“ BINTANG JALANAN- KOLABORASI ALBUM PEMUZIK JALANAN “

Satu album kompilasi bertajuk “ BINTANG JALANAN- KOLABORASI ALBUM PEMUZIK JALANAN “ telah diterbitkan menampilkan 5 pemuzik jalanan berbakat  dan pernah menempa nama dalam sirkit muzik tempatan iaitu AMMAL (Naib Juara AF 2016) , AMIR (Mentor) , ISLAH (All Together Now) ,YONE (diantara Buskers terbaik Penang ) dan NAN BLUES ( salah seorang OTAI Buskers Malaysia ).

Idea asal penghasilan rakaman ini adalah cetusan penerbitnya, AMAD pada saat semuanya di “kurung” ketika menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan diusulkan kepada rakan-rakan “buskers” terlibat.

Album yang mendapat dana di bawah Program  Pembiayaan Muzik Independen CENDANA,  menampilkan 10 karya baru didalam pelbagai jalur genre seperti folk, blues, reggae dan lain-lain.

Proses penerbitan muzik yang mendapat sentuhan penyanyi dan pemuzik hebat, OJA dari susunan muzik dan dirakamkan secara profesional dari semua aspek rakaman sehinggalah ke adunan akhir.

“Meskipun album ini agak komersial , saya memastikan vibe dan “ethic” buskers tetap terjaga baik dari segi  muzik, karektor dan konsep keseluruhan namun tetap mempunyai unsur pop semasa agar ianya mudah diterima ramai. Buskers bukan sekadar muzik, tapi juga “attitude”’ ujar Amad selaku penerbit.

Majlis pelancaran album ini diadakan pada 14 Julai 2024 di Program Santai Seni@TAR oleh beberapa dif kehormat dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan juga  Dato Ito Blues Gang serta Dato Freddie Fernandez .

Info Program Santai Seni@ TAR

Merupakan program anjuran DBKL khusus untuk seniman jalanan pada minggu ke 2 dan ke 4 setiap bulan sepanjang jalan  Esfahan hingga jalan Melayu. Pelbagai hiburan santai disediakan secara percuma seperti persembahan muzik , pelukis,  maskot, tarian, pertandingan permainan tradisional dan lain-lain diadakan disini.

Tempat ini juga bakal dijadikan hub bagi pelbagai program seperti pelancaran album dan produk yang bersesuaian. Pihak kami amat mengalu-alukan semua untuk menjadi rakan strategik melaksanakan program disini  dan kami menyediakan secara percuma tapak ini bagi yang ingin terlibat. Sebarang cadangan boleh email ke santaiseni00@gmail.com  atau FB santai seni at TAR.

Check Also

Sheu Fang-yi, Ikon Tari Antarabangsa Akan Berkongsi Pengalaman Seni di Damansara Performing Arts Centre

Sheu Fang-yi, seorang artis tari kontemporari yang terkenal di peringkat antarabangsa, akan hadir di Malaysia …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *