AUTOMOTIF

SPANA REVOLUSI SERVIS MOTOSIKAL DENGAN KONSEP “RIDER JAGA RIDER”

SPANA revolusi servis motosikal apabila melancarkan pusat servis berteraskan komuniti yang tampil dengan pendekatan baharu dalam industri penyelenggaraan dua roda di Malaysia.

Dengan lebih 16 juta motosikal berdaftar di negara ini, keperluan terhadap servis telus, berkualiti dan mampu milik semakin mendesak, khususnya bagi golongan B40 serta pekerja ekonomi gig.

Pelancaran SPANA revolusi servis motosikal di Semenyih

Menjawab realiti itu, SPANA memperkenalkan konsep “Rider Jaga Rider” yang menggabungkan fasiliti premium, mekanik berpengalaman dan harga kompetitif dalam satu ekosistem sokongan menyeluruh.

“SPANA bukan sekadar bengkel. Ia adalah gerakan komuniti. Kami mahu setiap rider tahu – mereka tidak bersendirian,” kata Pengerusi SPANA, Datuk Rosyam Nor.

Pelancaran SPANA revolusi servis motosikal di Semenyih

Beliau turut menegaskan prinsip utama syarikat ialah Servis Gaya T20, Harga B40, tanpa kos tersembunyi.


MODEL KEAHLIAN PERKUKUH EKOSISTEM RIDER

SPANA turut memperkenalkan pakej keahlian tahunan pada kadar RM100 setahun.Ahli menikmati pelbagai manfaat termasuk bantuan kecemasan dan keistimewaan eksklusif.

Pelancaran SPANA revolusi servis motosikal di Semenyih

Menurut pihak pengurusan, sasaran jangka panjang adalah membina rangkaian sokongan komuniti penunggang motosikal di seluruh Selangor dan Lembah Klang menjelang 2027.


STRATEGI DIGITAL & TARIKAN GRAND OPENING

Sempena pelancaran, SPANA menganjurkan Contest Video Terpaling Viral dengan peluang memiliki Yamaha Y16 pada harga RM88.88.Turut diperkenalkan Contest Pocket Bike RM8.88 melibatkan 10 unit untuk dimenangi.

Pelancaran SPANA revolusi servis motosikal di Semenyih

Cabutan Bertuah Grand Opening disiarkan secara langsung menerusi TikTok rasmi SPANA bagi memperkukuh interaksi dua hala bersama komuniti.


ASPIRASI JADI PENERAJU MODEL SERVIS KOMUNITI

Pelancaran ini menandakan langkah awal SPANA untuk menjadi peneraju model servis motosikal berteraskan komuniti di Malaysia.

Pelancaran SPANA revolusi servis motosikal di Semenyih

Pendekatan ini bukan sekadar strategi perniagaan, tetapi usaha membina solidariti dalam kalangan rider tempatan.Jika berjaya dikembangkan secara konsisten, model ini berpotensi mengubah landskap industri servis motosikal negara.

ONEDRY TAJA PELUMBA MOTOSIKAL LITAR MUDA NEGARA

Onedry, jenama terkemuka dalam kelengkapan prestasi luar, hari ini secara rasmi mengumumkan kerjasama strategik dengan ZK Racing dalam satu majlis menandatangani perjanjian yang diadakan di MAEPS, Serdang. Kerjasama ini menandakan komitmen jitu jenama terhadap pembangunan bakat tempatan dengan menyambar dua pelumba muda berbakat Malaysia, Hakim Danish dan Qabil Irfan.

KERJASAMA PANTAS DEMI MASA DEPAN PELUMBA NEGARA

Dalam sesi temubual eksklusif, Pengurus ZK Racing, Zulfahmi Khairuddin, mendedahkan bahawa urusan penajaan ini berlaku dengan sangat pantas. Perbincangan bersama pihak Onedry hanya mengambil masa kurang daripada 10 minit sebelum persetujuan dicapai kerana visi yang selari dalam menyokong bakat muda.

Majlis menandatangani perjanjian penajaan Onedry bersama ZK Racing yang menampilkan Hakim Danish dan Qabil Irfan di MAEPS Serdang.

“Sponsorship adalah faktor yang sangat memainkan peranan besar untuk kita terus berjuang dalam sukan permotoran. Kita sangat menghargai sokongan Onedry untuk membantu Hakim Danish dan Qabil Irfan, terutamanya apabila Hakim bakal bersaing di pentas Moto3 tahun ini,” jelas Zulfahmi.

Majlis menandatangani perjanjian penajaan Onedry bersama ZK Racing yang menampilkan Hakim Danish dan Qabil Irfan di MAEPS Serdang.

Beliau turut mengesahkan bahawa kerjasama ini telah mendapat kelulusan daripada penaja sedia ada pelumba, memastikan tiada konflik kepentingan. Buat permulaan musim 2026, logo Onedry akan dipaparkan pada sut perlumbaan (leather suit) kedua-dua pelumba.

MENGAPA ONEDRY BERMULA DAN FOKUS PADA PRODUK KALIS AIR?

Menjawab persoalan media mengenai pemilihan produk, Jason (wakil Onedry) menjelaskan bahawa baju hujan adalah keperluan paling kritikal bagi penunggang di Malaysia disebabkan cuaca yang tidak menentu. Onedry fokus kepada keperluan harian yang praktikal berbanding penaja lumba tradisional.

Majlis menandatangani perjanjian penajaan Onedry bersama ZK Racing yang menampilkan Hakim Danish dan Qabil Irfan di MAEPS Serdang.

“Produk kalis air kami sangat sesuai untuk penunggang di Malaysia kerana kita tidak boleh jangka bila hujan lebat akan turun,” kata Jason. Beliau turut menambah bahawa pelan pemasaran Onedry tahun ini akan merangkumi kehadiran fizikal di acara sukan permotoran besar seperti MotoGP untuk berinteraksi terus dengan audiens sasaran.

INOVASI PRODUK: SIRI ULTRA-PRESTASI

Sempena majlis tersebut, Onedry turut memperkenalkan rangkaian produk inovasi teknikal terbaharu yang direka untuk perlindungan dan gaya tanpa kompromi:

  • Onedry Raincoat Ultra: Standard baharu dalam perlindungan kalis air, direka khas untuk menghadapi persekitaran ekstrem.
  • Onedry Boost 1.0 Backpack (30L): Beg galas kalis air berkapasiti tinggi untuk kegunaan lasak dan pengembaraan.
  • Onedry Boost 1.0 Waist Bag: Beg pinggang fungsional dengan pilihan warna premium Hitam (Black) dan Kelabu (Stone Grey).
  • Waist Bag Lite: Pilihan ringkas dan ringan untuk keperluan harian yang lebih praktikal.
Majlis menandatangani perjanjian penajaan Onedry bersama ZK Racing yang menampilkan Hakim Danish dan Qabil Irfan di MAEPS Serdang.

VISI JANGKA PANJANG

Walaupun kontrak semasa ditandatangani untuk tempoh satu tahun, Onedry memberikan bayangan untuk meneruskan kerjasama ini sehingga lima tahun akan datang, selaras dengan perkembangan karier antarabangsa Hakim Danish dan Qabil Irfan. Kerjasama ini mencerminkan misi utama Onedry untuk mengenal pasti, memupuk, dan memperkasakan bakat anak watan ke peringkat dunia.

Majlis menandatangani perjanjian penajaan Onedry bersama ZK Racing yang menampilkan Hakim Danish dan Qabil Irfan di MAEPS Serdang.

MENGENAI ONEDRY: Onedry ialah jenama tempatan yang memfokuskan kepada kelengkapan menunggang motosikal kalis air seperti baju hujan, beg kalis air, sarung tangan dan aksesori motosikal. Jenama ini menekankan pembangunan produk yang praktikal, tahan lasak dan mesra penunggang bagi kegunaan harian, latihan dan perjalanan.

RAPIDO MEET & GREET MALAYSIA MERIAHKAN KOMUNITI BIKERS

Kuala Lumpur, 22 Oktober 2025 – Acara Rapido Meet & Greet Malaysia mencetus suasana penuh semangat apabila ratusan peminat motosikal dari seluruh negara berkumpul bagi meraikan jenama aksesori motosikal tempatan yang semakin mendapat tempat di hati komuniti bikers.

Komuniti bikers berhimpun dalam acara Rapido Meet & Greet Malaysia yang penuh meriah

Program yang dianjurkan oleh Rapido Malaysia ini berlangsung dalam suasana santai namun meriah, mempertemukan pengguna, pengedar dan personaliti popular dunia permotoran dalam satu platform mesra komuniti. Ia turut menjadi pentas bagi memperkenalkan inovasi baharu dalam aksesori motosikal dan memperkukuh hubungan antara jenama serta pelanggan setia.


Aktiviti Menarik & Persembahan Eksklusif

Sepanjang acara, pengunjung disajikan dengan pelbagai aktiviti seperti cabutan bertuah, pameran aksesori baharu, serta demonstrasi pemasangan produk Rapido oleh pakar teknikal. Turut memeriahkan suasana ialah kehadiran influencer permotoran tempatan, yang berkongsi pengalaman dan tip keselamatan jalan raya.

Komuniti bikers berhimpun dalam acara Rapido Meet & Greet Malaysia yang penuh meriah

Selain itu, persembahan istimewa daripada artis jemputan menambah elemen hiburan, menjadikan program ini bukan sekadar pertemuan bikers, tetapi juga pesta gaya hidup moden bagi peminat dunia dua roda.


Komitmen Rapido Terhadap Komuniti Bikers

Menurut wakil Rapido Malaysia, acara ini menjadi simbol komitmen berterusan mereka untuk menyokong gaya hidup pemilik motosikal tempatan melalui produk berkualiti tinggi dan sokongan selepas jualan yang efisien.

Komuniti bikers berhimpun dalam acara Rapido Meet & Greet Malaysia yang penuh meriah

“Rapido bukan sekadar jenama, tetapi komuniti. Kami mahu semua pengguna merasai nilai kebersamaan — inilah semangat bikers sebenar,” ujar jurucakap Rapido dalam ucapan rasmi mereka.


Kesimpulan

Komuniti bikers berhimpun dalam acara Rapido Meet & Greet Malaysia yang penuh meriah

Acara Rapido Meet & Greet Malaysia membuktikan bahawa semangat komuniti masih kukuh dalam dunia permotoran tempatan. Selain memupuk hubungan antara pengguna dan pengeluar, ia turut membuka ruang kepada generasi muda untuk mengenali budaya bikers yang positif, penuh semangat dan berdisiplin.

BATERI ASTRA BATERIKU PEROLEH SIJIL SIRIM, MAKMAL KUALITI DIPERKENALKAN


SHAH ALAM, 7 OGOS 2025Bateriku (M) Sdn. Bhd., penyedia utama Perkhidmatan Bantuan Tepi Jalan di Malaysia, hari ini mencatat sejarah baharu menerusi pelancaran rasmi bateri automotif ASTRA yang telah disahkan oleh SIRIM bagi kesemua 28 SKU produknya.

selebritionline portal hiburan

Dalam majlis yang turut menyaksikan perasmian Makmal Kualiti Bateriku, langkah ini dilihat sebagai usaha strategik memperkukuh kepercayaan pengguna terhadap jenama bateri ASTRA yang semakin berkembang dalam pasaran tempatan.

selebritionline portal hiburan

Majlis pelancaran disempurnakan oleh YBhg. Datuk Hanafi Sakri, Timbalan Ketua Setiausaha (Industri), Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dan dihadiri wakil dari SIRIM Berhad, pemain industri automotif dan rakan strategik Bateriku.

selebritionline portal hiburan

Sejak diperkenalkan tiga tahun lalu, ASTRA telah merekodkan lebih 1 juta unit jualan — dibantu oleh kekuatan ekosistem Bateriku yang merangkumi 225 pitstop di seluruh Malaysia dan lebih 1,500 juruteknik gig bergerak (BHero) yang terlatih melalui Akademi Bateriku.

selebritionline portal hiburan

Pensijilan SIRIM IEC 60095 mengesahkan ASTRA sebagai satu-satunya jenama tempatan dengan pengiktirafan rasmi bagi semua SKU termasuk Bateri MF, EFB dan AGM. Setiap pembelian ASTRA disertakan Perlindungan Insuran Takaful GPA percuma sehingga RM7,000 — inisiatif pertama dalam industri bateri tempatan.

selebritionline portal hiburan

Pengguna turut menikmati waranti seluruh negara (Nationwide Warranty Assist), membolehkan bantuan segera di mana-mana lokasi Malaysia melalui jaringan teknikal Bateriku.

selebritionline portal hiburan

Penubuhan Makmal Kualiti Bateriku di bawah Makmal Hijau Sdn. Bhd. turut memperkukuh kawalan mutu dalaman dan menepati piawaian keselamatan produk yang tinggi.

selebritionline portal hiburan

Menurut Tuan Haji Azarol Faizi Bin Zakaria Ansari, Ketua Pegawai Eksekutif Bateriku, ASTRA bukan sekadar bateri tetapi simbol kepada kualiti, ketelusan, dan jaminan selepas jualan. Malah, pengguna tidak perlu kembali ke bengkel untuk tuntutan waranti – segalanya akan diuruskan oleh Bateriku melalui sistem yang tersusun.

selebritionline portal hiburan

Tambah beliau, kelebihan utama ASTRA ialah memudahkan mekanik bengkel kerana urusan waranti kini boleh diselesaikan terus melalui talian 24 jam atau mana-mana pitstop Bateriku di seluruh negara.

selebritionline portal hiburan

Kepada pemilik bengkel yang ingin menyertai rangkaian pengedaran ASTRA, boleh hubungi 013-844 2816 atau email ke b2wteam@bateriku.com.

ART OF SPEED 2025 BAKAL GEGARKAN MAEPS SERDANG PADA 26 & 27 JULAI

KUALA LUMPUR, 3 JULAI 2025 – Festival tahunan terbesar negara yang meraikan budaya Kustom Kulture dan gaya hidup alternatif, Art of Speed 2025, bakal kembali menemui peminatnya pada 26 dan 27 Julai ini di Malaysia Agro Exposition Park, Serdang (MAEPS). Acara yang telah menjadi penanda aras dalam kalendar automotif dan seni jalanan ini menjanjikan pengalaman luar biasa sepanjang dua hari penganjurannya.

Dengan keluasan dewan tertutup 452,084 kaki persegi serta kawasan luar seluas 320 ekar, penganjuran tahun ini tampil dengan lebih banyak segmen, lebih ramai tetamu antarabangsa serta kolaborasi menarik yang menjadikan AOS 2025 lebih meriah. Antara nama besar yang bakal hadir termasuk Shige Suganuma dan Wildman dari MOONEYES Jepun, Brendon Vetuskey dari Hot Wheels Amerika Syarikat, serta pembina kustom terkenal seperti Yuichi Yoshizawa, Ben Forster dan Masa Sugihara. Mereka akan mempamerkan motosikal modifikasi khas seperti BMW R18 “Ground 0”, Harley-Davidson Knucklehead, serta Flathead Kustom yang belum pernah dilihat sebelum ini di Malaysia.

selebritionline portal hiburan

AOS 2025 turut memperkenalkan segmen baharu dinamakan World of Wheels (WOW) hasil kerjasama dengan MotorTakaful.com, membawakan persembahan “Show & Shine” lebih eksklusif dan pengalaman fotografi profesional kepada pemilik kereta serta motosikal. Di samping itu, pengunjung juga bakal disajikan dengan pelbagai aktiviti dari luar negara, antaranya “BEETLE BATTLE” bersama Volkswagen Beetle Club Indonesia, dan Collectible Alley yang mengetengahkan jualan barangan diecast serta koleksi edisi terhad.

Tahun ini juga menyaksikan kolaborasi eksklusif seperti Art of Speed x Hot Wheels, Art of Speed x High Cultured, dan Art of Speed x MOONEYES bersempena ulang tahun ke-10 kerjasama mereka. Dalam masa yang sama, AOS 2025 akan menjadi tuan rumah kepada edisi ketiga Hot Wheels Collectors Convention Malaysia (HWCCM), yang bakal menghimpunkan kolektor dari seluruh rantau dengan aktiviti seperti zon aktivasi, pameran koleksi langka, sesi jual beli, serta pertandingan kustom Hot Wheels.

selebritionline portal hiburan

Bagi peminat muzik pula, suasana festival tahun ini bakal digegarkan dengan SoundCircus Takeover yang akan berlangsung di Dewan A sepanjang dua hari. Barisan artis terkenal seperti Noh Salleh, Ruffedge, Romantic Echoes, Luqman Podolski, Sabda Alam, Chronicalz dan ramai lagi bakal menghiburkan pengunjung dengan persembahan secara langsung. Elemen gaya hidup turut diserlahkan melalui pertandingan B-Boy Respect Culture SEA, serta forum Kustom & Koffee Talk yang membincangkan tren industri bersama tokoh-tokoh antarabangsa.

Kemudahan dan zon khas seperti Zon Test Ride, Flea Market Automotif, Payung Kopi, medan selera serta pertunjukan fesyen oleh Sunburst Tribe menjadikan AOS lebih daripada sekadar acara automotif, tetapi satu festival menyeluruh gaya hidup kontemporari. Tambahan pula, pemenang kategori terbaik untuk kereta dan motosikal akan menerima ganjaran istimewa — mewakili Malaysia ke acara Yokohama Hot Rod Custom Show 2025 di Jepun, satu penghargaan tertinggi dalam dunia kustom.

selebritionline portal hiburan

Tiket Early Bird kini boleh dibeli menerusi laman rasmi www.artofspeedmy.com dengan harga serendah RM35 untuk Weekend Pass dan RM40 untuk Sunday Pass (tidak termasuk caj pemprosesan RM3). Kanak-kanak di bawah 12 tahun dan pemegang kad OKU diberi kemasukan percuma. Tahun ini turut memperkenalkan VIP Valet Parking Ticket berharga RM30 untuk kemudahan parkir khas berhampiran Dewan D.

Menurut Asep Ahmad Iskandar, selaku Pengarah Festival Art of Speed Malaysia, tahun ini merupakan simbol kejayaan dan kesinambungan semangat kustom di Malaysia. “Kami amat berbesar hati menjadi tuan rumah HWCCM buat tahun ketiga berturut-turut. Kehadiran pembina motosikal terkemuka Jepun serta pelbagai kolaborasi ikonik menjadikan AOS 2025 sebagai platform utama peminat automotif dan gaya hidup bersatu.”

selebritionline portal hiburan

Maklumat lanjut serta permohonan vendor dan korporat boleh dibuat melalui laman web rasmi atau menghubungi Rafiq di talian +6012-2620405. Untuk media sosial, ikuti perkembangan di Instagram dan TikTok rasmi @artofspeedmy, serta saluran YouTube dan Facebook mereka.

SUPER GT MALAYSIA 2025 TARIK 75,977 PEMINAT DI SEPANG

SEPANG, 1 JULAI 2025SUPER GT Malaysia 2025 mencipta kejutan apabila seramai 75,977 peminat membanjiri Litar Antarabangsa Sepang pada 27 dan 28 Jun 2025, menjadikannya antara acara permotoran paling berjaya di Malaysia dalam dekad ini.

Acara ini menandakan kemunculan semula perlumbaan GT paling berprestij dari Jepun, iaitu AUTOBACS SUPER GT, ke Malaysia selepas 12 tahun. Ia dianjurkan oleh HARO Sports & Entertainment, selaku pemegang hak dan penganjur rasmi, dengan kerjasama Tourism Malaysia dan Tourism Selangor sebagai sebahagian daripada sambutan Visit Malaysia 2026 dan Visit Selangor 2025.

Menurut Fahrizal Hasan, Rakan Pengurusan HARO, “Kami sangat berterima kasih kepada semua peminat tempatan dan antarabangsa yang memberi sambutan luar biasa. Perbincangan sedang dijalankan bersama GT Association (GTA) untuk menjadikan Malaysia sebagai venue tetap luar negara untuk SUPER GT sehingga tahun 2027.”

Acara ini bukan sekadar perlumbaan tetapi disusun sebagai festival mesra keluarga yang menampilkan:

  • Konsert GT Live!
  • Festival budaya & makanan Jepun
  • Autoshow & pameran automotif
  • Jualan cenderamata eksklusif

Antara sorotan utama ialah pengumuman wildcard Malaysia bagi kelas GT500 pada 2026 serta kejayaan dua wakil negara, Jazeman Jaafar dan Adrian D’Silva, yang beraksi dalam kelas GT300 bersama EBM-GIGA Racing Team.

Kemuncak festival turut menyaksikan pemenang bertuah, Au Tzi Hua, membawa pulang Toyota GR Supra Manual bernilai RM650,000 melalui cabutan tiket yang dibeli menggunakan Mastercard, rakan pembayaran rasmi acara ini.

GT500 ialah kemuncak sukan permotoran SUPER GT. Kami sedang berbincang untuk mengenal pasti barisan pemandu dan pengeluar yang bakal mewakili Malaysia,” tambah Fahrizal.

Dengan kejayaan besar tahun ini, semua mata kini tertumpu ke SUPER GT Malaysia 2026, yang dijangka lebih besar dan penuh aksi.