Bintang Rindu Taruhan Terbaru Meteorix

Single terbaru Meteorix, Bintang Rindu hasil ciptaan bersama ahli Meteorix yang terdiri daripada Ijan, Ijal, Wan, Ilham dan Amir dan lirik oleh Wan sendiri, yang mengisahkan tentang kisah kehilangan seorang insan yang tersayang dan seorang guru. Penceritaan lagu ini diilhamkan oleh kisah benar daripada salah seorang ahli Meteorix.

Meteorix adalah sebuah band yang berasal dari Lembah Klang dan muzik yang diperjuangkan dalam konsep pop alternatif terkini. Pemain Bass Meteorix, Ijan berkata, mereka banyak mendapat maklum balas dan komen yang baik dengan susunan muzik pop yang terkini, selepas release single Murai dan Bidadari pada tahun 2020 dan 2021 kerana mempunyai alunan muzik alternatif terkini.

Meteorix Band

“Single ini sebenarnya ditulis pada sekitar tahun 2014 lagi yang mana ia hanya untuk simpanan sendiri sahaja, tidak sangka tahun ini rezeki saya bersama Meteorix merealisasikan lagu ini. Pada awal tahun lepas lagu ini kami beri pada arwah abang Tony Spider untuk jadi Producer lagu ini dan beliau bersetuju dan suka dengan lagu ini tapi siapa sangka Allah lebih sayangkan beliau. Seterusnya kami ambil keputusan untuk produce lagu ini sendiri dan syukur pada tahun ini kami dapat siapkannya.”Jelas Wan.

“Lagu ini diedarkan secara digital dibawah label Luncai Emas Sdn Bhd. Kami berharap dengan single ini, Meteorix dapat melebarkan sayap lebih tinggi lagi dengan sokongan dari semua”.

“Untuk perancangan Meteorix selepas ini kami akan lebih fokuskan untuk promosikan lagu Bintang Rindu di semua platform yang ada agar karya kami ini dapat dinikmati oleh para pendengar. Dalam masa yang sama kami akan jalankan aktiviti proses rakaman studio untuk lagu yang terbaru pada masa akan datang disamping membuat persediaan memenuhi beberapa jemputan persembahan di sekitar Lembah Klang.”

Genre yang kami bawakan ialah Pop Alternative. “Sejujurnya kami (Ijan,Ijal,Wan,Ilham&Amir) tak pernah sangka rezeki untuk bertapak didalam industri ini tercapai, walaupun dalam keadaan yang berbeza pada beberapa tahun kebelakangan ini disebabkan Covid-19. Tapi syukur Alhamdullilah kami sentiasa berganding bahu dan bekerjasama dalam semua aspek untuk menghasilkan karya-karya terbaik dengan harapan orang ramai boleh terima hasil karya-karya kami dan kehadiran kami, Amin.” – kata Meteorix.

Check Also

ATARASHII GAKKO! Umum Konsert Jelajah UK/EU Dan Asia Part I

ATARASHII GAKKO!, kumpulan vokal dan tarian berpusat di Jepun, akan menggegarkan dunia dengan pengumuman lawatan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *