Uncategorized

Konsert Akustik Hujan Di KLPAC ~ Menghiburkan

Baru-baru ini kumpulan Hujan telah mengadakan persembahan Konsert Akustik mereka di KL PAC. Ia dianjurkan oleh Morning Rocket dan CST Production.Antara yang hadir memberi sokongan ialah Aizat Amdan, Sharifah Amani, Bront Palarae, Diandra Arjunaidi dan tidak ketinggalan isteri tersayang vokalis tersebut iaitu Mizz Nina.

Walaubagaimanapun, pergerakan kumpulan yang dianggotai oleh Mohd. Noh Salleh sebagai vokalis, Hang Dimas (keyboard) Izzat Uzaini (bass), AG Coco (gitar) dan Ambobzeela (dram) ini dilihat sedikit perlahan pada tahun lepas bagaikan seperti ada sesuatu yang tidak kena.Menjawab segala persoalan, vokalis kumpulan Hujan yang mesra disapa Noh menjelaskan, biarpun aktiviti kumpulan itu kelihatan perlahan namun sebenarnya tahun 2011 merupakan tahun yang sangat sibuk buat mereka.

Di samping mempersembahkan lagu Pagi Yang Gelap, Ahmoi Chantek, Hiba dan beberapa lagi lagu yang menaikkan nama kumpulan ini, mereka juga mempersembahkan lagu Kotarayaku hasil kolaborasi bersama Altimet pada malam itu.Selain itu, persembahan pada malam itu juga turut diselitkan segmen tribute kepada Seniman Agung Tan Sri P. Ramlee melalui lagu Tunggu Sekejap.Sementara untuk lagu Malam Bulan Di Pagar Bintang, Noh berduet bersama vokalis kumpulan AwanBand yang mesra disapa Faris.

Lagu lain yang dipersembahkan Hujan adalah Mencari Konklusi, Aku Skandal, Empayarmu, Rantai Rasa dan Dugaannya.Sebelum menutup tirai persembahan anjuran Morning Rocket dan CST Production tersebut, Noh turut mengajak seluruh peminat yang hadir untuk naik ke pentas dan bersama-sama menyanyikan lagu Bila Aku Sudah Tiada.

*Credit to Warner Music Malaysia for photos..

[nggallery id=50]

Fasha Sandha Hadiri Kursus Kahwin Ditemani Jejai

Memetik dari laman portal Murai.com, Fasha Sandha menghadiri kursus kahwin di Mahligai Firdaus,Setiawangsa pada Sabtu dan Ahad lalu dengan ditemani Rizal Ashram aka Jejai. 

Walaupun tarikh sebenar perkahwinan mereka masih lagi menjadi rahsia tapi nampaknya pelakon jelita ini bersama kekasihnya seperti sengaja mahu membiarkan peminat terus berdebar menanti bilakah tarikh hari bahagia mereka itu.

Kita tunggu sahaja pengumuman tarikh sebenar perkahwinan dari mereka yaa…

Lavienda Namiraz Puteri Sulung Bienda dan Boy

Tanggal 26 Februari yang lalu, lahirlah Lavienda Namiraz iaitu puteri sulung bagi pasangan penyanyi Bienda dan Boy. Bayi yang seberat 2.95 kilogram dilahirkan menerusi pembedahan di sebuah hospital swasta.

Nama Lavienda ang diilhamkan daripada perwatakan drama telenovela Latin yang kerap ditonton Bienda ketika hamil. Manakala Narimaz pula adalah nama sebenar Boy iaitu Zariman yang diterbalikkan menjadi Namiraz.

Apapun, tahniah kepada Bienda dan Boy diatas kelahiran puteri sulung mereka.

“Cinta Kura-Kura” ~ Tampilkan elemen 3D

Sebagai peneraju penerbitan filem dengan penggunaan kesan khas (CGI), KRU Studios sekali lagi meneruskan tradisi untuk memberikan kelainan kepada peminat industri perfileman tempatan dengan menampilkan elemen animasi 3D didalam filem terbarunya berjudul ”Cinta Kura-Kura”. “Cinta Kura-Kura” merupakan filem cereka berkonsep fantasi romantik komedi dibawah arahan Nizam Zakaria yang buat julung kalinya diberikan peluang untuk menjadi pengarah bagi filem ke 10 terbitan KRU Studios.

Dalam filem “Cinta Kura-Kura” Adam dilakonkan oleh Airel Zafrel, Nani oleh Tiq Zaqyah, Fazli oleh Fizz Fairuz dan Amin oleh Bob AF.Filem cereka berkonsep fantasi romantik komedi ini buat julung kalinya menampilkan teknologi CGI bagi animasi (character animation) bagi watak Nico, Mira (Fara Fauzana) dan Atuk (Shy8 atau lebih dikenali sebagai Usop Wilcha) disampaikan dalam babak serta dialog lucu sesuai untuk tontonan umum. 

KRU Studios juga meneruskan tradisi mempromosikan filem melalui lagu dan yang terbaru menerusi lagu “Tiga Kata” ciptaan sepenuhnya Edry Abdul Halim nyanyian trio adik-beradik KRU. Disamping itu, sebuah lagu lagi akan ditampilkan didalam filem ini diberi judul “Pencinta Terbaik”

Sinopsis

“Cinta Kura-Kura” mengisahkan tentang seorang gadis ceria berusia 21 tahun bernama Nani lakonan Tiz Zaqyah bersama binatang peliharaannya, Nico (Zizan Raja Lawak). Nico adalah seekor kura-kura spesis terancam dan ia mempunyai kelebihan luarbiasa iaitu boleh bercakap dengan manusia, tapi sekiranya dia mahu melakukannya… Kisah romantik komedi ini bermula disaat Nani berpindah ke rumah abangnya, Amin (Bob AF). Jiran Nani, Adam lakonan Airel Zafrel telah jatuh hati dengan Nani sejak kali pertama dia memandangnya. Walaubagaimanapun Nico mempunyai calon pilihannya sendiri sebagai teman hidup Nani iaitu Fazli (lakonan Fizz Fairuz), seorang pemilik kedai binatang peliharaan yang mempunyai agendanya tersendiri. Kehidupan mereka menjadi huru-hara apabila Nico mula campur tangan dengan kehidupan manusia.

“Terima Kasih kepada KRU Studios”

Mawi & Ekin namakan anak Cahaya Malaika

Mawi dan Ekin akhirnya menamakan anak perempuan mereka Cahaya Malaika yang membawa maksud Cahaya Permaisuriku. Ia diumumkan oleh Mawi secara eksklusif di radio Era,pagi semalam.

Cahaya Malaika dilahirkan pada jam 4 pagi di sebuah hospital swasta dengan berat 2.8 kilogram pada pagi selasa lalu. Ia juga menamatkan penantian pasangan ini yang telah bernikah pada 20 Disember 2008.

Tahniah kepada Mawi & Ekin…

*sumber Sinar Harian

“TOP CHEF JUST DESSERTS” CABAR KEBOLEHAN PESERTA

Saat terasa lapar, pasti ramai di antara kita yang mencari hidangan berat untuk mengisi perut. Namun ianya sudah pasti tidak lengkap sekiranya tiada hidangan pencuci mulut Inginkan sesuatu yang baru? Tonton rancangan realiti terbaru ntv7, Top Chef Just Desserts yang bersiaran setiap hari Sabtu jam 8.30 malam yang bukan sahaja memberi anda pilihan hidangan manisan bagi mengakhiri makan malam, malah penuh dengan drama dalam cabaran mencari chef pastri yang paling terbaik.

Penuh dengan resepi dan kisah menarik, rancangan realiti sepanjang 10 episod ini memerlukan 12 orang pesertanya melalui dua buah cabaran iaitu ujian ‘Quickfire’ dan pusingan penyingkiran Dalam ujian yang diberikan, para peserta bakal diuji dalam asas masakan dan kemudiannya kreativiti dan hasil manisan mereka bakal menjadi penentu dalam pusingan penyingkiran. Apa yang menariknya ialah mereka juga terpaksa menggunakan ramuan pelik, eksotik dan adakalanya terpaksa bekerja sebagai penyedia makanan dalam sebuah acara sebenar.

Top Chef Just Desserts akan dihoskan si jelita Gail Simmons yang juga pakar kulinari dan seorang penulis berkaitan makanan yang turut dibantu oleh oleh barisan juri pakar. Dalam mencari juara chef dalam cabaran realiti ini, Johnny luzzini, seorang ketua chef pastri di restoran terkemuka Jean-Georges, Hubert Keller yang merupakan pemilik restoran dan finalis bagi Top Chef Masters dan Dannielle Kyrillos, editor di DailyCandy bakal mengadili segala usaha peserta sama ada layak atau tidak. Berlatarbelakangkan bidang masakan dan kepakaran merasa, ternyata para jurinya tidak akan memberi laluan mudah buat mereka.

Siapakah yang bakal dinobatkan sebagai ‘top chef’? Tonton Top Chef Just Desserts yang bersiaran sejak awal Februari ini setiap hari Sabtu jam 8.30 malam hanya di Saluran Ceria Anda, ntv7. Nantikan resepi-resepi hidangan pencuci mulut yang pastinya membuka selera, memberi inspirasi dan penuh dengan aksi drama.

Senarai Penuh Pemenang Oscars 2012 ~ The Artist & Hugo Ungguli Anugerah

Acara gilang gemilang yang mengiktiraf karyawan dan penggiat filem Hollywood itu yang berlangsung penuh meriah. Ia menyaksikan filem senyap hitam-putih ‘The Artist’ menang besar serta diangkat sebagai filem terbaik.

Selain dinobatkan Filem Terbaik, karya romantik komedi-drama arahan pengarah Perancis, Michel Hazanavicius itu turut menggondol empat lagi anugerah iaitu dalam kategori Pengarah Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik, Skor Original Terbaik dan Rekaan Kostum Terbaik.

Menyusul, filem Hugo juga berjaya menyapu bersih lima trofi sekaligus menguasai anugerah dalam kategori teknikal.

Berikut senarai penuh pemenang Anugerah Oscar 2012:

Filem Terbaik: The Artist

Pengarah Terbaik : Michel Hazavanicius (The Artist)

Pelakon Lelaki Terbaik: Jean Dujardin, (The Artist)

Pelakon Wanita Terbaik: Meryl Streep, The Iron Lady

Sinematografi Terbaik : Hugo (Robert Richardson)

Pengarah Seni Terbaik : Hugo

Rekaan Kostum Terbaik : The Artist

Make up Terbaik : The Iron Lady

Filem Bahasa Asing Terbaik: A Separation

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Octavia Spencer (The Help)

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Christopher Plummer (Beginners)

Suntingan Terbaik : The Girl with the Dragon Tattoo

Bunyi Terbaik:  Hugo

Best sound mixing : Hugo

Dokumentari Terbaik: Undefeated

Filem Animasi Terbaik : Rango

Kesan Visual Terbaik : Hugo

Skor Original Terbaik : Ludovic Bource (The Artist)

Lagu Terbaik : Man or Muppet (The Muppets)

Lakon Layar Adaptasi Terbaik : Alexander Payne, Nat Faxon, and Jim Rash (The Descendants)

Lakon Layar Original Terbaik : Woody Allen, Midnight in Paris

Short Aksi Terbaik : The Shore

Short Dokumentari Terbaik : Saving Face

Short Animasi Terbaik : The Fantastic Flying Books of Mr Morris Lessmore

[nggallery id=49]