CASHMERE Raikan Ulangtahun Pertama Dan Lancar Produk Terbaru

CASHMERE Kuala Lumpur merupakan sebuah syarikat yang mengeluarkan produk kecantikannya sendiri iaitu CASHMERE GOLD DOUBLE STEM CELL SERUM dari segmen Skincare dan CASHMERE SPOTLIGHT CREAM FOUNDATION dari segmen kosmetik. Produk pertama CASHMERE Kuala Lumpur telah dilancarkan pada 18 Mei 2014,dan kini CASHMERE Kuala Lumpur telah melangkau lebih jauh dengan mengeluarkan beberapa jenis produk keluaran syarikatnya. Sejak berada dipasaran lebih setahun lalu, produk Cashmere sudah mempunyai stokis di seluruh negara,dan juga sudah menembusi pasaran luar negara seperti Singapura,Indonesia dan juga Brunei.

1

Pada hari ini, CASHMERE Kuala Lumpur telah mengadakan sambutan ulang tahun pertamanya. Istimewanya, selain memperkenalkan 2 “killer productnya” iaitu CASHMERE GOLD DOUBLE STEM CELL SERUM & CASHMERE SPOTLIGHT CREAM FOUNDATION, pihak CASHMERE Kuala Lumpur juga melancarkan cabang bisnes yang baru iaitu rangkaian pakaian lelaki “CASHMERE for men”.

4

Pelancaran ini telah disempurnakan oleh pengasas CASHMERE Kuala Lumpur iaitu Dato‟ Ray Imran ini turut dihadiri selebriti tanah air seperti Ifa Raziah,One Nation Emcee,Fazli Zainal,Nomad, Ery Putra dan beberapa orang lagi selebriti terkenal tanah air dan juga pereka fesyen terkenal Malaysia seperti Bon Zainal bagi memeriahkan lagi majlis ini. CASHMERE Kuala Lumpur julung kalinya memperagakan koleksi baju untuk lelaki pada malam ini yang di gayakan oleh beberapa model terkenal. Koleksi pakaian lelaki ini telah diilhamkan sendiri oleh pengasasnya. Ianya adalah rangkaian pakaian yang direka khas untuk lelaki terkini yang trendy & glamour. Koleksi terdiri dari kot, tshirt, kemeja, seluar denim & khakis.

10

Pihak CASHMERE percaya, koleksi ini bakal diminati ramai kerana bukan sahaja rekaannya yang terkini, malah kekurangan koleksi yang sebegini dari pereka tempatan, pasti kehadirannya ditunggu- tunggu oleh ramai pihak.

30

CASHMERE yang membawa konsep kemewahan seperti produk bertaraf lima bintang dalam setiap produk keluarannya amat mementingkan kualiti dan mutu tidak meletakkan harga yang tinggi.Menurut pengasas Cashmere Kuala Lumpur,Dato‟ Ray Imran, „walaupun nampak seperti produk mewah tetapi harga yang diberikan kepada pengguna amat berpatutan dan mampu milik dan juga produk keluaran kami diyakini bersih dan suci.Menurut beliau lagi tujuan beliau menjalankan perniagaan ini juga bukan untuk diri sendiri,sebaliknya mahu membantu wanita terutama dalam kalangan ibu tunggal untuk memulakan perniagaan‟.Selain mendapat permintaan yang tinggi dari pengguna,produk mereka juga telah mendapat tempat dihati juru solek tanah air dalam proses penyolekan dan bengkel atau kelas kecantikan yang dianjurkan.

14

Diharapkan, CASHMERE Kuala Lumpur akan terus mengorak langkah maju ke hadapan dalam menghasilkan produk yang bermutu dan berkualiti.Terima kasih diucapkan pada pihak media yang telah banyak membantu CASHMERE Kuala Lumpur dan kepada pihak yang terlibat dan sentiasa bersama CASHMERE.

 

Check Also

Az Zuha Group Travel & Tours Dilantik Semula untuk Musim Haji 1446H/2025M

Az Zuha Group Travel & Tours dengan penuh rasa syukur mengumumkan pelantikan semula mereka sebagai …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *