Uncategorized

SAMARINDA “PELANGI KASIH” ~ DIKHIANATI SAHABAT KERANA CEMBURU & SANGSI

Ikatan persahabatan yang kukuh dan murni menimbulkan persoalan apabila salah seorang daripada mereka mengambil keputusan menghilangkan diri dan membina kehidupan baru di sebuah daerah pedalaman.  Menyusuli Bunga April, saksikan drama bersiri terbaru terbitan Global Station mulai 19 Januari 2012, setiap hari Selasa hingga Khamis jam 10.30malam.

Membariskan pelakon-pelakon handalan seperti Nabila Huda, Puteri Sarah, Beto Kushairy, Johan Ariff Asa’ri, Wati Sadali, Fathil Dani, Abu Bakar Juah dan ramai lagi, drama bersiri 25 episod ini mendapat sentuhan kreatif daripada sutradara Mohamed Feroz Kader dan penulis skrip Zahirah Hassan.

Mengisahkan persahabatan erat antara Sofea (Nabila Huda), Azlin (Puteri Sarah) dan Zafrul (Beto Kushairy), Sofea berkawan rapat dengan Azlin sejak zaman persekolahan walaupun berasal dari latar belakang keluarga yang berbeza. Azlin bakal mewarisi perniagaan daripada datuknya, Haji Mahmod, Pengerusi Green Global Sdn Bhd manakala bapa Sofea ialah seorang guru agama di surau dan bercucuk tanam untuk menampung keluarganya.

Zafrul (Beto Kushairy) yang tinggal berhampiran dengan mereka berumur 2 tahun lebih tua daripada Azlin dan Sofea banyak membantu mereka dalam pelajaran. Malah, Zafrul yang cemerlang dalam pendidikan menjadi teladan kepada Azlin dan Sofea untuk berjaya.

Setelah tamat pengajian di universiti, Sofea dan Azlin menyertai syarikat Green Global Sdn. Bhd. Di bawah pengurusan dua wanita muda in,i GREEN GLOBAL SDN.BHD meningkat dengan pantas. Azlin memang cekap dalam pentadbiran dan perhubungan dengan pelanggan. Sementara Sofea begitu bijak membawa pelabur luar masuk ke dalam negara dan melabur dalam bidang hartanah.

Hubungan erat Azlin, Sofea dan Zafrul berjalan lancar sehingga Zafrul membuat keputusan untuk mengahwini Azlin. Sofea terluka kerana cintanya kepada Zafrul dipermainkan.

Untuk mengukuhkan kedudukan Zafrul dalam syarikat, Azlin telah memberikan jawatan yang sepatutnya menjadi milik Sofea kepada Zafrul. Sofea berasa kecewa dengan Azlin kerana menganggap Azlin cuba menyingkirkannya secara halus.

Pengenalan Sofea dengan Omar (Johan Ariff Asa’ri) yang merupakan pesaing kepada Green Global Sdn Bhd menimbulkan rasa tidak senang hati oleh Zafrul. Akhirnya, Sofea dikhianati dan dipecat atas tuduhan pecah amanah oleh Azlin yang cemburu dengan prihatin Zafrul atas Sofea.

Selepas Sofea berkahwin dengan Omar, syarikat Lembayung Delta Sdn Bhd milik Omar telah mengalahkan Green Global Sdn Bhd untuk mendapatkan tender tanah. Bagi menjaga kepentingan syarikat pada masa depan, Zafrul berikhtiar untuk ‘menghapuskan’ Sofea dan Omar dari dunia korporat.

Sofea terluka dengan pengkhianatan 2 sahabat baiknya dan menghilangkan diri di kampung halaman Omar.. Apakah Sofea akan bertemu semula dengan Zafrul dan Azlin? Saksikan kesudahan Pelangi Kasih di slot Samarinda mulai 19 Januari 2012, setiap hari Selasa hingga Khamis jam 10.30malam.

Pentas Raja Lawak 6 telah dibuka……..

Pentas Raja Lawak Musim ke 6 telah pun dibuka semalam dengan 12 peserta bersaing untuk merebut tahkta Raja Lawak 6. Ia juga memperkenalkan 3 juri tetap Raja Lawak 6 iaitu David Teoh,Sathia dan Sheila Rusli. Turut diperkenalkan adalah cif besar dan cif kecik.

Rata-rata persembahan setiap peserta semalam adalah amat memberangsangkan walaupun semalam adalah minggu pertama bagi mereka semua. Diharap para peserta dapat mengekalkan serta meningkatkan usaha dari minggu ke minggu.

[nggallery id=35]

Senarai TOP 5 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011

Baru-baru telah diadakan sidang akhbar bagi mengumumkan senarai calon-calon TOP 5 bagi Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011. Berikut adalah calon-calonnya :

Penyanyi lelaki:

1 – Faizal Tahir

2 – Anuar Zain

3 – Aizat

4 – Hafiz

5 – Black

Penyanyi wanita:

1 – Najwa Latif

2 – Yuna

3 – Stacy

4 – Alyah

5 – Shila Amzah

Artis duo/berkumpulan:

1 – 6ixth Sense

2 – Jaclyn Victor/Ning Baizura/Shila Amzah

3 – Meet Uncle Hussain/Hazama

4 – Bunkface

5 – Forteen

Artis baru lelaki:

1 – Johan Ariff As’ari

2 – Hazama

3 – Awi Rafael

4 – Aeril Zafrel

5 – Beto Khusyairi

Artis baru wanita:

1 – Tasha Shilla

2 – Najwa Latif

3 – Neelofa

4 – Nur Fathia

5 – Izara Aishah

Pelakon filem lelaki:

1 – Aaron Aziz

2 – Shaheizy Sam

3 – Adi Putra

4 – Syamsul Yusof

5 – Bront Palarae

Pelakon filem wanita:

1 – Lisa Surihani

2 – Maya Karin

3 – Diana Danielle

4 – Yana Samsudin

5 – Eja

Pelakon TV lelaki:

1 – Aaron Aziz

2 – Adi Putra

3 – Remy Ishak

4 – Fizz Fairuz

5 – Fauzi Nawawi

Pelakon TV Wanita:

1 – Fasha Sandha

2 – Tiz Zaqyah

3 – Scha Alyahya

4 – Nora Danish

5 – Rozita Che Wan

Artis komedi lelaki:

1 – Zizan Razak

2 – Johan

3 – Nabil

4 – Along Cham

5 – Afdlin Shauki

Artis komedi wanita:

1 – Noorkhiriah

2 – Sharifah Shahira

3 – Didie Alias

4 – Kenchana Dewi

5 – Alliza Abdullah @ Enot

Pengacara TV lelaki:

1 – Aznil Nawawi

2 – Faizal Ismail

3 – Ally Iskandar

4 – Awal Ashaari

5 – Zizan Razak

Pengacara TV wanita:

1 – Fara Fauzana

2 – Cheryl Samad

3 – Sharifah Shahira

4 – Raja Azura

5 – Nurul Syuhada

Penyampai radio lelaki:

1 – Faizal Ismail

2 – Aznil Nawawi

3 – AG

4 – Halim Othman

5 – Khairil Rashid @ Krill

Penyampai radio wanita

1 – Fara Fauzana

2 – Linda Onn

3 – Raja Azura

4 – Abby Fana

5 – Sharifah Shahira

Istana Budaya digegarkan dengan Konsert Awie & Ella…

Pentas Istana Budaya digegarkan dengan kehadiran lebih dari 1500 orang penonton pada hari pertama Konsert Awie dan Ella. Persembahan Raja dan Ratu Rock pada malam ini memang mengagumkan semua penonton yang hadir. Pada pembukaan konsert ini dimulai dengan lagu 1570 nyanyian Awie dan diakhiri oleh lagu Terima Kasih oleh Awie dan Ella.

Hampir 30 buah lagu dinyanyikan oleh Raja dan Ratu Rock ini dengan 14 buah lagu daripadanya ialah medley. Kesemua lagu-lagu tersebut adalah dari album-album mereka yang terdahulu serta yang terbaru.Antara lagu-lagu yang dinyanyikan adalah Baldu Biru,Layar Impian,Tragedi Oktober,Ukiran Jiwa,Sembilu, Ratuku dan banyak lagi.Susunan muzik yang bagus dari Edrie Hashim serta rekabentuk pentas yang menarik dari Raja Malek dan Jia-Wei Loo membuatkan konsert ini lain dari yang lain.

Pada anda semua yang masih belum membeli tiket, silalah beli kerana konsert ini menjanjikan satu kelainan dari segi persembahan,susunan muzik serta rekabentuk pentas.Tiket-tiket masih boleh didapati di Istana Budaya dan di www.ticket2u.biz atau ditalian 03-4147 8600 dengan berharga RM43,RM83,RM143,RM213,RM303 dan RM403.

[nggallery id=34]

Nabil dan Kencana Dewi Sertai Ceria Pagi Di Suria…….

Selari dengan bermulanya tahun 2012 ini,Suria FM maju setapak lagi dalam memberikan yang terbaik kepada para pendengar.Memasuki tahun ke 5,Suria FM terus unggul sebagai stesen radio berbahasa Melayu dengan peningkatan tertinggi jumlah pendengar selama 2 tahun berturut-turut.

Untuk tahun 2012, 2 penyampai baru iaitu Nabil dan Kencana Dewi akan digandingkan dengan Halim Othman untuk mengemudi segmen Ceria Pagi Di Suria.Segmen pagi ini akan keudara seawal 5 pagi hingga 10 pagi.Pada 10 pagi hingga 1 petang ,Zizi dan Myra akan mengambil alih dan diikuti oleh Bob Ringgo dari jam 1 petang hingga 4 petang.

Masih kekal diposisinya ialah Linda Onn dengan segmen yang keudara dari jam 4 petang hingga 8 malam. Pada sebelah malam pula,Tyzo akan menemani para pendengar dengan celotehnya yang bermula jam 8 malam hingga 11 malam.Lewat jam 11 malam, DJ Lin mengambil tempat untuk meneruskan segmennya sehingga jam 2 pagi.Selain itu, beberapa perancangan promosi,ground event dan siri jelajah roadshow juga telah diaturkan bagi memastikan apa yang dirancang mencapai matlamat.

Segala pembaharuan ini akan mula keudara pada 9 Januari 2012.

“Antara Garisan” drama bersiri di Astro Ria bermula 9 Jan 2012

Astro RIA berbesar hati membuka tirai tahun 2012 dengan sebuah drama bersiri yang memberikan kritikan sosial kepada masyarakat berjudul “Antara Garisan” yang bakal menemui para penonton pada setiap Isnin, 9.00 malam bermula 9 Januari 2012 menerusi Astro Ria (Saluran 104).

Antara Garisan yang akan bersiaran selama 13 episod ini merupakan karya skrip Shahrul Ezad Mohameddin dan diarahkan oleh Bahri Umararif Bajuri dan Ungku Ismail Ungku Aziz. Mengisahkan pelbagai sisi kehidupan seharian manusia,yang baik dipandang mulia dan begitu juga sebaliknya. Antara pelakon-pelakon yang bakal membintangi drama ini seperti Harun Salim Bachik,Qazem Nor,Amar Ashraff,Fazurina,Hasnol Rahmat,Fazlina Ahmad Daud,Jasmin Hamid,Sharifah Shahira,Farid Kamil,Julia Zeigler,Sabrina Ali,Siti Elizad,Jimmy Shanley dan Andrea.

Selamat menonton!

TENTANG DHIA Episod Akhir Cecah 3 Juta Penonton

Heboh satu Malaysia memperkatakan tentang kehebatan lakonan Nora Danish, Adi Putra, Liza Abdullah, Ako Mustapha, Irfan Roslan, Tasha Shilla, Izreen Azminda dan Puteri Sarah yang berjaya mencetuskan satu fenomena baru menerusi drama bersiri di slot Akasia TV3, TENTANG DHIA, apabila episod terakhir yang ditayangkan pada petang Khamis lalu telah mencatat kadar penonton tinggi hampir 3 juta (Sumber: Nielsen Media Research).

TENTANG DHIA, sebuah kisah cinta menggamit emosi dan penuh dramatik terbitan Grand Brilliance Sdn Bhd mengisahkan dilema si gadis bernama Dhia (Nora Danish) yang berdiri di antara dua lelaki yang sangat dikasihinya. Percintaan tiga segi ini turut menjadi mimpi ngeri apabila dia dicemburui Melly (Izreen Azminda), yang merasakan dirinya lebih anggun dan sesuai. Namun kebahagiaan yang diidam Dhia tidak datang dengan mudah apabila terpaksa berhadapan dengan komplot dan rancangan jahat ibu mertuanya sendiri. Walaupun diuji pelbagai rintangan, cinta Dhia dan Zikir (Adi Putra) tetap utuh sehingga nafas terakhir.

Menurut Pengurus bagi Kumpulan Pengurusan Jenama Wanita TV3, Puan Hadzelynda Khairuddin, “Sejak mula bersiaran pada 9 November 2011 hinggalah ke episod terakhir pada hari Khamis lalu, drama bersiri 30-episod ini telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan bukan sahaja di kaca televisyen dengan purata 2.5 juta setiap episod, malah, pengaruh TENTANG DHIA terus hangat diperkatakan saban hari rata-rata menerusi media komunikasi alam maya seperti Facebook, laman twitter (worldwide trending top 3) dan juga blog-blog tempatan. Pihak TV3 dengan kerjasama Alt Media juga telah menganjurkan satu sesi live chat bersama dua pelakon tunjang drama ini, Nora Danish dan Adi Putra pada petang Khamis bertempat di studio Sri Pentas sempena dengan tayangan episod terkahir TENTANG DHIA. Sesi yang berlarutan selama  sejam tersebut telah berjaya meraih sebanyak 11,695 page views.”

“Bagi semua peminat drama TV3 jangan lupa temujanji anda untuk menonton drama penuh romantis, GEMERSIK KALBU di slot Akasia yang membariskan lakonan mantap Aqasha, Ayu Raudhah, Fazreen Rafi, Zain Saidin, Anzalna Nasir, Dian P Ramlee dan ramai lagi bermula 2 Januari 2012. Mengorak langkah ke tahun baru, kami akan terus menyajikan rancangan-rancangan yang terbaik dan bersesuaian dengan citarasa penonton tidak kira usia ataupun bangsa,” ujar Puan Hadzelynda lagi.