Batal Niat Saman ~ Ogy Maafkan Johan Raja Lawak

“Saya dah maafkan dia. Setiap orang melakukan kesilapan. Yer betul ketika itu saya terasa. Tapi bila difikirkan semula, no point kita saman menyaman. Tiada gunanya kita nak bermasam muka. Industri ini kecil. Satu hari mungkin saya akan digabungkan sekali lagi dengan dia”, itu luahan dramatis popular Datuk Fauziah Ahmad Daud aka Ogy sekaligus menjawab persoalan mengenai isu saman yang ingin difailkan ke atas pelawak-pengacara, Johan (Raja Lawak).

Ogy ditemui ketika majlis sidang media pengumuman protoge bagi program realiti Mentor 6, bertempat di Hard Rock Cafe KL, semalam.Ogy yang juga merupakan salah seorang Mentor musim kali ini memberitahu, dia membatalkan hasratnya mahu menyaman Johan (Raja Lawak) kerana enggan memanjangkan isu tersebut. Bahkan dia sudah lembut hati untuk memaafkan ketelanjuran Johan.

“Sebenarnya saya sudah lama memaafkan dia. Saya buat solat Istiqarah dan solat Tahajjud dan dengan izin Allah, saya jadi lembut hati”

Ogy juga memberitahu kini kemarahannya sudah reda dan berasa lebih tenang selepas memaafkan Johan. Malah katanya, dia mengagumi bakat Johan dan tidak mempunyai masalah andai satu hari nanti digandingan sekali lagi untuk mana-mana acara.

“Saya respect dengan bakat yang dia ada. Dan saya tidak ada masalah andai pada masa akan datang kami diminta untuk berkolaborasi lagi. Dan jangan lupa suruh dia undi saya untuk Mentor nanti”, ujar Ogy dengan nada bergurau.

Check Also

Astro Persembahkan Drama ‘Berbahagi Suami’ – Menyingkap Realiti Poligami Dari Kaca Mata Isteri Kedua

Astro, peneraju utama hiburan di Malaysia, kembali dengan drama terbaharu berkisarkan konflik rumahtangga bertajuk ‘Berbahagi …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *