Bernostalgia Bersama Ada Apa Dengan Melly?

Ada Apa Dengan Melly? Tentulah yang bermain dalam fikiran peminatnya, beragam.

Tidak mahu peminat hanya berimaginasi tentang Melly, Iman Tang bersama Icon Entertainment dengan penuh bangga membawakan Ada Apa Dengan Melly? Live In Kuala Lumpur sebagai sebuah kado (hadiah) paling ‘mewah’ dalam meraikan muzik dari Indonesia.Memilih tanggal 3 Februari 2023 sebagai detik pertemuan dengan pencintanya di Plenary Hall Kuala Lumpur Convention Centre, Ada Apa Dengan Melly? Live In Kuala Lumpur juga adalah sebuah kembara seni 30 tahun yang akan divisualkan lewat konsert julung kali ini dari penghibur eksentrik bernama pentas Melly Geoslaw.

Ironi, memperkenalkan Melly, cukup dengan sepotong ayat ‘Ada Apa Dengan Cinta’. Seluruh peminat muzik yang lekas kembali mengait memori zaman 2002.

Sebuah filem yang meledak dengan untaian hit dari tangan magis wanita bernama Melly ini membekas dengan begitu dalam di hati pencintanya.

Tentang Seseorang, Ada Apa Dengan Cinta, Ku Bahagia, Dimana Malumu dan Suara Hati Seorang Kekasih misalnya adalah untaian terbaik dari runut bunyi filem fenomena yang dihasilkan Melly.

Itu hanya sebahagian. Bagaimana pula apabila menyebut Jika, Ketika Cinta Bertasbih, Ayat Ayat Cinta dan Menghitung Hari, ia bukanlah lagu yang asing diputarkan di radio Indonesia ataupun tempatan. Menyanyikan bait liriknya sudah seperti darah yang mengalir deras bersama tubuh.Dan untaian lagu inilah yang sebahagiannya akan dipersembahkan dalam Ada Apa Dengan Melly? Live In Kuala Lumpur pada 3 Februari 2023 depan.

“Seperti yang diketahui, Melly Geoslaw adalah satu nama yang cukup ikonik dalam dunia seni Indonesia dan tempatan dari segi penghasilan lagu, penulisan lirik atau pun nyanyian.

“Sepanjang 30 tahun berkarya, Melly telah melalui pelbagai fasa dalam karier seninya dan karya yang dihasilkan untuk diri sendiri mahupun penyanyi lain, sangat jarang tidak membekas di ingatan.

“Justeru, saya dan Icon Entertainment berasa sudah cukup masa dan ‘masak’ untuk menganjurkan Ada Apa Dengan Melly? Live In Kuala Lumpur pada 3 Februari depan kerana saya percaya peminat juga sudah lama menantikan kehadirannya ke Malaysia.

“Konsert ini juga adalah sempena meraikan untaian karya yang bukan sahaja dinyanyikan Melly tetapi dihasilkan oleh beliau. Maka julung kalinya juga peminat akan menikmati lagu lagu seperti Ayat Ayat Cinta dan Menghitung Hari yang pernah didendangkan oleh Kris Dayanti dan Rossa misalnya, dalam versi penciptanya sendiri,” ujar Iman Tang dari Icon Intertainment.

Ada Apa Dengan Melly? Live In Kuala Lumpur kelak tidak akan hanya menyaksikan persembahan Melly, tetapi konsert ini digahkan dengan buah fikiran Pengarah Muzik, Anto Hoed yang juga merupakan suaminya.

Menurut Melly, beliau amat menghargai sokongan peminat di Malaysia yang menjadi salah satu satu faktor namanya harum di Nusantara.

“Jadi mengapa harus saya menolak pinangan Iman Tang. Anda semua akan menemukan jawaban dalam Ada Apa Dengan Melly? Live In Kuala Lumpur pada 3 Februari 2023 ini saat hadir ke konsert saya.

“Akan ada banyak nostalgia dan persembahan serta perjalanan 30 tahun berkarier yang saya tuangkan dalam konsert ini kelak. Sampai jumpa ya,” ujar Melly teruja.

Tiket tiket Ada Apa Dengan Melly? Live In Kuala Lumpur sudah boleh dibeli di www.ticket2u.com.my.

Ia bermula dengan harga RM288 untuk kategori Apa Artinya Cinta!, RM338 (Eifel… I’m In Love), RM438 (Ketika Cinta Bertasbih) RM538  (Ada Apa Dengan Cinta), RM688 (My Heart) dan RM1588 (Habibie & Ainun- Meet & Greet, & Merchandise rasmi).

Melly Geoslaw atau nama sebenarnya, Meliana Cessy Goeslaw, 48, kali pertama terjun dalam belantika muzik Indonesia pada 1999.

Namanya dijulang tinggi serta menjadi komposer dan penulis lirik paling dicari sekitar awal tahun 2000 sehingga kini kerana idea dan sentuhan dalam setiap karyanya yang ringkas tetapi meninggalkan bekas.

Selain berkarier solo, Melly juga cukup terkenal menerusi grup yang ditubuhkan bersama suaminya, Anto Hoed, Potret.Malah, salah satu lagu Potret, Bagaikan Langit yang menjadi viral di Tiktok sekitar dua tahun lalu telah kembali mempopularkan Melly dalam kalangan peminat generasi masa kini.Sama sama kita nantikan adakah Melly akan mendendangkan Bagaikan Langit yang merupakan hit dari album ketiga Potret berjudul Cafe, pada tahun 1998 pada malam epik Ada Apa Dengan Melly? Live In Kuala Lumpur.

Tarikh               : 3 Februari 2023

Masa.                  : 8.30 malam

Venue              :  Plenary Hall, Pusat Konvensyen

Kuala Lumpur

Harga tiket       :  RM288 Apa Artinya Cinta!,

RM338 (Eifel… I’m In Love)

RM438 (Ketika Cinta Bertasbih)

RM538  (Ada Apa Dengan Cinta)

RM688 (My Heart)

RM1588 (Habibie & Ainun- Meet & Greet, & Merchandise rasmi).

Tiket                    : www.ticket2u.com.my

Pertanyaan tiket : 019-9919055 (whatsapp)

Hashtag           : #adaapadenganMelly

Check Also

Dapatkan Tandatangan & Sesi Foto Eksklusif Ziana Zain Semarakkan Keterujaan Ziana Zain Concert 2024

Menikmati persembahan atau nyanyian bintang pujaan tidak akan pernah lengkap tanpa tanda dagang seperti memiliki …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *