Pelakon dan pengarah filem, Elly Suriati dilapurkan mengalami keguguran pada 28 Disember 2011 yang lalu. Kejadian tersebut berlaku ketika beliau sedang sibuk mengarahkan filem sulungnya, ‘Penanggal’ di Kuala Kangsar Perak.
Seperti yang dilaporkan oleh mStar Online, Elly kini berada di Hospital Kuala Kangsar dan akan ditahan selama beberapa hari mengikut tahap kesihatannya. Beliau dikhabarkan masih lagi dalam keaddan trauma dan bersedih dengan kejadian itu.
Azri Iskandar, pelakon dan juga suami kepada Elly berkata, kejadian tersebut berlaku mungkin disebabkan oleh kelasakkan isterinya dilokasi penggambaran namun menganggap itu adalah suratan takdir Allah SWT dan bukan rezeki mereka.
Penggambaran filem “Penanggal” yang diadakan di Kampong Sayong Ulu, Kuala Kangsar itu akan dihentikan buat beberapa hari sementara menunggu keadaan kesihatan Elly kembali pulih. Sementara itu, babak yang ringkas dan tidak memerlukan Elly akan diteruskan oleh penolong pengarah filem itu.
Filem ‘Penanggal’ ini dibintangi oleh Zul Ariffin, Ummi Nazeera, Fasha Sandha dan Datuk Sharifah Aini.
Selebriti Online Portal Hiburan Dan Gaya Hidup Malaysia



Rata-rata media online dan juga media cetak menyiarkan berita tentang perkahwinan Lisa Suriani dan Yusry Abdul Halim. Mereka telah mengumumkan tarikh 23 Febuari 2012 sebagai tarikh pernikahan dan akan majlis tersebut akan berlangsung di Masjid Besar Tuanku Mizan, Putrajaya. Manakala majlis persandingan akan dibuat di Pusat Konvesyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 26 Febuari 2011.








Bakatnya memang tidak boleh dipertikaikan lagi. Nora Danish Mohd Hanif yang dilahir pada 7 March 1982, merupakan seorang model, pelakon dan juga pengacara TV. Anak kelahiran Terengganu ini memulakan karier beliau didalam modeling untuk Clearasil CF. Dari situ beliau mula menceburi bidang lakonan. Popular dengan drama ‘puteri’ TV3, Nora Danish terus mencipta nama. ‘Cuti-Cuti Cinta’ merupakan filem antara filem romantiknya yang terbaik.
[/media-credit]
[/media-credit]