Azza Elite Nikah 1 April Ini


Memetik kenyataan di mstar, penyanyi yang juga merupakan anggota kumpulan Elite ni memberitahu keputusannya untuk berkahwin dengan Azlan Zulaily tanpa ikatan pertunangan bukanlah satu persoalan atau isu yang besar, sebaliknya lebih memudahkan dirinya dan pasangan.

Dikhabarkan juga dalam pada Azza sibuk dengan penggambaran, setakat ini sudah 70 peratus persiapan perkahwinan telah dilakukan.

Majlis pernikahan akan berlangsung di Masjid Bukit Antarabangsa dan majlis resepsinya (belum menetapkan tarikhnya lagi) pula akan diadakan di Pusat Membeli Belah Mydin, Ipoh, Perak. Kata Azza, dia mengadakan majlis dengan suasana yang serba ringkas tetapi romantik dan meriah.

Bercerita mengenai bibit-bibit perkenalannya dengan Azlan, semuanya bermula pada perayaan tahun baru 2011 dan telah dilamar pada 1 November lalu dengan menerima mesej yang dilukis pada skrin komputer tablet. Keikhlasan dan kejujuran Azlan membuatkan dia tidak teragak-agak untuk melangkah ke alam perkahwinan buat kali kedua. Tambahan kedua-dua belah pihak merestui hubungan mereka.

Check Also

MASDO KEJUTKAN PEMINAT DENGAN PENGUMUMAN KONSERT ULANG TAHUN KE-10 SECARA EKSKLUSIF

KUALA LUMPUR, 1 MEI 2025 – Kugiran MASDO, yang terkenal dengan irama pop yeh yeh …

JACKSON WANG UMUMKAN SINGLE TERBAHARU “BUCK” DARIPADA ALBUM MAGIC MAN 2 KETIKA KONSERT GOT7 DI THAILAND

Bangkok, 2 Mei 2025 – Jackson Wang tampil bersama GOT7 di Stadium Nasional Rajamangala, Bangkok, …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *