Uncategorized

“Cuci The Musical Last Kopek” ~ Masih Mencuit Hati Walaupun Kali Ketiga Dipentaskan

“Cuci The Musical Last Kopek” masih lagi mengekal 4 pelakon untuk watak pertama iaitu Afdlin Sauki, Hans Isaac, Nabil dan Awie. Terdapat 3 pelakon baru iaitu Dina, Harun Salim Bachik serta Douglas Lim. Vanidah Imran dan Reefa masih lagi kekal dari musim pertama.

Ia dibawa khas oleh Tall Order Production.Kali ini, Cuci The Musical (CTM) akan dipentaskan buat kali yang ketiga di Istana Budaya pada 2 hingga 18 Mac 2012 kelak.

Tiket-tiket sudah mulai dijual di www.ticket2u.biz dan boleh dapatkan terus di kaunter tiket IB dengan variasi harga RM 53, RM 123, RM 163, RM 183, RM 203, dan RM 303. Anda juga boleh hubungi talian Hotline di 010-2102656. Jangan lepaskan peluang untuk menonton Cuci The Musical Last Kopek kerana ia menjanjikan sedikit kelainan dari segi watak dan lawak…

[nggallery id=47]

“Adnan Sempit 2” – Lebih Mencuit Hati

Fenomena Adnan Sempit kembali menggegarkan industri perfileman tempatan 23 Februari ini. Kejayaan dan sambutan yang luar biasa pada tahun 2010 menjadikan filem ini mempunyai tarikan yang tersendiri. Adnan Sempit 2 menjadi filem pembukaan ke-2 terbesar dengan 98 salinan dikeluarkan untuk tayangan di seluruh negara termasuk Singapura dan Brunei selepas Kongsi dengan 100 salinan. Atas sokongan dari pelbagai pihak, Metrowealth (MIG) tampil untuk menerbitkan sekuel, Adnan Sempit 2. Filem ke-56 terbitan MIG ini dilihat mampu menarik lebih ramai penonton ke pawagam dan mengulangi kejayaan yang diraih Adnan Sempit.

Lakonan Shaheizy Sam, Intan Ladyana, Yana Samsudin, Along Cham dan Angah Raja Lawak dalam Adnan Sempit 2 bakal memberi kelucuan yang tidak terhingga kepada penonton. Begitu juga dengan kehadiran pelakon-pelakon berpengalaman seperti Datuk Ahmad Tamimi Siregar dan Aznah Hamid, sekuel kali ini pastinya menjanjikan yang terbaik. Buat pertama kalinya juga, watak baru diperkenalkan yang dilakonkan oleh Syuk Balas dan ini menguatkan lagi jalan cerita Adnan Sempit 2. Menjadikan Kuala Lumpur yang berlatarbelakangkan kehidupan di kota metropolitan sebagai lokasi utama untuk penggambaran filem ini.

Sinopsis

Setelah berjaya memiliki hati Nadia (Intan Ladyana), kini Adnan (Shaheizy Sam) masih belum berjaya memiliki hati ayah Nadia iaitu Datuk Ithnin (Datuk Ahmad Tamimi Siregar) kerana hubungan mereka masih tidak direstui. Adnan berhadapan dengan ujian lebih besar di mana Datuk Ithnin meletakkan syarat kepada Adnan supaya Adnan fasih bertutur dalam Bahasa Inggeris dan mengubah penampilan dirinya menjadi seorang korporat dalam masa 30 hari.

Adnan yang mengalami masalah untuk mengubah penampilannya meminta bantuan rakannya Bobby (Along Cham) untuk menjadi perunding imej dan akhirnya Bobby mengeluarkan idea-idea untuk membantu Adnan dalam mengubah imej dan bertutur dalam Bahasa Inggeris. Dalam pada masa yang sama, hubungan di antara Bobby dan Wawa (Yana Samsudin) juga mengalami kesukaran di mana Wawa mula merasa bosan kerana Bobby tidak pernah berubah dan tidak berusaha untuk berjaya demi masa hadapan.

Bagi menggagalkan usaha Adnan untuk berubah, Datuk Ithnin telah menghantar Fendi (Syuk Balas), sepupu kepada Nadia untuk menggoda Adnan dan perkara ini telah membuat Nadia merasa sangsi dengan kejantanan Adnan.

Adakah Adnan dan Nadia akan bersatu? Mampukah Wawa dan Bobby mempertahankan cinta mereka? Adakah Adnan mampu menyahut cabaran yang diberikan oleh Datuk Ithnin? Semuanya akan terjawab dalam filem Adnan Sempit 2 yang telah ditayangkan pada 23 Februari ini.

[nggallery id=46]

“Zee Bollywood Nite 2012” – Meriah

Zee Bollywood Nite 2012 yang diadakan di PICC, Putrajaya ternyata mengembalikan kehangatan yang sama seperti tahun 2010.

Gabungan dua pengacara tersohor India Manish Paul dan Jessy Chahal pengacara tempatan sememangnya sungguh mantap.  Acara dimulai dengan tarian yang diiringi dengan lagu medley Raanja  Dum Maaro dan Anjana  dan seterusnya tarian daripada Binny (pemenang Dance India Dance) dengan diiringi lagu-lagu medley Katiya Karu/C haracter Dhela/ Ooh  La La/Chikni Chameli,

Acara diteruskan dengan nyanyian ,merdu artis berbakat besar Abhilasha Chellam yang dilahirkan daripada rancangan realiti nyanyian terbesar di India, Saregamapa . Suara yang mersik berkemundang di seluruh dewan Plenary.

Seterusnya pasangan artis Ram Milaye Jodi , Sujay dan Sara Khan bergandingan dengan tarian yang sungguh mengasyikkan melalui lagu-lagu medley Dum, Dum Mast/I Hate Luv Storys/Senorita/Sadi Gali/Aliyva Hi Aiyva. Tampak keserasian kedua-dua mereka didalam tarian yang sungguh emosi  dan mengasyikkan.

Malam semakin hangat apabila penari2 cilik Vaishnavi dan Ruturaj membuat persembahan. Bakat mereka memang tidak dapat dinafikan  memberikan tarian yang sungguh comel dan menakjubkan. Kedua penari cilik ini  adalah hasil daripada rancangan reality program tarian India, Dance India Dance Lil Champ.  Tarian2 mereka adalah daripada lagu2 medley Singh is King/I hate U/Nakhare/JHor Ka Jhatka/Duniya Men/Usdaan/Dhinka Chika/Tai Tai Fish.

Acara kemuncak Zee Bollywood Nite 2012  semakin membara dengan kemunculan artis yang paling diitunggu-tunggu oleh semua iaitu jelitawan dan penari handalan seksi Bollywood Malaika Arora Khan. Ternyata bisa tarian beliau masih dapat dirasai. Gelekan dan lenggokan badan beliau amat serasi dengan lagu-lagu medley antaranya  yang wajib dipersembahkan ialah tarian daripada –  Chaiya Chaiya / Chamak Challo/ Munni Baadnam/Hot Rasiyle/Kaal Dhamal. Malaika bakal memberikan satu lagi persembahan tarian bertajuk Anarkali tidak lama lagi. Jadi peminat setia Malaika jangan ketinggalan untuk menantikan persembahan seksi beliau tidak lama lagu

Ternyata kegemilangan malam Zee Boolywood Nite 2012 terulang dengan persembahan yang  amat mempersonakan, penuh bersemangat dan berjaya menghiburkan peminat-peminat setia Bollywood Malaysia.

Kredit juga perlu diberikan kepada kedua-pengara Manish Paul dan Jessy Chahal yang menghidupkan suasana dewan menjadi gamat dengan keletah bersahaja mereka mengacarakan malam kegemilangan Bollywood Malaysia. Tidak hairanlah mengapa Manish Paul begitu baik didalam pengacaraan beliau dan dianugerah Gold Award 2012 bagi kategori  Hos Terbaik India.

Zee Bollywood Nite 2012 adalah persembahan daripada Zee Variasi – saluran 108 di Astro  yang mendapat tajaan utama dari POS Malaysia, penaja bersama Singer, dengan hotel rasmi, Sunway Resort Hotel & Spa, F&B Rasmi ; Sagar Restoran, Rakan Media; Astro dan penganjur Team Sound and Light.

“APER CELOP” ~ Buah Tangan Terbaru Ahmad Idham Utk Slot Aksi TV3

“APER CELOP” adalah buah tangan terbaru dari Ahmad Idham untuk slot Aksi TV3. Ia adalah drama 13 episod terbitan Excellent Pictures merupakan cetusan idea yang bertindak sebagai pengarah dan digarap oleh Meor Shariman sebagai penulis skrip.Ia bakal ditayangkan mulai 20 Februari 2012 setiap hari Isnin jam 9.00 malam bagi mengisi Slot Aksi di TV3.

Barisan pelakon yang membintangi drama ini seperti Kamal Adli,Taiyuddin Bakar,Wan Sharmila, Amanda Misbun,Ika Nabella, Azad Jasmin,Fendi Balas, Zed Zaidi, Shenthy Feliziana, Anne Abdullah, Den Wahab, Rahim Omar, Dian P.Ramlee dan Kuna.

Sinopsis

Mengisahkan tentang Aman (Kamal Adli) dan Sawi (Taiyuddin Bakar) bercadang untuk berlumba kali terakhir supaya memenangi duit dengan harapan mengadakan sebuah majlis perkahwinan secara besar-besaran bersama kekasih mereka, Julia (Amanda Misbun) dan Munirah (Ika Nabella). Namun niat baik mereka sering terhalang dek pelbagai masalah yang timbul selepas itu.

Aman telah berlumba dengan Mako (Azad Jasmin), seorang Raja Rempit yang juga ketua samseng dimana seorang gadis kampung, Marsha (Wan Sharmila) dijadikan habuan kepada pemenang. Bagi menyelamatkan Marsha daripada menjadi habuan, Aman bertekad untuk menang perlumbaan tersebut.

Apa yang akan berlaku seterusya? Nantikan “APER CELOP” di Slot Aksi setiap hari Isnin jam 9.00 malam mulai 20 Februari di TV3….

“ATAS NAMA CINTA” ~ Cinta Tiga Segi Dan Pengorbanan

Menyusuli Gemersik Kalbu, drama bersiri terbaru ‘Atas Nama Cinta’ terbitan Zeel Production telah disiarkan mulai 13 Februari 2012 menerusi slot Akasia, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.00 malam.Diarahkan oleh Raja Ahmad Alaudin, drama bersiri 24 episod tersebut membariskan pelakon-pelakon handalan seperti Shahrizal Jaszle, Fiza Halim, Shah Iskandar, Tasha Shilla, Aida Aris, Wan Shade, Roy Azman, Ainina Ahmad B, Azzam Iop Hisham dan Nina Emelyn Khai.

Saiful telah mengikut ayahnya, Ahmad pulang ke kampung halaman Ahmad untuk melarikan diri daripada pemiutang-pemiutang. Di sana, Saiful telah berkawan baik dengan Cinta, seorang budak perempuan yang sering dibuli budak-budak kampung. Ahmad yang kuat berjudi membuat onar dengan mencuri wang simpanan ibu Cinta, Zahara dan menghilangkan diri.Walaupun masih kecil dan keseorangan, Saiful nekad mencari Ahmad di Kuala Lumpur malah dia terpaksa membawa bersama Cinta yang mahu mengikutnya mencari Zahara di Kuala Lumpur. Cinta yang tidak berapa sihat diserang sakit dan Saiful menjadi panik. Mujurlah mereka dibantu Sulaiman dan Cinta dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Sulaiman yang sedang mencari anak angkat untuk menggantikan Ghazali berkenan dengan Saiful. Begitu juga dengan isteri Sulaiman, Rima yang menganggap Saiful sebagai Ghazali. Dalam usaha untuk mendapatkan hak penjagaan Saiful, Sulaiman menawarkan sejumlah duit kepada Ahmad. Tanpa memikir panjang, Ahmad terus bersetuju dengan syarat Sulaiman.Sebelum bertolak ke Australia, Saiful diberitahu oleh Sulaiman tentang berita kematian Cinta. Dengan hati yang berat, Saiful mengikut Sulaiman, Rima dan adik angkatnya, Balqis memulakan kehidupan baru di bumi asing.

Selepas 15 tahun, Saiful yang kini dikenali sebagai Ghazali (Shah Iskandar) telah berjaya sebagai seorang pensyarah muzik dan pemain biola terkenal antarabangsa. Cinta (Fiza Halim) kini seorang penuntut diploma seni halus menetap bersama ibu saudaranya, Mastura selepas Zahara meninggal dunia.Balqis (Tasha Shilla) mengejar Ghazali dan mendambakan cinta lelaki yang juga abang angkatnya itu. Sulaiman dan Rima juga mendesak Ghaz agar bertunang dengan Balqis tetapi Ghaz hanya menganggapnya sebagai seorang adik.

Cinta berkenalan dengan Tengku Farish (Shahrizal Jaszle), rakan baik Ghazali ketika mengikuti pameran seni halus di Australia. Tengku Farish terpikat dengan Cinta dan sering membawa Cinta bersiar-siar di sekitar bandar Perth. Hubungan mereka menjadi rapat sehinggalah satu malam Tengku Farish membawa Cinta untuk menonton persembahan Ghazali.Ghazali tersentak dan teringat kepada Cinta yang dikenali pada waktu kecil. Mungkinkah Cinta yang sudah mati kini hidup kembali? Ghazali yang masih rindu dan sayang kepada Cinta terpaksa menyimpan perasaannya kerana tidak sanggup mengkhianati kawan baiknya, Tengku Farish yang turut menyukai Cinta. Balqis pula sanggup melakukan apa sahaja untuk menawan hati Ghazali.

Apakah kesudahan bagi kemelut cinta antara Ghazali, Cinta, Tengku Farish dan Balqis? Jangan lupa saksikan drama Atas Nama Cinta menerusi slot AKASIA, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.00 malam di TV3! Penonton yang terlepas menyaksikan Atas Nama Cinta boleh menontonnya melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my dan juga layari Facebook & Twitter tv3malaysia untuk mendapatkan berita terkini.

Sekitar Majlis Pertunangan Farhan AF

Penyanyi Farhan Azizan, 28, dan Ahmad Rashdan Suhaimi, 28, bakal melangsungkan pernikahan pada awal tahun depan selepas dipersetujui dalam majlis pertunangan yang diadakan di Cafe Flora, AmWalk. Mereka berdua bakal diijab kabulkan pada tahun hadapan namun masih belum menetapkan tarikh perkahwinan yang sebenar.

Pada majlis tersebut, Farhan mengenakan busana rona kelabu dan ungu rekaan Syarakim.Selain itu, bekas Akademi Fantasia musim ke-4 (AF4) itu turut menerima sebanyak lima dulang hantaran iaitu sirih junjung, kek cawan, potpurri, buah buahan dan wang hantaran permulaan (mengikut adat keluarga Farhan di Johor).

Manakala Farhan pula membalas tujuh dulang hantaran yang antaranya seperti sirih junjung, buah-buahan, kek, kek cawan, sejadah, coklat dan dua buah kitab Al-Quran.

[nggallery id=43]