya apa akan jadi bila keduanya menggunakan teknologi serta gadjet canggih dan mula menandingi antara satu sama lain demi menambat hati wanita tersebut. Sah! Haru biru keadaan jadinya.

Filem romantik-komedi yang sarat dengan gelagat  serius, lucu dan ‘luar imiginasi’ FDR Foster(Chris Pine) dan Tuck (Tom Hardy) ‘bertanding’, pikat hati Lauren dengan cara dan gaya yang kononya sangat gentleman. Giler gentle diorang ni!  Tapi sudahnya, agak-agak siapa yang Lauren akan pilih? Well, best man win.

Jawab soalan-soalan di bawah:

x5 Hadiah Utama : Pas Tayangan Berkembar + Poster

x5 Hadiah Kedua : Pas Tayangan Berkembar

Soalan 1 :  Siapakah yang memegang watak Lauren?

Soalan 2 : Foster dan Tuck ialah agen FBI atau CIA?

Soalan 3 : Nama Pengarah bagi filem ini?

Syarat-syarat penyertaan:

* “Like” Facebook Warisan Chanteq terlebih dahulu..

* Sila email kepada contest@warisanchanteq.com beserta Nama, Alamat, Nick Facebook , No. IC dan No Tel.

* Sila letak tajuk email Contest “THIS MEANS WAR”.

Tarikh tutup penyertaan: 28 Februari 2012

“Ghost Rider – Spirit Of Vengeance” ~ Menangi x10 Pas Berkembar & Poster

Pengarah : Neveldine/Taylor
Pelakon : Nicholas Cage,  Ciarán Hinds, Idris Alba

Setelah lebih kurang enam tahun selepas kemunculan dalam bikinan filem pertama, pelakon berprofil tinggi, Nicolas Cage kembali sebagai Johnny Blaze dalam sekual Ghost Rider: Spirit of Vengeance (GRSOV). Dia masih lagi bergelut dengan sumpahan beliau atau lebih tepat terus dihantui syaitan yang ada dalam diri hingga memaksa dia menjadi Ghost Rider.  Mengasingkan diri dari dunia luar- bersembunyi di satu gudang nun jauh di satu tempat terpencil di Eropah timur.  Namun Johnny akhirnya berjaya dipujuk oleh Moreau (Idris Elba) keluar dari tempat persembunyian demi menyelamatkan seorang budak benama Danny (Fergus Riordan) daripada ‘syaitan’ (Ciaran Hinds)- dan mungkin dalam pada melunaskan misi itu, dia temui cara untuk membebaskan diri daripada sumpahannya.

Dengan suntikan versi komik Marvel, GRSOV sarat dengan visual dan kesan khas & CGI yang sememangnya menjadi tarikan. Selain aksi thrill tanpa henti dan sesekali diselit dengan adegan lucu bersahaja Cage.

Anda boleh layari www.ghostrider2-asia.com untuk mengetahui lebih lanjut mengenai filem ini.

Jawab soalan-soalan di bawah:

x5 Hadiah Utama : Pas Tayangan Berkembar + Poster

x5 Hadiah Kedua : Pas Tayangan Berkembar

Soalan 1 :  Siapakah yang memegang watak Moreau?

Soalan 2 : Filem Ghost Rider ini diadaptasi dari apa?

Soalan 3 : Nama Pengarah bagi filem Ghost Rider ini?

Syarat-syarat penyertaan:

* “Like” Facebook Warisan Chanteq terlebih dahulu..

* Sila email kepada contest@warisanchanteq.com beserta Nama, Alamat, Nick Facebook , No. IC dan No Tel.

* Sila letak tajuk email Contest “Ghost Rider – Spirit Of Vengeance”.

Tarikh tutup penyertaan: 26 Februari 2012

Ganjaran untuk penonton setia TV9 ~ Tiket penerbangan ke Paris

Berita baik untuk semua penonton setia TV9 di mana anda berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah menarik menerusi peraduan-peraduan hebat di TV9. Kesemua peraduan adalah amat mudah oleh itu jangan ketinggalan untuk mendapatkan maklumat lanjut dengan menonton TV9 dan melayari laman web rasmi TV9 di www.tv9.com.my. Antara peraduan menarik yang ditawarkan bermula pada bulan Februari ini adalah:

1) Cipta Perbualan Romantis antara Ariana & Mikhail dan menang 2 tiket penerbangan ke Paris!

Jika sebut ”Paris”, pasti ramai yang terus membayangkan kecantikan dan nilai-nilai romantis yang tersemat di dalam kota cinta tersebut. Drama Ariana Mikhail lakonan Nora Danish dan Syed Hussein (Sein) melalui slot Ratu, setiap Isnin & Selasa, 8.30 malam mengisahkan cinta pertama mereka yang berlatarbelakangkan kota Paris ini. TV9 ingin memberi peluang kepada penonton setianya untuk merasai detik-detik percintaan Ariana dan Mikhail dengan menawarkan dua (2) tiket penerbangan ke Paris.

Caranya mudah sekali di mana peserta hanya perlu mencipta perbualan paling romantis di antara Ariana dan Mikhail berdasarkan gambar yang dipaparkan di www.tv9.com.my. Paling menarik, pemenang akan dipilih sendiri oleh Ariana (Nora Danish) dan Mikhail (Sein) berdasarkan dialog yang paling romantis. Peraduan bermula pada 13 Februari dan tarikh tutup penyertaan adalah pada 29 Februari.

2) Tiket istimewa ke Lost World of Tambun menerusi Peraduan SMS Mutiara Hati – Anugerah

Program Anugerah menerusi slot Mutiara Hati di TV9 kini kembali sekali lagi dengan Peraduan SMS yang menjanjikan para pemenangnya tiket istimewa ke Lost World of Tambun! Peraduan SMS Mutiara Hati ini akan bermula pada 13 Februari 2012 dan berakhir pada 9 Mac 2012.

Untuk menyertai peraduan ini, peserta perlu menonton sinetron Anugerah yang disiarkan di TV9 pada setiap hari Isnin hingga Jumaat pada jam 5.30 petang untuk mendapatkan kata kunci yang berlainan pada setiap hari. Terdapat 4 kata kunci pada setiap minggu dan seterusnya peserta perlu menghantar SMS MUTIARA ke 33399 untuk memberi semua kata kunci pada minggu tersebut serta menjawab satu soalan seminggu. Peserta dengan jawapan yang tepat dan paling pantas akan diumumkan sebagai pemenang. Satu (1) pemenang akan dipilh setiap minggu mengikut kriteria pemilihan dan pemenang akan diumumkan pada hari Jumaat minggu yang seterusnya. 4 pemenang bertuah akan diumumkan dan setiap pemenang akan mendapat tiket ke Lost World of Tambun (Baucer Keluarga untuk 4 orang).

3) iPod Touch, PSP Go dan XBOX 360 Slim untuk dimenangi dalam peraduan Movie Night

Seperti yang sudah diketahui ramai, TV9 kini menyiarkan pelbagai filem antarabangsa terbaik pada setiap hari Sabtu jam 10.00 malam menerusi slot Movie Night. Penonton hanya perlu menonton filem-filem terbaik ini di TV9 untuk mendapatkan 3 soalan dan slogan. Jawapan paling tepat dan cepat serta slogan paling kreatif akan diumumkan sebagai pemenang. Peraduan bermula pada 17 Mac 2012 dan tarikh tutup adalah pada 15 April 2012. Filem-filem Movie Night yang terlibat dalam peraduan ini adalah:

  1. Gamer (17 Mac 2012, Sabtu, 10 malam)
  2. Aeon Flux (24 Mac 2012, Sabtu, 10 malam)
  3. Bandslam (31 Mac 2012, Sabtu, 10 malam)
  4. Rambo (7 April 2012. Sabtu, 10 malam)
  5. The Ring (14 April 2012, Sabtu. 10 malam)

“Dashboard Confessional” Live In KL 2012

Dashboard Confessional bakal mengadakan konsert solo akustiknya di Malaysia pada 22 Februari 2012 di KL Live. Konsert ini dibawa oleh Livescape.

Konsert akan bermula jam 7.30 malam. Tiket-tiket yang berharga RM88 (RM88 (early bird), RM118 (normal), RM138 (pintu) boleh di outlets Rock Corner, outlets Victoria Music Center secara online di www.airasiaredtix.com.