Bulan puasa dah tak lama lagi. Anda semua tentu pening di mana agaknya tempat nak membeli belah untuk persiapan hari raya serta sambil berbuka puasa. Jangan risau, anda tak perlu lagi ke ibu kota.Anda boleh sahaja membeli apa sahaja keperluan hari raya malah boleh berbuka puasa di sana juga.Buat julung kalinya, Ustaz Azadan Rabbani menerusi Rabbani Resources dan En. Khairul Faisal menganjurkan Festival Ramadan 2019 di Star Avenue,Subang Bistari bermula 1 Mei hingga 1 Jun 2019.
Bermula 1 mei 2019 ini hingga 1 jun 2019 Star Avenue Subang Bistari kembali bergema dengan kunjungan orang ramai dengan adanya Festival Ramadan anjuran Rabbani Resources, rakan penaja dan dengan kerjasama pihak Star Avenue Mall. Pelbagai aktiviti menarik bakal dijalankan sepanjang program antaranya Gerai Jualan pelbagai produk persiapan hari raya seperti baju raya, hiasan wanita, perabut, barang kemas, produk kecantikan, barang elektronik, gajet, kuih raya, makanan kesihatan dan banyak lagi.
Lebih menarik lagi Festival Ramadan @star avenue Subang Bistari menyajikan aktiviti yang bersesuaian dibulan yang mulia ini antaranya, Majlis Berbuka Puasa bersama anak yatim, Solat Terawih berjemaah, Moreh, Tadarus Al Quran, Bubur Lambuk dan Kuanter Zakat Fitrah.
Kemeriahan Festival Ramadan @star Avenue Subang Bestari pasti mengemparkan dengan adanya penampilan istimewa daripada artis artis Popular sepanjang zaman seperti Dato Nasir Wahab, Rohana Jalil,Siti Fairuz, Β Zaiton Samion, Farhan Af, Isma Af, Rabbani, Hijjaz, Inteam, Raihan, Putra Fawazz.
Azadan Rabbani
Peluang terbaik untuk pengunjung dan peminat artis kesayangan anda untuk membeli dan mendapatkan produk berjenama dengan harga istimewa seperti Baju melayu, Kurta, jubbah, tudung dan kuih raya di sepanjang Festival Ramadan @star Anvnue Subang Bistari.Hadiah istimewa untuk pengunjung bertuah yang membeli belah di Festival Ramadan @star Avenue Subang Bistari akan mendapat ampau dan hamper raya. Cabutan bertuah akan diadakan pada setiap hari sepanjang Ramadan ini.
Bagi rakan niaga yang ingin mendapatkan makluman detail berkaitan booth dan sebagainya bolehlah berhubung dengan wakil kami di talian 01161329179 atau 01132621042 atau layari Facebook dan Ig βFestival Ramadanβ.
Walaupun drama bersiri βDia Menantu Rahsiaβ lakonanΒ Ashraf Muslim dan Raysha Rizrose yang bersiaran di slot βAkasiaβ TV3 sudah tamat siarannya pada 7 Mac 2019 lalu, lagu tema βKisah Cinta Kitaβ nyanyian penyanyi terkenal Hafiz Suip masih menjadi siulan ramai dan semakin mendapat tempat di hati pendengar.
Bagi memenuhi permintaan ramai, Nova Music (M) Sdn Bhd bakal melancarkan video muzik rasmi βKisah Cinta Kitaβ arahan pengarah berbakat, Khairul Hazwan. Video muzik yang menjalani penggambaran di Pulau Redang ini menyediakan visual yang berani dan luar biasa apabila Hafiz dipaparkan bercumbu mesra dengan seorang wanita di tepian pantai. Penyanyi berstatus suami dan bapa ini dilihat tidak segan silu memberikan kucupan romantis buat wanita tersebut. Siapakah pelakon wanita itu dan mengapakah dia berani melakonkan adegan-adegan mesra tersebut? Temui jawapannya dengan menyaksikan video muzik rasmi βKisah Cinta Kitaβ yang boleh ditonton di saluran YouTube Nova Music Videos bermula 19 APRIL 2019 jam 8.00 malam.
Sebagai lagu runut bunyi yang melatari drama βDia Menantu Rahsiaβ, pastinya lagu βKisah Cinta Kitaβ ini tidak dapat lari daripada dikaitkan dengan penceritaan visual dalam plot drama tersebut. Sebagai pendamping visual yang melengkapi penceritaan sesebuah lagu itu, lazimnya sesebuah video muzik itu seharusnya cuba merakam setiap nuansa yang terkandung dalam setiap patah lagu itu dalam bentuk visual. Namun begitu, Hafiz dan pasukan produksi cuba mengambil pendekatan yang lebih universal dalam video muzik rasmi βKisah Cinta Kitaβ.
βRata-rata peminat mempunyai terjemahan tersendiri dalam mendalami maksud sesebuah lagu itu. Apa yang kami cuba paparkan dalam video muzik rasmi βKisah Cinta Kitaβ adalah penceritaan sebuah kisah cinta yang relevan dengan sesiapa punβ, ulas Hafiz yang menyifatkan video muzik ini menjadi pelengkap visual yang tepat kepada single βKisah Cinta Kitaβ.
Single βKisah Cinta Kitaβ, taruhan terbaru HafizΒ yang berentak balada sudah pun menemui pendengar sejak 8 MAC 2019. Penyanyi bersuara lunak ini sememangnya sinonim dengan genre balada malah semua lagu hitsnya sebelum ini berpaksikan kepada genre tersebut antaranya βAwan Nanoβ, βBahagiamu Deritakuβ, βKu Akuiβ, βNoktah Cintaβ, βMatahariβ dan lagu duetnya βOmbak Rinduβ bersama Adira. Kali terakhir Hafiz menerbitkan single pada tahun 2018 menerusi lagu berentak pop rancak berjudul βHari Ini Dalam Sejarahβ.
Mengulas tentang keputusan untuk kembali mendendangkan irama balada setelah terdahulunya muncul dengan lagu berentak rancak, Hafiz berkata, βLagu-lagu yang berentak rancak itu sebenarnya eksperimentasi saya dalam meneroka genre baru. Walaupun reaksi peminat ketika itu bercampur baur, namun saya kira eksperimen saya itu berjaya apabila dapat menarik perhatian pendengar generasi baru. Apabila Nova Music menawarkan kepada saya untuk menyanyikan lagu βKisah Cinta Kitaβ, saya ambil peluang ini untuk mengubati rindu peminat yang memang menantikan saya kembali menyanyikan lagu balada. Namun begitu, taruhan saya yang terkini ini bukan sebarang lagu balada. Ia tetap menawarkan kelainan daripada lagu balada saya yang sebelumnya. Kalau dulu saya mungkin sinonim dengan lagu balada yang mendayu-dayu dengan unsur kesedihan, tetapi kali ini saya membawakan lagu pop balada yang penuh dengan rasa bahagia pula.β
βKisah Cinta Kitaβ merupakan hasil gubahan komposer Ikhwan Fatanna dan Ayden Ali manakala lirik pula ditulis oleh Datoβ A. Aida yang juga penerbit drama βDia Menantu Rahsiaβ. Susunan muzik yang membuai rasa dan senikata yang sarat dengan mesej romantis ini menjadikan lagu ini sangat indah untuk dinikmati. Dijiwai pula dengan nyanyian merdu Hafiz yang penuh penghayatan, pastinya βKisah Cinta Kitaβ bakal diangkat antara karya romantis tempatan yang menjadi siulan pasangan yang sedang hangat dilamun cinta.
Penyanyi yang pernah tiga kali dinobatkan sebagai pemenang βVokal Terbaikβ Anugerah Juara Lagu ini turut menzahirkan rasa gembiranya dengan penerimaan luar biasa peminat terhadap single terbarunya ini. Hafiz berkata, βPeminat memberikan maklumbalas yang sangat luar biasa sehinggakan ramai termasuklah rakan-rakan artis yang mahu nyanyikan lagu itu dengan versi mereka sendiri. Jumlah tontonan video lirik di YouTube sudah pun mencapai jutaan tontonan dalam tempoh lebih kurang 2 bulan. Syukur Alhamdulillah, permulaan yang cukup baik buat kerjaya saya untuk tahun 2019 ni. Saya cukup berterima kasih atas kepercayaan yang diberikan kepada saya untuk membawakan lagu ini.β
βKisah Cinta Kitaβ merupakan single pertama Hafiz di bawah naungan syarikat rakaman Nova Music (M) Sdn Bhd. Sejak dimuatnaik di saluran YouTube Nova Music Videos pada 18 Februari 2019 yang lalu, video lirik “Kisah Cinta Kitaβ sudah pun mencapai tontonan melebihi Β 5 juta! Single tersebut juga kini berada di dalam Top 3 carta βVIRAL 50 MALAYSIAβ SPOTIFY, Top 5 βCARTA RIMβ dan Top 10 carta βERA 40β dan βMALAY TOP HITSβ JOOX!
βKisah Cinta Kitaβ Β merupakan single terbitan dan edaran Nova Music (M) Sdn Bhd. Single ini boleh didapati di semua pelantar muzik digital seperti Spotify, Apple Music, Joox, KK Box, Deezer dan juga iTunes bermula 8 MAC 2019. Manakala video muzik rasmi βKisah Cinta Kitaβ Β boleh ditonton di saluran YouTube Nova Music Videos bermula 19 APRIL 2019 jam 8.00 malam.
Atas permintaan ramai, The Actors Studio Seni Teater Rakyat akan mempersembahkan semula Teater Kandang sebagai sebahagian daripada ulang tahun ke-30 The Actors Studio. Kandang yang telah diadaptasikan kepada Bahasa Melayu daripada karya asal George Orwellβs Animal Farm akan dipersembahkan dari 25 hingga 28 April 2019.
Arahan semula Omar Ali, pengarah yang pernah mempersembahkan teater ini pada tahun 2017 bersama mendiang Tan Sri Muhammad Ali Hashim. Melalui teater ini, Omar Ali telah memenangi Anugerah Pengarah Terbaik di Anugerah Kesenian BOH Cameronian bersama tiga anugerah lain seperti Persembahan Terbaik 2017, Reka Bentuk Kostum Terbaik dan Pelakon Terbaik.
Kandang memaparkan nilai ketamakan kuasa dalam konteks serantau. Kisah ini turut memaparkan landskap kontemporari tempatan dan luar negara yang berkaitan dengan hal ehwal semasa.
Dianggap sebagai alegori zamannya pada tahun 1945, βAnimal Farmβ karya Orwell adalah berkisar tentang politik Rusia di zaman pemerintahan Stalin. Ianya adalah satu simbolik yang sangat mendalam yang masih relevan kepada zaman sekarang.
Puncaknya adalah perkataan βKandangβ sendiri, yang secara literal diterjemahkan ke dalam sangkar. Mengembalikan persembahan pada masa ini adalah masa terbaik ketika Malaysia menukar kerajaan yang baru pada tahun lepas.
Omar Ali dikenali sebagai seorang pengarah yang berkebolehan untuk mengadaptasikan karya-karya Bahasa Inggeris ke dalam Bahasa Melayu dengan baik. Karya beliau yang bertajuk Dato ‘Seri, diadaptasikan daripada karya asal William Shakespeare, iaitu The Tragedy of Macbeth yang juga mendapat sambutan baik pada tahun 2016.
Ashraf Zain yang memenangi anugerah Pelakon Terbaik dalam kategori watak utama sebagai βTunggalβ dalam produksi Kandang pada tahun 2017 akan kembali memainkan watak yang sama dan turut dibantu beberapa pelakon lama dan baru seperti Benedict Chin, Chloe Tan, Clarence Kuna, Coebar Abel, Endee Ahmad, Faez Malek, Joe Chin, Nabil Zakaria, Nik Waheeda, Oxford Tong, Riena Aisya, Rosheen Fatima dan Zul Zamir.
Kandang akan membuka tirai pada 25 April dan akan berakhir pada 28 April di Pentas 2, klpac dipersembahkan dalam Bahasa Melayu. Sarikata Inggeris disediakan untuk semua penonton. Layari laman web www.proticket.com.my untuk maklumat berkaitan tiket. Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi 03 4047 9000, ataupun melalui Facebook the klpac.
Dikeluarkan oleh : The Actors Studio (Malaysia)
Pertanyaan Media :
Megann Teoh @ 012 7611629 / megann@klpac.org
Maggie Ong @ 012 382 8583 / maggie@klpac.org
Butiran Persembahan Tajuk
Kandang
Dipersembahkan Oleh
The Actors Studio Seni Teater Rakyat
Sinopsis
KANDANG adalah sebuah adaptasi novela George Orwell
yang berjudul βAnimal Farmβ ke dalam Bahasa Malaysia
serta konteks budaya kepimpinan tempatan.
Adaptasi ini mengikuti jejak langkah sekumpulan haiwan
ternakan di Ladang Jones yang berjaya mengusir keluar
tuan ladang manusianya dan meraih kemerdekaan. Namun,
janji manis kebebasan dan kemakmuran terbukti janji
MacpiePro Sdn Bhd is proud to announce that tickets for the βWestlife The Twenty Tour 2019 βLIVEβ In Kuala Lumpurβ concert have officially sold out within a record setting 32-hours.
Ticket pre-sales began on the 13th of April 2019 at Atria Shopping Gallery from 11AM and went out for 9-hours where some hardcore fans had slept overnight at the pre-sales venue in order to get their tickets. The line ended up being super long and fans had to wait long hours to get their tickets but their experience was made a comfortable one thanks to food and drink sponsors, Miaow Miaow snacks, Hwa Tai biscuits and Ocean mineral water. We’d also like to thank Bausch + Lomb for the free goodies and contact lens solution during the pre-sales event. Fans had a good time lining up despite the long hours thanks to this.
The following day on the 14th of April 2019, online ticket sales opened at www.macpiepro.com and on the MMspot app. As of 11AM on 15th April 2019, all 14,700 tickets have been sold for both days of the concert that is to be held on the 8th and 9th of August at the Malawati Indoor Stadium, Shah Alam.
Proton Iriz dan Proton Persona 2019 akhirnya didedahkan, di mana kedua-dua model yang ditambahbaik itu telah membuat penampilan umum di Pameran Auto Malaysia di Serdang, hari ini. Kereta-kereta tersebut telah diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad, diiringi Dato’ Sri Syed Faisal Albar, Pengerusi PROTON serta Dr. Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif PROTON.
Iriz dan Persona 2019 dengan reka bentuk baharu dan dilengkapi ciri-ciri pintar
Iriz dan Persona 2019 telah dipertontonkan kepada media pada Februari dan Mac yang lalu serta turut diperlihatkan kepada pelanggan terpilih semasa acara yang diadakan pada hujung minggu di cawangan-cawangan PROTON yang tertentu. Namun, pada hari ini, pelanggan-pelanggan yang datang berpeluang untuk melihat buat pertama kali model hatchback dan sedan keluarga ini dengan lebih dekat.
Kedua-dua kereta itu telah mendapat rekaan baharu, hasil dari kerjasama antara kumpulan Reka Bentuk PROTON dan pereka-pereka dari studio reka bentuk Geely lain di seluruh dunia. Ciri-ciri baharu lain termasuklah ethereal bow serta corak infinite weave yang telah dipadankan pada gril hadapan serta bampar hadapan dan belakang baharu dan reka bentuk rodanya.
Pada bahagian dalam, PROTON telah memasang unit stereo pintar bagi varian Premium 1.6AT, ciri pertama dalam kelasnya yang menggunakan kad eSIM untuk memastikan kereta tersebut kekal bersambung ke Internet. Turut ditawarkan adalah aplikasi bagi penstriman muzik, navigasi dan pengecaman suara serta turut boleh diakses melalui skrin sentuh 7-inci dengan paparan warna penuh dan memori dalaman sebanyak 16GB. Pengguna telefon pintar Android juga akan dapat menikmati fungsi pencerminan penuh melalui aplikasi sambungan yang mudah, membolehkan mereka mengakses data yang disimpan pada peranti mudah alih mereka.
Selain daripada perubahan pada gaya dan ciri-ciri pintar baharu, para jurutera pembangunan kenderaan di PROTON juga telah membuat pelbagai penambahbaikan kepada kedua-dua kereta yang mampu meningkatkan kualiti dan keseluruhan pengalaman pemilikan. Bagi Proton Iriz, sebanyak 367 penambahbaikan telah dilakukan, manakala untuk Proton Persona pula, sebanyak 303 penambahbaikan telah dibuat pada pelbagai bahagian kereta tersebut.
“PROTON amat berterima kasih kepada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, kerana berbesar hati memperkenalkan Proton Iriz dan Proton Persona 2019 ini di Pameran Auto Malaysia. Barisan jurutera dan pereka bentuk Syarikat telah bekerja keras selama 18 bulan untuk menambahbaik kedua-dua model ini dan kami yakin bahawa pembeli kereta Malaysia akan dapat melihat dan merasai sendiri hasil usaha mereka apabila mereka melangkah masuk ke dalam setiap satu daripada kereta ini. Setakat ini, lebih 8,000 tempahan telah diterima dan kami percaya bahawa angka ini akan bertambah sebaik sahaja kereta tersebut mula dijual,” kata Dr Li Chunrong.
PROTON mendahului pasaran SUV disebabkan Proton X70 yang popular
Tiga bulan pertama tahun 2019 telah terbukti menjadi permulaan yang cemerlang buat PROTON di mana Syarikat berjaya mendahului pasaran keseluruhan SUV dalam jualan, hasil dari populariti Proton X70 yang menjadi pilihan. Kombinasi ciri-ciri pintar, gaya kontemporari, kualiti produk yang terbaik dan harga yang menarik telah terbukti menjadi tarikan banyak pembeli SUV di Malaysia dan ini dapat dilihat apabila model Syarikat ini telah menerima lebih daripada 25,000 tempahan setakat ini.
PROTON juga telah menambahbaik rangkaian cawangannya dengan menggalakkan pengedar sedia ada dan pengedar-pengedar baharu melabur bagi cawangan 3S/4S, yang mana akan membolehkan mereka memberikan perkhidmatan yang cemerlang kepada para pelanggan. Inisiatif ini akan membantu menarik dan mengekalkan bukan sahaja pemilik Proton X70 tetapi pelanggan untuk model-model lain, seperti Proton Iriz dan Persona 2019.
Feast together at dawn with scrumptious spread of cuisines and local delights βCitarasa Nusantara Ramadan Buffetβ at Mahsuri Courtyard β offering you favourite Malaysian cuisines prepared by our delicate chefs here, at our hotel. Royale Chulan Kuala Lumpur invites all guests to experience a quintessential Ramadan experience with a variety of exquisite culinary delights to tickle your taste buds at our hotel to celebrate the month of giving and blessing with us.
Expect a spread of mouth-watering wonder of culinary delights at our indoor open courtyard, Taman Mahsuri. Highlights include Signature Royale Bubur Lambuk, The First Ever Shell-Out Spread, Kambing Golek, Bee Hoon Sup Utara Mai, Lontong Samudera, Cendol Durian and more.
βFor those who seek a truly Malaysian atmosphere during iftar, we also offers an authentic spread of Malay, Indian and Chinese flavours such as signature chicken rice, satays and much more along with our local dessert counter, live stations also Hari Raya delicacies such as Nasi Ulam Utara and Sayur Keladi Asam, Gulai Talang Ikan Masin Kurma Telur and last but not least our Signature Bubur Lambukβ shared the Executive Chef Sabri Soid, for Royale Chulan Kuala Lumpur. He also added βOur Ramadan Buffet β Citarasa Nusantara at Taman Mahsuri are special days not to be missed by gastronomes lover out thereβ
Citarasa Nusantara at Royale Chulan Kuala Lumpur
Ramadan Buffet Dinner at Mahsuri Courtyard
Date: 7th May till 4th June 2019
Price: Adult, RM150 nett | Senior Citizen, RM100 nett & Children (6-12 years old), RM75 nett
Early Bird Specials:
2nd till 6th Ramadan
Price: Adult, RM100 nett | Senior Citizen, RM75 nett & Children (6-12 years old), RM50 nett
Kecoh semalam di alam maya kisah seorang hamba Allah yang menerima tajaan perkahwinan sehingga RM500 ribu hanya kerana kepetahannya mempromosikan produk-produk secara Live di platform media sosial, Facebook
Bak kata pepatah melayu, ‘tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia siapa yang tahu’. Itulah yang berlaku kepadaΒ gadis kecil comelΒ Siti SurianiΒ atau lebih dikenali sebagaiΒ SITI JAMUMALLΒ yang mendapat tajaan sempena majlis perkahwinan beliau dan pasangannya Syafiq,Β sehingga setengah juta ringgit.
Pada mulanya beliau hanya merancang untuk membuat majlis resepsi dalam skala biasa secara kecil-kecilan, namun tidak menyangka setelah memuat naik satu perkongsian status di Facebook beliau mengenai majlis resepsi tersebut, Siti terus dihujani panggilan serta pesanan Whatsapp daripada pengasas-pengasas produk, pemilik kedai dan pelbagai lagi yang menyatakan hasrat untuk menaja majlis resepsi beliau.
Majlis resepsi tersebut dihadiri lebih 2000 orang jemputan yang terdiri dari kenalan , sanak saudara dari kedua-dua belah pihak serta pihak media yang terdiri dari wartawan dan blogger. Majlis tersebut turut diserikan dengan persembahan oleh pemenang One In A Million, Ayu Damit dan disiarkan secara lansung melalui platform Facebook Jamumall.com
Antara penaja yang menajaΒ majlis resepsi Siti Suriani terdiri dariΒ Β pengasas produk, pemilik butik serta pengusaha seperti Dlia Jean Bridal yang menaja busana pengantin, WeddingΒ by Emma yang menaja deko majlis dan pelamin sertaΒ beberapa selebriti ternama yang pernah mendapatkan khidmat Siti JamuMall antaranye CHE TA, FAIZAL FBI, SHUlB , SARAH RAlSU DIN, SHERRY iBRAHlM , SHAHRUL RlDZUAN, DAN LANA NORDIN .
Hampir dua tahun menyepi tanpa karya terbaharu, kini penyanyi wanita bersuara mantap, Indah Ruhaila muncul dengan dengan single terbaharunya berjudul βPudarβ. Single terbaharunya ini turut diangkat sebagai salah satu lagu tema utama yang melatari drama bersiri βNur 2β, sebuah karya susulan kepada drama bersiri βNurβ yang pernah mencetuskan fenomena pada tahun lepas apabila mencapai rating tertinggi sebanyak 13 juta tontonan di TV3. Drama 15-episod lakonan pelakon-pelakon utama, Amyra Rosli dan Syafiq Kyle ini sedang bersiaran di slot Samarinda TV3 sejak 2 April 2019.
Sempena pelancaran video muzik rasmi βPudarβ malam ini, Indah bakal tampil dalam sebuah persembahan akustik istimewa yang disiarkan secara langsung menerusi saluran YouTube Nova Music Videos mulai jam 8 malam ini. Penonton bakal disajikan dengan Β persembahan akustik istimewa 5-lagu diselangi dengan sesi soal jawab bersama penyanyi yang mesra disapa sebagai Indah ini dalam menyorot kembali sejarah kerjaya seninya. Video muzik rasmi βPudarβ bakal dilancarkan secara rasmi tepat jam 9 malam ini dan boleh ditonton menerusi saluran YouTube Nova Music Videos.
βPudarβ merupakan single pertama penyanyi bervokal mantap ini di di bawah naungan syarikat rakaman Nova Music (M) Sdn. Bhd.. Kali terakhir graduan Akademi Fantasia 2013 (AF 2013) ini menerbitkan single pada tahun 2017 menerusi lagu βKau Yang Satuβ yang pernah menjadi lagu OST untuk sebuah filem dengan judul yang sama. Sebelum ini, Indah pernah popular dengan lagu hits βPercayalahβ yang membawanya ke pentas akhir Anugerah Juara Lagu 29 pada tahun 2015. Indah juga popular dengan lagu hit βSemua Untuk Cintaβ hasil ciptaan gandingan komposer hebat, Hael & Ezra Kong yang dikeluarkan pada tahun 2016.
Lagu terbaru berentak balada ini merupakan ciptaan sepenuhnya penyanyi dan komposer berbakat Amylea Azizan. Amylea yang turut bertindak sebagai penerbit rakaman memberikan sentuhan magisnya menerusi susunan muzik yang digarap penuh dinamik.Β Disulam pula dengan bait-bait lirik yang mengangkat tema harapan yang disandarkan semakin menghilang, berjaya menambahkan lagi unsur melankolik ke dalam lagu ini. Diberi pula jiwa menerusi nyanyian penuh penghayatan dalam setiap hela nafas vokal mantap Indah sekaligus melengkapkan lagi βPudarβ sebagai sebuah karya yang bakal menjentik hati pendengar.
Baru sahaja dilancarkan pada 29 Mac lalu, βPudarβ sudah pun berjaya tersenarai dalam senarai Lagu Top Trending di pelantar striming muzik Joox. Mengulas tentang sambutan memberangsangkan peminat muzik tempatan dan penonton drama βNur 2β, Indah berkata, βAlhamdulillah. Saya terharu dengan reaksi positif semua pihak. Ternyata tidak silap taruhan saya kali ini. Saya bersyukur kerana mempunyai jodoh dengan lagu ini. Sebenarnya, lagu ini pernah ditawarkan kepada saya untuk dimuatkan dalam OST drama βNurβ edisi pertama. Tetapi atas sebab kesihatan dan jadual yang tidak mengizinkan, saya terpaksa menolak. Namun sudah tertulis memang rezeki saya untuk mendendangkan lagu iniβ.
βPertama kali mendengar lagu ini, saya cukup terusik dengan melodi dan liriknya. Apatah lagi apabila saya diberitahu Β Amylea bahawa lagu ini asalnya ditulis khas untuk watak βNurβ berdasarkan plot untuk edisi pertama drama tersebut. Saya berharap apa yang lagu ini cuba sampaikan, saya berjaya terjemahkan menerusi nyanyian saya. Sekiranya ada yang menyatakan nyanyian saya ini berjaya menyentuh hati mereka, alhamdulillah,β ulas Indah tentang komen peminat yang menyifatkan persembahannya dalam lagu βPudarβ ini berjaya meninggalkan kesan kepada pendengar.
βPudarβ Β merupakan single terbitan dan edaran Nova Music (M) Sdn. Bhd.. Single ini boleh didapati di semua pelantar muzik digital seperti Spotify, Apple Music, Joox, KKBox, Deezer dan juga iTunes bermula 29 MAC 2019. Manakala video muzik rasmi βPudarβ boleh ditonton menerusi saluran YouTube Nova Music Videos bermula 8 APRIL 2019 jam 9 malam.
Tuah Ayam Nampak Di Kaki, Tuah Manusia Siapalah Yang Tahu!, Ini dapat digambarkan kepada 3Β orang Top Achievers Meeracle berjaya membawa pulang masing-masing sebuah Kereta Mewah Mercedes Benz C200 manakala 1 orang menerimaΒ Mercedes Benz C300 selepas berjaya mencapai sasaran jualan sehinggaΒ jutaan ringgit setahun.
Meeracle jenama penjagaan kulit dan kosmetik yang sedang melonjak naik di pasaran mengadakan majlis penyerahan kunci kepada semua wakil jualan yang telah mencapai jualan tertinggi sepanjang kempenΒ βMenjadi Dengan MeeracleβΒ yang dijalankan pada tahun 2018.
Majlis eksklusif ini diadakan baru-baru ini pada 28 Mac 2019 lalu di Cycle & Carriage Mercedes-Benz, Jalan Tun Razak Kuala Lumpur.dan bertujuanΒ untuk mengotakan janji pihak syarikat bagi menghadiahkan 4 buah kereta mewah Mercedes-Benz kepada keempat-empat wakil jualan.
Pihak syarikat berharap semua wakil jualan akan lebih bersemangat untuk memajukan diri dan bersama mencapai misi syarikat pada tahun 2019. Majlis itu dimulakan dengan ucapan ringkas daripada Pengasas Meeracle, Puan Meera Nordin dan diteruskan dengan majlis penyerahan kunci kepada ke semua master stokis yang telah memenangi Mercedes-Benz tersebut.
Kempen βMenjadi Dengan Meeracleβ itu telah dijalankan dari Julai 2018 ke Januari 2019. Kempen ini bertujuan untuk memberikan motivasi kepada semua wakil jualan untuk mencapai tahap yang lebih tinggi lagi dalam mencapai target jualan masing-masing. Ketua Eksekutif Pemasaran Meeracle, Cik Fitrah Ahmad menjelaskan di dalam temu bual bersama media bahawa kempen ini akan diteruskan lagi pada tahun 2019 dan pihak syarikat mensasarkan sekurang-kurangnya 30 orang lagi wakil jualan Meeracle akan berjaya mencapai target Meeracle untuk memiliki kereta mewah pada tahun 2019 dan seterusnya.
ni bermakna, Meeracle akan membantu lebih ramai lagi wanita di luar sana untuk memperbaiki taraf kehidupan mereka sejajar dengan misi Meeracle untuk memperkasakan taraf hidup para wanita bukan sahaja di Malaysia malah di beberapa negara Asia yang lain. Meeracle juga akan terus memonopoli industri kecantikan di Malaysia dengan lebih banyak inovasi dan revolusi dalam produk penjagaan kulit danΒ kosmetik.
Airbnb dan Louvre hari ini mengumumkan bahawa muzium ini akan diubah menjadi Rumah ajaib selama satu malam. Untuk pertama kalinya, peminat tegar seni akan berpeluang untuk bersantai sambil menghayati karya agung, termasuk Mona Lisa yang tidak ternilai harganya, dan tidur di bawah Piramid kaca ikonik Louvre dalam “piramid mini” yang akan direka khusus untuk meraikan ulang tahun bangunan ini yang ke-30. Malaysia teleh dipilih sebagai satu negara di seluruh dunia untuk mengambil kesempatan ini sekali dalam seumur hidup.
Setelah mereka menemui keajaiban muzium ini, pasangan ini akan menikmati keselesaan Rumah mereka sepanjang malam di hadapan beberapa hos legenda sebenar: mereka akan mengucap selamat kepada Mona Lisa dengan dengan aperitif berinspirasi Renaissance yang nyaman, sambil berehat di sofa lounge Paris yang mewah, sambil mendengar bunyi atmosfera muzik Perancis pada rekod vinil. Venus of Milo, dewi cinta dan kecantikan Yunani, kemudiannya akan “menjadi hos” dalam sebuah jamuan makan mewah di bilik makan pop up. Dan yang terakhir, tetamu akan dibawa ke konsert akustik intim di bilik mewah Napoleon III. Pada penghujungΒ malam yang sangat istimewa ini, pemenang akan berehat di bilik tidur mereka di bawah Piramid yang menjanjikan penginapan semalam yang paling mewah.
βKami gembira untuk menawarkan pengalaman unik dan istimewa ini untuk dua orang menginap di muzium semalaman, di bilik tidur berbentuk piramid yang dikhaskan untuk mereka. Kami tahu ramai orang akan sukakan peluang untuk mengembara sendirian pada waktu malam melalui Louvre dan kami mahu ini menjadi pengalaman ajaib dan tidak dapat dilupakan. Dengan perkongsian Airbnb, kami berharap untuk menggalakkan lebih ramai orang untuk mengetahui betapa mudahnya untuk melihat keajaiban seni yang sangat menginspirasikan. β
Perkongsian Airbnb dengan Louvre melampaui pemenang bertuah pertandingan dan tetamu mereka; dari Mei hingga akhir tahun, siri Pengalaman luar biasa di muzium akan boleh ditempah di platform Airbnb. Pengalaman ini, yang programnya akan didedahkan dalam minggu akan datang, akan memberikan semua orang peluang untuk menemui semula muzium yang paling terkenal di dunia daripada sudut baru, dengan lawatan eksklusif dan konsert intim.Β
“Paris merupakan salah satu bandar yang paling menarik di dunia dan Louvre merupakan salah satu institusi yang paling disukai dan diraikan di Paris. Kami gembira untuk bekerjasama dengan mereka dan menawarkan pengalaman menarik dan unik yang akan meraikan komuniti kami dan mengalu-alukan warga Paris dan pengembara antarabangsa untuk menemui semula muzium dengan cara yang baru dan tulen. ”
Emmanuel Marill, Pengurus Am, Airbnb France
Bagaimanakah caranya untuk turut serta?
Untuk masuk, hanya pergi ke airbnb.com/louvre sebelum 12 April pada 23h59 (masa Perancis – GMT+1) dan jawab soalan ini: mengapa anda sesuai untuk menjadi tetamu paling sesuai Mona Lisa? Seorang pemenang akan dipilih. Semua terma dan syarat pertandingan boleh didapati diairbnb.com/louvre.
Crocs , a global leader in innovative casual footwear for women, men and children, today announced the debut of Crocs Revivaβ’, a new comfort technology and collection for the Spring/Summer 2019 season. Featuring footbeds with built-in air bubbles, Crocs Revivaβ’ technology provides a revitalizing bounce, a soothing massage effect and all-day comfort.
Crocs Revivaβ’ is available now at select Crocs retail locations and will be available on Crocs.com starting Feb. 24. The collection includes an extended everyday style offering across sandal, flip and slide silhouettes for women and men.
The new Crocs Revivaβ’ Flip features footbeds with built-in air bubbles for a soothing massage effect.
βCrocs continues to innovate in the comfort space at an extraordinary level, and the Crocs Reviva Collection is no exception,β said Michelle Poole, Crocsβ Chief Product & Merchandising Officer. βWith distinctive footbeds that align to the foot pressure map, the Crocs Reviva Collection provides consumers with a unique all-day comfort option at a great price.β
True to Crocs DNA, the Reviva by Crocsβ’ Collection is lightweight and supportive, and boasts molded Crosliteβ’ uppers for a collection that is durable, washable and water-resistant. Retail Price at RM189 for unisex and the womenβs flip and slide.
The new Reviva by Crocsβ’ Collection delivers revitalizing bounce and all-day comfort.
βWhether youβre running errands or spending time at the pool, the Crocs Reviva Collection is sure to be a refreshingly comfortable addition to your closet,β Poole continued. βPlus, with visible air bubbles, not only can you feel Crocs Revivaβs comfort, but you can see how Crocs Reviva will add a little bounce to your day.β
Malaysians who missed out on the first online sales for the realme 3, should fret not, as they can make their way to the realme 3 First Sale roadshows in the Klang Valley, happening this Saturday and Sunday, to get their hands on the realme 3.
Realme Malaysia, a smartphone brand that is Proud To Be Young, will be holding two exclusive roadshows at the Realme Image Store in Sunway Pyramid Shopping Mall in Bandar Sunway, from 1 pm to 9 pm, on the 6 April; and at the Third Floor of Sunway Velocity Mall in Cheras, from 1 pm to 9 pm, on the 7 April.
Realme 3 in Two Variants Available For Sale
Designed for stylish trendsetters, the realme 3 which features a 3D gradient unibody design, MediaTek Helio P60 processor and 13MP + 2MP dual cameras, with Nightscape and Chroma Boost modes, is available in two variants, in three colours – Classic Black, Dynamic Black and Radiant Blue at the following prices:
lΒ realme 3 (3GB RAM + 32GB ROM): RM 599
lΒ realme 3 (4GB RAM + 64GB ROM): RM 699
Each purchase of the realme 3 comes with a free phone case.
Attractive Games and Prizes To Be Won
realme malaysia will be offering various freebies at the roadshows. They include: realme bagpacks, realme bottles and realme buds.
Customers are encouraged to be there early because they are limited gifts to be given away. They will also have the opportunity to participate in a series of lucky draws, enabling them to win exciting mysterious gifts.
Realme Malaysia is also giving away cash prizes when customers emerge victorious as they play exciting games using the realme 3 at the roadshows. Some of the games they are able to play include PUBG, Mobile Legend, Asphalt and a mini game.