SO Staff

VIVO V17 PRO Going To Launch In MALAYSIA On 1ST OCTOBER

Vivo Malaysia confirms that its V17 Pro is launching in Malaysia on 1st October 2019 but the location is yet to confirm.Vivo V17 Pro had received their SIRIM certification lately, while leaked news showed that Vivo V17 Pro will be coming with 6 cameras which is 32MP Dual Pop-Up Front Camera and AI Quad Rear camera.
Rumors said that the Dual Pop-up front camera is equipped with 32MP wide angle optics and 2MP depth sensor, while the AI Quad camera features a 48MP main camera, 8MP Ultra Wide angle sensor and two 2MP sensor. However, the actual specification of vivo V17 Pro is not confirmed.

For more information, head over to Vivo Facebook page https://www.facebook.com/VivoMalaysia or official website https://www.vivo.com/my .

ES CLOSET SYARIKAT FESYEN MALAYSIA PERTAMA BERHASRAT UNTUK PENYENARAIAN NASDAQ

Syarikat fesyen ES Closet International Berhad mendedahkan hasratnya untuk disenaraikan di papan utama NASDAQ, bursa saham kedua terbesar di dunia.

Ini diumumkan oleh Ketua Pegawai Pemasarannya, Dr Zyro Wong, pada sidang akhbar eksklusif yang diadakan di Restoran De.Wan 1958 oleh Chef Wan di Kuala Lumpur hari ini. Selepas penyenaraian, ES Fashion akan menjadi syarikat fesyen tempatan yang pertama yang akan disenaraikan di bursa saham utama antarabangsa, menandakan ia sebagai tanda masuk untuk jenama fesyen Malaysia di lapangan perdagangan antarabangsa.

ES Closet juga mengumumkan kerjasama dengan Sharelaa, yang membawa dua jenama utama antarabangsa – Champion & Melissa – dan juga kerjasama dengan jenama Malaysia – TNTCO – sebagai sebahagian daripada rancangan pengembangannya. ES Closet juga memperkenalkan MOONA & CAESEN, jenama tempatan terbaru mereka yang menampilkan fesyen bergaya, kepada ahli media, pemegang saham, pelabur berpotensi dan tetamu undangan. CAESEN diwujudkan khusus untuk pasaran Melayu dan akan berada di pasaran dari tahun 2020.

ES Closet juga mendedahkan rancangannya untuk menyediakan aplikasi fesyen striming secara langsung yang pertama di Asia Tenggara yang menggunakan pemimpin pendapat (KOL) untuk memacu jualan dengan cara yang inovatif serta menggunakan penyelesaian AI dan analisis data besar. ES Closet disasarkan untuk menembusi negara-negara seperti Indonesia, Vietnam, Thailand dan Filipina, dengan bantuan pakar tempatan dan duta jenama terkemuka.

ES Closet juga sedang dalam proses menyampaikan NICSS, jenama pakaian inovatifnya, yang menggunakan fabrik nanoteknologi yang menjerat udara sejuk dan memindahkan haba dari badan, sesuai untuk negara-negara yang mempunyai iklim lembap. “Cooling Shirt” akan keluar pada tahun 2020.

Dalam ucapan alu-aluan beliau, Dr Zyro Wong bercakap secara terperinci mengenai rancangan pengembangan syarikatnya dan bagaimana ia dijangka memberi impak yang besar dalam masa yang singkat. “CAESEN & MOONA akan menjadi trendsetter baru dalam industri siaran fesyen striming secara langsung dan kami tidak sabar-sabar untuk mengembangkan model perniagaan kami di seluruh Asia Tenggara, “katanya. Pakar penjenamaan dan pakar pemasaran yang dihormati itu juga memperkenalkan penubuhan kolej yang pertama untuk melatih calon-calon berpotensi untuk menjadi penyiar striming profesional yang akan dikenali di seluruh rantau ini. “Sesiapa yang berminat dengan fesyen, boleh menyertai program baru yang inovatif ini yang direka khas untuk memperluaskan peluang mereka dalam bidang pemasaran dan jualan fesyen,” katanya.

Dalam taklimat terperinci tentang rancangan penyenaraian syarikat itu, penasihat kumpulan untuk ES Closet, Kennay Tang menjelaskan, “untuk disenaraikan di NASDAQ bukan kerja yang mudah, tetapi kami yakin bahawa ES Closet akan mencatatkan sekurang-kuranghya USD 4.00 di papan utama NASDAQ. “Dia bercakap dengan panjang lebar tentang sebab-sebab dan faedah untuk ES Closet untuk disenaraikan di Nasdaq dan bukannya di rantau Asia Tenggara atau di halaman sendiri.Dia juga menceritakan bagaimana pemborong fesyen yang sudah terkenal itu berada dalam kedudukan yang kuat untuk dapat melakukannya walaupun masih baru dalam perniagaan kepada industri pengguna.

Mengulas rancangan peluasan syarikat itu, Ketua Pegawai Jenama Kien Tang berkata, “dengan koloborasi baru kami antara Sharelaa (Champion & Melissa), dan juga TNTCO, ES Closet dijangka membuka 11 kedai penjualan menjelang tahun depan serta mengembangkan e-dagang nya tiba di Asia Tenggara. “Dengan kerjasama ini, ES Closet bersedia untuk melonjak ke tahap yang lebih tinggi dalam masa terdekat,” katanya.

Menutup tirai pelancaran, Encik Nicson Pua. CEO Kumpulan ES Fashion berkongsi niat syarikatnya untuk menjadi yang pertama dalam mewujudkan platform komuniti eko-sistem fesyen yang menghubungkan pembeli dan pembekal. “Ia akan menjadi trendsetter baru,” katanya, “dan kami berani menaruh harapan untuk membangunkan lebih banyak rancangan yang menarik pada masa depan dan mengalu-alukan semua pihak yang berminat untuk menyertai kami sebagai sebahagian daripada lonjakan kami ke depan dan revolusi dalam industri fesyen”.

Penafian produk Nasty Juice mengandungi bahan terlarang

NSTY Holdings menafikan sekeras-kerasnya fitnah dan maklumat palsu berniat jahat mengaitkan produk Nasty Juice dengan kandungan bahan narkotik ‘morfin’ yang tular di media sosial baru-baru ini. Pihak syarikat telah membuat dua laporan polis di IPD Tampin pada 8 September 2019 untuk menjelaskan bahawa tuduhan tersebut tidak berasas sama sekali. Pihak NSTY kini sedang berkerjasama dengan PDRM untuk membantu siasatan dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan lanjut.
NSTY Holdings adalah pengeluar jenama global Nasty Juice, produk ‘e-liquid’ yang kini dipasarkan di lebih 80 buah negara. Kualiti dan keselamatan produk-produk Nasty Juice terjamin dengan piawaian OSHA, GMP dan ISO, serta piawaian antarabangsa dari Indonesia, TPD di UK, FDA di Amerika Syarikat, dan CCSPA dari Kanada.
Antara proses dan piawaian yang dipatuhi oleh NSTY Holdings dalam penghasilan semua produk-produk Nasty Juice untuk pasaran Malaysia dan antarabangsa adalah:
OSHA (Occupational Health & Safety Administration)
Kilang pembuatan Nasty Juice mengamalkan cara-cara kerja yang selamat dan terkawal mengikut undang-undang yang dikeluarkan Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerja.
GMP (Good Manufacturing Practices) 
Nasty Juice menerima sijil pengiktirafan GMP, di mana kesemua produk dikeluarkan menggunakan pemprosesan dan pembungkusan yang berkualiti dan selamat.
ISO 9001:2015
NSTY Holdings mengamalkan Sistem Pengurusan Berkualiti ISO 9001:2015 (QMS) di semua peringkat bagi memastikan sistem pengurusan dan pengeluaran menepati piawaian dan speksifikasi yang telah ditetapkan.
TPD (Tobacco Products Directive)
Nasty Juice menerima kelulusan regulasi TPD daripada United Kingdom, di mana setiap produk yang dikeluarkan dan dijual telah melepasi kawalan keselamatan dan kualiti pembuatan. Kesemua produk akan melalui ujian makmal sebelum di benarkan untuk memasuki pasaran baru. Piawaian ini diguna pakai di kesemua negara Kesatuan Eropah.
FDA (Food & Drugs Administration) 
Nasty Juice menerima kelulusan daripada Food & Drugs Administration Amerika Syarikat. Sijil kelulusan ini membenarkan kesemua produk Nasty Juice untuk dijual dan dipasarkan di negara itu. Setiap keluaran produk akan melalui ujian makmal sebelum di luluskan untuk dijual.
CCPSA (Canadian Consumer Product Safety Act) 
Nasty Juice menerima kelulusan berdaftar dari Kanada dimana setiap produk yang dikeluarkan melepasi kelulusan keselamatan dari segi pembungkusan dan pengeluaran.
– CCCR ( Consumer Chemicals and Container Regulations ) 
Kesemua produk Nasty Juice yang di jual di pasaran mendapat kelulusan CCCR Canada. Sijil ini adalah pengiktirafan bahawa produk-produk Nasty. Juice dibuat dan diproses dengan kawalan keselamatan dan kualiti yang ketat.
– Kawalan Produk Tiruan 
Setiap produk Nasty Juice menggunakan botol dan pembungkusan khas yang direka dan dihasilkan dengan kos premium untuk memastikan pengguna tidak tertipu dengan produk-produk tiruan yang menggunakan nama Nasty Juice. Tujuan kami menitik beratkan penggunaan produk asli bukan kerana faktor perniagaan semata-mata. Sebaliknya NSTY Holdings mengutamakan keselamatan pengguna supaya hanya menggunakan produk-produk asli yang terjamin berkualiti dan selamat.
Butiran lengkap dan bukti pensijilan sedia kami kongsikan untuk penelitian pihak media yang berminat, tertakluk kepada persetujuan perjanjian kerahsiaan (NDA). Langkah ini terpaksa diambil kerana dokumen-dokumen dan sijil-sijil tersebut mengandungi Harta Intelek (1P) syarikat yang amat sensitif.
Penting untuk kami tekankan bahawa di semua pasaran antarabangsa di mana Nasty Juice dijual sepanjang lima tahun lalu, tidak pernah ada sebarang laporan kes mengenai bahan larangan atau narkotik dikesan dalam kandungan produk-produk Nasty Juice.

New Kia Tampoi 3S Centre Opens to the Public

Naza Kia Malaysia, the official distributor of Kia vehicles in Malaysia, today launched the latest 3S outlet in Tampoi Johor Bahru, in partnership with authorised dealer Supreme Priority Sdn Bhd.

Located along Jalan Tampoi, the Kia Tampoi 3S Centre has a built-up area of 18,000 square feet with the capacity to display a total of 7 vehicles in the showroom and further accommodate over 100 cars per month with its two service hoist bays. It will be able to service the needs of Kia customers in Tampoi New Village, Skudai, Nusajaya and Larkin.

“With the new Kia Tampoi 3S Centre, we have altogether six Kia outlets in Johor and with that we are confident we will be able to cater to the needs and demands of our customers and future customers here. Johor has been a significant market for us as 90% of Korean car owners here own a Kia,” said Mr. R. Devaraju, Deputy Group Chief Executive Officer, Automotive Group, Naza Corporation Holdings.

“There are more plans in the pipeline to further enhance our current reach of 45 Kia outlets nationwide,” added Devaraju.

Supreme Priority Sdn Bhd has invested RM5 million in this 3S outlet to include sales, service and spare parts facilities. It also has a showroom, customers’ lounge, kids’ area, meeting room, surau, parts storage room, washings bays and ample parking spaces for customers.

Visit the brand new Kia 3S outlet located at Lot 703, No. 58, Jalan Tampoi, Tampoi New Village, 81200 Johor Bahru to get your car serviced and to view Kia’s impressive line-up. Experience the drive of a brand new Kia and book a test drive today!

“TAKDIR TERCIPTA” Hadiah HAFIZ Dan ADIRA Buat Peminat

Pasangan duet  popular ini pernah mencipta fenomena suatu masa dahulu menerusi lagu duet popular, “Ombak Rindu” yang menjadi runut bunyi filem dengan judul yang sama pada tahun 2011. Keserasian Hafiz Suip dan Adira Suhaimi menyampaikan alunan romantis lagu itu dengan baik telah berjaya meninggalkan kesan mendalam di hati peminat sehinggakan lagu tersebut kekal popular sampai kini. Kali terakhir pasangan ini muncul secara duet adalah pada tahun 2015 menerusi lagu “Untuk Cinta” yang menjadi lagu tema filem ‘Pilot Cafe’. Kejayaan kedua-dua lagu duet mereka mendominasi radio dan carta lagu di Malaysia menjadikan Hafiz dan Adira antara gandingan duo yang paling berjaya di persada muzik tempatan.

Selepas Hafiz dan Adira masing-masing menempa kejayaan luarbiasa menerusi lagu-lagu hit solo terkini mereka berjudul “Kisah Cinta Kita” dan “Pujaan Hati”, kini pasangan duet popular ini kembali bersatu menerusi single duet terbaharu mereka berjudul “Takdir Tercipta”. Lagu berentak balada ini turut  diangkat sebagai lagu runut bunyi drama bersiri ‘Lelakimu Yang Dulu’ lakonan Sharnaaz Ahmad dan Nelydia Senrose yang bakal bersiaran di slot Akasia TV3 mulai 19hb. September nanti.

“Takdir Tercipta” merupakan hasil gubahan komposer Ikhwan Fatanna dan Ayden Ali manakala lirik lagu pula ditulis oleh Ikhwan Fatanna bersama penerbit drama ‘Lelakimu Yang Dulu’ iaitu Arisz Ab Rahman. Lagu ini turut mendapat sentuhan magis komposer dan penerbit terkenal, Omar K sebagai penerbit rakaman. Lagu runut bunyi yang menepati plot drama ‘Lelakimu Yang Dulu’ ini berkisar tentang pasangan kekasih yang menggenggam kemas jodoh pertemuan mereka atas dasar mereka diciptakan untuk saling melengkapi dan ditakdirkan untuk hidup bersama. Persembahan Hafiz dan Adira yang penuh penghayatan dalam lagu “Takdir Tercipta” berjaya memberi jiwa kepada penceritaan lagu ini. Keserasian dan keharmonian vokal pasangan duet ini dalam saling melengkapi persembahan vokal mereka sekali lagi terserlah menerusi single terbaharu mereka ini.

Mengulas tentang lagu duet ketiga bersama Hafiz ini, Adira berkata, “Kembali merakamkan lagu dengan Hafiz adalah suatu pengalaman yang menyeronokkan. Sudah lama kami tidak ditemukan dalam lagu. Bagi saya, Hafiz seorang yang sangat komited dan profesional dengan kerjanya. Kelunakan suaranya dan kemahiran seni vokalnya merupakan kekuatan dia. Senang bekerja dengan Hafiz dan kerana itulah kami cepat serasi dalam berduet untuk sesebuah lagu. Saya harapkan ‘Takdir Tercipta’ ini mendapat sambutan luar biasa dan sokongan tak berbelah bahagi daripada peminat. Semoga lagu ini sentiasa di dalam ingatan para peminat sebagaimana lagu ‘Ombak Rindu’ yang pernah menjadi fenomena suatu masa dahulu.

Single solo terkini Hafiz dan Adira iaitu “Kisah Cinta Kita” dan “Pujaan Hati” masih mendominasi corong-corong radio tempatan dan carta lagu Malaysia sehingga kini. Suatu fakta yang mungkin ramai tidak sedari ialah bahawa kedua-dua lagu solo mereka ini dicipta oleh penulis lagu yang sama untuk lagu duet “Takdir Tercipta”. Mengulas tentang ini, Hafiz berkata, “Sebenarnya tak dirancang pun untuk menggunakan penulis lagu yang sama untuk lagu duet ini.  Saya kira ini merupakan kebetulan saja kerana komposer Ikhwan Fatanna dan Ayden Ali sering bekerja rapat dengan pihak Nova Music. Secara peribadinya, saya memang suka dengan karya-karya ciptaan mereka. Alhamdulillah, kerjasama kami dalam ‘Kisah Cinta Kita’ menjadi dan mendapat sambutan luar biasa peminat. Begitu juga dengan sambutan luar biasa peminat untuk lagu ‘Pujaan Hati’ Adira. Harapnya bila kami semua bergabung dalam lagu “Takdir Tercipta”, ianya berjaya mencipta fenomena tersendiri. Sekurang-kurangnya mendapat sambutan yang baik macam lagu-lagu solo kami ini juga.

Lagipun sudah lama kami tidak berduet. Jadi saya harap penggemar muzik tempatan dapat menerima baik lagu duet ini dan usaha kami untuk kembali berduet atas permintaan peminat ini dihargai kerana lagu ini memang kami persembahkan khas buat peminat yang setia menyokong kami selama ini,” jelas Hafiz lagi yang turut menyatakan bahawa istimewanya gandingan mereka secara duet adalah kerana karya duet mereka hanya muncul empat tahun sekali saja.

“Takdir Tercipta” merupakan lagu duet pertama Hafiz dan Adira yang diterbitkan di bawah syarikat rakaman Nova Music (M) Sdn. Bhd.. Sejak dimuatnaik ke saluran YouTube Nova Music Videos pada 16 Ogos 2019 yang lalu, video teaser 45 saat “Takdir Tercipta” sudah pun mencapai lebih 70,000 tontonan dan membangkitkan keterujaan peminat untuk menantikan pelancaran penuh lagu duet ini. Tayangan perdana video lirik rasmi lagu “Takdir Tercipta” boleh ditonton di saluran YouTube Nova Music Videos pada 09.09.19 jam 3 petang di pautan ini. <sila masukkan pautan ke video lirik rasmi “Takdir Tercipta”>

“Takdir Tercipta”  merupakan single terbitan dan edaran Nova Music (M) Sdn Bhd. Single ini boleh didapati di semua platform muzik digital seperti Spotify, Apple Music, Joox, KKBox , Deezer dan iTunes mulai 09.09.19.

Dunkin’ Donuts Malaysia membangunkan sayap e-dagang dengan Shopee untuk meransang perniagaan

Rangkaian donat Dunkin’ Donuts baru-baru ini memperluaskan saluran perdagangannya dengan Shopee, platform membeli-belah dalam talian No.1 di Malaysia. Matlamat kerjasama ini adalah untuk memberi pengalaman membeli yang terbaik kepada pelanggannya.

“Perjalanan e-dagang kami bermula pada September tahun lepas, apabila kami mula melancarkan kedai dalam talian kami. Kami kemudian bekerjasama dengan syarikat teknologi penghantaran makanan dan minuman atas talian seperti Foodpanda dan Grab untuk menambah baik pengalaman perkhidmatan pelanggan kami.

“Kami telah memerhatikan perkembangan perniagaan cawangan-cawangan kami yang telah bekerjasama dengan syarikat perkhidmatan penghantaran makanan atas talian. Pemerhatian ini menunjukkan bahawa perkhidmatan penghantaran makanan menyumbangkan hampir 10% daripada jualan keseluruhan cawangan-cawangan ini,”  kata Jesrina Liew, Pengurus Besar Dunkin’ Donuts Group.

Beliau menambah bahawa pelanggan hari ini melihat operasi dalam dan luar talian melalui satu kanta tunggal dan perkhidmatan dalam talian mesti disediakan dalam perniagaan makan dan minum.

Liew menambah bahawa walaupun masih ramai pelanggan yang gemar mengunjungi premis-premis perniagaan, terutamanya perniagaan makan dan minum, namun tidak dapat dinafikan bahawa ramai juga pelanggan yang gemar mencari maklumat serta promosi dalam talian sebelum membeli di premis makanan.

“Oleh itu, kami beranggapan bahawa pasaran dalam talian seperti Shopee, dengan taktik pemasaran inovatif dan agresif mereka seperti kempen 7.7 Orange Madness dan 9.9 Super Shopping Day boleh membawa maanfaat dan melengkapi perkhidmatan di cawangan-cawangan kami.

“Mengambil contoh Kempen Super 9.9 Shopee– kami menganggarkan bahawa pengunjung platform tersebut akan meningkat sebanyak empat kali ganda dan berharap bahawa kempen tersebut boleh memanfaatkan promosi donat RM0.99 serta diskaun pembelian minuman dan barangan kami,” katanya.

Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopy berkata, “Urusniaga makan dan minum di bawah kategori Tiket dan Baucer Shopee adalah segmen yang baru diperkenalkan. Pada mulanya, kami memaparkan tawaran boucer hotel dan kafe. Memandangkan sambutan pembelian boucer makanan dan minuman kian meningkat, kami menyedari bahawa tiada apa-apa yang menghalang kami daripada bekerjasama dengan lebih banyak lagi rangkaian makan dan minum seperti Dunkin’ Donuts . “

Sejak melancarkan kedai dalam taliannya di Shopee pada 26 Jun 2019, Dunkin’ Donuts telah mendapat sambutan yang sangat positif dari rakyat Malaysia. Ia telah menjual lebih 5,000 donat dalam talian sepanjang kempen 7.7 Orange Madness dan 9.9 Super Shopping Day yang akan berakhir pada 9 September. Di samping itu,  tawaran minuman Dunkin’ Chocolate dan Dunkin’ Coffee juga mendapat sambutan yang memberansangkan.

Di samping itu, kedai maya Dunkin’ Donuts juga mencatatkan peningkatan dalam pesanan harian sepanjang kempen 9.9 Super Shopping Day, berbanding dengan kempen 7.7 Orange Madness. Boucar 9-donut Dunkin’ Donut habis dijual dalam masa tiga hari, menjana peningkatan 1.6 kali dari kempen sebelumnya.

Shopee memuji Dunkin’ Donuts yang telah mengorak langkah kehadapan dan memperluaskan perniagaan makan dan minumnya secara dalam talian kerana ia bukanlah sesuatu yang mudah. Ho berkata, “Kejayaan promosi Dunkin’ Donuts di platform Shopee disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya ialah proses penebusan boucer yang mudah, tawaran dan diskaun eksklusif dalam talian yang hebat. Lebih dari itu, rangkaian donat itu juga mempunyai kesediaan teknologi dan sumber-sumber asas untuk memasarkan produk dan jenama mereka kepada pasaran atas talian yang belum pernah ditembusi sebelum ini.

“Kami akan sentiasa bersedia untuk membantu Dunkin’ Donut, tidak kiralah dari segi pemasaran atau kempen bersama supaya perniagaan atas taliannya terus berkembang dengan jayanya di seluruh negara. Sebagai rakan kerjasama, senarai aset kami seperti sepanduk atas talian, teknologi pemberitahuan (push notification) dan pengirim langsung elektronik (EDM) sudah tersedia untuk dimanfaatkan oleh Dunkin’ Donuts. Selain itu, Dunkin’ Donuts juga boleh memanfaatkan ciri-ciri aplikasi Shopee yang lain seperti Shopee Quiz dan Shopee Live untuk mendekati pelanggan mereka dan memberi pengalaman membeli-belah yang lebih bermanfaat.”

Selain daripada tawaran donat RM0.99, Dunkin’ Donuts juga adalah salah satu jenama yang ditawarkan dalam pek boucer RM9.90 Super Shopping Day 9.9. Melalui promosi ini, pelanggan yang membeli Pek boucer RM9.90 dapat menikmati diskaun daripada pelbagai jenama termasuklah Dunkin’ Donuts. Jumlah diskaun yang diberi penjimatan kepada pelanggan sehingga 17 kali ganda daripada jumlah yang telah dibelanjakan.

Mulai sekarang hingga 9 September, promosi 9.9 Super Shopping Day akan menampilkan diskaun sehingga 90%, dan tawaran harian dari serendah RM1 dalam jualan Shocking Sale dan permainan ONE OR NOT. Pengguna juga akan dapat menikmati penghantaran percuma dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM9.

Untuk menikmati diskaun hebat Dunkin’ Donut, Sila layari,  https://shopee.com.my/dunkindonutsmy.os

Kadar Pengambilan 90% Telah Di Capai Untuk SAVIO RIANA DUTAMAS

IJM Land Berhad dan rakan kerjasamanya, FCW Holdings Berhad, pemaju bersama Savio telah menganjurkan sebuah majlis yang cukup meriah pada hari ini di bumbung bangunan tersebut bagi meraikan penyiapan kerangka bangunan Savio “Multi Generational” Suites. Terletak di kawasan Segambut yang pesat membangun, Savio merupakan pembangunan pertama daripada tiga fasa pembinaan Riana Dutamas, sebuah menara 37 tingkat yang memiliki nilai pembangunan kasar RM565 juta. Sehingga ke hari ini, ia telah mencatat kadar pengambilan 90%. Dengan harga mampu milik, lokasi, pengangkutan terbaik dan proposisi nilai, tidak hairanlah jika projek ini berjaya menarik minat dari pembeli rumah serta pelabur hartanah. Pembinaan 1,018 unit Savio yang dijangka siap pada 2021 itu kini mengikut jadual.

“Kami sangat teruja untuk mencatat pencapaian ini dengan pembangunan Savio yang bermula sejak Januari 2018. Selari dengan komitmen dan rangka masa, kami berjaya menyiapkan kerja-kerja struktur Savio sehingga ke tingkat yang teratas dalam tempoh 19 bulan. Perkembangan projek yang positif ini disumbang oleh kerjasama rapat di antara pasukan IJM Land dan FCW Holdings. Bersamping dengan rakan kami Setiakon Builders yang bertungkus-lumus untuk membawa kami hingga ke tahap ini,” kata Pengarah Urusan IJM Land Berhad, Encik Edward Chong.

Turut hadir di majlis meriah ini ialah Ketua Pegawai Eksekutif IJM Corporation Berhad, Dato’ Soam Heng Choon; Pengerusi FCW Holdings Berhad, Tan Sri Robert Tan; Pengarah Ekskutif FCW Holdings Berhad, Dato’ Anderson Thor Poh Seng dan Pengarah Urusan Setiakon Builders Sdn. Bhd., Dato’ Kuan Ah Hock.

Officially marking the completion of Savio, Phase 1 of Riana Dutamas.
(Left to right) Dato’ Kuan Ah Hock, Mr. Edward Chong Sin Kiat, Dato’ Soam Heng Choon, Tan Sri Robert Tan Hua Choon, Dato’ Anderson Thor Poh Seng, Mr. Foh Meng Wha, Mr. Tan Tong Kwee

Terletak di lokasi strategik iaitu di tengah-tengah segi tiga Emas Kiara Utara, Savio mempunyai akses melalui banyak jalan dan lebuh raya berdekatan. Ini termasuklah Lebuh Raya DUKE, Lebuh Raya SPRINT, Lebuh Raya PLUS, Lebuh Raya NKVE, Jalan Segambut dan Jalan Kuching, sekali gus menjadikan  kawasan ini mudah diakses dari lokasi lain di Lembah Klang. Kemudahan tersebut ditingkatkan lagi menerusi ruang pejalan kaki ke Stesen KTM Segambut yang menghubungkannya dengan KL Sentral.

Direka agar sesuai dengan setiap generasi pembeli rumah, dari pembeli rumah kali pertama hingga pembeli matang, pembeli individu hinggalah multi-generasi, pelabur novis dan berpengalaman, Savio merupakan realiti terbaik tentang hidup, bekerja dan bermain di kawasan bandar.  Bukan itu sahaja, IJM Land dan FCW Holdings juga berjaya memastikan pembangunan ini mampu dimiliki. Pada masa yang sama ia juga memenuhi impian setiap lapisan pembeli – terutamanya pembeli rumah pertama dan golongan profesional muda.

“Riana Dutamas adalah ikon daripada kerjasama kami yang membolehkan kumpulan IJM Land bersama-sama rakan kerjasama kami, membangunkan kawasan Segambut. Selain menambah nilai ke atas landskap Segambut dengan menawarkan kediaman yang mampu milik, praktikal dan selesa bersama kemudahannya sendiri dalam satu lokasi yang tidak dapat ditandingi dari segi pengangkutan dan kemudahan- kemudahannya. Dengan pembangunan Savio, kami yakin ia akan meningkatkan lagi aspek  kepelbagaian kawasan ini. Sekali gus mencipta satu gaya hidup yang lebih holistik kepada penduduk dari pelbagai generasi,” jelas Dato’ Anderson mengenai masa depan Segambut.

The Directors of 368 Segambut Sdn Bhd and Setiakon Builders Sdn Bhd on site at Riana Dutamas.
(Left to right) Dato’ Kuan Ah Hock, Mr. Edward Chong Sin Kiat, Dato’ Anderson Thor Poh Seng, Tan Sri Robert Tan Hua Choon, Dato’ Soam Heng Choon, Mr. Foh Meng Wha, Mr. Tan Tong Kwee

“Kami sangat gembira dengan jumlah jualan Savio dan ia menjadi bukti terhadap nilai serta potensi projek ini. Melihat kepada kadar pengambilan hingga ke hari ini, kami menjangkakan Riana Dutamas mampu meningkatkan pemintaan ke atas hartanah kediaman di Segambut,” kata Encik Edward.

Pembangunan itu dikelilingi oleh kejiranan terkenal seperti KL Metropolis, Bukit Tunku, Mont’ Kiara, Sri Hartamas dan Dutamas. Demi memenuhi impian seluruh rakyat Malaysia untuk memiliki kediaman sendiri, Riana Dutamas menawarkan lebih daripada sekadar hubungan yang rapat dengan rakan-rakan dan keluarga. Malah, ia menawarkan satu gaya hidup yang menggabungkan aspek kerja, hidup dan bermain secara harmoni, seterusnya membolehkan anda untuk tinggal hampir dengan tempat kerja.

Kejiranan ini memang ideal untuk mereka yang ingin tinggal dekat dan gemar berada berhampiran dengan pusat bandar, lokasi-lokasi popular dan kemudahan-kemudahan di bandaraya demi memenuhi keperluan penduduk dari semua aspek. Ini merangkumi institusi pendidikan yang terdiri daripada sekolah kerajaan dan sekolah antarabangsa hingga ke ruang-ruang gaya hidup. Kemudahan-kemudahan berdekatan termasuklah pusat membeli-belah seperti Publika, Hartamas Shopping Centre, Sunway Putra Mall, Suria KLCC dan Pavilion. Pusat bandar Kuala Lumpur hanyalah sejauh 7km.

Pembangunan yang padat dengan kemudahan ini disasarkan kepada individu, keluarga muda, golongan profesional, mereka yang baru berkahwin dan ibu bapa yang anak mereka sudahpun tidak tinggal bersama. Ia menawarkan beberapa jenis susun atur bermula dari unit pangsapuri satu hingga tiga bilik tidur dengan keluasan 653 hingga 1,177 kaki persegi bagi memenuhi keperluan setiap peringkat kehidupan. Kemudahan yang ada termasuklah kolam renang infiniti, taman berlandskap lengkap bersama “cabana”, bilik gim, dek “lounge”, ruang jakuzi, gelanggang futsal dan dewan serba guna. Savio juga menyediakan kemudahan lot parkir berbumbung bertingkat dan rondaan keselamatan sepanjang masa.

Riana Dutamas ialah sebuah pembangunan bersepadu bercampur di atas sekeping tanah pegangan bebas seluas 16 ekar di Segambut yang pesat membangun. Ia terdiri daripada enam buah blok kediaman servis, ruang pejabat dan kedai. Keseluruhan GDV projek ini adalah sekitar RM1.5 bilion.

Untuk maklumat lanjut mengenai Savio @ Riana Dutamas, kunjungi Galeri Jualan Riana Dutamas di Jalan Segambut atau layari laman web: www.rianadutamas.com

Konsert AWIE ROMANTIKA

Datuk Awie atau lebih dikenali sebagai Awie merupakan sebuah nama besar dalam industri seni tempatan. Pemilik nama sebenar Ahmad Azhar bin Othman ini bukan sahaja dikenali sebagai figura rock lagenda malah beliau turut berjaya memahat namanya dalam bidang lakonan, pengacaraan dan melawak, sekali gus menjadikannya antara bintang tanahair yang paling versatil. Namanya mungkin lebih sinonim dengan kumpulan rock lagenda Wings apabila memulakan kerjaya seninya sebagai penyanyi utama kumpulan itu. Namun, bintang Awie tidak pernah berhenti bersinar walaupun pernah mengundurkan diri seketika dari kumpulan lagenda itu pada tahun 1993.

Langkah beraninya bergerak secara solo menyaksikan Awie tampil dengan lima buah album studio solo dan satu album ‘live’. Bermula dengan album solo pertamanya ‘Awie’ pada tahun 1994, yang memuatkan lagu hits seperti Tragedi Oktober, Ukiran Jiwa, Permainan Duniawi dan Dibayang Awan, album itu mencecah jualan 220,000 unit menjadikan beliau masih memegang Rekod Album Solo Lelaki Paling Laris Di Malaysia sehingga kini. Disusuli dengan album seperti Awie – “Live” Unplugged (1995), O-Tak (1996), Satu (1998), Rentap (2000) dan Santai (2005) berjaya mencipta fenomena tersendiri dan menjulang popularitinya sebagai artis lelaki popular. Walaupun kembali menyertai Wings pada tahun 2000 dan terlibat dalam beberapa projek khas bersama Wings , perjalanan seninya sebagai penyanyi solo tetap berlangsung dengan jayanya.

Berbekalkan kekuatannya yang tersendiri, kerjaya seninya semakin berkembang apabila beliau berjaya menakluk cabang seni lakonan, pengacaraan dan melawak menjadi sebahagian portfolio seninya. Awie merupakan antara artis yang mempunyai kerjaya solo yang sangat cemerlang dan puncak kegemilangannya di persada seni adalah ketika beliau menjalani kerjayanya secara solo. Walaupun bermula sebagai vokalis utama Wings, Awie berjaya membina sebuah jenama yang tersendiri. Tanpa memerlukan sedikit pun bayangan jenama Wings di pangkal namanya, nama Awie tetap tersohor di zaman kegemilangannya sehingga kini.

Bagi meraikan ulangtahun ke-25 perjalanan seninya sebagai artis solo, Awie bakal mempersembahkan sebuah konsert istimewa bertemakan cinta berjudul KONSERT AWIE ROMANTIKA. Konsert ini bakal dipersembahkan di Stadium Malawati Shah Alam pada 15 Februari 2020, Jam 8:00 malam.

Sekiranya sbelum ini Awie lazim muncul dalam konsert bersama Wings, konsert yang menggandingkannya bersama lagenda rock tempatan seperti Ella, atau konsertnya bersama band projeknya Dragon Malaya. Kali ini KONSERT AWIE ROMANTIKA bakal menyajikan kelainan apabila buat pertama kalinya selepas hampir 25 tahun, Awie tampil dengan konsert solo. Kali terakhir Awie tampil solo dalam sesebuah konsert adalah menerusi konsert solo perdananya, Konsert Awie Live Unplugged di Live Centre KL pada tahun 1995.

Dalam konsert anjuran bersama Atirox Ltd dan IK Global Berhad ini, Awie bakal mempersembahkan seleksi lagu dari katalog album-album solonya yang diberikan susunan muzik yang lebih segar. Persembahan Awie bakal diiringi oleh pemuzik-pemuzik handalan dibawah pimpinan pengarah muzik ……………

Mengulas tentang penganjuran konsert ini, Awie berkata, “Konsert ini diadakan atas dasar meraikan ulangtahun jubli perak saya dalam dunia nyanyian solo. Untuk konsert ini saya cuba tampilkan persembahan berkonsepkan konsert teatrikal/muzikal yang mengangkat tema romantika.”

Walaupun konsert ini dijadualkan untuk dipersembahkan sehari selepas Hari Kasih Sayang (Valentine’s Day), namun jauh sekali niat kami untuk menyambut hari tersebut. Konsep konsert bercorak romantika sudah lama saya rancang, Cuma secara kebetulan saja tarikh 15 Februari dipilih setelah mengambilkira jadual seni saya dan mereka yang bakal terlibat dalam konsert ini,” jelas Awie lagi mengenai tarikh yang dipilih untuk KONSERT AWIE ROMANTIKA turut menampilkan artis undangan istimewa yang bakal diumumkan kelak.

Peminat boleh menjangkakan mereka bakal dihiburkan dengan gabungan lagu hits malar segar Awie yang suatu masa dahulu pernah membawanya ke pentas berprestij Anugerah Lagu, memenangi anugerah berprestij di Anugerah Industri Muzik dan mengangkatnya sebagai antara vokalis lelaki terunggul di Malaysia. Lagu seperti Tragedi Oktober, Ukiran Jiwa, Di Bayang Awan, Ratuku, Dipenjara Janji, Alif Ba Ta Duniaku dan banyak lagi yang pastinya akan membawa peminat mengimbau kembali tahun-tahun mereka bersama Awie.

Dalam menyatakan harapannya tentang sambutan peminat terhadap konsert ini, Awie berkata, “Setelah hampir 25 tahun tidak muncul dengan konsert secara solo, saya berharap peminat saya berasa teruja dengan penganjuran konsert ini. Dapatlah kiranya semua yang pernah membesar dengan lagu-lagu saya hadir ke konsert ini. Selain daripada berhibur, pihak penganjur juga ada menyediakan hadiah-hadiah istimewa dalam cabutan nombor bertuah. Istimewanya konsert bertema romantika yang dibawakan secara muzikal/teatrikal ini, sedikit sebanyak bakal membawa penonton mengimbau kembali zaman mereka masih muda, zaman ketika mereka baru mengenal erti cinta, ketika mereka baru merasa sakitnya patah hati, kisah cinta sebelum dan selepas ikatan perkahwinan. Pastinya konsert ini menjanjikan suatu pengalaman yang berbeza.”

Tiket KONSERT ROMANTIKA dijual bermula dengan harga RM88, RM128, RM188, RM238, RM308 dan RM438. EARLY BIRD 20% daripada harga semua tiket bermula 1hb Oktober 2019 hingga 30hb November 2019 . Tiket boleh dibeli secara online di: https://myticket.asia

MAKLUMAT KONSERT

“KONSERT AWIE ROMANTIKA” dianjurkan oleh ATIROX LTD & IK GLOBAL BERHAD

Tarikh : 15 Februari 2020

Masa : 8.00 malam

Tempat : Stadium Malawati Shah Alam

Artis : Awie

Harga Tiket : Free Seating – RM88 (Green Zone)

RM128 (Purple Zone)

Numbered Seating – RM188 (Yellow Zone)

RM238 (Red Zone)

RM308 (Grey Zone)

RM438 (VIP Zone)

Halestorm Live In Malaysia Disember Ini

Nama Halestorm mungkin agak ‘hijau’ di kalangan peminat muzik di Malaysia namun ianya bukanlah sesuatu yang agak luar biasa untuk menidakkan kehebatan band yang telah di tubuhkan sekitar tahun 1998 di Red Lion, Pennsylvania ini.

Halestorm yang berpaksikan nuansa rock ini sebenarnya telah cukup dewasa, malah pengalaman mereka berkongsi pentas dengan beberapa jenama antarabangsa seperti Eric Church, Joan Jett, Avenged Sevenfold, Alice Cooper, Rob Zombie, ZZ Top dan Evanescence seharusnya menjadi penanda aras untuk peminat menilai kewibawaan mereka.

Halestorm yang dibarisi oleh Izzy Hale selaku vokalis dan gitaris, Arejay selaku pemain drum, Joe Hottinger selaku gitaris dan Josh Smith selaku bassis telah mengadakan persembahan lebih 2500 kali dan pernah beraksi di konsert yang besar seperti Taste of Chaos, Download Festival, Rock Am Ring Festival dan Rockstar Energy Drink Uproar Festival.

Mereka juga turut tersenarai  di anugerah Grammy tahun ini dalam kategori “Best Rock Performance” untuk lagu  Uncomfortable, di mana sebelum ini mereka telah di memenangi anugerah Grammy pada tahun 2013 bagi kategori  “Best Hard Rock/Metal Performance.”

“Halestorm Live In Malaysia” akan di adakan di PGRM Star Convention Centre, Kuala Lumpur  pada 14 Disember 2019. Konsert anjuran Arrakasta MO Entertainment akan bermula pada jam 9 malam.  Ini adalah merupakan konsert sulung Halestorm di Malaysia.  Ianya adalah sebahagian daripada siri jelajahnya bersempena kelahiran album “Vicious” yang telah menemui peminat pada tahun 2018.

Sehingga kini Halestorm telah menghasilkan 4 buah album studio antaranya adalah Halestorm (2009), The Strange Case Of (2012), Into The Wild Life (2015) dan Vicious (2018).

Peminat yang ingin menyaksikan persembahan mereka boleh mendapatkan tiket yang telah mula di jual di proticket.com.my.  Sebarang pertanyaan boleh menghubungi 03-78807999.

 

 

 

 

 

 

Travelex Malaysia Buka Lima Outlet Pertukaran Mata Wang Asing di Lapangan Terbang Antarabangsa KL

Travelex, pembekal pertukaran mata wang asing terulung di dunia, telah melancarkan pembukaan lima outlet pertukaran mata wang asing ‘retailtainment’ dan ‘berkonsep terbuka’ di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (Kod IATA: KUL), Malaysia. Outlet-outlet tersebut turut menampilkan teknologi digital dan interaktif untuk menghasilkan transaksi yang lebih menarik dan tanpa banyak masalah untuk mereka yang terbang melalui KUL.

Menurut pengurus besar perniagaan komersial Malaysia Airports, Hani Ezra Hussin, yang turut berada di majlis tersebut, pelancaran kedai pertukaran mata wang asing berdasarkan ‘retailtainment’ dan ‘konsep terbuka’ di KLIA ini untuk julung kalinya Malaysia Airports melancarkan inisiatif yang sejajar dengan strategi ‘Commercial Reset’.

“Dengan lokasi strategik Travelex di lapangan terbang kami, penukaran mata wang kini tidak lagi menjadi pengalaman yang suram. Persediaan menarik dan interaktif ini menambah keseronokan para tetamu seperti kuiz, di mana mereka boleh sertai dan tebus hadiah percuma sambil memenuhi keperluan pelancongan mereka. Ini akan mengiringi rancangan transformatif untuk memprofilkan Malaysia Airports sebagai destinasi gaya hidup dengan sempurna,” tambahnya.

Travelex telah mengubah semula definasi pertukaran mata wang asing dengan khidmat nilai tambah yang luar biasa. Pengerusi Travelex Malaysia, Tan Sri Dato’ Seri AP Arumugam berkongsi bahawa Travelex Malaysia ialah perintis pertama untuk melancarkan outlet pertukaran mata wang asing ‘retailtainment’ dan ‘konsep terbuka’ yang baru dengan akses interaktif digital di Asia Selatan. “Kedai-kedai kami direka bentuk untuk memberikan pelanggan kami pengalaman pertukaran mata wang asing yang mudah dan mesra digital.”

Pengarah komersial Asia Pasifik Travelex, Cameron Hume berkongsi bahawa Travelex bermatlamat untuk menawarkan lebih daripada khidmat pertukaran mata wang asing kepada para pelancong. “Perkhidmatan ‘pesan-dalam-talian-dan-ambil-di-kedai’ kami memudahkan para pelancong.

Tambahan pula, kami membawa pengalaman lapangan terbang keseluruhan kepada para pelancong. Mereka boleh mengakses pertukaran mata wang asing interaktif Travelex melalui panduan pelancongan dan kuiz menyeronokkan sambil menunggu penerbangan mereka. Kami ingin para pelancong untuk bersantai disamping Travelex menjaga keperluan wang pelancongan mereka.”

Untuk memastikan jangkauan yang lebih luas, Travelex akan bekerjasama dengan outlet bebas cukai Malaysia Airports, Eraman, dengan menawarkan ganjaran menarik dan akses yang lebih banyak sehingga ke promosi nilai tambahan kepada pelanggannya.

Pengurus besar Eraman, Zulhikam Ahmad berkata, “Kolaborasi kami dengan Travelex adalah amat sempurna kerana ahli-ahli Eraman Privilege Card akan menikmati kadar istimewa dengan menunjukkan kad mereka. Apabila kami melancarkan identiti dan kad ahli baru kami April lalu, kami hendak meningkatkan pengalaman Eraman dan anda akan dapat melihat ini dengan lebih pada masa hadapan, apabila kami melancarkan perkongsian yang menyeronokkan seperti ini. ‘Privilege Card’ kami boleh digunakan di semua kedai kami, dari peruncitan kepada makan dan minum dan ini akan membuat pengalaman anda lebih berharga.”

Pengarah dagangan Asia Selatan dan pengurus besar negara Malaysia Travelex, Rakesh Aravind, berkongsi bahawa transformasi baru konsep outlet pertukaran mata wang itu, yang selari dengan strategi ‘Commercial Reset’ Malaysia Airports bakal menawarkan pengalaman pertukaran mata wang yang luar biasa kepada para pelancong, termasuklah menawarkan pengalaman membeli-belah melalui perkongsian ini bersama Eraman.

Travelex mementingkan para pelanggan dan rakan kongsi perniagaan mereka dalam perniagaan mereka. Mereka telah memenangi Customer Service Excellence Award di Majlis KLIA Awards oleh Malaysia Airports. Dengan kehadiran rangkaian global yang kuat, Travelex memahami keperluan untuk mengguna cerapan tentang perkembangan pasaran dan tingkah laku perbelanjaan pelancong.

Travelex menawarkan bayaran komisyen 0% untuk lebih daripada 42 mata wang untuk memanfaatkan para pelanggan. Rakyat Malaysia dapat menikmati kadar istimewa semasa berurus niaga di kedai Travelex KLIA; terdapat dua kedai di dewan berangkat di aras lima di bangunan terminal utama sementara tiga lagi diletakkan di aras tiga di balai ketibaan di bangunan terminal utama, bangunan satelit dan balai perlepasan domestik.

 

JStarS Group membuka pasaran di Malaysia secara rasmi

JStarS Management Sdn. Bhd. (JStarS Group) mengumumkan bahawa mereka akan membawa masuk 6 syarikat secara rasminya termasuk JSTARLUX, KOLS, STARDUST, PSYCHEDELIC MEDIA & ENTERTAINMENT (PME), NEXUS HUB, ALLIANCE GLOBAL PARTNER DEVELOPMENT PARTNER SDN. BHD. (GA PDP) untuk menetapkan pentas kepada pembangunan yang memberi tumpuan kepada teknologi tinggi, hiburan, pemimpin utama, hartanah, makanan, pengurus dalam bidang profesional supaya meliputi keseluruhan rangkaian perniagaan di Malaysia!

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif JStarS Group, Puan Jessica ialah seorang usahawan yang berjaya di Malaysia. Dia memulakan jenama kecantikannya di Pulau Pinang dengan usaha sendiri serta membuka jaringan sosial dan perniagaan. Kemudiannya, dia menceburi industri katering dengan pencapaian yang cemerlang. Dengan daya motivasi dan pelaksanaan, Jessica berjaya menubuhkan pasukannya dan melatih ramai pemimpin dalam perniagaan. Idea “inovasi memimpin masa depan” mendorong dia percaya bahawa teknologi ‘blockchain’ akan menjadi trend pembangunan masa depan. Oleh itu, dia memutuskan untuk memasuki peringkat perniagaan yang baru, iaitu menubuhkan sebuah syarikat bertaraf dunia yang mempunyai kelebihan dalam industrinya, JStarS Group yang mengintegrasikan teknologi, hiburan, pengurusan dan hartanah. JStarS Group menjunjung tinggi konsep eksploitasi dan inovasi baru, memperluaskan perniagaannya secara aktif sambil mengukuhkan kelebihan perniagaan teras.

JSTARLUX ialah penganjur konsert dan agensi artis sehenti yang mengintegrasikan perancangan, prestasi, pelaksanaan dan pengurusan.Ketua Pegawai Eksekutif JSTARLUX, Encik Chris Wang berkata syarikat itu akan menyediakan perancangan unik dan kreatif untuk acara-acara domestik dan antarabangsa, pengurusan agensi artis, publisiti sehenti dan perkhidmatan media dengan pengurusan jenama yang profesional, Dengan memenuhi permintaan pelanggan sebagai teras, mereka akan menyediakan perkhidmatan yang menggabungkan kemudahan dan aliran pasaran kepada pelanggan. Acara pertama syarikat ini adalah konsert berskala besar pada bulan November kepada seorang penyanyi Taiwan dan juga tetamu misteri di sidang media. Butiran selanjutnya akan dikeluarkan pada masa yang akan datang.

PSYCHEDELIC MEDIA & ENTERTAINMENT (PME) menggabungkan seni filem dan televisyen secara praktikal. Syarikat ini mempunyai peralatan mewah, sebuah pasukan elit dan sebuah pasukan penerbitan filem dan televisyen yang memberi tumpuan kepada pembikinan pelbagai genre seperti filem, iklan, filem pendek, program TV, pelaburan filem dan televisyen, pengedaran dan berfungsi sebagai perkhidmatan profesional sehenti untuk produksi televisyen. PME yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Puan Jessica Tan; Ketua Pegawai Eksekutif Encik Dave HS Lim; Ketua Pegawai Pematuhan Encik David Thian; and Ketua Pegawai Teknikal Encik. Geoffrey Leow menyatakan bahawa enam skrip sedang dalam produksi dan empat atau lebih filem dijangka di hasilkan dalam dua tahun yang akan datang ini. Filem pertama yang dihasilkan akan memberi tumpuan terutamanya kepada pasaran Melayu. Ia merupakan sebuah kisah seorang budak lelaki yang bercita-cita untuk menjadi angkasawan dan ia adalah filem nasional yang menampilkan tiga kaum utama; filem kedua adalah filem bergaya Nanyang berdasarkan tema Gunung Tuhan; filem ketiga adalah filem seram kerjasama Malaysia-Thailand dan keempat pula filem sci-fi kerjasama antara Malaysia-Korea. PME juga akan membangunkan dan mempromosikan perancangan cetak biru syarikat pada suku ketiga tahun 2019 seperti APP bakat sastera serta mempromosikan Festival Muzik dan projek-projek filem Pulau Pinang.

PME juga akan melabur dalam projek-projek yang lebih berharga dan mewujudkan lebih banyak harta intelek (IP) supaya memberi semangat baru ke inovasi jenama.

STARDUST MEDIA berusaha untuk mewujudkan satu ekosistem hiburan yang serba lengkap, iaitu sebuah platform hiburan yang menempa sejarah dan diselaraskan dengan teknologi internet. Seperti slogan STARDUST, mencipta platform hiburan yang paling popular dan hebat”. Kata Ketua Pegawai Eksekutif Encik Jeff Low, “pada masa akan datang, pasukan kami akan terus menyampaikan hasil yang berkualiti kepada semua orang. Melahirkan artis, menghasilkan video asal, teknologi dan harta intelektual akan menjadi tumpuan kami untuk pasaran ini. Untuk menepati perancangan hiburan kumpulan itu, STARDUST akan mencurahkan tenaga yang sepenuhnya dalam konsert dan filem. Melihat trend masa depan, APP pengguna seragam juga dihasilkan. Demi impian mereka, STARDUST berharap dapat menubuhkan dewan pameran artis pertama di Malaysia dalam masa yang paling singkat.

KOLS diasaskan oleh Encik Kiro Tan. Ia sebuah platform yang menghimpunkan para pemimpin utama KOL di Malaysia. Selain latihan dan peningkatan kandungan KOL, ia juga menyediakan promosi data B2B2C & O2O dalam talian dan luar talian sebagai sebuah syarikat perancangan sehenti, dengan tujuan semua perniagaan dapat mencapai jualan yang lebih tinggi dan meningkatkan pulangan pelaburan mereka dalam tempoh yang singkat.

KOLS akan menubuhkan pusat latihan KOL di Malaysia, pusat pedagang dan platform rundingan KOL – KOLS.com.my. Sebagai salah satu projek berskala besar mereka untuk tahun ini, KOLS juga akan mengadakan uji bakat terbuka pertama untuk “Pelatih PRODUCE KOL” di Malaysia, dengan matlamat memilih 100 KOL yang berpotensi untuk mengambil bahagian dalam latihan dan membolehkan para peserta mengalami pelancaran platform, penilaian projek, promosi populariti. KOL akan memilih 10 KOL yang paling cemerlang sebagai pelatih sepenuh masa untuk tahun 2019. Mereka akan diberikan latihan profesional di bawah sistem melahirkan bintang KOLS dan perkembangan ini akan menjadi satu kejayaan yang tidak pernah wujud dalam Malaysia. Mereka juga berpeluang untuk buat persembahan di dalam konsert artis dan penyanyi dari luar negara. Di samping itu, KOLS akan menjalankan projek pembangunan dan promosi pelancongan di luar negara, berharap projek-projek ini akan menarik lebih banyak pelancong asing datang ke Malaysia dan meningkatkan ekonomi negara kita.

NEXUS HUB & COFFEE HOUSE oleh NEXUS HUB adalah organisasi perkhidmatan yang mengkhususkan dirinya dalam perkhidmatan perancangan aktiviti dan perkhidmatan katering perhubungan awam. Pengurus Puan Sally Lai berkata restoran yang meliputi kawasan seluas 10,000 kaki persegi amat selesa dan elegan, dengan persembahan muzik secara langsung kugiran terbaik di Penang dan bilik bebas karaoke peribadi yang menyediakan ruang yang luas untuk acara persendirian, parti harijadi, ceramah dan persidangan .

GLOBAL ALLIANCE PROJECT DEVELOPMENT PARTNER SDN.BHD (GA PDP)memberi tumpuan kepada pembangunan hartanah dan jualan perumahan, pangsapuri, pusat membeli-belah, bangunan komersial, hotel dan projek pembangunan lain. Ketua Pegawai Eksekutif GA PDP, Encik Desmond Loy berkata bahawa GA PDP menjalankan pengurusan berdasarkan kejujuran dan integriti, memberi tumpuan kepada pembangunan projek hartanah dan projek komersil berskala besar. Kebelakangan ini, mereka telah mengambil bahagian dalam pelbagai projek seperti Kota Kinabalu City Waterfront, KL ECO City, 3 Elements, ST. Regis, dan Sheraton PJ di Malaysia, juga menyediakan pasukan jualan hartanah yang paling profesional, pasukan perancangan, pasukan reka bentuk, pasukan pengurusan operasi dan perkhidmatan sehenti untuk semua pelanggan.

JSTARS GROUP Official Website : http://jstarsgroup.com

 

 

FGG GROUP Jalin Kerjasama Strategik Bersama FWD TAKAFUL

Financial Genius Group (FGG Group) terus cemerlang memberikan perkhidmatan dalam perancangan dan perlindungan kewangan untuk pengguna di Malaysia dengan yang terbaharu menerusi kerjasama strategik yang dijalin bersama FWD Takaful Berhad (dahulunya dikenali sebagai HSBC Amanah Takaful (Malaysia) Berhad).

FGG Group yang beroperasi di Bukit Damansara dan telah berpengalaman lebih 16 tahun dalam industri kcwangan ini, menerusi jenama terkenalnya FGG pada Rabu 31 Julai 2019, telah menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) bersama FWD Takaful Berhad sebagai rakan strategik dalam memberikan perkhidmatan perancangan serta perlindungan kewangan takaful yang bersesuaian dengan undang-undang Islam untuk rakyat Malaysia.
Perjanjian persefahaman MoU ditandatangani Ketua Pegawai Eksekutif FGG GROUP; Dato’ Sri Mahadi BZ bersama Pengarah Eksekutif FWD Takaful Berhad Tuan Salim Majid Zain dan disaksikan olch panel shariah FGG.
Sehubungan itu, hari ini FGG GROUP turut melancarkan entiti terbaharu yang berkaitan dengan perkhidmatan yang ditawarkan iaitu FGG WEALTH AL-KHASSAH (VIP Private wealth Islamic) dan FGG ISLAMIC ENTREPRENUR ACADEMY (seminar dan program motivasi).
Sejajar dengan perkembangan ini, FGG Group telah melantik empat (4) panel shariah yang terdiri daripada tokoh-tokoh ilmuan dan agamawan negara iaitu Prof Madya Dato’ Dr. Ustaz Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim, Ustaz Dato’ Mohd Zawawi Yusoh, Ustaz Shahul Hamid M.P.H. Seeni dan Ustaz Fauwaz Fazil Noor. Perlantikan para panel shariah ini adalah berlandaskan kepakaran dalam bidang masing-masing dan persetujuan atas dasar matlamat yang sama demi menjayakan revolusi industri takaful di Malaysia. Dengan itu, para shariah ini akan bertindak sebagai pemantau holistik dan penasihat keagamaan dalam setiap aktiviti serta halatuju FGG Group secara keseluruhannya.
Majlis menandatangani perjanjian persefahaman MoU dan sesi memperkenal para panel shariah ini dibuat sempena pelancaran FWD Takaful Berhad bertempat di One World Hotel, Petaling Jaya pada Rabu 31 julai 2019.