Uncategorized

50,000 Pengunjung Banjiri Dataran Shahbandar Untuk Saksikan Hot FM Big Jam 2012

Seramai 50,000 pengunjung membanjiri Dataran Shahbandar  Kuala Terengganu untuk menyaksikan Hot FM Big Jam 2012  pada sabtu lepas. Ia satu angka yang amat memberangsangkan kerana ini adalah kali pertama Big Jam diadakan di pantai timur. Konsert ini bermula dari jam 5 petang sehinggalah jam 11.30 malam. 

Antara artis-artis yang hadir pada Big Jam ini ialah Black Mentor, Ella, Spider, Zamani Slam, AXL,Hafiz,XPDC,Alyah, Amir Uk’s dan lain lain lagi. Nidji pula hadir sebagai artis jemputan pada Big Jam kali ini memang tidak menghampakan para pengunjun.Di antara lagu-lagu yang di sampaikan oleh Nidji ialah Biarlah, Jangan Takut dan Laskar Pelangi.

[nggallery id=55]

Fasha Sandha Bernikah Di Ampang..Resepsi Di Perlis & Luar Negara

“Sebenarnya tarikh itu tidak, macam mana nak cakap ya, memang betul saya akan bernikah pada hujung April ini, tapi saya belum bersedia untuk memberitahu tarikh yang sebenar,” ujar pelakon popular, Fasha Sandha mengulas mengenai tarikh perkahwinannya dengan Toh Muda Rizal Ashram Ramli atau Jejai pada 29 April 2012.

“Tarikh perkahwinan sudahpun ditetapkan oleh keluarga dan bila betul-betul masanya, persiapan dah siap dan kami dah bagi kad jemputan, baru saya boleh beritahu pada semua. Apa-apapun, tarikh yang dinyatakan itu hampir tepat. Cuma ada benda yang saya tak boleh beritahu semua kerana saya kena menghormati permintaan keluarga dan juga bakal suami sendiri. Saya akan beritahu khalayak selepas saya hantar kad jemputan.” 

Ditanya mengenai desas-desus kononnya Fasha bakal bernikah di Kuala Lumpur dan memilih pulau peranginan popular, Bali sebagai lokasi majlis resepsi, Fasha memberitahu, “Memang benar saya akan bernikah di Kuala Lumpur. Kami akan bernikah di rumah baru saya di Ampang dan rumah tersebut merupakan pemberian Jejai untuk saya.

“Majlis resepsi pula akan diadakan di Perlis untuk sebelah perempuan manakala majlis pihak lelaki akan dibuat di sebuah lokasi di luar Malaysia. Mengenai Bali itu saya tak nak komen, tapi memang betul resepsi kami akan dibuat di luar negara.”

*Credit to GUA

“BUNOHAN” ~ Berkisarkan Penipuan,Pengkhianatan Dan Perhubungan Kekeluargaan

Filem edaran Apparat Sdn Bhd ni dibintangi barisan para pelakon hebat seperti Faizal Hussein, Zahiril Adzim, Pekin Ibrahim juga dibantu oleh Bront Palarae, Soffi Jikan, Na Ron, Wan Hanafi Su dan satu-satunya bunga dalam filem ni, Tengku Azura sebagai Mek Yah. Filem ini diarah oleh Daid Said. Ia akan mula ditayangkan pada 8 Mac 2012.

Dengan rekod kejayaan tersendiri, BUNOHAN telah ditayangkan di acara-acara berprestij antarabangsa. Misalnya sempena tayangan perdana yang berlangsung di Festival Filem Antarabangsa Toronto, pada September  tahun lalu dan di anugerah NETPAC di Festival Filem Taipei Golden Horses, pada Oktober 2011. Serta Festival Filem Antarabangsa Rotterdam (IFFR) yang menayangkan filem mini sebagai tayangan perdana Eropah pada Januari lalu.

Bunohan diolah dan berkisar mengenai penipuan, pengkhianatan dan perhubungan kekeluargaan yang disemarakkan dengan darah dan mitos.

Sinopsis

BUNOHAN adalah kisah tragis kasih sayang yang hilang di antara tiga beradik bersama bapa mereka yang sedang uzur.Cerita ini dilakarkan di sebuah bandar terpencil berdekatan dengan sempadan Malaysia danSiam. ‘Bunga Lalang’ atau Adil ialah seorang peninju tomoi yang mendapati dirinya berjuang untuk nyawanya dalam sebuah pertarungan maut demi maruah. Tetapi Muski, rakannya sejak kecil lagi, mempunyai pemikiran berlainan – dia menyelamatkan Adil dan secara tidak sengaja terlibat sama dalam pergolakan peristiwa di sepanjang cerita ini.

Ilham, seorang pembunuh upahan yang kejam diarahkan untuk menjejaki Adil dan dengan tidak disengajakan mereka tiba ke kampung asal mereka di Bunohan. Seperti Adil, Ilham juga dilahirkan di Bunohan, di mana beliau sendiri tidak pernah pulang, sungguhpun ketika ibunya meninggal dunia.Sementara itu, abang Adil bernama Bakar, juga dengan tidak semena-mena kembali ke Bunohan dari kota, kononnya untuk menjaga bapanya Pok Eng yang uzur. Pok Eng seorang tok dalang Wayang Kulit. Di sebalik wajah seorang anak yang bertanggungjawab, Bakar merupakan seorang ahli perniagaan bercita-cita tinggi, oportunis dan perebut kuasa.

Di Kampung Bunohan, Ilham terpesong daripada tujuan asalnya ke sana dan menghabiskan masa untuk cuba mencari kubur ibunya. Dia mengabaikan tugas utamanya. Akibat daripada itu, seorang samseng Siam dihantar untuk menyelesaikan kerja yang sepatutnya dilakukan oleh Ilham.

Adil menyembunyikan dirinya bersama mentor merangkap jurulatihnya bernama Pak Wah. Adil juga terbabit dalam usaha menyelamatkan kelab tomoi lama milik Pak Wah. Adil sibuk mempersiapkan dirinya untuk perlawanan akhir untuk menyelamatkan kelab tomoi gurunya.
Bakar yang memerhati dari jauh pula telah membuat perancangan untuk menghapuskan sahaja sehingga bertumpah darah.

[nggallery id=53]

“Seefood”~ 100% Animasi Bakat Tempatan

Setelah berjaya ditayangkan di lebih 90 buah negara di seluruh Amerika Utara, Eropah, Amerika Latin dan Asia, ‘SeeFood’ yang juga merupakan filem animasi berbahasa Inggeris pertama di Malaysia bakal menggegarkan penonton tempatan pada 8 Mac 2012.Filem yang diedarkan dan dipromosikan oleh Grand Brilliance ini amatlah dinanti-nantikan  dan bersedia untuk memukau para penonton dengan gambaran jelas eko sistem laut dan persekitarannya.

Dalam usaha mengekalkan 100% bakat tempatan, Gavin Yap dan Diong Chae Lian merupakan antara penyumbang suara latar untuk watak utama Pup dan Julius yang telah membantu menghidupkan karakter tersebut.

Selain itu, penggambaraan filem oleh studio animasi tersohor Malaysia, iaitu Silver Ant Sdn Bhd telah mengambil masa selama dua tahun untuk menghasilkan karya ini. Kajian dan penyelidikan terhadap pelbagai jenis spesies ikan serta persekitarannya telah dijalankan selama tiga bulan di akuarium, kampung di Sekinchan serta pantai – pantai yang terletak di Pantai Timur bagi membolehkan mereka mengenali dengan lebih dekat akan eko sistem sekitar.

Besertakan dua sarikata, Melayu dan Mandarin, SeeFood, akan mula ditayangkan pada 8 Mac 2012, di  65 buah panggung wayang di seluruh Malaysia dan Brunei, dengan sokongan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan  Pembangunan Korporasi Multimedia (MDeC).

Sinopsis

Filem SeeFood berlatar-belakangkan eko-sistem sekitar kita dimana karakter utamanya, Pup dan Julius akan membawa penonton menyertai mereka ke alam pengambaraan penuh misteri yang tidak berpenghujung, ditemani watak lain yang penuh warna.

Apabila berdozen telur dari terumbu Pup dicuri oleh pemburu haram, Pup nekad untuk menyelamatkan abang-abang dan kakak-kakaknya, tanpa mengambil kira akan bahaya misi tersebut. Tekadnya untuk membetulkan keadaan membawa Pup ke dunia daratan, atau dunia Man, dengan kawasan yang indah tetapi penuh dengan bahaya – destinasi yang tak pernah terlintas di benak seekor jerung.

Khuatir akan keselamatan Pup, Julius, seekor jerung berinsang putih muncul dengan misinya yang tersendiri untuk menyelamatkan kawan karibnya. Dengan sut istimewa mereka, keupayaan jerung untuk mengembara di daratan dalam animasi aksi penuh ketawa ini pasti akan mempesonakan anda!

[nggallery id=52]

Fasha Sandha & Jejai Nikah 29 April Di Bali

Aktres Popular iaitu Fasha Sandha bakal menamatkan zaman bujang dengan pasangannya iaitu Rizal Ashram Ramli aka Jejai pada 29 April ini. Majlis perkahwinan bakal diadakan di Bali.Ia bakal yang akan di hadiri oleh 100 orang tetamu termasuk keluarga, rakan terdekat dan wakil media.Berita eksklusif tersebut disiarkan dalam akhbar Berita Harian hari ini.

“Walau sebelum ini ramai meneka mereka akan melangsungkan pernikahan di Jakarta, Indonesia, ia tidak benar. Sebaliknya pulau peranginan eksotik iaitu Bali menjadi pilihan kerana mood romantis yang wujud di pusat peranginan terkenal itu.

“Mengikut perancangan, busana pengantin mendapat sentuhan pereka tempatan popular, Rizman Ruzaini, manakala kepercayaan untuk menyolek wajah bakal pengantin pula diberikan kepada jurusolek kegemaran ramai artis ternama, Tiar Zainal,” katanya kepada wartawan Berita Harian.

Tahniah kepada Fasha dan Jejai…

*credit photo to Harian Metro

“KAMU” Single Terbaru Zainal Abidin Dari Album Yang Berjudul “KOMPAS”

Setelah lama menyepi akhirnya Zainal Abidin yang terkenal dengan lagu “Hijau” telah melancarkan single terbaru yang berjudul “Kamu”. Ia adalah single pertama di dalam album terbaru beliau yang berjudul “Kompas”. Lagu “Kamu” dicipta  dan ditulis oleh Ajai manakala Mac Chew selaku pengubah lagu.

Album penuh akan di lancarkan pada 5 May 2012 iaitu pada Konsert Pertama Legendary di Sabah. 

Pada 22 Mac ini bertempat di The Andaman, Langkawi beliau akan melancarkan single kedua iaitu “Alam”. Langkawi menjadi pilihan Zainal Abidin untuk muzik video lagu “Alam”.

Foto-foto Yusry & Lisa Surihani “Honeymoon” di Zurich, Switzerland

Wah…rupa-rupanya pasangan romantis ini iaitu Yusry dan Lisa Surihani “honeymoon” di Eropah. Destinasi mereka adalah Zurich, Switzerland. Tempat yang bersalji dan sejuk ini yang menjadi pilihan mereka.

Beberapa keping foto telah tersebar di internet ini adalah untuk tatapan para peminat. Dikhabarkan destinasi seterusnya ialah Cannes,Perancis dan beberapa lagi negara di Eropah.

Album “Ladies First” di pasaran sekarang..Beli yang original yaa

Warner Music Malaysia telah melancarkan album kompilasi artis wanita antarabangsa yang berjudul “Ladies First”. Diantara artis yang ada didalam album ini ialah Adele,Mariah Carey,Kelly Clarkson,Celine Dion, Whitney Houston dan ramai lagi.

Album ini dijual pada harga RM44.90.

CD1

  • Adele – Someone Like You (Live Acoustic Version)
  • Whitney Houston – I Will Always Love You
  • Mariah Carey – Hero
  • Celine Dion – The Power Of Love
  • Leona Lewis – Bleeding Love
  • Kelly Clarkson – Because Of You
  • Christina Perri – Jar Of Hearts
  • Charice – Note To God
  • Sarah McLachlan – I Will Remember You
  • k.d. lang – Constant Craving
  • LeAnn Rimes – Can’t Fight The Moonlight
  • Natalie Imbruglia – Torn
  • Lisa Stansfield – All Around The World
  • Sinead O’Connor – Nothing Compares 2 U
  • Jewel – Foolish Games
  • Dido – Thank You

CD2

  • Susan Boyle – I Dreamed A Dream
  • Sarah Brightman – Time To Say Goodbye
  • Sade – Smooth Operator
  • Toni Braxton – Un-Break My Heart
  • Norah Jones – Don’t Know Why
  • Annie Lennox – No More I Love Yous
  • Christina Aguilera – I Turn To You
  • Faith Hill – There You’ll Be
  • Beverley Craven – Promise Me
  • The Corrs – Runaway
  • Linda Ronstadt – Desperado
  • Taylor Dayne – I’ll Always Love You
  • Natalie Cole – Miss You Like Crazy
  • Chaka Khan – Through The Fire
  • Bette Midler – From A Distance
  • Cyndi Lauper – True Colors