Battle Of The Band 2023

Kali terakhir, penganjuran festival yang mencungkil bakat kugiran tempatan iaitu Battle Of The Band (BOTB) diadakan kira-kira 20 tahun lalu.Terbaharu, festival muzik yang akan dimulakan dengan pertandingan kugiran dan diakhiri dengan konsert mega tampil dengan konsep serta format baharu iaitu BOTB 2023.Pengarah MASH Entertainment Sdn Bhd yang juga Pengerusi Pertubuhan Kebajikan dan Pembangunan Hidayah (HERO), Dr Murad Hilmi Mohamed berkata, festival itu bakal menjadi platform kepada bakat muda yang ingin mempamerkan bakat dan karya menerusi bidang muzik.Dr Murad berkata, festival ini adalah pertandingan yang bakal disertai generasi muda dalam bidang muzik untuk pamerkan bakat terpendam kepada umum.

“Festival ini dibuka kepada mana-mana band atau kugiran dari seluruh Asia termasuk Malaysia, Brunei, Indonesia dan Singapura.“Apa yang ingin diketengahkan adalah menggarap muzik berkualiti dan bakat-bakat yang bakal meneruskan legasi untuk mewarnai industri muzik.“Kami masih mengekalkan nama BOTB kerana ia sudah sinonim dengan kugiran,” katanya.Dr Murad berkata demikian ketika sidang media BOTB yang diadakan di Hotel Royale Chulan, The Curve, di sini, baru-baru ini.Mengenai penganjuran festival itu, kata Dr Murad, objektif utama untuk membuka peluang kepada studio rakaman agar kembali bernafas semula.Katanya, fenomena bakal tercetus dengan penganjuran festival itu, sekali gus akan menaikkan martabat penggiat seni tanah air.

“Semoga festival ini dapat memberikan impak besar kepada industri muzik tempatan dengan kepelbagaian genre muzik berkualiti tinggi.“Kami mahu mencari bakat berkualiti yang mampu kekal relevan dalam industri muzik, bukan tenggelam selepas muncul dengan satu single sahaja,” katanya.Sementara itu, mengulas acara itu, kata Dr Murad, peserta perlu melalui sesi saringan peringkat pertama yang bakal berlangsung antara 7 hingga 10 September depan bertempat di Pasir Gudang, Johor.“Lokasi Pasir Gudang dipilih kerana ia sinonim dengan BOTB sejak dianjurkan pada 1974.“Seramai 15 peserta dipilih pada saringan pertama dan diuji sekali lagi pada sesi separuh akhir pada 23 September depan.“Peserta akan diberi peluang menyampaikan lagu saduran dan cabaran. Contohnya, lagu Damasutra dalam genre rock balada, kita akan cabar peserta menyampaikan dalam rentak reggae dan melihat bagaimana membuat susunan semula muzik mengikut kreativiti,” katanya.

Kata Dr Murad lagi, seramai 10 peserta terbaik akan dipilih untuk melayakkan diri ke peringkat akhir yang bakal berlangsung di Jobox, Angsana, Johor Bahru.“Pemenang pertama bakal membawa pulang wang tunai RM10,000 berserta trofi dan berpeluang merakamkan single baharu. Tempat kedua RM5,000 dan ketiga RM3,000.“Kami juga bercadang menganjurkan pertandingan bagi musim kedua dan ketiga sekiranya festival ini mendapat sambutan peserta,” katanya.Manakala, barisan artis legenda BOTB seperti Lord Lokman (The Boys), pemain dram Ekamatra, Acid; ketua kumpulan dan pemain gitar Bloodshed, Hamdan dan Bagio Damasutra bertindak sebagai mentor program ini.

Check Also

KRU Kembali Dengan Single ‘Voodoo’ Yang Memukau

Kumpulan legenda industri muzik tanah air, KRU, menggemparkan peminat dengan pelancaran single pertama mereka, “Voodoo”, …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *