SO Staff

FASHION ON WHEELS Trak Fesyen Pertama Di Malaysia

Konsep trak fesyen bukanlah baharu, Ia telah diadaptasi jenama-jenama gergasi antarabangsa sebagai satu bentuk promosi bergerak. Di Malaysia, ia belum pernah diperkenalkan mana-mana jenama. Peluang yang ada itu digunakan sepenuhnya Lenny Farina Hazree untuk mengasaskan trak fesyen pertama Malaysia, Fashion on Wheels (FOW).

Tercetusnya FOW adalah bagi memudahkan pengguna untuk membeli busana menjelang musim perayaan Aidilfitri. Dengan hampir 15 jenama popular di Malaysia, nantikan trak merah jambu FOW yang akan bersingah ke 10 lokasi di sekitar Lembah Klang.

Foto diambil dengan #HuaweiP20Pro

Dengan adanya FOW, para pengguna boleh memilih fesyen terkini hari raya tanpa perlu ke manamana. Trak FOW akan datang ke tempat yang telah dipilih dan orang ramai boleh membeli-belah dengan mudah.

“Sambutan tahun ini akan menjadi penentu untuk gerak kerja pengurusan dan promosi tahun depan.FOW menjangkakan penambahan lokasi dengan capaian di luar Lembah Klang menjelang Aidilfitri tahun depan,” jelas Lenny Farina pada majlis pelancaran FOW di Tasik Perdana.

Pertujukkan fesyen oleh Fashion On Wheel. Foto diambil dengan #HuaweiP20Pro

Menggunakan konsep vendor, kesemua jenama di bawah bumbung trak FOW meliputi pakaian untuk lelaki dan wanita, kanak-kanak, tudung serta aksesori. Jenama yang terlibat ialah Minaz, Jameqha,Bella Ammara, Locka, By Fatin Suhana, Shawl Publika, Jannahnoe, Cattleya, Scarfeya, Alkhautar,Zarra Sinar Puteri, Teruna by Hafiz Mahamad, Riaz Arshad, Jelitasara, Sofea Rose, Mummu Scarf,Kaizer Scarf, Syafiqah Aina Hijab, Ravaka dan Rumah Manik.

Trak FOW. Foto diambil dengan #HuaweiP20Pro

Trak FOW akan bergerak ke lokasi pertama pada 21 Mei 2018 di Surian Tower, Damansara bermula pukul 10 pagi hingga 5 petang. Jelajah FOW akan berkahir pada 9 dan 10 Jun 2018 di Pullman Lakeside, Putrajaya bermula pukul 4 petang hingga 10 malam. Berikut merupakan jadual pergerakan

FOW:

TARIKH LOKASI WAKTU

21 Mei 2018 Surian Tower, Damansara 10am – 5pm

22 – 24 Mei 2018 Menara TM, Bangsar 10am – 5pm

25 Mei 2018 Surian Tower, Damansara 10am – 5pm

26 – 27 Mei 2018 ShangRi-La, Kuala Lumpur 4pm – 10pm

28 – 29 Mei 2018 JKR Tower, Kuala Lumpur 10am – 5pm

30 Mei 2018 Sri Pentas, TTDI 10am – 5pm

31 Mei 2018 NSTP, Bangsar 10am – 5pm

1 – 3 Jun 2018 SACC, Shah Alam 4pm – 10pm

4 – 5 Jun 2018 Avenue K, KL 10am – 5pm

6 – 8 Jun 2018 Kompleks Kerajaan, Putrajaya 10am – 5pm

9 – 10 Jun 2018 Pullman Lakseide, Putrajaya 4pm – 10pm

World Burger Tour Kembali Di Hard Rock Café

Pastinya fanatika burger di seluruh Negara sentiasa menanti peluang untuk merasai keenakan burger di seluruh dunia apatah lagi ianya hanya di sajikan di Hard Rock Café.  Anda kini berpeluang untuk menikmati hidangan makanan itu dengan kembalinya Hard Rock World Burger Tour.

Penny Lam selaku Pengurus Jualan di Hard Rock Café Melaka berkata, promosi burger itu akan diadakan selama dua bulan di seluruh dunia bermula 2 Mei sehingga 29 Jun depan.

“Kali ini kita membawakan empat jenis burger iaitu Datei Burger dari Dubai, Hollywood Burger, Santiago Quinoa Burger dari Santiago Chile dan Spinach & Chickpea Burger daripada New Delhi India.

“Empat jenis burger ini sudah pasti mampu memenuhi selera para peminat burger tempatan yang sememangnya ingin mencuba hidangan antarabangsa ini,” katanya kepada media ketika ditemui di Hard Rock Café Melaka pada 11 Mei lalu.

Selain itu katanya, sempena dengan World Burger Tour itu, Hard Rock Cafe juga akan memperkenalkan minuman cocktails bertaraf antarabangsa termasuklah Passion Fruit Mai Tai, Southern Style Lemonade dan Passion Fruit Punch.

“Pelanggan yang datang untuk mencuba minuman itu mempunyai dua pilihan yang mana mereka boleh membawa balik gelas cocktails yang diminum mereka atau sebaliknya dengan tawaran dua harga yang berbeza.

“Pastinya gabungan burger antarabangsa dan cocktails akan memberikan nikmat yang berbeza kepada para pelanggan yang datang,” ujarnya lagi.

 

Pink Sands Club Canouan

Pink Sands Club, Canouan, which will be rebranded Mandarin Oriental, Canouan this summer has launched two luxury packages.

Land & Sea in Luxury – A Yacht Charter and Four Nights in a Two-Bedroom Patio Villa

Experience all Canouan Island and St. Vincent and The Grenadines have to offer with the resort’s Land & Sea in Luxury package. Enjoy four nights in a new chic two-bedroom Patio Villa, for up to six people. Located near the top of the resort’s landscaped hillside to capture the most captivating views, the spacious Patio Villas make for the perfect relaxing vacation home. The package also includes a private yacht charter for seven nights of island-hopping with Churchill Yacht Partners, a charter company renowned for its exceptional service and exclusive collection of luxury megayachts. Fully-crewed vessels from Churchill Yachts’ collection include the 130’ Westport motor yacht named Far Niente, the 99’ Pura Vida Moonen motor yacht, and the 116’ Holland Jachtbouw sailing sloop, Whisper. Itineraries are customized to include visits to a selection of islands such as Bequia, Mustique, the Tobago Cays, Mayreau, Petit St. Vincent and Grenada.

canouan accommodation lagoon villa

The Land & Sea in Luxury offer includes:

  • Four nights in a two-bedroom Patio Villa
  • Seven nights private yacht charter with Churchill Yacht Partners
  • Complimentary WiFi, Pirates Kids’ Club access, watersports, fitness activities and daily honour bar

Land & Sea in Luxury package rates start at USD 62,000 plus operating expenses.  This offer, available from 1 June 2018 through 31 May 2019, is subject to availability, blackout dates and cannot be combined with other offers.  To ensure preferred dates of  arrival, guests are encouraged to confirm Grenadine Airways’ availability for flights to Canouan before booking flights to Barbados or St Lucia.  To book or for more information, visit the Offers page at www.mandarinoriental.com

Pink Sands Club Canouan

Jet Away & Play  – Private Jet Flights and Seven Nights in a One-Bedroom Suite

The Jet Away & Play offer makes getting there half the fun. Experience the luxury and convenience of a private jet flight to Canouan from Miami with Air Charter Service (ACS), the world’s largest global aircraft charter company.  On arrival, guests will enjoy seven indulgent nights in an elegant, colonial-style one-bedroom suite with time to relax and indulge in all the resort has to offer, including the Spa, a collection of fine restaurants and bars, an 18-hole championship golf course, complimentary night-lit tennis courts, and a selection of idyllic beaches.

canouan kids club

The Jet Away & Play offer includes:

  • Roundtrip private jet flights with Air Charter Service (ACS) from Miami to Canouan Island
  • Seven nights in a one-bedroom suite
  • Complimentary WiFi, Pirates Kids’ Club access, watersports, fitness activities and daily honour bar

Jet Away & Play package rates start at USD 52,000  based on ACS jet service between Canouan Island and Miami (Opa Locka, Florida (OPF) airport) on a mid-size jet for up to 6-8 passengers. Other jet types and flights from other departure destinations such as London and New York City are available at prevailing rates. This offer is available from 1 June 2018 through 31 May 2019 and is subject to availability, blackout dates, and cannot be combined with other offers. For reservations or for more information, visit the  Offers page at www.mandarinoriental.com

Demam bola melanda Coca-Cola Collectors Fair 2018

Acara tahunan Coca-Cola Collectors Fair kembali ke Berjaya Times Square di mana kira-kira 70 pengumpul dari 13 negara berhimpun untuk mempamer, menukar dan menjual segala barangan Coca-Cola.

Sempena Piala Dunia FIFA Russia 2018 yang dinanti-nantikan bulan hadapan, tema tahun ini segalanya berkaitan bola sepak di mana hubungan sekian lama Coca-Cola bersama Fédération Internationale de Football Association (FIFA) yang bermula pada 1974 memastikan pelbagai himpunan koleksi Coca-Cola daripada pelbagai acara FIFA dipamerkan.

70 collectors from 13 countries participated in the annual Coca-Cola Collectors Fair 2018 at Berjaya Times Square

“Coca-Cola sentiasa berkongsi minat peminat bola sepak di seluruh dunia dan menerusi kerjasama dengan FIFA, kami menjuarai kuasa permainan untuk menghimpunkan masyarakat bersama-sama. Kami bersedia untuk membawakan keterujaan sempena Piala Dunia FIFA Russia 2018 dan untuk menyelami mood ini, kami mengetengahkan tema Coca-Cola Collectors Fair tahun ini segalanya tentang bola sepak yang mana orang ramai berpeluang menyaksikan sejarah dan jalinan hubungan antara Coca-Cola dan FIFA sepanjang beberapa dekad ini,” kata Gareth McGeown, Ketua Pegawai Eksekutif Bottling Investment Group Malaysia-Singapura-Brunei, Syarikat Coca-Cola.

Bersama-sama pengumpul dari Malaysia serta turut disertai peminat dari Thailand, Singapura, Indonesia, Filipina, China, Hong Kong, Macau, Taiwan, Korea, Jepun, Sepanyol dan Perancis, edisi kelapan Coca-Cola Collectors Fair menjanjikannya sebagai acara antarabangsa yang tersendiri.

Pengumpul Malaysia, Joe Lim yang berusia 41 tahun mula mengumpul koleksi botol pertama Coca-Cola dari China pada 2002 dan meneruskannya hingga kini. Dia kini berbangga memiliki  hampir 1,000 botol ikonik daripada pelbagai saiz dan bahan.

CEO Bottling Investment Group Singapore-Malaysia-Brunei, The Coca-Cola Company, Gareth McGeown (right_standing) with members of the Malaysian Coca-Cola Collectors Club

.“Ini kali ketujuh saya menyertai acara tahunan ini dan saya seronok bersama rakan pengumpul lain yang datang dari jauh dan dekat. Kami  bukan saja bertukar koleksi tetapi turut berkongsi cerita dan pengalaman, yang bagi saya sesuatu yang sangat berharga. Coca-Cola Collectors Fair menjadi perhimpunan terbesar di rantau ini dan satu platform yang menarik untuk menghimpunkan pengumpul bersama,” kata Lim.

Selain daripada pengumpul, orang ramai juga mengunjungi pesta tersebut untuk meneroka dunia baru dan menyertai permainan yang menyeronokkan bagi memenangi koleksi edisi terhad Coca-Cola. Mereka juga berpeluang untuk mendapatkan tawaran menarik di gerai Wendy’s dan Hero Market pada acara berkenaan.

Collector Kwek Kiok Liang receives the Best Display Award from Ahmad Yehia, Country Manager for Malaysia-Singapore-Brunei, The Coca-Cola Company

Rakan runcit Coca-Cola memberi sokongan kepada acara ini dengan tawaran istimewa –  Hidangan mengenyangkan Wendy’s dengan tawaran nilai berganda RM5 untuk 2 ayam goreng  rangup dan RM1.50 untuk 2 kon berkrim Frosty, manakala Hero Market melegakan dahaga dengan harga rendah RM1 untuk tin 320ml bagi pelbagai jenis minuman oleh Syarikat Coca-Cola.

Sementara itu, Berjaya Times Square kembali sebagai penaja rasmi venue untuk Coca-Cola Collectors Fair.

Coca-Cola Collectors Fair di Malaysia bermula sejak 2011 dan secara tradisinya diadakan pada bulan Mei sempena Hari Pengasasnya di mana Coca-Cola pertama kali diperkenalkan pada 8 Mei 1886 di Atlanta, Amerika Syarikat.

 

Kerjasama RITZ GUARANA – KOMUNITI LUN BAWANG Menerusi Tanaman Guarana

RITZ Guarana Plantation Holdings Berhad memeterai jalinan kerjasama dengan komuniti Masyarakat Lun Bawang  di kawasan tanah adat Lawas, Sarawak bagi menjana peluang ekonomi menerusi tanaman Guarana secara bersama.

Pengarah Urusan Ritz Guarana Plantation Holdings Berhad, Datuk Ibrahim Yahya berkata, pihaknya bersedia menyediakan platform dan benih Guarana untuk membantu komuniti masyarakat tempatan di Lawas  menjana pendapatan mereka melalui bidang pertanian.

Tujuan utama kerjasama ini adalah untuk membantu masyarakat Lun Bawang menjana pendapatan memandangkan sasaran pihak RITZ Guarana Plantation Holdings Berhad mahu menjadikan guarana sebagai tanaman eksport utama negara selain bahan komoditi lain.

RITZ Guarana Plantation Holdings Berhad yang mendapat lesen eksklusif memproses tanaman ini dari kerajaan Brazil yang merupakan pengeluar utama herba guarana di dunia menyasarkan produk tepung guarana dieksport ke China melalui kilang memprosesan mereka di Kulim Hi-Tech dan Pulau Pinang. Menurutnya, kilang tersebut juga akan menjadi yang pertama memproses tepung guarana di dunia, dan yang pertama di Asia mengekstrak herba tersebut.

Majlis menandatangani perjanjian kerjasama ini turut dihadiri penaung RITZ Guarana Plantation Holdings Berhad iaitu Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang  Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman Bin Haji Abbas, manakala Datuk Matius Baru mewakili komuniti masyarakat Lun Bawang.

Guarana atau Guaraná , Paullinia cupana (juga P. crysan, P. sorbilis) ialah sejenis pokok herba yang berasal dari Venezuela dan utara Brazil.

Pokok guarana mengeluarkan daun yang lebar dan berjambak bunganya, dan terkenal dengan buahnya yang sebesar biji kopi.

Biji buah guarana boleh dijadikan perangsang sistem saraf pusat untuk kesihatan tubuh. Bijinya mempunyai dua kali lebih kafein dari biji kopi(lebih kurang 2-4.5% kafein di dalam biji Guarana berbanding dengan 1-2% untuk biji kopi).

Dalam tahun 2007, telah diselenggarakan satu kajian penyelidikan untuk mengetahui secara terperinci dengan memberi empat dos(37.5 mg,75 mg,150 mg dan 300 mg) ekstrak guarana. Memori, kecekapan and keceriaan ditingkatkan dengan dos dua terendah, mengesahkan keputusan lebih elok dari yang sebelumnya tentang kesan sampingan 75 mg guarana.

Tentang Guarana

Guarana atau Guaraná , Paullinia cupana (juga P. crysan, P. sorbilis) ialah sejenis pokok herba yang berasal dari Venezuela dan utara Brazil.

Pokok guarana mengeluarkan daun yang lebar dan berjambak bunganya, dan terkenal dengan buahnya yang sebesar biji kopi.

Biji buah guarana boleh dijadikan perangsang sistem saraf pusat untuk kesihatan tubuh. Bijinya mempunyai dua kali lebih kafein dari biji kopi(lebih kurang 2-4.5% kafein di dalam biji Guarana berbanding dengan 1-2% untuk biji kopi).

Buah guarana banyak digunakan dalam industri minuman, kosmetik, pemakanan dan juga perubatan.

ONE Championship Ring Girls : Maeng Na Hyun

Maeng Na Hyun is one of the stunning models in Korea.She has been doing ballet and Korean dance since childhood, majored in acting in college.
She has been modeling since 2012. She has done many modeling jobs around the world and appeared on TV commercials, print ads and music videos for K-pop singers.

Maeng Na Hyun

She is an official ONE Championship ring girl. She is dynamic and energetic, and loves traveling, playing bawling and learning languages. She can speak Korean, Japanese and English. She likes to travel the world, eat their food and experience different cultures.

Maeng Na Hyun
Maeng Na Hyun

BLOCKCHAINS.MY (BCMY) MEET UP SUMMIT 2018

BCMY MEET UP SUMMIT akan diadakan di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid, sebuah acara yang dikendalikan oleh BCMY Pte Ltd, dengan penonton seramai 2,500 orang.

Untuk permulaan, BCMY ialah Teknologi Kewangan (yang akan dirujuk sebagai ‘Fintech’ masa akan datang) merupakan penyelesaian mudah alih yang menawarkan ciri-ciri pembayaran pedagang dan mata wang digital. Penyelesaian mudah alih ialah E-wallet yang dilengkapi dengan kad pintar Near FIELD Communication (NFC) untuk memudahkan pembayaran E-mudah, selamat dan cepat. E-wallet dilengkapi dengan teknologi blockchain, memberikan pengguna keupayaan untuk menyimpan dan memindahkan aset serta-merta di seluruh dunia. Blockchain ialah lejar dalam talian yang diedarkan yang merekodkan setiap urusniaga dengan mata wang digital. Ini adalah inovasi yang membantu menyelesaikan masalah pengeluaran wang berganda kerana setiap transaksi yang direkodkan dirahsiakan dengan kriptografi dan datanya telah terbukti tidak dapat dipadam. Salah satu (1) kelebihan yang lain daripada teknologi ini ialah ia merekodkan semua data dalam cara yang selamat dan telus. BCMY ialah E-wallet utama untuk Dinar Coin (DNC), aset kripto yang berdasarkan kepada nilai emas masa. Ini memberi peluang kepada pengguna BCMY untuk menyimpan nilai emas sebenar dalam dompet mereka. Apa yang membuatkan E-Wallet BCMY amat unik ialah kerana E-Wallet terulung ini menggunakan NFC yang boleh menyimpan pelbagai aset termasuk DNC offline sehingga menjadikannya lebih selamat untuk pengguna. BCMY bertujuan memperluaskan rangkaian perkhidmatannya dengan mewujudkan satu landasan untuk pedagang yang mana pengguna hanya perlu menggunakan kad NFC untuk membeli barangan dan perkhidmatan.

BCMY telah mencipta nama dengan menerima beberapa anugerah seperti The Challenge Innovation Swiss dan kami diletakkan di landasan antarabangsa dan tempat ketiga di dalam trek inovasi. Pengasas BCMY Pte Ltd, Dato’ Azrainuddin bin Zainal telah diberi peluang untuk menjadi penceramah dalam pelbagai acara seperti Sidang Kemuncak Blockchain Dunia di Dubai serta World Blockchain Forum di London. Melalui kejayaannya dalam produk yang mereka gunakan di seluruh dunia, Dato ‘Azrainuddin bin Zainal telah mengendalikan BCMY MEET UP SUMMIT 2018 untuk meraikan pertumbuhannya serta menyediakan landasan untuk pengguna dan peminat matawang digital untuk bertemu, mendengar, belajar dan mendidik, seperti nama sidang kemuncak yang dicadangkan. Sidang kemuncak ini akan mengumpulkan orang dari seluruh dunia dan mewujudkan satu (1) landasan untuk menyebarkan pengetahuan yang lebih mengenai teknologi blockchain dan matawang digital. BCMY telah bekerjasama dengan beberapa universiti awam seperti UTM dan UUM bersama-sama dengan ahli akademik terkemuka untuk meningkatkan kesedaran mengenai perkara ini supaya lebih ramai dapat terlibat dalam membentuk masa hadapan. Pihak kami mengharapkan kerjasama yang lebih akan berlaku dengan universiti-universiti seperti ini untuk membangunkan modul pendidikan khusus mengenai teknologi blockchain.

Dato’ Azrainuddin bin Zainal

Salah satu (1) sesi yang dinantikan ialah pembentangan untuk menerangkan lebih lanjut mengenai teknologi revolusi serta memberi gambaran tentang produk dan platform baru BCMY yang akan diberikan oleh Dato’ Azrainuddin bin Zainal. Perbincangan panel akan menjadi sebahagian daripada agenda yang amat bermanfaat. Topik perbincangan adalah ’Keuntungan dari Cryptocurrencies & Teknologi Blockchain dalam ekosistem kita’. Kepakaran barisan panel adalah dari bidang undang-undang akademik iaitu pengguna utama matawang digital dari seluruh dunia. Barisan ahli panel yang akan terlibat ialah Encik Nizam Ismail, rakan kongsi RHT Law Taylorwessing Singapura dari Singapura; DR Rahayu Pensyarah Kanan & Perunding. Sekolah Perniagaan Antarabangsa Azman Hashim, Universitl Teknologi Malaysia dari Malaysia; Cik Pandu W Sastrowardoyo, Pengerusi Lembaga Pengarah, Zoo Blockhain dari Indonesia dan disederhanakan oleh Pengasas BCMY Pte Ltd sendiri. Perbincangan panel ini sangat dinantikan oleh pelbagai pihak kerana ia menjanjikan pemahaman serta maklumat yang mendalam, pertukaran pemikiran intelektual dan perspektif yang menyegarkan dari ahli panel yang terkenal. Ini adalah sesi yang anda tidak mahu lepaskan!

Dengan tentatif yang telah dijanjikan, BCMY MEET UP SUMMIT 2018 berharap dapat membawa impak, memberi kesedaran dan meningkatkan pengetahuan tentang teknologi blockchain dengan menyertai sidang seperti ini.

Pusat Beli-belah IPC Tunjuk Komitmen Tinggi dalam Inisiatif Pusat Kitar Semula & Beli-Balik

Dengan adanya Pusat Kitar Semula & Beli-Balik (Recyling and Buy-Back Centre) Pusat Beli-belah IPC, kitar semula tidak lagi serumit dahulu malah telah menjadi lebih mudah. Dalam usahanya untuk menggalakkan kitar semula serta pengurangan sisa, Pusat Beli-belah IPC akan menggandakan ganjarannya di samping ganjaran bayaran balik yang sedia ada. Dari sekarang hingga 3 Jun 2018, pengunjung yang membawa sekurang-kurangnya 3 kg bahan buangan kitar semula akan membawa pulang pelbagai hadiah eksklusif dari Pusat Beli-belah IPC.

Bahan-bahan yang akan diterima untuk kitar semula merangkumi surat khabar, botol plastik dan tin alumunium. Bagi mengitar semula dan menebus ganjaran, pengunjung dikehendaki:

  1. Membawa bahan buangan kitar semula ke Pusat Kitar Semula & Beli-Balik yang terletak di tempat letak kereta berhampiran Pillar 8D, Tingkat P1. (Buka setiap hari dari pukul 10 pagi hingga 6 petang – tutup untuk rehat dari pukul 1 petang hingga 2 petang)
  2. Menimbang bahan buangan kitar semula dan menerima wang tunai serta resit. (Harga beli semula bergantung pada jenis bahan serta beratnya. Maklumat mengenai harga beli semula boleh didapati di Pusat Kitar Semula & Beli-Balik IPC)
  3. Mengumpul resit anda bermula dari sekarang sehingga 3 Jun 2018 untuk memenuhi syarat berat minimum sebanyak 3 kg.
  4. Menunjukkan semua resit di i-Kaunter Tingkat G dari 13 April hingga 3 Jun 2018 untuk menebus satu beg jinjing ATAU baucer beli-belah bernilai RM10.

Usaha ini sebenarnya dimulakan sebagai satu komponen sementara yang berunsurkan pendidikan. Namun pada hari ini, ia telah berkembang menjadi sebuah pusat pengurusan sisa yang tetap untuk komuniti. IPC merupakan pusat beli-belah pertama di Lembah Klang yang memperkenalkan sistem beli semula melalui pelancaran Pusat Kitar Semula & Beli-Balik-nya pada tahun 2009. Inisiatif ini juga meletakkan IPC sebagai antara pusat beli-belah yang paling mendukung konsep hijau dalam komuniti. Selain pelbagai bahan buangan kitar semula, pusat ini juga menerima lampu merkuri dan bateri yang telah habis digunakan. Mentol merkuri dan bateri yang diterima akan diuruskan secara berhati-hati demi menjamin penghantaran yang selamat ke syarikat pengurusan sisa, Kuality Alam untuk dilupuskan.

Eleanor Lo,  Pengurus Pemasaran Pusat Beli Belah IPC mengulas, “Segala usaha ini merupakan komitmen kami ke arah bumi yang lebih hijau. IPC sentiasa memberikan fokus kepada kehidupan mampan serta mengurangkan impak negatif ke atas alam sekeliling. Maka, kami telah menggabungkan pelbagai pendekatan contohnya penggunaan lampu yang menjimat tenaga dalam IPC untuk mengurangkan emisi, serta pembangunan sebuah Pusat Kitar Semula & Beli-Balik untuk membolehkan komuniti melaksanakan tanggungjawab mereka.”

Selain itu, Pusat Beli-Belah IPC juga mengambil pelbagai langkah lain untuk melaksanakan konsep hijau dalam bangunannya, misalnya pemasangan panel solar dan sistem penuaian air hujan pada bumbung, sistem mencuci pinggan dan pembersihan yang mampan, pengurusan and pengurangan sisa, serta penyediaan tong kitar semula yang mengikut jenis sisa dalam seluruh bangunan pusat membeli-belah.

Pusat Beli-Belah IPC kini sedang memohon beberapa pensijilan bangunan hijau, termasuk Indeks Bangunan Hijau Malaysia (GBI) serta Kepimpinan Rekabentuk Tenaga dan Alam Sekitar (LEED Gold).

Untuk maklumat lanjut mengenai Pusat Kitar Semula & Beli-Balik Pusat Beli-belah IPC serta kempen terbaharunya, sila layari www.ipc.com.my/whats-new/events/2018/RBBC-2018/.

 

RUFFEDGE : 20th ANNIVERSARY CONCERT

Setelah meniti pelbagai kejayaan sepanjang 20 tahun dalam memperjuangkan rentak muzik tersendiri, Ruffedge kini bersedia tampil dengan sebuah konsert untuk para penggemar kumpulan itu serta secara amnya untuk semua pencinta muzik tanah air. Bertempat di KL LIVE, Kuala Lumpur, konsert yang digelar “RUFFEDGE : 20th ANNIVERSARY CONCERT” akan dipersembahkan tepat pada jam 9 malam pada 4 Ogos 2018.

Ruffedge ditubuhkan pada tahun 1997 dan mula bergerak aktif pada 1998 sebelum berehat sekitar tahun 2008 untuk menjalani arah seni masing-masing. Setelah 11 tahun menyepi, 2018 merupakan tahun kembalinya Ruffedge dengan barisan anggota iaitu Cat Farish, Sein, Azan, Mode dan Zain. Menjanjikan malam yang tidak akan dilupakan, pastinya repertoire mereka seperti Bila Rindu, Khayalan, Tipah Tertipu, Lemas, Tiada Lagi Cinta, Da’ Bomb serta puluhan lagu lagi akan dihidangkan sepanjang konsert yang berdurasi hampir 2 jam itu nanti. Segalanya bakal direalisasikan pada 4 Ogos 2018 jam 9 lama di Kl Live pastinya bakal mengubat kerinduan peminat mereka malam itu!

Tiket-tiket konsert akan mula dijual pada Jumaat, 4 Mei 2018 melalui www.ticketpro.com.my dengan harga yang tertera :

Kategori  |  Harga Tiket
VIP + Meet & Greet (Terhad)  |  RM233
VIP Zone  |  RM193
Party Zone + Meet & Greet (Terhad)  |  RM183
Party Zone  |  RM143
Regular Zone  |  RM125

Diskaun menarik menanti untuk pembelian ‘early bird‘ dan untuk informasi lanjut mengenai tiket, pembeli boleh menghubungi www.ticketpro.com.my atau hotline 03 7880 7999.

“RUFFEDGE : 20th ANNIVERSARY CONCERT” dianjurkan dan diterbitkan oleh MRS Production dan KLP Creative Sdn Bhd. Dua entiti ini menyifatkan pemilihan kumpulan itu adalah tepat pada masanya
memandangkan usia matang yang mencecah 20 tahun serta yakin mampu mengubat rindu peminat Ruffedge khususnya setelah menyepikan diri untuk beberapa ketika.

Selain itu, bagi mengubati rindu peminat, Ruffedge turut merakamkan lagu terbaharu mereka yang diberi tajuk ‘Seperti Mereka’. Lagu dan lirik hasil karya Azan Addin ini juga bakal dipersembahkan pada malam tersebut selain akan menjalani siri promosi bersama media kelak. Lagu terbaru ini juga diedarkan oleh pihak Seventeen Eleven Sdn. Bhd.

Helloween Ubati Kemarau Panjang Peminat

Penantian selama lebih 30 tahun berbaloi apabila kumpulan Helloween yang di tubuhkan di Jerman dan mengibar panji power metal itu akhirnya beraksi di hadapan lebih 1500 peminat setia mereka di Mega Star Arena, Kuala Lumpur pada 28 April lalu.

Ini adalah persembahan sulung kumpulan yang berasal dari Hamburg, Jerman itu, ianya di adakan bersempena siri konsert bergerak Pumpkins United Tour 2018 Live In Malaysia. Konsert anjuran RSVP Media dan Malaysia Autoshow ternyata memberi impak positif di kalangan pencinta muzik berat tempatan yang dahagakan persembahan bertenaga daripada band pujaan mereka.

Sekitar jam 6 petang lagi para peminat yang rata-rata mengenakan tshirt band ikonik mereka telah mula memenuhi lokasi yang menjadi medan pertemuan empat mata di antara mereka dan Helloween.  Tepat jam 8.30 malam atmosfera di Mega Star Arena mula berubah apabila Michael Kiske (penyanyi), Andi Deris (penyanyi), Michael Weikath (gitar), Markus Grosskopf (bass), Sascha Gerstner (gitar), Kai Hansen ( gitaris/vokalis ) dan Dani Loble (dram) mula menakluki pentas.

Tanpa banyak bicara 7 figura yang mula menakluki dunia melalui album pertama, Wall Of Jericho (1985) memulakan persembahan dengan lagu anthem mereka iaitu Helloween yang cukup untuk menaikkan semangat penonton yang telah lama menantikan kehadiran mereka. Dr. Stein sebuah lagu yang di petik daripada album “Keeper Of The Seventh Key” Part II menambahkan lagi aura serta gabungan vokal di antara peminat dan juga Helloween yang menjadikan ianya lebih harmoni.

“Terima kasih Malaysia, terima kasih semua kerana menjadikan konsert hari ini sebagai satu rialiti.  Kami cukup menghargainya, pertama kali kami berada di Malaysia ternyata kami cukup teruja dengan keindahannya dan apa yang penting sokongan padu yang anda berikan kepada kami”, ujar Andi Deris dan Micheal Kiske selaku duo vokalis kumpulan Helloween sewaktu siri jelajah Pumpkins United Tour 2018.

Usai memberi kata-kata hikmah, Helloween terus membawa peminat terbang bersama lagu I’m Alive yang dipetik daripada album “Keeper Of The Seventh Keys Part I’.  Apa yang boleh dirumuskan penyatuan serta komitmen yang komited di kalangan anggota baru dan lama memberikan lebih ritma serta aura demi menjayakan sesebuah konsert.  Buktinya tiada kompromi di dalam persembahan yang di dambakan.

Seakan tanpa rasa letih, Helloween terus melontarkan beberapa buah lagu lagi antaranya If I Could Fly, Are You Metal, Kids Of The Century, Waiting For A Thunder dan Perfect Gentleman.  Ternyata setiap lagu yang di lontarkan pasti akan disertai dengan lontaran vokal daripada peminat yang juga tiada istilah penat.  Sesuatu yang menarik untuk dikongsikan adalah mengenai video mapping yang melatari setiap lagu malah montaj animasi kartun yang cukup menarik di paparkan apabila sesebuah lagu berakhir.  Limpahan cahaya yang menghiasi pentas serta sistem bunyi yang cukup besar memberikan ‘kehidupan’ kepada konsert yang cukup hebat ini.

Penonton kemudiannya dihiburkan secara medley melalui lagu-lagu seperti Starlight, Ride The Sky, Judas dan Heavy Metal (Is The Law), dimana Kai Hansen telah dipertanggungjawabkan untuk menggalas tugas sebagai vokalis dan gitaris untuk segmen ini.

Andi Deris dan Micheal Kiske kemudiannya bergabung melalui lagu Forever and One (Neverland) yang di persembahkan secara santai.  Sebuah lagu yang cukup nuansa ballad namun ianya tidak keterlaluan. Duo mempunyai keunikan vokal tersendiri yang tidak perlu di pertikaikan.  Micheal Kiske kemudiannya mengalunkan sebuah lagu klasik yang berjudul A Tale That Wasn’t Right sebelum mereka kembali berduet melalui lagu Pumpkins United.

Dani Loble juga tidak perlu dipertikaikan kehebatan ketukan dan hentakan yang padu demi memberi impak yang besar terhadap sesebuah lagu.  Selama 3 jam corak permainan Dani tidak menghampakan. Livin Ain’t No Crime / A Little Time kemudiannya di persembahkan oleh Micheal Kiske.  Beberapa buah lagu lagi di persembahkan antaranya Why, Sole Survivor dan Power.

Suasana yang agak muram dengan rangkaian lagu-lagu yang tidak begitu di cerna oleh halwa telinga peminat akhirnya kembali berubah apabila Helloween tampil dengan lagu-lagu seperti How Many Tears, Eagle Fly Free dan Keeper Of The Seventh Key.

Kehebatan Michael Weikath (gitar), Markus Grosskopf (bass), Sascha Gerstner (gitar) selaku penghasil melodi power metal sudah tidak perlu di uji kehebatan mereka.  Setiap aksi mereka sentiasa menjadi tumpuan peminat.  Kehilangan seketika kelibat Helloween di atas pentas terus terubat apabila mereka tampil dengan lagu Future World.

Siri jelajah Pumpkins United Tour 2018 Live In Malaysia pastinya tidak akan lengkap tanpa lagu I Want Out sekaligus menamatkan keresahan, kehausan malah akan hadir rasa rindu untuk bertemu lagi dengan Helloween yang telah mengerah seluruh tenaga dan keringat demi memastikan konsert ini berjalan dengan baik.  Helloween juga membuktikan bahawa usia bukanlah penghalang untuk mereka tampil hebat malah mampu mencipta nama untuk terus kekal di persada muzik power metal antarabangsa.

Teks oleh Nazg

Photo oleh Papadin

AMY NURTINIE dinobat “IKON WANITA MELAYU” Pencarian Wanita Melayu Plaza Shah Alam

Jawapan kepada persoalan siapa Ikon Wanita Melayu tahun ini terjawab apabila pengacara majlis Karl Shafek mengumumkan nama Amy Nurtinie Abdul Aziz sebagai Ikon Wanita Melayu 2018. Amy Nurtinie yang senang dipanggil Tinie mencuri tumpuan juri-juri jemputan Encik Faizal Hamid (Pensyarah Fesyen UiTM), Puan Rosie Haslinda (Editor Pengurusan Majalah InTrend), Ashraf Dasley (Model) dan Puan Azura Mokhtar (Senior Centre Manager) dengan peratusan markah tertinggi pada hari finale berlangsung.

Tinie membawa pulang hadiah keseluruhan bernilai RM16,898.00 termasuk wang tunai bernilai RM5000, barang kemas Habib Jewels, Gold Chain with Pendant bernilai RM5000, jam tangan Ice-Watch bernilai RM2048.00 serta hadiah-hadiah lain daripada penaja. Merapati Tinie sebagai saingan, Nur Fatihah Sazali bergelar Naib Juara Pencarian Wanita Melayu yang membawa pulang hadiah keseluruhan bernilai RM11,758.00 dan Alya Abdul pulang sebagai pemenang tempat ketiga dengan hadiah keseluruhan bernilai RM9818.00.

Amy Nurtinie (Tengah) bersama Nurfatihah (Kiri) dan Alya Abdul (Kanan)

Pendaftaran Pencarian Wanita Melayu musim kelima bersama penaja utama Habib Jewels dan Ice-Watch bermula Januari lalu mendapat lebih 200 penyertaan online yang rata-ratanya dating daripada wanita Melayu pelbagai latar bidang kerja dan pengalaman. Sebanyak 3 peringkat uji bakat diadakan dan hanya 30 peserta dipilih ke peringkat separuh akhir yang berlangsung pada 21 April lalu. Tahun ini 12 peserta dipilih ke peringkat akhir berlangsung cukup meriah dengan kehadiran para penaja, bekas pemenang Pencarian Wanita Melayu dan penyokong peserta finalis yang turut dihiburkan dengan persembahan selingan oleh Ismail Izzani.

Dari kiri Nur Ezzeyanti (Miss Social Media), Huda Saber (Miss Personality), Nurfatihah (Naib Juara), Amy Nurtinie (Ikon Wanita Melayu 2018), Alya Abdul (Tempat ketiga) dan Siti Raihana (Miss Photogenic)

Antara penaja lain yang menyumbang dalam PWM2018 adalah Elianto Makeup, Butik D’Qapas, Parca Apparel, Anytime Fitness, Arco.MY, OC (Original Classics), NR Cosmetic, Ashira Kasih Exclusive, Ani Catering & Wedding Planner, Satay Station, Shaiful Azli Affaley, Loreal by Naluri dan Chriszen Official.

Pemenang bersama VIP serta para juri jemputan

Berikut senarai pemenang Pencarian Wanita Melayu 2018

Ikon Wanita Melayu 2018

Amy Nurtinie Abdul Aziz

Naib Juara

Nur Fatihah Sazali

Tempat Ketiga

Alya Iman Abdul

Miss Personality

Huda Saber

Miss Photogenic

Siti Raihana Rahamat

Miss Social Media

Nur Ezzeyanti Natasha Norazman

 

A Phenomenon is coming: HUAWEI P20 Pro

HUAWEI, the second largest smartphone brand in Malaysia will be introducing something extraordinary that will hit the shores of Malaysia soon. The acclaimed tri-camera smartphone that claims the highest overall score[1] on DxOMark will be making a grand entrance with its magnificent aesthetics.

The moment you’ve been waiting for: https://www.facebook.com/HuaweimobileMY/posts/1997541336940706

For more information please visit HUAWEI’s website at http://consumer.huawei.com or HUAWEI’s official Facebook page www.facebook.com/HUAWEIMobileMY.

[1]  Highest overall DxOMark scores in the mobile camera category – HUAWEI P20 Pro: 109; HUAWEI P20: 102.