Saturday , February 4 2023

BIANCO MIMOSA lancar koleksi Bridal Couture 2016

Menyusun langkah baru seiring dengan kemunculan tahun 2016, Bianco Mimosa kini bakal hadir dengan koleksi sulung berkonsep busana pengantin menerusi pelancaran Bianco Mimosa Bridal Couture 2016 sebagai tanda pengenalan.Digarap dan dihasilkan dalam tempoh enam bulan dengantema ‘Fantasi’, ilhamdan idea penghasilan kesemua koleksi. Bridal Couture ini adalah sepenuhnya daripada kreativiti Dato Ida Suraya Mustapha.

Selesa memegang peranan sebagai pemilik dan juga pereka fesyen senior di Bianco Mimosa inspirasi rekaan busana- busana Bianco diambil ketika beliau bercuti di luar negara.Hampir kesemua pelusuk dunia telah dijejaki dan kesempatan tersebut diguna dengan sebaiknya oleh beliau untuk melihat dan meneroka seni rekaan fesyen di setiap negara yang dilawati.

Inspirasi diambil daripada setiap sudut penghasilan sehinggalah ke perincian busana yang kemudiannya diterjemahkan kepada kreativiti beliau dalam sulaman idea berkonsep alam semula jadi.Umpama satu rangkuman eksperimentasi antara keindahan bumi Cappadocia, Turki sehinggalah kepada pesona menara Eifel yang menjadi ikon di bumi Perancis, itu adalah gambaran inspirasi dan ilham yang dihasilkan oleh Dato Ida untuk koleksinya pada kali ini.

ZA8_0339a

Menghimpunkan 25 rekaan busana yang terdiri daripada 4 busana pengantin lalaki dengan 21yang lain adalah busana pengantin wanita, koleksi diterjemahkan dalam tata gaya adibusana couture dan demi couture.Setiap fabrik dan perincian manik dihasilkan sendiri oleh Bianco Mimosa demi menekankan elemen keunikan dan tersendiri yang dimiliki oleh setiap koleksi milik Dato Ida.

Setiap busana yang terhasil adalah umpama satu persembahan menarik yang memiliki konsep serta jalan cerita tersendiri bagi memberi impak dramatik.Konsep busana serta kareografinya diberi suntikan segar bagi meletakkan jenama Bianco Mimosa pada aras kelasnya yang tersendiri.Pemilihan warna bagi setiap busana pula mengikut ramalan perkembangan trend di luar negara serta diberi nafas segar mengikut citarasa tempatan sama ada dalam cara penghasilan busana mahupun perincian manik dan sulaman pada material busana tersebut.

Kebanyakkan fabric dan perincian manik yang digunakan pula diimport dari luar negara seperti chiffon, silk, dutchess, organza silk dan satin silk demi menjaga kualiti dan keselesaan pelanggan atau pengguna kelak.Teknik yang digunakan pula adalah seperti ‘pleating’, sulaman tangan dan mesin serta teknik-teknik manipulasi fabric yang memberi impak seni bagi setiap rekaan.Menariknya di Bianco Mimosa, dalam memberi input dan nilai tambah pada setiap rekaannya, sentuhan idea dan kreativiti anak muda juga turut menjadikan koleksi busananya sesuai mengikut peredaran zaman.

ZA8_0256a

Bianco Mimosa memberi peluang kepada pelajar jurusan fesyen dari Kolej Kemahiran Tinggi Mara Rembau Negeri Sembilan dalam usaha menggalakkan lebih ramai anak muda mampu meraih peluang untuk menceburi dunia fesyen bertaraf antarabangsa dan mengasah bakat dan kreativiti rekaan yang mereka miliki.

Dalam pada itu, Bianco Mimosa turut akan mengadakan peraduan sempena penganjuran malam pertunjukan fesyen Bianco Mimosa Bridal Couture 2016.Peraduan ini menyediakan pelbagai hadiah menarik dengan hadiah utama yang disediakan untuk pemenang bertuah pada malam itu berupa sepasang busana eksklusif bernilai RM5,000.Selain itu, antara hadiah lain yang disediakan ialah telefon pintar IPhone 6 (2 buah), Samsung Note 5 (2 buah) serta 20 baucer eksklusif Bianco Mimosa bernilai RM200 setiap satu.

Untuk menyertai peraduan dan memenangi hadiah-hadiah menarik ini, peserta perlu mengikuti laman sosial Bianco Mimosa di instagram di Mybiancomimosa dan ikuti langkah-langkah yang dilampirkan.

Check Also

HERO GUSTI PRO MEMAKAI TENGKOLOK MALAYSIA BAWA BEKAS SUPERSTAR WWE DI MALAYSIA!

Meriahkan perayaan anda dengan ‘body-slams’ dan ‘back-breaker’ pada Disember ini apabila gusti APAC menandakan kebangkitan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *