Bangkitkan Deria Rasa Dengan KFC Tangy Crunch Baru

pic 1

KFC Malaysia telah memperkenalkan ayam goreng rasa limau dan rangup Tangy Crunch, satu keunikan yang pastinya membangkitkan lagi citarasa dan selera anda semua!

Ayam goreng terbaru ini menampilkan gabungan rasa yang sungguh unik, dari rasa limau nipis, kepada rasa pedas dan sudah tentunya rangup! Ledakan rasa ini tercetus dari perahan limau nipis dalam bahan perapan dan juga campuran rempah ratus lain.

“Rencah utama dalam resipi ayam goreng terbaru ini adalah limau nipis. Perisa limau nipis ini sesuai bila digabungkan dengan kerangupan ayam goreng. Citarasa terbaru hanya dari KFC ini amat sesuai bagi mereka yang sentiasa mencari kelainan,” kata Ling Mee Jiuan, Naib Presiden Kanan, KFC Malaysia.

“Sempena bulan Ramadan yang menjelang tiba, kami di KFC amat gembira kerana berpeluang untuk menawarkan sesuatu yang berbeza untuk santapan berbuka puasa bersama rakan-rakan dan juga keluarga tersayang. Ayam goreng Tangy Crunch ini juga boleh dinikmati semua sepanjang musim perayaan Hari Raya,” tambah beliau.

pic 3

KFC menawarkan pelbagai pilihan hidangan kombo bagi promosi ayam goreng Tangy Crunch ini. Kombo A menawarkan dua ketul ayam goreng Tangy Crunch, empat ketul kentang hash-round, satu mangkuk nasi, satu mangkuk sup, dan satu teh ais limau saiz biasa. Kombo B mengandungi tiga ketul ayam goreng Tangy Crunch, satu set Cheezy Wedges saiz biasa, seketul ban butterscotch, dan satu teh ais limau saiz biasa.

Set Tangy Feast yang sesuai untuk empat hingga lima orang mengandungi sembilan ketul ayam goreng Tangy Crunch berserta hidangan sampingan, kesemuanya untuk harga yang amat berpatutan iaitu RM39.90 (RM8.00 setiap seorang). Bagi mereka yang ingin makan beramai-ramai boleh memilih Celebration Bucket yang terdiri dari Bucket A dan Bucket B. Bucket A mengandungi enam ketul ayam goreng Tangy Crunch berserta hidangan sampingan, manakala Bucket B pula mengandungi 15 ketul ayam goreng Tangy Crunch berserta hidangan sampingan. Kedua-dua Celebration Bucket ini juga datang dengan satu set selimut serba guna Doraemon yang comel dan lembut. Selimut serba guna Doraemon ini merupakan barangan terbaru yang diperkenalkan sempena promosi ini. Ia datang dengan pilihan enam warna dan rekaan yang menarik.

Untuk capaian pelanggan yang lebih luas, strategi pengiklanan dan promosi bagi ayam goreng Tangy Crunch merangkumi pengiklanan di TV dan radio, media online, dan titik bahan jualan (POSM) untuk capaian yang lebih luas kepada pelanggan. KFC Tangy Crunch terbaru kini boleh didapati di semua restoran KFC di seluruh negara bermula 20 Jun 2014.

 

Check Also

Kahf Malaysia Ungguli Kategori Pelancaran Produk di Anugerah FMCG Asia 2024

Kahf Malaysia, jenama penjagaan diri lelaki yang sedang berkembang pesat, telah mencapai kejayaan membanggakan apabila …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *